Pantai Puteri Melaka 2021. Wah cantiknya! Memang bersih terjaga rapi.
Oleh
Ibu Syurga
URL Copied
Bercuti di pantai puteri memang best! Dekat pula dengan banyak tempat menarik.
Melaka memang banyak tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga.
Terutama semasa cuti sekolah kan
Selain melawat ke tempat bersejarah di Melaka, banyak lagi tarikan perlancongan di negeri Hang Tuah ni. (Baca lebih lagi mengenai Tempat best di Melaka untuk jalan jalan!)
Contohnya apa tu?
Tarikan di Pantai Puteri Melaka yang menjanjikan kenangan indah bersama keluarga!
Pantai puteri memang cantik & banyak kelebihan. Gambar kredit encikshino.com
Sambil sambil pergi ke tempat yang bersejarah seperti muzium & kota lama.
Melaka pun kaya dengan keindahan alam semulajadinya, seperti pantai pantainya yang terjaga rapi.
Dan, sebelum ini ibu ada review tentang taman rama rama, kali ini ibu nak kongsi tentang Pantai Puteri di Melaka.
Tips 1 - Penting untuk kita merancang sebaiknya percutian ke Melaka. Pastikan kita survey dulu harga sebelum tempah tiket flight, booking hotel melaka (Tak kisahlah yang 5 star seperti Casa Del Rio atau yang murah) & kedai makan sedap berhampiran. Jangan bazirkan masa semasa bercuti.
Ibu ni orang sana. Lebih tepat lagi orang kampung Pantai Puteri. Tak seperti kawasan pantai yang kotor tak terjaga. Kerana sampah dari pelancong & juga yang dihanyutkan air. Pantai ini memang terjaga rapi. Hari hari ada kerja pembersihan dilakukan oleh pihak berwajib. Jadi datang sini memang tak sakit mata.
Apa yang menarik di Pantai Puteri Melaka?
Banyak aktiviti santai boleh kita lakukan di sini. Ibu akan senarikan di bawah untuk manfaat bersama.
Memang banyak aktiviti outdoor yang lebih santai & menyeronokkan untuk di cuba.
1. Melihat matahari terbit & terbenam di Selat Melaka
Cantik matahari terbenam di Jeti Petronas. Kredit: Sunrise.maplogs.com
Lepas lihat matahari boleh terus solat di Masjid. Betul betul sebelah pantai
Kalau pergi laut tapi tak ambil kesempatan lihat matahari terbit dan terbenam memang rugi. Apatah lagi kalau kebanyakan tempat penginapan disini memang di tepi pantai Sama ada hotel ataupun home stay. Boleh survey survey mana yang suka. Buat yang pergi honeymoon tu mungkin sesuai duduk hotel. Ada banyak hotel tepi pantai. Bukan nak promosi mana mana. Tapi laman web kan banyak, carilah promosi dan bandingkan harga.
Tips 2 - Baca review terkini di internet sebelum booking hotel / homestay di Melaka. Ini akan berikan kita gambaran tempat tersebut bagus atau tak. Cari penginapan yang sesuai dengan bajet & saiz kumpulan kita. Homestay melaka lebih sesuai kalau pergi bersama keluarga besar. Kalau pergi dengan suami isteri, lebih baik duduk hotel atau resort tepi pantai. Senang nak dating.
Homestay paling cantik di pantai puteri. Betul betul depan laut
Ikut bajet masing masing lah kan. Kalau ibu pergi mesti bawa anak anak, jadi prefer pergi homestay. (Baca pilihan penginapan terbaik, Senarai Homestay terbaik di Melaka!) Andai pergi berdua. Lebih senang duduk hotel saja.
Hotel ni betul betul tepi pantai
Atau kalau anda sekeluarga suka untuk berada di alam sekitar. Boleh saja.
Memang banyak tempat menarik di Melaka seperti dalam video dibawah. Tekan butang play untuk tonton.
Nampak kan dalam gambar diatas. Tempat ni bersih dan sambil sambil tu kita luangkan masa dengan anak anak.
Anak anak pun dapat belajar banyak perkara dalam kehidupan.
Ikut kata pakar,
"Anak anak yang bijak rapat dengan mak ayah mereka"
Jadi, Pengalaman bercamping bersama keluarga bagus untuk mereka Tambahan lagi sebelah camping site siap ada tandas awam lagi. Jadi tak ada masalah nak pergi melepaskan hajat.
Tandas pun terjaga tau, dihias indah.
Hehe.
Tandas pun warna warni tau Kredit gambar:utusan.com.my
Ini yang ibu cukup suka balik melaka, kemudahan terjaga betul di kawasan pelancongan.
Sesuatu yang kurang dilihat di Selangor. Hmmm.
Kalau camping tu, jangan lupa buang sampah betul betul ya.
Memang betul ada orang bersihkan, tong sampah pun dah tersedia.Tapi kebersihan kan sebahagian dari iman. Dah penat penat camping dan jalan jalan kan
Perut mesti lapar? Wajib pergi kedai satay sebelah masjid tu.
3. Makan Satay di Kedai Sate Nazir
Satay Pek Tam Nazir ni dah lama juga buka. Siapa yang pernah makan insyaallah datang lagi
Maklumlah
Harganya berbaloi dengan harganya
Saiz satay besar, bila gigit tu memercik mercik jus daging & ayam dalam mulut
Sedap Bak Hang. Pergi sini mesti singgah!
Satay Pek Tam Nazir besar berjus & sedap. Rempahnya terasa sampai kedalam!
Tangan yang bakar ni memang gifted & berpengalaman. Rasa sate ni tak kalah, malah lebih sedap dari jenama popular
Makan masa panas panas macam ada letupan rasa rempah & jus dari daging yang di bakar sempurna
Dan paling win
Pelengkap rasa, mestilah sambal kuah kacangnya
Cukup rasa, pedas manis & masin yang melehkan air liur bila teringat
Perniagaan keluarga kecil kecilan ni
Dan paling bagus, Pek Tam Nasir ni OKU. Kaki dah tak kuat
Tapi kerja memang semangat.
Ibu doakan perniagaan satay ni terus maju. Sama sama kita bantu beliau
Dari makan Kay ep cee & Mek Dee masa bersiar siar
Best lagi pekena Satay Pek Tam Nasir
Kedai buka dari lepas asar, anggaran jam 530 petang sampai habis satay
Kadang kadang jam 9 malam dah habis
Tengok bilangan pengunjung lah
Terutama masa cuti sekolah ni
Kalau orang ramai, terpaksa ambil angka giliran
Tempat makan di Melaka ni, dah banyak yang viral. Ibu rasa berbaloi untuk viral kan satay ni
Sebab lokasi strategik
Sedap pulak tu
Sambil makan kita sedut angin dari pantai yang menghembus laju
Lokasi sebelah Masjid Pantai Rombang, depan pantai puteri
Ini rupa masjid tu
(Lihat google street view di bawah)
Sambil camping tepi laut tu
Senang nak pergi masjid sebab semua pun dekat kan
Ok
Aktiviti seterusnya akan beri kelebihan buat sesiapa yang camping & sewa homestay di tepi pantai puteri. (Wikipedia)
Apakah itu?
4. Bakar ikan & makanan laut segar
Beli saja ikan di pengkalan nelayan. Segar tak di nafikan!
Nama pun duduk tepi laut kan. Di sini memang ada beberapa pengkalan nelayan.
Dan ada menjual hasil tangkapan segar di tepi laut. Ikan baru turun laut.
Rasa dia manis berjus, jus sate lain. Jus ikan lain. Isi ikan pun putih & kenyal. Harga ok & berbaloi Tak perlu pergi sampai pantai timur & langkawi untuk makan ikan segar.
Boleh minta mereka tolong siangkan, memang expert je buat kerja.
Apa nak dibuat dengan ikan ni?
Kalau tinggal homestay boleh lah masak.
Nak goreng ke, masak sup ke. Mana yang sedap lah
Kalau camping ibu sarankan kita bakar je ikan tu dalam aluminium foil
Kalau dah namanya tepi laut, kaki pancing memang syok lah kan
Sebab
5. Memancing sendiri atau masuk pertandingan memancing!
Memancing di persisiran pantai
Alang alang tu bawa joran dari rumah
Selalu memang ramai kaki pancing di pesisiran pantai
Saja nak cari ketenangan kan
Ikan tu ada tapi peluang nak dapat tu ikut rezeki & kemahiran masing masing lah kan
Dan di pantai puteri ni
Memang kerap kali buat pertandingan memancing
Wow!
Hadiah pun lumayan
Selalu pertandingan memancing ni buat masa cuti sekolah
Memang penuh lah kereta tepi jalan
Anak anak paling suka pergi pantai sebab
6. Mandi laut & berkelah
Apa lagi
Sebab dapat main air lah
Suka ibu nak ingatkan kepada ibu bapa supaya ambil langkah pencegahan ya
Pantang mandi tanpa pengawasan
Sebab apa?
Mandi manda biar berwaspada
Disini dah beberapa kali orang lemas tau
Sedangkan ada nelayan yang lemas disini, apatah lagi orang luar
Jadi selalu beringat
Keselamatan diutamakan
Selain mandi laut, tepi pantai anginnya kuat
Boleh lah kita
7. Main layang layang & buih sabun
Main buih sabun, petang petang biasa ada peniaga tawarkan permaianan ni
Layang layang ada jual di kedai dan bazaar tepi jalan
Buih sabun tu pun petang petang biasa ada
Kena sewa perkakas dengan peniaga
Air sabun beli sebekas & pakai sampai habis
Dan buat kaki bola
Ada habuan khas untuk anda
8. Bola sepak pantai
Ada padang bola sepak pantai tersedia
Kalau nak buat team building pun sesuai
sebab ibu kerap nampak ada keluarga buat family day
Dan ada juga syarikat yang bawa pekerja buat team building disini.
9. Dekat dengan banyak kawasan menarik.
Kawasan ini terletak hampir dengan tempat best seperti Pantai Klebang (Muzium kapal selam, Kedai coconut shake & kuih keria), Bandar hilir (tempat bersejarah seperti A Famosa) & Ayer Keroh (Melaka Wonderland, Taman rama rama. Baca lebih lanjut tentang pengalaman melawat taman rama rama Melaka!)
Kesimpulan aktiviti menarik di Pantai Puteri Melaka
Banyak lagi aktiviti kita boleh buat di pantai puteri
Nak tidur sepanjang hari ke
Nak buat istana pasir ke
Nak tidur di timbus pasir ke
Terpulang pada kita
Yang penting masa cuti kita terisi.
Ibu ucapkan selamat meluangkan masa bersama keluarga
Terutama semasa cuti sekolah kan
Tarikan di Pantai Puteri Melaka yang menjanjikan kenangan indah bersama keluarga!
Ibu ni orang sana. Lebih tepat lagi orang kampung Pantai Puteri. Tak seperti kawasan pantai yang kotor tak terjaga.
Kerana sampah dari pelancong & juga yang dihanyutkan air. Pantai ini memang terjaga rapi.
Hari hari ada kerja pembersihan dilakukan oleh pihak berwajib.
Jadi datang sini memang tak sakit mata.
Apa yang menarik di Pantai Puteri Melaka?
1. Melihat matahari terbit & terbenam di Selat Melaka
Kalau pergi laut tapi tak ambil kesempatan lihat matahari terbit dan terbenam memang rugi. Apatah lagi kalau kebanyakan tempat penginapan disini memang di tepi pantai
Sama ada hotel ataupun home stay. Boleh survey survey mana yang suka.
Buat yang pergi honeymoon tu mungkin sesuai duduk hotel.
Ada banyak hotel tepi pantai.
Bukan nak promosi mana mana. Tapi laman web kan banyak, carilah promosi dan bandingkan harga.
Kalau ibu pergi mesti bawa anak anak, jadi prefer pergi homestay. (Baca pilihan penginapan terbaik, Senarai Homestay terbaik di Melaka!)
Andai pergi berdua. Lebih senang duduk hotel saja.
2. Berkhemah di tepi pantai puteri
Anak anak pun dapat belajar banyak perkara dalam kehidupan.
Tambahan lagi sebelah camping site siap ada tandas awam lagi. Jadi tak ada masalah nak pergi melepaskan hajat.
Dah penat penat camping dan jalan jalan kan
3. Makan Satay di Kedai Sate Nazir
4. Bakar ikan & makanan laut segar
Tak perlu pergi sampai pantai timur & langkawi untuk makan ikan segar.
5. Memancing sendiri atau masuk pertandingan memancing!
6. Mandi laut & berkelah
7. Main layang layang & buih sabun
8. Bola sepak pantai
9. Dekat dengan banyak kawasan menarik.
Kawasan ini terletak hampir dengan tempat best seperti Pantai Klebang (Muzium kapal selam, Kedai coconut shake & kuih keria), Bandar hilir (tempat bersejarah seperti A Famosa) & Ayer Keroh (Melaka Wonderland, Taman rama rama. Baca lebih lanjut tentang pengalaman melawat taman rama rama Melaka!)Kesimpulan aktiviti menarik di Pantai Puteri Melaka
Ulasan
memang cantik
Berbaloi pergi bersama keluarga terutama semasa cuti sekolah
Maznee kalau balik melaka selalu prsan kat mak minta tolong belikan
Rasa satay di pantai puteri ni lagi sedap dari satay kajang yang dah biasa makan
Antara sebabnya
Masa pantai kawasan kelebang tu di tambak untuk di jadikan dataran satu malaysia dan pantai kelebang sekarang
Pelancong lari ke kawasan ini
Masa tu nelayan banyak mengadu ikan makin kurang sebab petronas buat loji kawasan pantai kundur tu
Rezeki lain pula datang
Benarlah kata Allah
Dalam kesusahan ada kesenangan
Orang yang meniaga roti john kat tepi pantai tu dari gerai biasa
dah buka kedai sekarang
Dulu asal nak mkn ikan bakar je, ptg2 ke Restoran Parameswara.
Susah nk jumpa kawasan pantai yg bersih dan terjaga. Sikap pemalas jg kebersihan lepas beriadah rakyat malaysia masih di level bawah.
Sebab kawasan ni tak berapa popular di bandingkan dengan pantai klebang
Nak pergi berkelah bila bila masa bentang tikar saja kan
Kerja banyak pindah randah ni boleh jalan banyak tempat
Tertutup 1 pintu rezeki
Terbuka lagi pintu lain
Orang pergi mandi manda di pantai nak berehat dan menikmati keindahan alam
Pantai bersih
Air laut jernih kebiruan
Binatang liar pun macam macam ada
Sedihnya sekarang ni kurang di amalkan
Mari melawat melaka
Banyak tenpat menarik
Kalau ada alamat dn no telefon pun bagus juga.
Terima kasih.
Boleh baca dengan lengkap disini. Ibu dah buat satu artikel khas mengenai homestay yang cantik tu
KLIK SINI HOMESTAY CANTIK