Dataran 1 Malaysia Klebang 2019, Tempat menarik di Melaka!

Kawasan pantai yang di tambak oleh kerajaan Melaka ini kini menjadi tarikan pelancong di setiap hujung minggu disamping menjana ekonomi warga tempatan.

Dataran 1 malaysia


Dataran 1 Malaysia di Pantai Klebang Melaka. Syok duduk tepi pantai!

Pantai Klebang memang di ketahui ramai, kalau singgah ke sini kemungkinan besar untuk rasa coconut shake Klebang.

Ataupun nak rasa kuih keria antarabangsa. Memang sedaplah. Cukup rasa.

Lokasi: Pantai Klebang, Melaka

Kawasan dataran 1 Malaysia memang sesak, terutama sekali di bulatan keluar tu. Dan ada gerai makan yang banyak di situ, tak hairanlah ramai orang kan.

Lebih mudah sekiranya anda menyewa saja homestay di pantai Klebang. 
Bacaan menarik: Homestay di Klebang Melaka, Harga murah dan tak perlu pening terperangkap dalam jam!

Apa yang menarik di Dataran 1 Malaysia?

Dataran 1 malaysia bustel


Pelbagai aktiviti menarik sentiasa diadakan di sini seperti bermain layang layang, menunggang kuda & kenderaan All Terrain Vehicle (ATV).

Kedai Coconut Shake Klebang yang viral juga terdapat disana, sampai panjang betul barisan menunggu.

Review Pengunjung Dataran 1 Malaysia Melaka.

Dataran 1 malaysia tempat mandi manda


Mata terkumpul di google sebanyak 4.1/5.0 bintang daripada 385 ulasan yang diberikan pelawat.

Apa yang buat tempat ini seronok ialah, ada banyak peniaga kecil kecilan menyediakan makanan yang sedap dan mainan yang menyeronokkan kanak kanak.

Maklumlah, kawasan tepi pantai kan, angin kuat. Nak main layang layang pun best. Ada tempat mandi manda yang santai (seperti dalam gambar di atas.) Memang best.
Bacaan menarik: Tempat menarik di Melaka, ini tempat paling berbaloi di kunjungi semasa bercuti!