Susu Untuk Ibu Mengandung Terbaik [12 Jenama Paling Bagus]

Memang banyak pilihan susu ibu hamil di pasaran Malaysia! Tapi, yang mana satu paling bagus & dipercayai? Teruskan membaca untuk jawapannya.
jenama susu formula untuk ibu mengandung di malaysia

Artikel ini terbahagi bahagian berikut. [KLIK di bawah untuk jimatkan masa anda]


Senarai susu kambing untuk ibu hamil

Bonus artikel susu ibu mengandung






Ramai dari kita tak suka minum susu, tapi kalau dah berbadan dua terpaksalah juga minum. Nak elakkan gigi & tulang satu badan sakit.

Masalahnya, iklan di kaca tv semua claim jenama mereka yang terbaik.

Habis tu, kita nak pilih yang mana kan? Ibu senaraikan jenama yang popular dipasaran untuk rujukan bersama. (Ibu kongsikan dengan kerjasama page Ibu Bijak Keluarga Sihat.)


Baca artikel mengenai susu ibu mengandung sehingga habis dan anda dijamin akan

  1. Mengetahui jenama susu formula untuk ibu hamil yang dijual di Malaysia.
  2. Memahami cara memilih susu terbaik untuk diminum semasa mengandung.
  3. Membandingkan harga susu mengandung dari jenama berbeza seperti susu dutch lady - frisomum, susu karihome, susu enfamama & banyak lagi. Susu formula terbaik untuk kita belum tentu sama untuk orang lain kan? Ada susu untuk ibu mengandung tu boleh diteruskan minum ketika kita berikan susu ibu pada anak lagi.



Tanpa membuang masa, kita mulakan segera.

12 Jenama susu ibu hamil yang dipercayai di Malaysia!


1. Susu Mamil Mama

Jenama susu utk ibu mengandung terbaik dari Dumex
susu formula mamil mama

Harga di pasaran: RM34 untuk saiz 600g

Semasa kita merancang untuk hamil ataupun menyusu, penting untuk kita memenuhi keperluan khasiat yang diperlukan kedua dua ibu dan janin.

Badan kita memerlukan pelbagai nutrien penting seperti asid folik / folat, dha, asid lemak omega 3, prebiotik, kalsium dan Besi, untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi kita.

Sebagai ibu, penting untuk kita membekalkan nutrien penting ini kepada diri sendiri dan bayi pada peringkat ini. Elok minum susu yang kurang manis & gula tak berlebihan sepanjang 3 trimester kehamilan.

Dumex Mamil Mama dengan rumusan terkini merupakan suplemen khusus untuk ibu yang menyokong kesihatan ibu mengandung dan menyusu secara keseluruhan. Bolehlah jadi milk booster untuk tambahkan susu ibu. Tiada susu terbaik untuk bayi melainkan susu ibu. Sebab itu wajib usaha untuk banyakkan susu badan dulu. Tak perlu harapkan susu formula.

Susu terbaik utk ibu hamil Mamil Mama direka khas dengan sistem Nutrisi PreciNutri ™ dan kombinasi prebiotik GOS / lcFos dalam nisbah 9: 1 unik dengan paten antarabangsa.

Ia menyokong kesihatan usus yang baik untuk ibu hamil,  mengoptimumkan jumlah diet yang betul untuk memenuhi keperluan pemakanan anak yang sentiasa berubah.

Tips - Penting untuk ibu mengandung mengawal paras gula semasa mengandung. Carilah susu ibu mengandung yang kurang gula. Memang tak ada ubat kencing manis terbaik selain diet yang seimbang.



2. Susu Enfamama A+

Susu untuk ibu hamil trimester 1 hingga 3 (awal kehamilan)
Susu formula Enfamama A+

Harga di pasaran: RM21 untuk saiz 300g.

Susu ibu hamil enfamama di rumus khas oleh syarikat Mead Johnson untuk wanita mengandung dan menyusukan anak

Susu ini mempunyai kandungan yang mempunyai banyak kebaikan kepada ibu dan anak dalam rahim. Enfamama memang antara susu ibu mengandung yang bagus. Susu premium, sebab tu harga dia mahal.

Kaya dengan kandungan asid folik yang berfungsi
  • Menyokong pertumbuhan
  • Perkembangan janin
  • Mengurangkan risiko kecacatan kongenital
  • Susu ibu mengandung enfamama juga mengandungi kalsium tinggi, zat besi dan vitamin C yang mempunyai manfaat penting untuk pertumbuhan mental anak yang akan dilahirkan. Susu terbaik untuk ibu hamil yang mengalami anemia mestilah membekalkan zat besi, vitamin b complex & vitamin c yang cukup untuk penghadaman & pembentukan sel darah merah yang sihat.
Tips - Wanita hamil mesti lebih berhati hati sebelum mencuba produk baru. Ada banyak vitamin ibu mengandung yang dijual di luar sana. Ada yang kononnya bagus sebagai ubat kencing manis & segala macam penyakit. Dapatkan nasihat doktor sebelum buat keputusan.



3. Susu Frisomum Gold

Susu tepung untuk ibu mengandung dari Dutch Lady.
Susu  formula Frisomum Gold

Harga di pasaran: RM44.90 untuk saiz 900g.

Susu ibu hamil Frisomum gold di adun khas untuk wanita hamil dalam memenuhi keperluan nutrisi dan pemakanan ibu dan bayi. Dikeluarkan oleh jenama yang dikenali ramai, keluarga besar susu dutch lady.

Susu ini mengandungi nutrien Prebiotik yang boleh membantu menjaga kesihatan sistem pencernaan & mengurangkan sembelit yang jika dibiarkan menyebabkan buasir. Masalah sembelit ini boleh terjadi pada semua orang tau, bayi pun tak terlepas sama. Sebab itu ada susu untuk bayi sembelit dijual di pasaran seperti frisolac comfort & novalac.

Antara khasiat yang terkandung dalam susu ini mengandungi
  • ALA
  • LA
  • Nucleotides
  • Asid Folik
  • Kalsium
  • Zat besi
Semua khasiat ini diperlukan badan ibu mengandung semasa hamil dan menyusukan anak. Memang patut masuk dalam wishlist ibu hamil. Sekiranya anda mengalami alahan mengandung yang teruk, rasa loya & mual boleh mengganggu aktiviti harian kita. Khasiat di dalam susu terbaik semasa mengandung dapat mengurangkan rasa mual & menjadikan kita lebih produktif.

Bacaan menarik: Susu Frisomum gold untuk trimester 1-3 kehamilan.

Tips - Antara tanda kita kekurangan kalsium semasa mengandung ialah mengalami sakit belakang & sakit lutut. Dapatkan vitamin ibu mengandung daripada doktor bertauliah yang membekalkan vitamin D & mineral yang diperlukan badan untuk tulang yang kuat. Minumlah susu untuk ibu mengandung seawal merancang kehamilan. Tak kiralah jenama anlene, anmum mahupun enfamama.



4. Susu Prenagen Mommy

Susu yang sesuai untuk ibu hamil 1-9 bulan.
Susu formula Prenagen Mommy

Harga di pasaran:
Perisa: Susu ini terdapat dalam perisa coklat, Vanila, mocha, strawberi.
Saiz: 200 gram, 400 gram, 600 gram, 900 gram

Susu untuk ibu mengandung seterusnya ialah Prenagen Mommy

Semasa mengandung, penting untuk kita memberi perhatian kepada nutrisi yang diambil supaya dapat memenuhi keperluan ibu & bayi yang dikandung!

Lengkapkan semua nutrien yang diperlukan ini dengan mengambil susu Prenagen. Susu yang terbaik untuk ibu hamil ini kurang gula dan Natrium / garam.

Susu ini mengandungi khasiat seperti:
  • Asid Folik.
  • Zat besi yang telah mengalami microencapsulation
  • Protein.
  • Kalsium.
  • Vitamin D.
  • Magnesium.
  • Fosforus.
  • Omega 3 dan omega 6.
  • Insulin.
Selain minum susu semasa hamil, banyak lagi makanan yang bagus untuk anak dalam kandungan. Klik video di bawah




5. Susu Anmum Materna

Susu utk ibu mengandung dari Fonterra (Pengeluar susu fernleaf)
Susu tepung Anmum Materna

Harga susu anmum materna: RM36.50 untuk saiz 650g

Anmum Materna dirumus khas untuk menyokong keperluan pemakanan ibu hamil dan bayi yang sedang berkembang di dalam rahim.

Sesuai diambil oleh wanita yang sedang merancang kehamilan & lebih lebih lagi ibu hamil.

Antara sebab yang membuatkan Ibu suka jenama Anmum ni, kita ada pilihan untuk memilih susunya yang berperisa asli dengan tiada kandungan gula tambahan. Sekiranya anda ingin susu ibu mengandung tanpa gula, memang tak ada lah. Pilihan terbaik selepas itu ialah susu rendah gula.

Susu ini juga juga rendah lemak dan terdapat dalam pek jenis stik yang memudahkan pengambilannya.

Selain itu, Anmum Materna mengandungi khasiat dibawah
  • Gangliosida
  • Asid lemak penting
  • Asid sialik (Sialic)
  • Asid folik yang berperanan penting untuk pertumbuhan mental bayi
Ibu mengandung boleh minum susu ini setiap hari untuk cukupkan keperluan zat besi & asid folik harian

Bacaan menarik: Susu formula Anmum Materna untuk ibu mengandung!


6. Susu Similac Mom

Susu wanita hamil dari Abbot (Pengeluar susu s26)
Susu untuk ibu mengandung Similac Mom

Harga di pasaran: RM29 untuk pek 900g

Apa yang kita makan dan minum semasa kehamilan boleh memberikan impak kepada perkembangan keseluruhan anak kita. Cari susu rendah lemak & gula.

Ini sebabnya, penting untuk kita memastikan nutrien penting terdapat dalam diet harian kita semasa mengandung.

Khasiat yang mencukupi akan memberikan asas yang kuat untuk pertumbuhan yang lebih baik dan pembangunan otak terutamanya semasa peringkat awal kehamilan.

Similac MOM dengan rumusan terkini telah di tambah baik adalah makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil.

Ia mempunyai kandungan lemak yang rendah dan sesuai diamalkan untuk ibu hamil dan menyusu.

Susu Similac MOM dirumus dengan Sistem Nutrisi EyeQ, ia kini dilengkapi dengan Vitamin E dan Lutein Asli untuk mencegah pengoksidaan DHA, yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan otak anak kita sebelum dilahirkan.

Bacaan menarik: Susu similac mom yang kaya dengan DHA & vitamin!

7. Susu Nestle Mom & Me.

Susu ibu hamil dari Nestle.
Susu ibu hamil Nestle Mom & Me

Harga di pasaran:
Saiz:

Bila anda mengandung, anda memerlukan lebih protein, zat besi dan asid folik berbanding sebelumnya. Sebab apa yang anda makan akan menjadi sumber nutrien utama untuk di manja anda membesar di dalam kandungan.

Di samping itu, keseimbangan bakteria baik dalam mikroflora usus juga penting untuk tumbesaran si manja anda. Susu untuk ibu hamil & janin terbaik mestilah memastikan usus ibu sihat supaya penyerapan dari makanan berlaku dengan baik.

Susu ini mengandungi banyak khasiat yang bagus untuk ibu hamil seperti bifidus BL, asid folik, kalsium, kaya dengan DHA, protein & zat besi.


Beberapa jenama susu kambing untuk ibu mengandung.

Atas sebab tertentu, mungkin ada ibu hamil yang memilih susu formula dari kambing. Di bawah ini Ibu kongsikan beberapa brand yang pernah kami minum sendiri.

Apa yang Ibu perhatikan, kebanyakan jenama di bawah menggunakan susu tepung kambing yang diimport dari luar negara seperti Holland & New Zealand.

Ada juga jenama yang gunakan sumber tempatan. Seingat Ibulah, Higoat pakai susu tempatan. Kena cek semula sebab dah lama berhenti minum brand tu.

Jenama Susu kambing untuk ibu mengandung

8. Susu karihome

Susu hamil terbaik dari New Zealand yang boleh diambil ibu hamil.

Bacaan menarik: Susu tepung karihome.


9. Lazz susu kambing - set mak buyong.

Susu hamil yang bagus jenama Lazz.

Bacaan menarik: Lazz susu kambing.


10. Susu Higoat untuk ibu hamil.

Susu kambing untuk ibu hamil dari HR Marketing.

Bacaan menarik: Susu Hi goat.


11. Susu Wildan

Susu kambing untuk ibu mengandung terbaik!

Bacaan menarik: Susu tepung karihome.


Dan sampai juga kita ke susu terakhir dalam senarai ni.


12. Susu Momma Pregolact

Susu berkhasiat jenama tempatan untuk ibu hamil & menyusu dari Momma.

Susu Momma Pregolact

Ibu akhiri senarai ini dengan jenama tempatan. MOMMA Pregolact adalah susu formula terbaik yang dirumus khas untuk susu ibu hamil dan sedang menyusukan anak.

Rumusannya mengandungi khasiat lengkap untuk kegunaan kedua-dua ibu dan bayi.

Susu ini mengandungi bahan Activ-4 Plus yang mengandungi khasiat semulajadi yang penting seperti
  • DHA
  • Kalsium
  • Asid Folik
  • Vitamin dan Mineral
Memahami kepentingan menjaga paras gula semasa hamil, susu ini tidak mempunyai krim, rendah kandungan lemak & tanpa gula tambahan.

Khasiat yang cukup akan meningkatkan imuniti badan melawan kuman & virus yang berbahaya.

Harga dah mahal. Tapi betul ke bagus? Entah entah gula je banyak!

Ibu mengandung memang sangat bagus minum susu.

Doktor & nurse pun selalu ingatkan.

Tapi..

Kenapa ya?

Hari ini Ibu akan berkongsi kebaikan minum susu kepada wanita hamil dan macam mana nak pilih jenama susu yang terbaik untuk kita. Kalau anda sedang merancang untuk tambah anak, dan period dah lewat datang, dah boleh mula minum susu.

Sebab, saintis & penyelidik luar negara banyak buat kajian tentang susu dari dulu sampai sekarang.

Terutama sekali semasa ibu sedang hamil.

Dengan membaca artikel menarik ini sampai habis, kita akan dapat menjawab banyak soalan yang berlumba lumba di fikiran.

Contohnya seperti, apa kesan minum susu pada ibu & bayi. Dan apakah susu ibu hamil paling bagus.

Kita cari jawapannya bersama.

Susu untuk ibu mengandung bukan saja untuk kalsium!

Tiap kali kita sebut susu mesti teringat tentang kalsium sebab iklan susu di kaca tv dah lama sebut perkara yang sama

Sebenarnya, ada banyak kebaikan meminum susu yang diperolehi ibu hamil & anak yang dikandungkan dan manfaatnya bukan saja semasa kita hamil, tapi sehingga mereka dewasa

Apakah ia?


Kebaikan susu terbaik untuk ibu mengandung yang wajib diketahui.

Ibu pasti, Kelebihan pertama ni semua orang dah tahu.

Kelebihan susu untuk ibu hamil.

1. Kaya Kalsium untuk membina tulang & gigi yang kuat

Susu adalah sumber kalsium yang penting untuk pembentukan tulang & gigi.

Dan, setiap hari bekalan kalsium dalam badan kita semakin hilang.

Jadi penting untuk kita tambah semula supaya simpanan kalsium sentiasa cukup.

Sekiranya ibu hamil kurang mengambil minuman & makanan yang kaya kalsium, Risiko untuk kita kehilangan kalsium dari tulang bertambah.

Terutama kalau kita jenis suka bersukan di taman dan jalan jalan.

Kerana anak dalam rahim sedut dari ibunya

Itu yang gigi, tulang tulang & sendi rasa sakit sakit.

Bacaan menarik: Susu formula anlene untuk tulang & sendi yang kuat!


Tapi, bagi ibu yang ada masalah berat badan dan ada sejarah keluarga menghidap kencing manis semasa hamil pastikan tanya doktor dulu sebab susu pun ada kandungan gula juga. Untuk elak kencing manis pilih susu yang rendah gula.

Tak kiralah susu segar ataupun susu tepung.

Bagi ibu hamil yang sihat, berapa cawan susu yang baik diambil setiap hari?

Menurut USDA, ibu hamil  yang sihat minum 3 cawan susu setiap hari

Keperluan kalsium ibu hamil menurut umur
  • 19 tahun ke atas ~ 1,000mg kalsium / hari
  • 18 tahun ke bawah ~ 1,300mg / sehari. 

1 cawan susu rendah lemak seperti jenama susu hl untuk ibu membekalkan 305 mg kalsium

Jadi contohnya jika kita berusia 30 tahun & sedang hamil, boleh lah minum 3 cawan susu hl untuk wanita mengandung cukupkan kalsium harian

Lain pula bagi wanita yang kahwin muda, lepas habis SPM dah kahwin, usia 18 tahun perlu minum 4 cawan susu sehari.

Selain kalsium, susu juga kaya dengan protein.


2. Protein untuk pembesaran janin

Ahli sukan memang digalakkan minum susu sebab mereka perlukan tulang & otot yang kuat.

Ibu mengandung pun sama.

Semasa hamil, berat badan bertambah, perut pun makin besar, protein & kalsium dari susu akan membantu tisu & otot yang sihat


Protein & Susu.

a. Kandungan protein dalam susu.

Secara umumnya

1 cawan susu rendah lemak yang membekalkan 8.22 g protein.

Cara terbaik untuk cek ialah cuba semak jadual label nutrisi di belakang botol susu.


b. Kebaikan protein dalam susu.

Protein mempunyai beberapa fungsi penting semasa kehamilan iaitu
  • Pembentukan rahim
  • Penghasilan darah
  • Pembinaan payudara untuk mengeluarkan susu ibu
  • Perkembangan bayi
  • Bantu mengawal paras gula darah & kenyang lama
  • Membantu kawal selera makan

Diet ibu mengandung yang kekurangan akan menyebabkan
  • Berat kelahiran bayi yang rendah
  • Masalah kesihatan selepas bayi lahir


Seterusnya

Pastikan kita dapatkan pandangan doktor sebelum melakukan perubahan drastik pada pemakanan kita.

Susu juga kaya dengan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih baik

3. Vitamin D dalam susu bantu tulang & gigi yang kuat.

Susu kaya dengan vitamin D, khasiat penting semasa hamil untuk mengelakkan berat badan yang rendah.

Kajian menunjukkan, ibu yang minum susu akan mencukupkan 59% keperluan vitamin D harian.

Seterusnya,


4. Mengelakkan gastrik ketika mengandung

Susu dapat mengurangkan asid perut yang boleh menyebabkan gastrik dan masalah pedih ulu hati semasa hamil yang kerap berlaku di terimester ke 3.

1 gelas susu sejuk akan mengurangkan masalah pedih ulu hati & masalah gastrik.

Baik hati hati sebelum kena kan.

Seterusnya,


5. Sumber air

Susu membekalkan air yang diperlukan badan. Ibu hamil mestilah memastikan air yang diminum mencukupi supaya semua proses dalam badan berjalan dengan lancar.

Seterusnya,


6. Anak membesar lebih tinggi & risiko diabetes berkurangan.

Ibu hamil yang minum susu akan mempunyai anak yang lebih tinggi.

Anak ini juga lebih rendah risiko menghidap diabetes sepanjang hayat kerana kandungan hormon insulin dalam badan lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang kurang minum produk susu.


Bila waktu sesuai minum susu ibu mengandung?

Amalan minum susu memang digalakkan doktor & pakar pemakanan, terutama sekali bagi wanita sebab wanita terdedah kepada penyakit osteoprosis (tulang reput). Jadi, waktu sesuai minum susu untuk ibu mengandung adalah sewaktu merancang kehamilan. Tak perlu tunggu dah berbadan dua, baru nak mula minum susu. Sudah agak lambat.

Wanita yang suka minum susu dapat banyak kelebihan tau.

Antara kelebihannya ialah
  1. Memberi manfaat kepada bayi yang baru lahir pada peringkat awal kehidupan
  2. USDA mengesyorkan wanita hamil tiga cawan susu atau produk tenusu lain setiap hari
  3. Wanita yang minum susu sekurang-kurangnya 150ml setiap hari semasa merancang untuk hamil lebih cenderung mempunyai anak yang lebih tinggi semasa anak dewasa nanti
  4. Kajian menunjukkan minum susu semasa hamil akan memberi manfaat kepada anak apa mereka dewasa. Tahap insulin anak ini semasa dewasa lebih tinggi & mengurangkan risiko diabetes jenis 2
  5. Susu adalah antacid yang hebat & membantu masalah sakit perut & gastrik semasa mengandung


Dengan banyaknya khasiat minum susu yang bagus untuk ibu hamil, elok kita lazimi minum susu.

Tapi, jika kita masih berasa was was, boleh dapatkan nasihat doktor.


Jenis susu yang baik untuk ibu hamil di pasaran Malaysia.

Ada banyak susu di pasaran dan belum cerita tentang jenama susu lagi.

Secara umumnya, ibu mengandung minum susu untuk bekalan kalsium dan ada 2 jenis susu yg bagus untuk ibu hamil iaitu
  1. Susu segar (Terbaik)
  2. Susu tepung
  3. Dan sekiranya memang kita jenih alah & loya minum susu, mungkin boleh makan pil kalsium dengan mengambil pandangan dari doktor terlebih dahulu.

Apakah susu ibu mengandung yang terbaik di Malaysia?

Kalau ibu nak minum susu, paling elok minum susu segar kerana kandungan gula tidak setinggi susu tepung (formula).

Ibu sendiri suka minum susu segar untuk pilihan terbaik, dalam peti ais tu sentiasa ada susu untuk keperluan kami sekeluarga.

Susu segar pun kita boleh pilih nak minum susu lembu atau susu kambing.

Susu lembu tak semua perut tahan minum. Sebab apa?

Pantang minum saja mesti perut sakit. Apatah lagi masa mengandung, sakit memulas mulas perut tu.

Bagi ibu yang pantang minum susu lembu kerana lactose intolerance. 
Ibu galakkan minum susu kambing.

Nak minum susu kambing segar ada saja di jual di pasaraya tapi harga susu kambing memang boleh tahan mahallah.

Susu lembu segar pun dah mahal, apatah lagi susu kambing segar.

Selain harganya yang mahal, susu segar juga sensitif & cepat rosak.

Cuba ingat semula, mesti pernah kita beli susu segar & simpan dalam peti ais. Sampai lupa minum, sedar sedar dah lepas tarikh luput.

Bila perasan, bau dan rasanya dah berubah.

Pernah kan? Tapi tak mengapa, ada alternatif untuk susu kambing yang lebih murah. Beli saja susu kambing tepung untuk ibu mengandung

Ada banyak jenama. Di rumah kami, jenama Higoat & Wildan pernah kami cuba. Nanti Ibu cerita perbezaannya.


Susu lembu lawan Susu Kambing. Siapa menang?

Bandingan antara susu lembu & susu kambing untuk ibu hamil.

1. Susu lembu untuk ibu mengandung

Kelebihan
  • Kandungan vitamin D & selenium yang tinggi
  • Terdapat pelbagai jenis susu lembu (Rendah lemak/ tanpa lemak, Full cream)
  • Ia mudah didapati
  • Lebih berpatutan dari susu kambing
  • Protein berkualiti tinggi

Kekurangan
  • Lebih sukar dicerna kerana saiz molekul lemak yang lebih besar (dua jam untuk dicerna)
  • Boleh menyebabkan alahan & lendir mukus
  • Kandungan laktosa yang tinggi boleh menimbulkan rasa tak selesa pada sesetengah orang
  • Bersifat sedikit berasid

2. Susu kambing untuk ibu mengandung

Kelebihan
  • Kandungan vitamin A, K, E, dan B6 yang lebih tinggi
  • Kajian saintis mempercayai susu kambing mengurangkan keradangan & lebih selamat diminum orang yang mempunyai keradangan usus berbanding susu lembu
  • Lebih mudah dicerna kerana molekul protein kecil (30 minit untuk dicerna)
  • Mempunyai kandungan tryptophan, asid amino penting
  • Kambing memerlukan ruang & makanan yang kurang berbanding lembu. Lebih mesra alam. Lembu membebaskan lebih banyak gas karbon dioksida ke udara
  • Kaya dengan kalsium
  • Susu kambing paling menyamai susu ibu, jadi ia lebih mudah dihadam & diserap ke dalam badan manusia
  • Pilihan produk susu terbaik untuk mereka yang mengalami "lactose intolerance"
  • Bersifat sedikit alkali
  • Kajian oleh USDA dan Prairie View A & M University mengaitkan susu kambing dengan kemampuan untuk memetabolisme besi dan tembaga yang lebih tinggi
  • Rendah kandungan lemak
  • Susu kambing tidak menyebabkan alahan & lendir  / mukus berlebihan. Dan susu kambing tidak
  • Kurang toksik daripada Susu Lembu. Kebanyakan susu lembu penuh dengan hormon pertumbuhan lembu & hormon khusus untuk meningkatkan produksi susu. Kambing jarang dirawat dengan bahan-bahan ini

Keburukan
  • Mempunyai selera susu yang cair, manis dan sedikit masin
  • Kurang pengeluaran per kapita berbanding susu lembu kerana saiznya kecil. Sebab itu harganya mahal
  • Kandungan kalori yang lebih tinggi
  • Bau yang kuat
Sekarang kita dah jelas perbezaan kelebihan & kekurangan susu kambing dengan susu lembu.


Bagaimana pula perbezaan antara susu segar & susu tepung?

Ini perbezaannya,


Kelebihan Susu Segar

Walaupun susu tepung dan segar mengandungi kedua-dua vitamin dan mineral penting yang sama, susu segar mempunyai kandungan vitamin b kompleks yang lebih banyak.

Dan ini meliputi vitamin B-5 dan B-12.

Vitamin B5 membantu memastikan membran sel sihat dan Vitamin B12 pula menyokong pengangkutan oksigen yang cekap di dalam salur darah kita.

Badan memerlukan sedikit vitamin B setiap hari untuk kesihatan yang optimum.

Susu segar juga mengandungi kandungan fosforus dan selenium yang lebih tinggi sedikit daripada susu yang tepung.

Peranan Selenium & fosforus sangat penting dalam fungsi enzim yang baik.

Kedua dua nutrisi ini juga,
  1. Menyokong metabolisme selular
  2. Meningkatkan fungsi tiroid 
  3. Dan mengekalkan membran sel kesihatan. 
Perbezaan ketara seterusnya Ibu sangat setuju

Kebanyakan orang lebih suka rasa susu segar daripada susu tepung. Ini kerana susu segar mengandungi rasa yang lebih kaya dan lebih lemak.

Kebanyakan dari kita, lebih suka tekstur susu segar berbanding dengan susu tepung.


Kelebihan susu tepung

Ibu pasti semua orang tahu, susu segar tak boleh disimpan lama. Jadi, agak susah nak beli susu segar banyak banyak & simpan di dalam peti ais.

Kemudian, kita perlu habiskan susu segar secepat mungkin selepas membukanya kerana nak elakkan rasa & baunya berubah.

Inilah kelebihan utama susu tepung, susu tepung mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk menjaga khasiatnya.

Susu tepung mengekalkan nilai pemakanannya walaupun disimpan dalam masa yang lama.

Harga susu tepung sudah tentu lebih murah daripada susu segar.

Mana satu pilihan yang lebih baik?

Kedua-dua pilihan susu ini sangat hampir kandungan nutrisinya.

Jika kita ada kemampuan lebih dan tak kisah keluarkan duit lebih, pilihan terbaik adalah susu organik segar. 

Susu segar organik mempunyai kelebihan daripada susu tepung dari segi kandungan khasiat dan rasanya yang lebih sedap.

Lemak berkim.

Susu segar organik juga bebas dari antibiotik atau hormon. Sebaliknya, susu tepung mungkin mengandungi nutrien atau bahan tambahan untuk menambahkan jangka hayatnya dan kandungan susu tepung tidak sama bergantung pada jenama & pengeluar susu tersebut.

Buat kajian dulu sebelum memlih susu tepung yang hendak dibeli.

Tamat perbandingan susu tepung vs segar.

Kesimpulan tentang jenama susu ibu hamil yang bagus!

Memang terdapat banyak jenama susu untuk ibu mengandung di pasaran. Nak pilih yang mana ikut harga & citarasa, pastikan kita minum susu ikut keperluan.

Sebabnya, ada antara susu ini yang tinggi kandungan gula. Jadi periksa kandungan gula dan kalori dalam jadual pemakanan di kotak susu.

Selamat mencuba.







Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

50 Ulasan

Ulasan

Mazni Azmi berkata…
Banyak betul jenama susu ibu hamil ya

Ada enfamama anmum wildan dan jenama yang maznee kurang biasa

Minum susu memang bagus

Asalkan tak berlebihan
Mama Hakim berkata…
Pernah minum anmum untuk ibu hamil, manis sangat

Sudahnya tak minum habis sebab risau kencing manis

Air gula pun dah minum, mujur tak de

Tapi masa tu susu anmum belum keluar versi kurang gula

Sekarang dah ada yang kurang manis kan
Baru teringat... dlm peti ais ada susu segar, blom sempat minum.
nikkhazami berkata…
bagus entri ni.. boleh dijadikan rjukan
Mimie berkata…
Masa preggy dulu saya minum susu coklat kotak saja..tak minum susu ibu mengandung pun
Ana Suhana berkata…
Ana fav minum susu segar. Wajib minum setiap hari. Last2 masa pregnant tak boleh nak telan langsung susu segar tu. Try punya try akhirnya dpt Minum susu coklat anlene je masa tu. Alhamdulillah semua ok.
Ibu Syurga berkata…
Semua yang berlebihan bawa mudarat :)

Ibu Syurga berkata…
Masa mengandung memang kena jaga makan

Takut betul kalau kena kencing manis
Ibu Syurga berkata…
Apa lagi

Cepat cepat minum susu
Ibu Syurga berkata…
Terima kasih singgah blog ibu
Ibu Syurga berkata…
Asalkan boleh masuk anak tekak mimi

Kalau boleh minum tak loya, tak perlu minum susu khas ibu hamil pun
Ibu Syurga berkata…
Alhamdulillah

Suka dengar pengalaman ana
Mazni Azmi berkata…
Sederhana dalam semua urusan, tapi berikan usaha terbaik

Mazni Azmi berkata…
Sama juga, sebab tu memilih betul nak minum susu masa mengandung ni

Dah lah trimester 1 biasa alahan teruk

Loya dan mual setiap bagi
Mazni Azmi berkata…
Mis mirror minum susu lembu segar australia. Terbaik tu
Mazni Azmi berkata…
Siapa yang nak tambah anak dan rindu nak mengandung sesuai baca 😁
Mazni Azmi berkata…
Tahan lasak mimi ni, selalu susu coklat banyak gula
Mazni Azmi berkata…
Sejak dah kahwin dan ada anak ni wajib minum susu

Kalau tak, sakit sakit badan
mamapp berkata…
Betul la susus makin Mahal skrg to ia adalah keperluan
Mazni Azmi berkata…
Betul tu, wajib untuk keluarga maznee minum susu
Sha Mohamed berkata…
Susu segar memang lagi bagus tapi lagi mudah dapat yang jenis serbuk kan ibu..
Unknown berkata…
Susu yang paling bagus untuk awal kehamilan susu apa ye?...dan saya bakal dapat baby kembar...boleh bagi pandangan..
Ibu Syurga berkata…
Dulu Ibu makan susu shaklee bersama dengan set mengandung shaklee. Tapi, ibu pastikan ada orang yang akan guide cara makan betul.

Masa tu Ibu cari sis Maznee 019-265 3791

Boleh whatsap dia. Jangan beli dengan pengedar shaklee sembarangan ya. Nanti salah makan tak berbaloi.
Ibu Syurga berkata…
Ibu memang tetap beli susu segar simpan dalam peti ais.

Tak lengkap hari kalau tak minum susu segar.

Susu tepung ada juga.
Ibu Syurga berkata…
Nak sihat kita keluar duit. Bukan untuk orang lain kan? Diri sendiri.

Badan sihat boleh usaha lebih.
Mazni Azmi berkata…
Sebenarnya kalau kita makan dengan seimbang, tak perlu sangat nak makan suplemen ni.
Fadzi Razak berkata…
Saya sekarang tengah pregnant 7 bulan. dari awal pregnancy sampai sekarang memang tak boleh nak minum susu. awal awal dulu ada cuba susu soya. yang itu boleh terima tapi sekarang, makin lama makin tak boleh dah minum susu soya pulak
Syiera Firdaus berkata…
Syira memang tak minum susu tepung masa pregnant. Minum susu fresh. Tak pun tamar cocoa. Itu je yang masuk tekak pun
adianiez AIDA berkata…
aida ok aje num susu time pregnant.
susu putih. susu coklat. susu soya feveret.
cuma tu la, x kerap minum sgt. sebab manis...
lebih kerap num air suam. suam-suam panas.
JMR berkata…
Setiap kali isteri pregnen, pasti paksa dia minum sus banyak2 hehe..sebab mmg ttahu susu sgt penting utk ibu mengandung dan anak dlm kandungan tu
Bonde Zaidalifah berkata…
Seronok betul kalau masa mengandung boleh minum susu sebab susu bagus untuk ibu hamil, dekat pasaran memang ada banyak pilihan... tapi dulu masa saya memang tak boleh bau langsung sedih jer..
Huda Halid berkata…
Huda memang amalkan minum susu especially ketika mengandung. Kalsium dari badan ibu baby dah serap, jadi wajib top up dengan consume susu yang mengandungi kalsium yang tinggi
Mimie berkata…
Susu memang bagus diamalkan keika mengandung.masa megandung dulu mimi tak suka minum susu.kalau minum juga cari yang perisa coklat baru boleh minum.kalau perisa asli tu memang taklah
AyuArjuna BiGoshh berkata…
pemakanan terbaik untuk bayi dalam perut adalah sumbernya dari kalsium. Paling penting kalsium dari susu. Memang kena jadi amalan minum susu ni kan
Abby Onety berkata…
Terima kasih infonya yah. Sharingx bagus. Ini penting diketahui ibu ibu yang hamil post ini lengkap banget info tentang pentingnya minum susu bagi ibu hamil
Mama Hakim berkata…
Mama memang amalkan minum susu setiap masa. Tak payah tunggu mengandung pun. Hehe. Maklumlah usia makin meningkat makin sakit sakit badan ni sebab kalsium tak cukup
Mazni Azmi berkata…
Minum susu dah jadi budaya keluarga Maznee. Dari suami dan anak anak sampai sekarang minum susu untuk diet harian. Ok lah kan dari minum benda merapu
Atikah Tahir berkata…
Terime kasih untuk info ni.. saya tak tahu pun yang susu penting untuk ibu yang mengandung. Sangat detail info ni.. Saya dangan family memang akan minum susu setiap pagi dan malam..
Hanny Abdullh berkata…
Sis sampai skrg minum susu..tp skrg susu utk kuatkan tulang sb dh berumur ni mmg kena jaga mcm2. Masa mengandung dulu pun sis minum Anmum...sb waktu tu kaki cpt kejang..jd ramai yg suruh minum anmum..mmg bagus n kurang kejang
precious cla berkata…
Pernah dengan kawan-kawan cakap pasal kebaikan meminum susu semasa mengandung. Saya tak pernah ada pengalaman ni coz sy belum kawin (adoilah :P) . Saya minum anlene je sebagai penguat tulang hahaa
Ruby berkata…
Masa hamil dulu, memang tak suka minum susu khas untuk ibu hamil. Manis ya amat kak. Aduhhh sakit kepala minim manis ni. Kemudian saya cuba susu kambing. Alhamdulillah OK. Walau loya macam mana pun. Kita sebagai ibu harus mencari susu yang sesuai dengan tekak kita. Sebab untuk beri nutrisi kepada bayi dalam kandungan. InsyaAllah dipermudahkan.
sitirohaida berkata…
Masa preggy dulu, cuba minum susu biasa, tapi tak boleh masuk tekak, last² minum susu kambing perisa strawberry.. Alhamdulillah.. Serasi sangat dengan kita
Unknown berkata…
Sy br 8 mggu pregnant, tp x tau nk minum susu apa, nurse nasihat jgn minum anmum coz manis, sy plk ada kencing manis..huhu
Unknown berkata…
Sy br 8 mggu pregnant, tp x tau nk minum susu apa, nurse nasihat jgn minum anmum coz manis, sy plk ada kencing manis..huhu
Unknown berkata…
Bole tau susu fresh tu mcmmn.dlm kotak mcm susu ducth lady fresh milk tu ke
Unknown berkata…
Susu segar tu mcm susu ducth lady fresh dlm kotak tu ke puan
Ibu Syurga berkata…
Bukan semua susu kotak tu susu segar. Cuba baca atas kotak tu, kalau ada label susu segar, baru betul.

Sekarang ni ada banyak jenis susu dalam kotak. Susu tepung yang di bancuh pun ada. Recombine milk.
Unknown berkata…
Maaf menyampuk sis. Dulu sy minum susu ducth lady bby sy jadi besar 4.32. So elak minum kandungan gula yg tinggi. Syukur time tu xde kencing manis😂
Rini Ismail berkata…
Saya suka minum Mamil setiap kali mengandung, sebab senang nak dapat kot..
saljihitam berkata…
terima kasih ibu. kita preggy 8 minggu. dah baca komen and sangat helpful. doakan journey kita pregyy sampai melahirkan ni dipermudahkan and baby sihat