Frisomum Gold Malaysia! Harga terkini & Cara dapat sample susu.
Oleh
Ibu Syurga
URL Copied
Susahnya nak jaga makan semasa hamil kan? Terlebih gula senang kena kencing manis. Tak makan pula tak ada tenaga!
Tempoh 9 bulan kehamilan sangat penting untuk si ibu dan juga anak dalam kandungan.
Terutama sekali dari segi pemakanan. Wanita mengandung memerlukan nutrien tambahan untuk keperluan dirinya dan juga si manja dalam rahim.
Baca di hujung artikel untuk cara mudah mendapat sample susu Friso mum!
Frisomum Gold review, Susu untuk ibu hamil dan menyusukan anak.
Syarikat Dutch Lady telah mengeluarkan susu khas untuk kegunaan wanita hamil, yang di kenali sebagai Frisomum Gold.
Susu tepung ini menggunakan formula DualCare+ yang membekalkan khasiat penting untuk membantu perubahan yang di alami oleh badan ibu ketika hamil, dengan asas yang baik untuk pembesaran si manja.
Formula Frisomum Gold terkini di reka khas dengan nilai angka indeks glisemik rendah boleh membantu ibu mengandung untuk mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan.
Ini akan membantu ibu mengawal paras gula dalam darah dengan lebih terkawal dan mengurangkan risiko untuk menghidap kencing manis semasa hamil (GDM aka Gestational Diebetes Melitus).
Jadi, penting untuk kita tanya soalan di bawah ni sebelum mencubanya.
Apakah khasiat yang terkandung di dalam Susu Frisomum Gold Malaysia?
Kalau betul susu ini bagus untuk wanita hamil, mesti ia ada banyak nutrien. Ibu hamil perlu mengamalkan diet yang betul supaya kita mampu memberikan khasiat secukupnya untuk diri sendiri dan si manja yang sedang membesar.
Bolehlah kita melakukan aktiviti harian dengan cergas, sama seperti biasa!
Ibu senaraikan kandungan gizi yang terdapat di dalam Frisomum gold untuk manfaat bersama.
Susu ini mengandungi DualCare+ iaitu formulasi yang mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, prebiotik dan probiotik.
Khasiat ini diperlukan badan untuk menyokong pencernaan sihat, sambil memastikan ibu sentiasa selesa sepanjang kehamilan mereka.
Ia juga mengandungi asid folik, DHA, kalsium, vitamin B12, vitamin D dan iodin untuk menyokong asas pembesaran yang baik untuk si manja.
Susu ini telah di uji secara klinikal, dan ia mempunyai nilai indeks glisemik rendah.
Semua makanan mempunyai nilai indeks glisemik tersendiri. Semakin rendah nilainya, semakin lambat ia di hadam dan membuatkan kita kenyang lebih lama.
Ini sangat penting untuk membantu ibu hamil mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan dan sedikit sebanyak menghindari risiko diabetes.
Makanan yang mempunyai GI rendah akan dicernakan, diserap dan dimetabolismekan dengan lebih perlahan.
Apakah kebaikan khasiat di dalam susu Frisomum Gold dan kebaikannya untuk si manja?
1. Vitamin B12
Vitamin ini sangat mustahak untuk badan kita mengeluarkan sel darah merah yang sihat dan kesihatan sistem saraf yang berfungsi dengan baik.
2. Asid folik
Salah satu nutrien terpenting semasa hamil. Pengambilan Asid folik semasa hamil akan
Membantu pengeluaran sel darah merah yang sihat.
Penghasilan nukleotida.
Berfungsi dalam pembahagian sel dan menyokong tumbesaran otak dan sistem saraf si manja.
Membantu mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada si manja.
3. Iodin
Mineral ini diperlukan untuk pengeluaran hormon tiroid, yang membantu perkembangan otak.
4. Vitamin D
Vitamin ini di gunakan badan untuk pembentukan tulang dan penyerapan kalsium yang lebih baik.
5. DHA
DHA adalah sejenis asid lemak yang penting untuk komponen otak dan mata.
6. Kalsium
Bahan mentah dalam tumbesaran tulang.
Takkan untuk si manja je? Emaknya tak dapat apa apa ke? Mestilah ada.
Apakah manfaat nutrisi di dalam susu Frisomum Gold untuk ibu mengandung?
Antara nutrien yang terkandung di dalam susu ini, dan bagus untuk kegunaan badan kita semasa hamil ialah
1. Kolina
Sebatian ini adalah pelopor neurotransmiter asetilkolina berkaitan dengan ingatan, aktiviti otot dan fungsi-fungsi lain.
2. Prebiotik & probiotik
Kedua dua khasiat ini sangat bagus untuk penghadaman ibu. Prebiotik merupakan serat yang membantu tumbesaran bakteria baik yang ada di usus.
Manakala Probiotik pula membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
3. Magnesium
Penting untuk metabolisme tenaga dan pembentukan tisu, sambil mengurangkan kepenatan dan keletihan.
4. Vitamin B kompleks.
Kumpulan vitamin B ini di perlukan badan untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh ibu untuk lebih cergas. Tak lah rasa badan tu lesu saja.
Wah.
Banyaknya khasiat yang ada dalam susu ini kan. Tapi..
Frisomum Gold harga di pasaran Malaysia berapa ya?
Dari pemerhatian dan tinjauan yang Ibu lakukan di internet. Harga susu Frisomum Malaysia adalah seperti berikut.
Saiz 900g ~ Anggaran harga dari RM49 kepada RM56 (ogos 2018).
Tapi, hati ni rasa risau pulak. Manalah tahu kan, kalau beli pek besar dan tak boleh masuk. Kan dah rugi.
Apa nak risau? Minta saja sample susu.
Bagaimana cara mudah untuk dapat Frisomum sample?
Ada beberapa cara untuk dapat sample susu ini. Paling mudah, sekiranya kita menjalankan pemeriksaan kehamilan di klinik.
Cuba tanya pada doktor untuk sample susu untuk ibu hamil.
Kemungkinan untuk mendapat sample Frisomum adalah tinggi. Kalau kita buat pemeriksaan di hospital dan klinik kerajaan, peluang dapat sample susu memang rendah.
Jadi, pergi lawati laman web pengeluar susu tersebut dan minta saja sample susu tersebut. Perlu isi borang dan masukkan maklumat peribadi.
Dan mereka akan hantar terus kepada kita.
Ramuan di dalam Frisomum Gold.
Susu lembu skim, susu penuh krim, inulin, maltodekstrin, serbuk madu, laktosa, magnesium karbonat, kolin bitartrat, minyak ikan, natrium L-askorbat, ferus piro fosfat, DL-α-tokoferil asetat, zink sulfat, nikotinamida, kalsium D-pantotenat, mangan sulfat, piridoksina hidroklorida, tiamin hidroklorida, riboflavin, asid folik, retinil asetat, Bifidobakterium animalis subsp. Lactis HN019 (mengandungi 1.46E+7 cfu/100g pada masa pengilangan), phytomenadione, natrium selenit, kolekalsiterol, sianokobalamina dan perisa yang dibenarkan. Mengandungi pengemulsi (lesitin soya dari sumber tumbuhan) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.
Macam mana cara minum susu ini yang betul?
Bagi mendapatkan hasil yang baik, penting untuk kita membancuh susu ini dengan betul. Ibu hamil disyorkan untuk meminum 2 gelas Frisomum Gold sehari.
Cara menyediakan susu ini tidak susah, ambil 4 sudu penuh dengan 180ml air suam. Gunakan sudu yang di berikan bersama pakejing Frisomum Gold.
Kesimpulan tentang Susu Frisomum.
Terdapat banyak pilihan susu ibu hamil di pasaran Malaysia. Dan ada di antara jenama ini manis dan banyak gula.
Kesedaran wanita Malaysia tentang pentingnya menjaga kesihatan dan kawal paras gula semasa hamil nampaknya telah di sedari oleh pengeluar susu.
Pilihlah susu yang mempunyai nilai indeks glisemik rendah supaya dapat membantu kawal berat badan dan merendahkan risiko kencing manis.
Saya cuba macam-macam jenis susu untuk ibu hamil masa pregnant kan anak pertama dan anak kedua sekarang ni. Semua tak mampu nak telan. Masa anak pertama cuma mampu minum susu kambing. Anak kedua ni cuma mampu minum susu soya
Banyak pilihan susu umtuk ibu mengandung sekarang ni. Masa anak pertama dulu rajin lah beli susu. Masuk anak yang seterusnya dah tak beli. Just minum fresh milk saja ☺
Nad minum susu kurma je masa pregnant..sampai sekarng minum susu kurma..hehee..tak pernah minum susu macam ni..tapi bgus sebenarnya minum susu masa mengandung..
Wah nice info... Bolehlah hadamkan wlaupun xpregnant lagi.. Mana tau akan dtg ni ada..hehehe.. Btw, susu frisomum gold ni kwn penah minum dan dia kata best..
Tak ingat la masa mengandung dulu minum Anmum atau Friso. Tapi minum sekali tu je la sebab kena GDM. Bila dah jadi macam tu kinah pun susu kambing HiGoat tu je
Bagus sebab ada informasi sebegini - elok untuk first time mothers kan. Boleh mereka pertimbangkan pilihan yang ada dan pilih yang terbaik untuk mereka dan kandungan.
Baguslah kalau bukak blog akak. Sbb banyak sy belajar pasal hal keibuan dan keanakan. Boleh lah tahu serba sedikit sebelum masuk ke alam tumahtangga. Okay hari nie sy belajar pasal makanan utk kesihatan kandungan
AS minum frisomum juga masa anak preggy ank sulung. Bayangkan alahan punya la teruk sanmpai 5 bulan duk teguk susu ni je. Nasi tak boleh makan langsung. Bau nasi mendidih pun berguling2 tahan loya
Byk khasiatnya. .blh cuba ni. Sblm ni pregy ank sulong mnum anmum tp ade GDM kna la stop .Ank kedua cuma mnum higoat je. yg ke 3 ni blh cuba frisomum plak .
Frisomum Gold review, Susu untuk ibu hamil dan menyusukan anak.
Formula Frisomum Gold terkini di reka khas dengan nilai angka indeks glisemik rendah boleh membantu ibu mengandung untuk mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan.
Apakah khasiat yang terkandung di dalam Susu Frisomum Gold Malaysia?
Apakah kebaikan khasiat di dalam susu Frisomum Gold dan kebaikannya untuk si manja?
1. Vitamin B12
2. Asid folik
3. Iodin
4. Vitamin D
5. DHA
6. Kalsium
Apakah manfaat nutrisi di dalam susu Frisomum Gold untuk ibu mengandung?
1. Kolina
2. Prebiotik & probiotik
3. Magnesium
4. Vitamin B kompleks.
Frisomum Gold harga di pasaran Malaysia berapa ya?
Bagaimana cara mudah untuk dapat Frisomum sample?
Ramuan di dalam Frisomum Gold.
Macam mana cara minum susu ini yang betul?
Bagi mendapatkan hasil yang baik, penting untuk kita membancuh susu ini dengan betul. Ibu hamil disyorkan untuk meminum 2 gelas Frisomum Gold sehari.Cara menyediakan susu ini tidak susah, ambil 4 sudu penuh dengan 180ml air suam.
Gunakan sudu yang di berikan bersama pakejing Frisomum Gold.
Kesimpulan tentang Susu Frisomum.
Ulasan
Kalau ada menantu nanti blehlah sis suggestkan dia minum ni. Tgok byk khasiat jugak kan
Ibu rekemen semasa puan hamil anak ketiga nanti, dapatkan sample susu untuk ibu mengandung frisomum.
Boleh dapatkan online