Resepi Asam Pedas Melaka 2019! Simple & Sedap (A to Z)

Resepi Asam Pedas Melaka Yang Sedap & Asli!

resepi asam pedas melaka sedap

Sesiapa yang pernah pergi bercuti di Melaka, mesti teringat ingat rasa asam pedas yang pekat lagi pedas tu.

Cukup rasa, memang sedap tak ingat! Kalau teringin nak makan lagi, tak perlu pergi Melaka.

Boleh buat sendiri di rumah. Di bawah ini Ibu berikan resepi asam pedas yang sedap. Selamat mencuba! (Baca tentang Kedai asam pedas yang terbaik di Melaka!)

Bahan bahan:
  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih. Ikan segar akan menambah rasa manis pada kuah, disamping isinya yang putih & kenyal)
  • 3 batang serai - dititik
  • 1 sudu teh halba 
  • Daun kesum + bungan kantan
  • Bendi / terung 
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam + gula
  • Minyak utk menumis




Bahan untuk di kisar / blend:
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 mangkuk cili kering kisar - boleh letak lebih 
  • 2 cm belacan (Pilihan, letak lagi sedap)
  • 2 cm kunyit hidup 
  • 1 sudu besar lada hitam 

Caranya Penyediaan :
  1. Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit.
  2. Masukkan bahan bahan yang telah dikisar bersama sama serai.
  3. Tumis hingga garing dan pecah minyak
  4. Selepas semua bahan ini garing, masukkan gula secukup rasa, 1 sudu teh sudah memadai (ikut selera masing masing).
  5. Masukkan daun kesum & bunga kantan.
  6. Masukkan ikan, dan kacau kuah (Hati hati jangan sampai hancur ikan)
  7. Masukkan air asam jawa secukup rasa.
  8. Masukkan bendi or terung.
  9. tambah sedikit garam sebagai perasa dan biar dia mendidih.
  10. Setelah puas hati dengan rasa & kepekatan kuah, boleh tutup api.
Makan dengan nasi panas di malam yang sejuk, memang terbaik. Hilang ngantuk, segar mata. Sekiranya anda merancang bercuti di Melaka, lihat Tempat menarik di Melaka