Susu Dutch Lady Kotak! Sedap dan mudah di bawah ke mana mana.

Malasnya nak bancuh susu. Nasib baik ada susu kotak Dutch Lady!
Dulu masa Ibu di bangku sekolah, teringat lagi bila datang lori susu. Kegembiraan tak terkata sebab dapat susu percuma.

Zaman dulu, dapat minum susu kotak tu dah happy sangatlah. Kanak kanak kan.

Sekarang ni bila di kenang semula, senang sangat nak beli susu dalam kotak. Dan antara jenama yang paling popular ialah susu dutch lady dan susu fernleaf.

Tapi tahukah anda, ada beberapa jenis susu kotak Dutch Lady di pasaran?

Hari ini Ibu akan kongsikan pilihan yang ada. (Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama page Ibu Bijak Keluarga Sihat.)

Kita mulakan dengan yang paling popular.

Apakah ia?





Bacaan menarik: Susu dutch lady kotak pelbagai perisa memang sedap, Ini panduan bijak untuk memilih susu yang tepat untuk seisi keluarga!



Susu Dutch Lady kotak kecil & besar! Apa bezanya?

Sebenarnya terdapat 3 jenis susu kotak & botol yang di keluarkan jenama ini.

Iaitu.

1. Susu Dutch Lady Purefarm UHT.

Ini rupa susu tersebut. Biasa jumpa kan. UHT tu adalah singkatan untuk Ultra high Temperature.

Susu dutch lady kotak uht


Bukan ultraman tau. Caranya, susu ini dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi selama 2 saat. Berapa tinggi tu? 135 darjah celcius.

Lagi tinggi dari suhu air mendidih. Mujur selama 2 saat saja. Suhu yang tinggi ini akan membunuh kuman berbahaya dan sebaliknya tidak akan merosakkan khasiat yang terkandung di dalam susu.

Susu ini mempunyai 2 saiz pek.

  1. 1 liter
  2. 200 ml

Jenis jenis perisa untuk pilihan kita.

  1. Krim Penuh
  2. Kalsium Tinggi Lemak Rendah
  3. Strawberry
  4. Coklat
  5. Kopi (hanya 200ml)
  6. Segar (saiz 1 liter sahaja)

Kaedah penyimpanan susu UHT Dutch Lady:

Setelah dibuka, simpan dan habiskan semuanya dalam masa tiga hari.

Berapa lama susu ini boleh bertahan?

Anggaran 10 bulan selepas ia di kilangkan. Tempoh ini agak lama untuk susu bentuk cecair. Bagi penyimpanan yang lebih lama, anda boleh cuba produk susu tepung keluaran dutch lady. Contohnya susu frisomum untuk ibu mengandung ataupun susu penuh krim dutch lady. 

Baik, Susu kotak seterusnya.



2. Susu Dutch Lady Pasteurized.

Perbezaan susu jenis pasteurized jika di bandingkan dengan susu UHT ialah tempoh susu di dedahkan kepada suhu dan juga berapa tinggi ia di panaskan.

Susu dutch lady kotak pasteurized


Susu ini di panaskan pada suhu 72 hingga 74 darjah celcius selama 15 hingga 30 saat.

Kemudian ia di sejukkan segera pada pada 4 hingga 5 darjah celcius.

Kuman penyebab susu rosak akan mati, dan jangka hayat susu ini boleh di simpan bertambah dengan mendadak.


Susu Dutch Lady terpasteur boleh di dapati dalam saiz.

    • 1 liter


Pilihan perisa susu dutch lady yang dipasteur.

Kita boleh memilih perisa di bawah
  1. Segar (100% Susu Segar)
  2. Penuh krim
  3. Kalsium Tinggi Rendah Lemak 
  4. Coklat



Panduan penyimpanan.

bagi memastikan susu ini tahan lama dan sentiasa segar untuk di minum,simpan susu ini di peti sejuk pada suhu antara 0 ° C hingga 4 ° C.

Pastikan kita goncang pek sebelum digunakan. 

Setelah dibuka, simpan di dalam peti sejuk dan pastikan kita habiskan dalam masa tiga hari untuk mengelakkan susu rosak. Susu yang dipasteur memang menjadi pilihan ramai, rumah kami sendiri jarang putus bekalan susu. Maklumlah anak anak sedang membesar, nak elakkan pembesaran terbantut kan. Kalau terbantut, terpaksa guna susu pediasure pula. Jauh lagi mahal dari susu segar.



3. Dutch Lady Sterilize.

Jenis ketiga ni lain sebab bukan dalam kotak. Susu ni mengalami proses pensterilan dan di simpan di dalam botol plastik. Bukan botol susu ya.

Kaedah pemprosesan susu ini yang paling hardcore.

Ganas tau. Kalau di kaji cara penyediaan susu steril, ia di panaskan pada suhu 1000 darjah celcius.

Hasilnya susu ini selamat di minum oleh manusia walaupun di biarkan pada suhu bilik selama 7 hari.

Tapi kelemahan kaedah ini, khasiat dalam susu terjejas. Timbal semula pada tempoh penyimpanan yang lebih lama. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh buat kajian sendiri di internet. 

Dan proses ini mungkin berbeza menurut pengilang. Ibu tak pasti macam mana proses yang di lakukan Dutch Lady.


Susu ini boleh di dapati pada saiz berikut.

  1. 900ml
  2. 450ml 
  3. 225ml (Calcium Low Fat Hi, Chocolate dan Strawberry sahaja)


Pilihan perisa susu steril Dutch Lady.

  1. Segar (100% Kilang Segar)
  2. Krim Penuh
  3. Kalsium Tinggi Lemak Rendah
  4. Coklat
  5. Strawberry



Cara menyimpan yang betul.


Seperti biasa, setelah dibuka, simpan dan habiskan susu ini dalam tempoh tiga hari


Akhir kata.

Tamat sudah artikel Ibu kali ini. Jika anda sedang pening kepala memilih produk Dutch lady yang mana ingin di pilih. Baca artikel di bawah.







Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com


10 Ulasan

Ulasan

Suria Amanda berkata…
Dutch lady is always my fav..first choosen in my family and normally i bought the choc cnd strawberry flavour..pilihan ramainibu-ibu dari dari dulu hingga kini
Mudah sekarang bila dah ada packaging macam ni. Boleh bawa untuk riadah, atau bekalan ke sekolah.
AyuArjuna BiGoshh berkata…
Susu jenis on the go dalam kotak ni mmg anak suka. Varian seperti coklat dan strawberi mmg kegemaran duaorangbesp dr jenama dutchlady
Qaseh Dalia berkata…
Bestnya susu ni .. Suka gak minum , semua perisa dah try heheh
Hasif Hamsyari berkata…
Yummy! Saya pun membesar dengan produk Dutch Lady juga. Memang segar susunya. Kalau dulu favourite sentiasa perasa coklat tapi bila dah besar ni selalu amalkan yang susu biasa. Tak pernah lagi mengecewakan!
adianiez AIDA berkata…
Aida biasa beli kotak kecik 200ml tu. Selain drpd anak2 suka minum, prepare few box susu full cream utk buat roti.
Angelpoiwoon berkata…
my daughter likes milk very much. bring Dutch lady together when outing is the most convenient ~ :DD
zakwanqais berkata…
Info yang sangat berguna
Mawardi Yunus berkata…
oh ada beza ya , ingatkan sama je. menarik artikel ni. terima kasih sudi kongsi
Hanny Abdullh berkata…
Susu dutch lady kotak ni..kalau ternampak dan teringin nak minum susu baru beli, tapi tak lah beli banyak-banyak n simpan stok kat rumah,beli bila berkeperluan sahaja