Anmum Free Sample - 4 Cara dapat sample susu bayi percuma.

Berbaloi ke nak cuba susu anmum untuk anak kita? Kalau beli yang besar, anak nak minum tak apalah. Tapi, kalau dah beli , lepas tu anak tak nak minum macam mana? Kan rugi.
Anmum free sample malaysia

Bagi pasangan suami isteri yang baru mendapat anak, Ibu ucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata baru. Ramai dari kita menghadapi dilema diatas tiap kali nak cuba beli susu tepung.

Cara dapatkan Susu Anmum Free Sample.



Susu bayi, step 1 memang mahal. Anak kita pula belum tentu nak minum. Bertuahlah kalau anak tak cerewet.

Tapi, kalau anak sembeli atau cirit birit sebab tak serasi. Terpaksalah berhenti minum dan cari susu lain.

Sebab itu, kan bagus kalau dapat sample susu anmum percuma sebelum beli. Betul kan?

Kali ini, Ibu nak kongsikan cara ibu bapa bijak seperti kita boleh dapat sample susu bayi percuma. (Baca senarai susu yang sesuai untuk ibu hamil)

Anda dah bersedia?

Tips dapatkan sample susu bayi percuma pelbagai jenama (Anmum, Frisco dan lain lain.)

Bagus untuk kita tahu tips di bawah lebih awal.


1. Tanya Hospital atau klinik tempat anak kita di lahirkan untuk sampel.

Tips ini hanya terpakai untuk bersalin di hospital dan klinik swasta. Ibu tahu sebab anak pertama lahir di hospital swasta. Anak kedua pula hospital kerajaan.

Semasa discaj keluar dari wad, pihak hospital ada berikan hamper yang mengandungi beberapa sample susu formula untuk bayi dari pelbagai jenama.

Sama seperti apa yang kita dapat semasa mengunjungi klinik gigi, selalunya mereka akan berus gigi baru selepas setiap lawatan pergigian.

Pihak hospital akan memberikan sample susu anmum percuma kepada ibu-ibu baru untuk membantu kita menentukan susu formula mana yang sesuai untuk anak yang baru di lahirkan. 

Hospital kerajaan di Malaysia tak galakkan ibu beri susu formula kepada anak. Program rakan bayi di hospital kerajaan menggalakkan pemberian susu ibu kepada anak.


2. Tanya doktor di klinik semasa melakukan pemeriksaan berkala bayi kita.


Semasa ktia membawa bayi kita berjumpa pakar pediatrik untuk pemeriksaan rutin, cuba tanya mereka sekiranya boleh mendapatkan sampel susu percuma. 

Sama seperti di hospital, pengeluar susu formula bayi akan meninggalkan sampel percuma di klinik dengan harapan ibu bapa akan mencuba produk mereka dan menyukainya. 

Ini memang salah satu strategi pemasaran syarikat susu. 


3. Dapatkan Sampel Percuma dari Pengeluar Susu Anmum.



Cara ketiga, memang mudah. Boleh lawati laman web pengeluar susu Anmum dan cari bahagian khas untuk dapatkan sampel susu bayi percuma.

Kita akan di beri pilihan untuk mendapat beberapa jenis sampel susu keluaran mereka.

Anmum ada keluarkan susu untuk ibu mengandung (Anmum materna), susu untuk ibu menyusu (Anmum lacta), susu untuk bayi menurut peringkat umur mereka (Infacare). Kalau suka susu coklat, boleh minta perisa coklat.
Bacaan menarik: Susu coklat dari Anmum Materna? Tak manis sangat ke untuk ibu hamil?

Kita akan di minta untuk mengisi butiran maklumat peribadi ke dalam laman web tersebut. Dan mereka akan pos sample susu anmum terus ke alamat yang di berikan.


4. Kunjungi pameran keibubapaan.

Pameran seperti ini sesuai di hadiri oleh bakal bakal ibu dan ayah yang sedang membuat persiapan membeli kelengkapan bayi.

Di sini memang menjadi tempat tumpuan syarikat susu dan juga pengeluar barangan bayi untuk memberikan sample barangan keluaran mereka kepada ibu bapa.


Apa nak buat kalau nak sample susu anmum dengan cepat?

Katalah anak kita yang baru lahir tak sihat, lepas tu susu formula yang sedia ada tak sesuai di minum ketika ini menyebabkan banyak kahak.

Betul, ada jenama susu bayi yang menyebabkan anak kita susah bernafas kerana kahak. Apa nak di buat?

Doktor dah sarankan untuk kita tukar susu. Nak dapat Anmum free sample Malysia, kita nak pakai cepat. Anak dah menangis kelaparan.

Jadi, dalam kes macam ini terpaksalah kita beli susu saiz paling kecil.

Itupun selepas kita buat survey di internet. Cari dulu pengalaman mak ayah lain yang ada masalah serupa. Apa jenama susu yang mereka cuba.

Dalam kes ini, cari pengalaman mak ayah yang cuba susu anmum untuk anak kecil. Adakah susu ini mendapat markah review yang bagus dari mereka.

Kalau ya, ramai yang puas hati. Bolehlah beli saiz paling kecil.

Tapi, sekiranya anda sedang membaca artikel ini ketika hamil. Ibu sangat galakkan untuk buat perancangan memberi susu ibu kepada anak.

Susu ibu semasa anak sedang sakit sangat bagus kerana badan kita akan mengeluarkan enzim dan hormon serta antibodi semulajadi untuk membantu anak cepat sihat.

Itu kelebihan kita menyusu badan. Cuma susahnya jangan ceritalah. Kita akan menempuhi banyak dugaan. Kena banyak membaca kumpul ilmu penyusuan.

Bangun di malam hari setiap hari untuk pam susu atau direct feeding.

Dan jika bekerja, wajib pam susu di pejabat supaya bekalan susu sentiasa ada. Memang mencabarlah. Sebab Ibu dah lalui semua ini.

Alhamdulillah penat lelah berbaloi sebab setiap kali anak tak sihat, kita sebagai ibu dapat bantu mereka dengan cara tersendiri.


Kesimpulan.

Sebaik dan semahal manapun susu formula yang kita beri kepada anak, tak boleh lawan dengan khasiat yang di berikan oleh susu ibu.

Tapi, dalam kes tertentu, kita terpaksa juga belikan susu formula kepada anak kita. Masa inilah kita perlu cuba sample susu bayi terlebih dahulu.

Pastikan kita simpan sampel susu anmum infacare lebih awal. Masa terdesak, boleh terus cuba.
Baca lebih lanjut tentang kebaikan anmum materna untuk kegunaan ibu semasa hamil.
Ibu doakan, Allah rezekikan semua anak anak kita untuk dapat menikmati susu ibu. Paling tidak pun, dapat beri sebahagian susu badan, sebahagian lagi susu formula.

Ini pun dah cukup baik berbanding memberikan susu formula sepenuhnya.
Anmum Free Sample - 4 Cara dapat sample susu bayi percuma. Reviewed by Ibu Syurga on Julai 17, 2019 Rating: 5
All Rights Reserved by Ibu Syurga © 2017 - 2020

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.