Frisomum Gold Malaysia! Harga terkini & Cara dapat sample susu.

Susahnya nak jaga makan semasa hamil kan? Terlebih gula senang kena kencing manis. Tak makan pula tak ada tenaga!
Frisomum gold MALAYSIA

Tempoh 9 bulan kehamilan sangat penting untuk si ibu dan juga anak dalam kandungan.

Terutama sekali dari segi pemakanan. Wanita mengandung memerlukan nutrien tambahan untuk keperluan dirinya dan juga si manja dalam rahim. 
Baca di hujung artikel untuk cara mudah mendapat sample susu Friso mum!

Frisomum Gold review, Susu untuk ibu hamil dan menyusukan anak.



Syarikat Dutch Lady telah mengeluarkan susu khas untuk kegunaan wanita hamil, yang di kenali sebagai Frisomum Gold.

Susu tepung ini menggunakan formula DualCare+ yang membekalkan khasiat penting untuk membantu perubahan yang di alami oleh badan ibu ketika hamil, dengan asas yang baik untuk pembesaran si manja. 

Baca lebih lanjut tentang susu terbaik untuk ibu mengandung!

Formula Frisomum Gold terkini di reka khas dengan nilai angka indeks glisemik rendah boleh membantu ibu mengandung untuk mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan. 

Ini akan membantu ibu mengawal paras gula dalam darah dengan lebih terkawal dan mengurangkan risiko untuk menghidap kencing manis semasa hamil (GDM aka Gestational Diebetes Melitus).

Jadi, penting untuk kita tanya soalan di bawah ni sebelum mencubanya.


frisomum gold harga

Apakah khasiat yang terkandung di dalam Susu Frisomum Gold Malaysia?



Kalau betul susu ini bagus untuk wanita hamil, mesti ia ada banyak nutrien. Ibu hamil perlu mengamalkan diet yang betul supaya kita mampu memberikan khasiat secukupnya untuk diri sendiri dan si manja yang sedang membesar.

Bolehlah kita melakukan aktiviti harian dengan cergas, sama seperti biasa!

Ibu senaraikan kandungan gizi yang terdapat di dalam Frisomum gold untuk manfaat bersama.
  • Susu ini mengandungi DualCare+ iaitu formulasi yang mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, prebiotik dan probiotik.
  • Khasiat ini diperlukan badan untuk menyokong pencernaan sihat, sambil memastikan ibu sentiasa selesa sepanjang kehamilan mereka. 
  • Ia juga mengandungi asid folik, DHA, kalsium, vitamin B12, vitamin D dan iodin untuk menyokong asas pembesaran yang baik untuk si manja.


Susu ini telah di uji secara klinikal, dan ia mempunyai nilai indeks glisemik rendah.

Semua makanan mempunyai nilai indeks glisemik tersendiri. Semakin rendah nilainya, semakin lambat ia di hadam dan membuatkan kita kenyang lebih lama.

Ini sangat penting  untuk membantu ibu hamil mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan dan sedikit sebanyak menghindari risiko diabetes.

Makanan yang mempunyai GI rendah akan dicernakan, diserap dan dimetabolismekan dengan lebih perlahan.

Apakah kebaikan khasiat di dalam susu Frisomum Gold dan kebaikannya untuk si manja?

1. Vitamin B12

Vitamin ini sangat mustahak untuk badan kita mengeluarkan sel darah merah yang sihat dan kesihatan sistem saraf yang berfungsi dengan baik.

2. Asid folik

Salah satu nutrien terpenting semasa hamil. Pengambilan Asid folik semasa hamil akan
  • Membantu pengeluaran sel darah merah yang sihat.
  • Penghasilan nukleotida.
  • Berfungsi dalam pembahagian sel dan menyokong tumbesaran otak dan sistem saraf si manja.
  • Membantu mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada si manja.

3. Iodin

Mineral ini diperlukan untuk pengeluaran hormon tiroid, yang membantu perkembangan otak. 

4. Vitamin D

Vitamin ini di gunakan badan untuk pembentukan tulang dan penyerapan kalsium yang lebih baik.

5. DHA

DHA adalah sejenis asid lemak yang penting untuk komponen otak dan mata.

6. Kalsium

Bahan mentah dalam tumbesaran tulang.


Takkan untuk si manja je? Emaknya tak dapat apa apa ke? Mestilah ada.


Apakah manfaat nutrisi di dalam susu Frisomum Gold untuk ibu mengandung?

Antara nutrien yang terkandung di dalam susu ini, dan bagus untuk kegunaan badan kita semasa hamil ialah

1. Kolina

Sebatian ini adalah pelopor neurotransmiter asetilkolina berkaitan dengan ingatan, aktiviti otot dan fungsi-fungsi lain.

2. Prebiotik & probiotik

Kedua dua khasiat ini sangat bagus untuk penghadaman ibu. Prebiotik merupakan serat yang membantu tumbesaran bakteria baik yang ada di usus. 

Manakala Probiotik pula membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.

3. Magnesium

Penting untuk metabolisme tenaga dan pembentukan tisu, sambil mengurangkan kepenatan dan keletihan.

4. Vitamin B kompleks.

Kumpulan vitamin B ini di perlukan badan untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh ibu untuk lebih cergas. Tak lah rasa badan tu lesu saja.


Wah.

Banyaknya khasiat yang ada dalam susu ini kan. Tapi..


Frisomum Gold harga di pasaran Malaysia berapa ya?

Dari pemerhatian dan tinjauan yang Ibu lakukan di internet. Harga susu Frisomum Malaysia adalah seperti berikut.
  • Saiz 900g ~ Anggaran harga dari RM49 kepada RM56 (ogos 2018).

Tapi, hati ni rasa risau pulak. Manalah tahu kan, kalau beli pek besar dan tak boleh masuk. Kan dah rugi.

Apa nak risau? Minta saja sample susu. 

Bagaimana cara mudah untuk dapat Frisomum sample?

frisomum gold sample

Ada beberapa cara untuk dapat sample susu ini. Paling mudah, sekiranya kita menjalankan pemeriksaan kehamilan di klinik.

Cuba tanya pada doktor untuk sample susu untuk ibu hamil. 

Kemungkinan untuk mendapat sample Frisomum adalah tinggi. Kalau kita buat pemeriksaan di hospital dan klinik kerajaan, peluang dapat sample susu memang rendah.

Jadi, pergi lawati laman web pengeluar susu tersebut dan minta saja sample susu tersebut. Perlu isi borang dan masukkan maklumat peribadi.

Dan mereka akan hantar terus kepada kita.



Ramuan di dalam Frisomum Gold.

Susu lembu skim, susu penuh krim, inulin, maltodekstrin, serbuk madu, laktosa, magnesium karbonat, kolin bitartrat, minyak ikan, natrium L-askorbat, ferus piro fosfat, DL-α-tokoferil asetat, zink sulfat, nikotinamida, kalsium D-pantotenat, mangan sulfat, piridoksina hidroklorida, tiamin hidroklorida, riboflavin, asid folik, retinil asetat, Bifidobakterium animalis subsp. Lactis HN019 (mengandungi 1.46E+7 cfu/100g pada masa pengilangan), phytomenadione, natrium selenit, kolekalsiterol, sianokobalamina dan perisa yang dibenarkan. Mengandungi pengemulsi (lesitin soya dari sumber tumbuhan) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.


Macam mana cara minum susu ini yang betul?

Bagi mendapatkan hasil yang baik, penting untuk kita membancuh susu ini dengan betul. Ibu hamil disyorkan untuk meminum 2 gelas Frisomum Gold sehari.



Cara menyediakan susu ini tidak susah, ambil 4 sudu penuh dengan 180ml air suam.

Gunakan sudu yang di berikan bersama pakejing Frisomum Gold.


Kesimpulan tentang Susu Frisomum.

Terdapat banyak pilihan susu ibu hamil di pasaran Malaysia. Dan ada di antara jenama ini manis dan banyak gula.

Kesedaran wanita Malaysia tentang pentingnya menjaga kesihatan dan kawal paras gula semasa hamil nampaknya telah di sedari oleh pengeluar susu.

Pilihlah susu yang mempunyai nilai indeks glisemik rendah supaya dapat membantu kawal berat badan dan merendahkan risiko kencing manis.

25 Ulasan

Ulasan

Susu ini saya tak pernah jumpa semasa isteri saya sedang hamil kedua dua anak dulu. Masa tu kami beli Anmum
Fadzi Razak berkata…
Saya cuba macam-macam jenis susu untuk ibu hamil masa pregnant kan anak pertama dan anak kedua sekarang ni. Semua tak mampu nak telan. Masa anak pertama cuma mampu minum susu kambing. Anak kedua ni cuma mampu minum susu soya
Fiza Rahman berkata…
Banyak pilihan susu umtuk ibu mengandung sekarang ni. Masa anak pertama dulu rajin lah beli susu. Masuk anak yang seterusnya dah tak beli. Just minum fresh milk saja ☺
Nadia Johari berkata…
Nad minum susu kurma je masa pregnant..sampai sekarng minum susu kurma..hehee..tak pernah minum susu macam ni..tapi bgus sebenarnya minum susu masa mengandung..
Wawa Ashihara berkata…
Wah nice info... Bolehlah hadamkan wlaupun xpregnant lagi.. Mana tau akan dtg ni ada..hehehe.. Btw, susu frisomum gold ni kwn penah minum dan dia kata best..
apekinahdotcom berkata…
Tak ingat la masa mengandung dulu minum Anmum atau Friso. Tapi minum sekali tu je la sebab kena GDM. Bila dah jadi macam tu kinah pun susu kambing HiGoat tu je
JMR berkata…
Betul tu..semasa mengandung pengambilan susu sangat penting..tapi kena pilih susu yg betul betul sesuai..kang terlebih gula plak
mrsliez berkata…
Liez pernah minum Frisco mum kejap ms ngandungkan Qaseh.. tapi kejap je sbb GDM. Then minum susu higoat siap beli satu kotak stock smp 9 bulan
AlongMurni berkata…
AM dulu selalu kena krem kaki & tekanan darah rendah masa mengandung.. AM tgk pada fungi dan kebaikan Susu Frisomum sangat sesuai utk org cam AM nie..
Rawlins GLAM berkata…
Bagus sebab ada informasi sebegini - elok untuk first time mothers kan. Boleh mereka pertimbangkan pilihan yang ada dan pilih yang terbaik untuk mereka dan kandungan.
Zharif Azis berkata…
Baguslah kalau bukak blog akak. Sbb banyak sy belajar pasal hal keibuan dan keanakan. Boleh lah tahu serba sedikit sebelum masuk ke alam tumahtangga. Okay hari nie sy belajar pasal makanan utk kesihatan kandungan
Mama Hakim berkata…
Susu frisomum gold jarang saya dengar, selalu nampak jenama lain di tv. Haha, lagipun mama dah tak plan nak hamil lagi
Māmy Syu berkata…
AS minum frisomum juga masa anak preggy ank sulung. Bayangkan alahan punya la teruk sanmpai 5 bulan duk teguk susu ni je. Nasi tak boleh makan langsung. Bau nasi mendidih pun berguling2 tahan loya
Hanny Abdullh berkata…
Dah lama tnggalkan dunia mengandung ni..hehehe.
Kalau ada menantu nanti blehlah sis suggestkan dia minum ni. Tgok byk khasiat jugak kan
Mermaid berkata…
Banyak betul khasiat untuk susu Frisomum-gold. Kawan-kawan ika yang mengandung minum susu ni.Dia orang kata sedap dan ramai doktor cadangakn.
Alia Farhan berkata…
Pernah try mnum..tpi mcm xleh nak telan ja..last2 masa mngandung mmg minum fresh milk or susu kotak ja
Unknown berkata…
Susu ni mmg bgus...lpas mnom susu ni...rse kenyang je..xde la merengek kt husband..mnta blikan mcm2 mkanan
Unknown berkata…
Byk khasiatnya. .blh cuba ni. Sblm ni pregy ank sulong mnum anmum tp ade GDM kna la stop .Ank kedua cuma mnum higoat je. yg ke 3 ni blh cuba frisomum plak .
Unknown berkata…
Kandungan 8minggu boleh minum susu frisomom ni ke?
Ibu Syurga berkata…
Insyaallah susu ibu hamil frisomum gold boleh diminum semasa usia kandungan puan 8 minggu.
Ibu Syurga berkata…
Insyaallah lain anak lain rezekinya kan. Ibu Iernah minum susu formula hi goat semasa hamil anak sulung.

Ibu rekemen semasa puan hamil anak ketiga nanti, dapatkan sample susu untuk ibu mengandung frisomum.

Boleh dapatkan online
Ibu Syurga berkata…
Senanglah hati suami macam tu kan 😍
Unknown berkata…
Kami isi sample frisogold tp dpt frisomum.. Emm kami bole minum ke.. Sbb search bole tuk ibu menyusu
NADIA MOHDNOH berkata…
waktu sesuai minum frisomum ini time bila ya? saya baru petama kali mecuba..
Unknown berkata…
Awal khamilan blh minum ke susu frisomum ni