Header ads

Adiiik.. adik. Mahal botol susu ni Mama beli, tak nak juga minum susu. Entah mana silapnya!
botol susu bayi

Memang banyak jenama botol susu di jual di pasaran. Ada macam macam jenama, dari yang murah hingga yang mahal.


Tapi, harga yang mahal belum tentu berbaloi. 


Silap haribulan tersadai atas rak sebab anak tak mahu minum dengan botol tu. Hati mak mana yang tak sedih kan.


Hari ini, Ibu nak kongsikan botol yang terbaik untuk anak kita. Anak suka, ibu mestilah terlalu gembira berguling guling. Sebab susu habis diminum. (Sumber
 dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat & kajian jurnal mengenai botol susu yang diterbitkan di Sciencedirect)

Bacaan menarik: Susu tepung formula terbaik untuk anak kita!

4 Jenama botol susu terbaik untuk bayi! Anda suka yang mana?

jenama botol susu anak

Mula mula sekali, Ibu nak kongsi pada para pembaca semua, review ni tak berbayar. Telus & tak menyebelahi sesiapa.


Ok, kita mulakan dengan botol susu pertama. Mudah nak shopping masa hamil kan.



Botol susu Tommee Tippee. Pilihan terbaik untuk beri susu ibu perahan. (Psst.. nak beri susu formula untuk bayi pun boleh)



tommee tippee
Jenama ini memang dikenali ramai, dan boleh dikatakan botol susu premium ni. Harga memang mahal.

Tapi berkualiti. Patutlah ramai yang suka.

Salah satu sebabnya, rekaan puting botol ini menyerupai puting wanita. Jadi, mudah nak latih anak beralih dari susu badan ke susu botol.

Tak kiralah, kita nak ganti dengan susu formula atau susu kambing selepas tu kan.
Bacaan menarik: Botol susu tommee tippee, Klik untuk lihat gambar jenis botol susu keluarannya.
Bacaan menarik: Lazz susu kambing memang best! Ada 7 lagi jenama susu tepung kambing untuk pilihan keluarga! Baca disini.


Botol susu Philips Avent. Satu lagi jenama terbaik untuk beri perahan susu ibu kepada baby.



Siapa sangka, jenama barang elektrik yang terkenal ini pun ada keluarkan botol susu sendiri kan.

Sama seperti Tommee tippee, ini pun kategori botol susu mahal.



botol susu Philips Avent


Bacaan menarik: Botol susu avent, Klik untuk lihat banyak pilihan gambar botol jenama Philips.

Pigeon.

Jenama berikutnya, dah masuk kategori mampu milik & sering menjadi pilihan ramai ibu bapa.


botol susu pigeon


Bacaan menarik: Botol susu pigeon. Klik untuk lihat gambar botol jenama ini.


Botol susu tupperware.

Kalau sebut tentang barangan plastik, memang ramai yang suka dengan tupperware. Harganya dan kualitinya setara.

Siapa yang pernah beli tentu setuju. Sebab tu, ramai mak mak yang mengumpul koleksinya.


Cuma tulah, Ibu pun sebelum ni tak tahu jenama ni pun keluarkan botol susu sendiri. Hehe.

botol susu tupperware


Bacaan menarik: Botol susu Tupperware, Klik untuk tonton gambar botol jenama ini.


Nak beli botol susu dari kaca atau yang plastik?

Kedua duanya ada kelebihan & kelemahan tersendiri.

Ibu senaraikan di bawah.



Botol Kaca.

Kelebihan.
  1. Bebas bahan kimia.
  2. Lebih mudah dicuci.
  3. Selamat disteril pada suhu lebih tinggi.
  4. Tak mengubah bau & rasa susu.
  5. Boleh digunakan untuk menyimpan susu ibu.
  6. Tahan lebih lama jika dibandingkan dengan botol plastik.

Kekurangan.

  1. Harga yang mahal.
  2. Susah nak jumpa.
  3. Kurang pilihan rekabentuk.
  4. Lebih berat.
  5. Risiko untuk pecah.
Banyak juga kelebihan botol kaca kan. Seterusnya kita lihat pula botol yang lebih mainstream.

Botol plastik.

Kelebihan botol dari plastik.
  1. Mudah di dapati.
  2. Plastik adalah lutsinar, jadi mudah menyukat kuantiti susu diminum anak.
  3. Harga berpatutan.
  4. Ringan.
  5. Jika pecah, tak pecah macam kaca.
Kelemahannya pula.

  1. Kandungan bahan kimia.
  2. Sukar dibersihkan & kurang lasak. Mudah calar.
  3. Tidak boleh disterilkan dengan sempurna kerana takat cairnya rendah.
  4. Mempunyai bau plastik.
  5. Tak tahan lama jika dibandingkan dengan kaca.


Itu baru bahan. Lepas ni kita lihat pula jenis botol berdasarkan rekabentuk.





Banyaknya jenis botol susu! Ada yang lurus, yang gemuk. Nak beli yang mana satu ni?
Botol susu jenis

Inilah yang sering terjadi pada ibu bapa yang baru menimang anak pertama. Banyak benda belum tahukan.

Sebab itu Ibu tuliskan entri ini, insyaallah akan membantu anda
  1. Beli botol susu yang betul.
  2. Sesuai dengan bajet & membantu menjimatkan masa.
Baik, sekarang ni kita teruskan dengan pilihan botol untuk anak kita.

Sudah bersedia?

Jenis jenis botol susu untuk bayi & anak mengikut peringkat umur.

Botol jenis pertama paling kerap kita jumpa.

1. Jenis biasa / standard.

botol susu biasa

Senang didapati di kedai dengan rekabentuk yang simple. Rekaan ini memang dah evergreen & diterima ramai. Sama macam jenama susu bayi terbaik yang ada dipasaran. Pergi mana pun orang cari sebab dah yakin.

Kebaikan
  • Harganya paling murah.
  • Senang didapati.
  • Mudah dibersihkan.
  • Puting susu juga murah & mudah dicari. Tak perlu beli puting khas yang mahal.


Kelemahan
  • Rekaan leher yang sempit, menyebabkan kawasan ini sedikit sukar dibersihkan. 
  • Susu tepung dan air mudah tumpah semasa penyediaannya. Maklumlah mulut botol kecil. 
  • Menyebabkan udara berlebihan masuk ke dalam susu & boleh menyebabkan kembung pada sesetengah anak. 
Oleh kerana botol susu ni murah, kalau tertinggal di tadika & nurseri. Atau kalau balik kampung dah kalut nak balik kita lupa nak ambil. Taklah kisah sangat.


2. Botol anti kolik.

botol susu anti colic


Botol jenis kedua ni akan menyelesaikan masalah yang Ibu kongsikan bagi jenis botol susu biasa.

Botol anti kolik akan membantu mengurangkan kembung atau kolik berlaku. Kolik menyebabkan rasa tak selesa & sakit di bahagian perut kerana angin di dalam perut. 


Botol jenis ini direka khas untuk mencegah udara masuk berlebihan semasa anak menghisap susu.


Biasanya, botol ini mempunyai lubang untuk ventilasi udara. Ibu pernah belikan botol jenis ini



Kelebihan botol anti kolik.

  • Dapat kurangkan angin yang masuk dalam susu anak.
  • Mengurangkan masalah kembung yang berlaku pada anak, kurang merengek, kita pun gembira kan.

Kekurangannya pula.

  • Masalah kembung hanya dapat dikurangkan, tapi tak dapat dihilangkan 100%. Sekiranya dah menggunakan botol jenis ini tapi anak masih kembung perut, kemungkinan masalah dari susu formula.Mereka tidak dijamin untuk mencegah kolik.
  • Sukar dibersihkan, maklumlah rekaan lebih canggih dan mempunyai banyak bahagian berbeza. Jadi nak bersihkan susah & mudah pula nak hilang kalau kita tak simpan setempat.
  • Harga lebih mahal berbanding botol biasa.
  • Tak mudah di dapati di kedai kedai biasa. Kena cari di hypermarket dan juga di butik barangan bayi. Atau beli saja online.

Review pengalaman sebenar Ibu menggunakan botol jenis anti kolik.

  • Memang betul, anak Ibu jarang kembung. Mungkin susu tepung yang digunakan serasi, ditambah pula dengan kelebihan botol ini yang mengurangkan udara.
  • Leceh nak basuh, botol anti kolik ni ada bahagian getah. Membran getah ni berfungsi mengurangkan angin masuk. Tapi, getah ni tak boleh di basuh dengan sabun sembarangan. Nanti cepat jadi keras & kena cepat diganti.
  • Sabun yang keras juga mengubah getah dan mudah meleleh susu tu. Sebab dah tak kedap macam dulu.
  • Nak basuh botol ni, kena buka semua bahagian dan cuci betul betul. Leceh, sebab tu bila anak dah besar sikit pakai saja jenis biasa.
  • Puting susu murah, senang nak cari ganti. Sebab ada anak suka gigit puting sampai koyak. Macam macam pe el anak ni kan. Hehe.
Kebiasaannya, ibu bapa akan beli 2 jenis di atas ni.

Kalau diikutkan, banyak lagi jenis jenis botol untuk anak ni. Dan semua yang lain tu agak jarang orang pakai.



Sekiranya anak anda masih kembung selepas menggunakan botol ini, cuba tukar susu formula. Baca artikel di bawah ni untuk panduan memilih susu anak.

Bacaan menarik: Susu formula untuk bayi terbaik! Ini pilihan ibubapa di Malaysia.



3. Botol leher condong (Angle Neck)

botol susu angle neck

Reka bentuk botol ini agak pelik, tapi peliknya bersebab tau. Botol leher condong, direka senget bersudut di bahagian leher. 

Kelebihan.

  • Rekaannya yang senget dileher akan memastikan susu sentiasa memenuhi kawasan puting setiap masa. Ini mengurangkan kejadian bayi menelan udara. Jadi, alternatif yang baik pada botol anti kolik.
  • Masih ingat lagi kan, kelemahan botol anti kolik, kena basuh membran getah. Botol angle neck tak pakai pun getah ni. Rekaan yang berbeza sikit ni memberikan kesan yang hampir sama. Anak kita tak tertelan angin yang menyebabkan kembung.

Kelemahan.

  • Kacing kacing. Mahal. Bayangkan kena tukar botol ni setiap beberapa bulan?
  • Susah nak jumpa.
  • Perlu alat khas untuk bersihkan. Tapi Ibu pakai berus yang boleh bengkokkan tu. Beli kat kedai RM2 je pun.
  • Tidak mampu menghapuskan kembung perut 100%. Kalau masih kembung, cek susu anak sesuai tak.



4. Botol steril sendiri.


botol susu self sterelize



Botol jenis ini mampu mensterilkan sendiri & sedia digunakan. Hanya perlu panaskan botol ini dalam ketuhar mikro.



Air yang diletakkan di dalam botol akan panas dan membunuh kuman.

Kebaikan.

  • Tak perlu rendam botol dalam air panas lagi untuk pensterilan.
  • Senang digunakan.
  • Menjimatkan masa.

Kelemahan.

  • Tak semua rumah menggunakan ketuhar mikro kan
  • Harga mahal.
  • Kurang praktikal di Malaysia, kecuali rumah kita memang menggunakan ketuhar jenis ini.


5. Botol leher besar. (Wide neck)

botol susu wide neck

Bagi mak mak yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, dan risau anak kita terbiasa dengan botol susu.

Nanti tak nak direct feeding pulak kan, sesuai gunakan botol ni.

Kelebihan.

  • Sesuai digunakan untuk anak yang menyusu badan.
  • Anak yang sedang dilatih cerai susu lebih cepat menyesuaikan diri dengan botol ini.
  • Leher dan bukaan yang besar memudahkan kerja penyediaan dan pembersihan susu.
  • Harga berpatutan.

Kelemahan.

  • Kena beli di kedai khas. Jarang di dapati.
  • Saiz puting besar lebih mahal dari harga puting biasa.
  • Anak ibu memang suka gigit puting sampai koyak, seminggu sampai 3 kali tukar puting baru. Kasar jugalah belanja.

Bagus ke botol keluaran Pigeon ni? Harga kira oklah. Kualiti tu tak tahu!
botol susu pigeon
Memang ada botol susu yang direka khas untuk memberi susu ibu kepada bayi semasa ibunya tiada di sisi.

Contohnya pergi kerja. 

Botol susu pigeon, pilihan ibu berkerja untuk si manja kesayangan!

Botol jenama ini dilengkapi dengan puting SofTouch Peristaltic PLUS atau Peristaltic Nipple untuk memastikan bayi kita mendapat susu ibu berharga tanpa anda disampingnya.

Puting botol ini mempunyai sistem Pengudaraan Udara (AVS™) yang membantu menyesuaikan tekanan udara di dalam botol.

Sistem ini terdiri daripada unjuran yang direka khas di pangkalan dan bahagian atas dada, yang membolehkan susu mengalir lancar ke dalam mulut bayi.

Apa kelebihannya?

Dengan tekanan udara yang dilaraskan di dalam botol, pengambilan udara semasa anak menyusu akan dikurangkan sebaiknya. 

Oleh itu, bayi tidak akan menelan buih yang mengandungi udara berlebihan dengan susu.

Botol susu yang baik perlukan susu yang serasi dengan perut anak kita. Klik video di bawah untuk bantu anda buat pilihan terbaik!

.


Ada banyak jenis botol keluaran Pigeon. Di bawah ini Ibu kongsikan.


Pilihan botol susu Pigeon untuk kegunaan si manja!


1. Edisi Khas Putera Puteri Set PP (Polipropilena)

Botol susu pigeon putera puteri

PIGEON Nursing Bottle dengan SofTouch ™ Peristaltic PLUS Nipple memastikan bayi kita mendapat susu ibu dengan baik.

Ia boleh didapati dalam 240ml

Apa yang menarik tentang botol ini?
  • Diuji secara klinikal untuk peralihan di antara payudara dan botol.
  • Direka khas untuk membantu mengurangkan anak kita menelan udara.
  • Sistem pengudaraan lanjutan untuk mencegah kembung.
  • Puting SofTouch Peristaltic PLUS Nipple dibuat dari 100% silikon, yang lembut dan fleksibel untuk membolehkan pergerakan lidah semula jadi dan lancar.
  • Botol diperbuat daripada bahan Polypropylene (PP) yang tahan lama dan ringan.
  • Bebas kandungan BPA.




2. Botol Penyusuan susu ibu Slim-Neck  - Gelas.

botol susu pigeon slim neck gelas


  • Botol ini akan menggalakkan bayi untuk menggunakan pola menghisap semula jadi.
  • Rekabentuk payudara peristaltik ultra lembut dan fleksibel untuk membolehkan gerakan lidah semula jadi dan lancar.
  • Sistem Pengaliran Udara (AVS) membantu mengurangkan bayi kita mengambil udara berlebihan yang menjadi punca kepada kolik.
  • Botol diperbuat daripada bahan kaca borosilikat premium yang lutsinar dan rintangan haba tinggi.
  • Bebas BPA.
  • Produk ini terdapat dalam 2 saiz - 120ml dan 240ml


3. Botol Penyusuan susu ibu Slim-Neck – PP (Polypropylene)

Slim-Neck Nursing Bottle – PP (Polypropylene)


  • Botol ini sama saja dengan botol kedua, bezanya bahan yang digunakan adalah polypropylene. Sejenis plastik.


4. Botol Penyusuan susu ibu Slim-Neck – PPSU (Polyphenylsulfone)

Slim-Neck Nursing Bottle – PPSU (Polyphenylsulfone)


  • Sama dengan no 2 & 3. Perbezaan pada bahan PPSU.


5. Botol Penyusuan susu ibu Wide-Neck – Gelas

Botol Penyusuan susu ibu Wide-Neck – Gelas

Botol biasa mempunyai bahagian leher yang kecil, dan ini menyukarkan kerja kita membasuh bekas ini tiap kali selepas menggunakannya.

Sekiranya kita nak atasi masalah ini, boleh pilih botol ini kerana.
  • Bentuk botol mudah dipegang
  • Kubah botol gulung yang direka khas
  • Botol diperbuat daripada bahan kaca borosilikat premium dengan ketelusan yang sangat baik dan rintangan haba tinggi
  • Bebas BPA.

6. Botol Penyusuan Susu Ibu Wide-Neck – PP (Polypropylene)

Botol Penyusuan Susu Ibu Wide-Neck – PP (Polypropylene)

Sama seperti botol no 5, kecuali botol ini diperbuat daripada bahan Polypropylene (PP) yang tahan lama dan ringan


7. Botol Penyusuan Susu Ibu Wide-Neck  - PPSU (Polyphenylsulfone)

Botol Penyusuan Susu Ibu Wide-Neck  - PPSU (Polyphenylsulfone)

Rekaan botol ini sama seperti no 5, perbazaan dari segi bahan Polyphenylsulfone (PPSU) yang mempunyai rintangan haba tinggi dan ketahanan yang sangat baik.



Kesimpulan mengenai botol susu jenama Pigeon.

Antara kelebihan botol jenama ini ialah setiap rekabentuk mempunyai 3 pilihan botol yang menggunakan bahan berbeza.

Botol standard & wide neck, kedua duanya mempunyai variasi bahan gelas, poly propylene & juga polyphenylsulfone.

Sekiranya anda masih nak buat kajian tentang jenama botol susu lain di pasaran, jemput baca artikel di bawah ya.



Bagus ke botol Avent ni? Harga boleh tahan mahal.
Botol susu philips avent

Hari ni Ibu nak kongsi dengan pembaca tentang botol susu premium dari Philips.

Syarikat yang sama keluarkan barang elektrik tu. Ibu nukilkan artikel ini bersumberkan laman rasmi Philips Avent & dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat.

Botol susu Philips Avent, memang bagus ke?

Bagus atau tak bergantung kepada penilaian kita sendiri kan. Cuma kalau dah keluar duit beli botol susu mahal. Beri pula dengan susu ibu atau susu formula terbaik yang harga paling mahal. Sepatutnya berkualitilah kan. Baru puas hati.





Sebab, botol susu plastik ni, setiap 6 bulan maksimum kita di syorkan untuk tukar.
.

Jenis botol susu Avent di pasaran.

Terdapat 2 jenis botol jenama ini yang biasa dijual di kedai kedai. Contohnya seperti di bawah.

botol susu avent

1. Botol Natural

  • Mudah digunakan dengan susu ibu, mempunyai rekaan puting yang berbentuk semulajadi & mirip dengan payudara ibu. 
  • Bayi kurang terkejut semasa belajar minum susu menggunakan botol ini kerana mirip dengan pengalaman bersama ibunya.
  • Rekaan botol ini membantu mencegah kebocoran ketika menyusu
  • Botol ini mempunyai leher yang lebar supaya mudah diisi dan dibersihkan.
  • Rekaannya yang kemas & ringkas tidak mempunyai banyak komponen.
  • Tidak mengandungi BPA.
  • Puting botol ini mempunyai banyak variasi mengikut usia anak kita. Puting berbeza ini akan memberikan aliran susu yang berbeza. Semakin besar anak kita, semakin laju aliran susu.

Harga Botol Avent Natural.

Cuba teka berapa harga botol susu avent ni? Secara purata, harga 1 botol berada di atas RM50.




Contohnya botol untuk bayi baru lahir dengan kapasiti 125ml bernilai RM51. Kalau beli 2 bekas yang sama boleh dapat RM91.
Botol susu avent natural newborn




Botol susu avent natural 260ml

Bagi saiz 260ml pula sesuai untuk bayi 1 bulan ke atas. Harganya RM61 untuk 1 botol.

Aksesori seperti berus mencuci puting dan juga botol jenama avent berharga RM29.

Tapi, kalau nak pakai berus biasa pun tak ada masalah. Terpulang pada kita.

Kita pergi pula pada jenis kedua.



2. Botol Avent klasik

Botol ini termasuk dalam jenis botol standard / biasa dengan rekaan leher yang sempit jika dibandingkan dengan botol jenis natural.

Rekaan botol ini telahpun digunakan sejak tahun 1984.

Di bawah ini ibu kongsikan ciri cirinya.

  • Injap Anti Colic 
  • Direka untuk mengelakkan kebocoran semasa makan
  • Tulang leher untuk mengisi dan pembersihan yang mudah
  • BPA percuma
  • Puting susu botol klasik avent mempunyai rekaan berbeza untuk pertambahan umur anak kita.
  • Puting klasik untuk anak yang lebih berusia akan mengalirkan lebih banyak susu sesuai dengan perkembangan mereka.

Harga Botol Avent Classic.

Kalau kita bandingkan harga botol klasik dengan natural, murah sikitlah. Persamaannya, kedua dua botol ni anti kolik.

Anak yang minum kurang risiko nak kembung perut sebab rekaannya mengurangkan angin masuk semasa bayi menyusu.




Harga untuk botol bayi baru lahir / newborn?

Botol susu avent klasik newborn

Harganya ialah RM39 untuk saiz 125ml.


Nak dapat harga terbaik, beli 2 botol. Boleh dapat harga RM65.


Botol susu avent klasik 1 bulan 260ml

Lepas tu, untuk saiz 260ml pula yang sesuai untuk bayi berumur 1 bulan ke atas bernilai RM46. Botol dalam gambar di atas ni.


Dan akhir sekali untuk saiz yang paling besar.



Botol susu avent klasik 3 bulan 330ml

Saiz 330ml untuk anak 3 bulan ke atas RM56. Besarnya macam gambar di atas.




tommee tippee
Bagi ibu ibu yang sedang berjuang memberikan susu ibu kepada anak anak mereka, ada 1 jenama yang sering menjadi pilihan mereka.

Botol Tommee tippee direka dengan puting susu yang mirip seperti payudara ibu. Tak hairanlah anak kita yang masih bayi sukakannya.

Dengan tagline "Closer to Nature", botol keluaran syarikat ini memang istimewa. Ibu nukilkan artikel ini bersumberkan laman rasmi Tommee tippee & dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat.

Botol susu Tommy Tippee, ini sebabnya ramai ibu bapa berkerjaya memilihnya!




Rekaan puting susu ini telah memenangi anugerah rekaan. Dan satu tinjauan telah dilakukan terhadap 1200 ibu bapa yang memberikan anak mereka susu menggunakan botol susu ini.

Didapati, 92% anak yang masih bayi menerima puting susu ini dalam hanya 3 kali cubaan.

Menarik kan.

Di bawah ini Ibu kongsikan lagi kelebihan botol susu ini.

Kelebihan botol Tommee Tippee untuk si manja anda?

botol susu tommee tippee

1. Puting yang lembut serta mudah meregang dan melentur.

Melalui teknologi pembuatan & pemilihan bahan yang canggih, puting botol ini bersifat meregang & melentur seakan akan payudara ibu sebenar.

Puting yang telah patenkan ini akan memberikan pengalaman penyusuan yang lebih semula jadi kepada anak kita.

Ini semestinya memberikan kelebihan kepada mak yang memberikan susu ibu kepada si manja. Pengalaman menghisap susu ibu yang diperah seakan akan sama dengan diberikan secara direct feeding. Tapi, kalau nak berikan susu formula untuk bayi guna botol susu ini pun tak ada masalah.



2. Rekaan puting ini dilengkapi teknologi untuk mengurangkan angin masuk semasa anak menyusu.

Ini dapat kita ambil manfaatnya dengan kurangnya risiko anak kita kembung perut (colic).

Ia dilengkapi dengan teknologi injap udara yang telah juga dipatenkan. Maknanya, pengeluar botol susu lain tak boleh tiru tanpa keizinan mereka.

Injap ini sangat sensitif dalam memberikan pengudaraan yang baik. 

Ibu sangat syorkan kita guna untuk bayi baru lahir. Sangat memudahkan.
Bacaan menarik: Botol susu untuk bayi newborn Tommee Tippee.

3. Mudah untuk anak yang baru mencuba menerima botol ini.

Saiz puting botol susu Tommee Tippee lebih besar dengan tekstur lembut, mirip payudara ibu.

4. Bahan plastik botol ini bebas BPA.

Semua komponen botol produk Tommee Tippee bebas biphosphenol (BPA). Sejenis bahan yang digunakan untuk mengeraskan plastik & juga memberikan sifat anti bakteria.

BPA dikenalpasti memberikan kesan negatif pada sistem endokrin semasa kajian dilakukan pada haiwan.

Kemungkinan untuk kesan yang sama berlaku pada manusia memang ada. Sebab tu kita boleh berasa lega untuk gunakan jenama ni.

5. Bentuk yang mesra bayi.

Si manja boleh memegang sendiri botol susu ini untuk menyusu. Saiznya sedang sedang untuk mereka.


6. Puting melekap pada mulut bayi secara semulajadi.

Ini mengurangkan angin yang masuk ke dalam perut anak semasa menyusu.


7. Mudah untuk dibersihkan.

Penting untuk kita membersihkan botol susu anak kita dengan sempurna supaya bakteria berbahaya tidak mencemari susu yang kita sediakan untuk anak kita.

Botol ini mudah di bersihkan.


Kesimpulan mengenai produk botol untuk anak menyusu Tommee Tippee.

Banyak betul manfaat menggunakan botol susu mahal ni kan. Tapi, mahal mahal macam mana pun tak boleh lawan yang semulajadi.


Kalau kita dapat bagi terus pada anak kita, lebih baik pilih cara semulajadi.

Kesimpulan tentang jenis jenis botol susu.

Kalau diikutkan, ada banyak lagi jenis botol susu. Cuma tak semua ada di Malaysia.

Apa yang Ibu kongsikan ni, yang kerap disusun di rak rak pasaraya macam Tesco, Giant, Aeon & lain lain.

Ibu doakan semoga artikel ni bermanfaat kepada anda semua. Kalau ada soalan, ataupun nak kongsi pengalaman. Isi di ruangan komen di bawah ya.

Bolehlah kita tukar tukar pendapat. Sama sama belajar. Jumpa lagi Ibu ucapkan.

Assalamualaikum Wrmbth.


Kenapa mesti pilih botol tanpa bahan BPA.

Isu ni pernah viral di media sosial dan televisyen beberapa tahun dulu. Ibu saja bangkitkan kembali supaya kita sentiasa berjaga jaga.

Apa sebenarnya bahaya bahan BPA ni, dan kesannya pada anak anak kita?


Banyak bekas makanan dan minuman, termasuklah botol susu anak kita mengandungi bahan polikarbonat, & mempunyai lapisan yang mengandungi kimia bisphenol A (BPA). 


Ia digunakan untuk mengeraskan plastik & mencegah bakteria daripada mencemari makanan.


Isu ini bangkit kerana terdapat kebimbangan mengenai kesan BPA yang mungkin berlaku pada manusia, terutama sekali pada bayi dan kanak-kanak. 


Ini kerana, melalui kajian yang dilakukan pada haiwan menunjukkan terdapat kesan pada fungsi endokrin haiwan tersebut dengan pendedahan BPA. 


Mungkin, kesan yang sama boleh berlaku pada manusia. 


Cara memilih botol susu terbaik bebas BPA untuk anak kita.

Kita sebagai ibubapa patut mengambil langkah berjaga jaga untuk mengurangkan pendedahan bayi kepada bahan ini


Antara yang kita boleh lakukan ialah
  • Elakkan membeli botol susu plastik dengan nombor kitar semula 7 dan huruf "PC" dicetak pada mereka. Kemungkinan ia mengandungi BPA.
  • Pilih botol susu yang tercetak perkataan "BPA Free" di atasnya.
  • Botol yang diperbuat daripada plastik legap diperbuat daripada polietilena atau polipropilena tidak mengandungi BPA. 
  • Periksa botol susu yang mempunyai simbol kitar semula dengan nombor 2 atau 5 di dalamnya.
  • Gunakan botol kaca jika boleh. Tetapi botol kaca mudah pecah, dan boleh melukakan bayi. Tinggi risiko tu.



Bila masanya kita perlu tukar botol anak.

Botol yang digunakan anak kita perlu ditukar supaya tidak mendatangkan mudarat kepada mereka.

Botol kaca pun perlu tukar kalau tak kena gaya, botol plastik apatah lagi.


Di bawah ini Ibu kongsikan tanda tanda yang perlu ibu bapa perhatikan pada botol, kalau ada memang dah sampai masanya beli yang baru.



Tanda botol susu perlu diganti.

1. Terdapat kesan retak, sumbing.

Tanda pertama ni bukan ekslusif untuk botol lama sahaja. Kadang kadang kita baru je tukar botol baru.

Anak berlari lari dan jatuhkan botol tu. Atau masa kita letak atas meja, boleh pula terlanggar dan jatuh.


Dan banyak lagi sebab lain.


Sayang memang sayang, tapi kalau botol tu pecah dan mencederakan anak kita. Lagilah sayangkan?



2. Berapa bulan sekali perlu kita tukar botol anak? 

Walaupun botol yang digunakan anak kita tak tertulis tempoh penggunaannya. Tetapi, sebagai langkah berjaga jaga, kita disarankan menukar
  • Botol susu dengan BPA - setiap 3 bulan. 
  • Botol susu bebas BPA - setiap 6 bulan sekali.
Itu bahagian botol susu, putingnya perlu juga ditukar dengan kerap.


Tanda tanda sudah sampai masa menukar puting.

Puting susu ada banyak jenis. Yang biasa kita gunakan adalah jenis silikon dan getah.

Kalau anak kita suka gigit puting sampai koyak besar, tak perlu tunggu lama. Tersedak anak kita minum nanti.


Sekiranya anak kita jenis pandai jaga puting, cuba perhatikan tanda di bawah.

  1. Aliran susu yang keluar dari lubangnya mestilah keluar perlahan lahan. Tak keluar terlalu laju. Kalau banyak sangat susu keluar, itu tandanya lubang puting dah menjadi besar.
  2. Berlaku perubahan warna. Puting yang dah bertukar warna mungkin sudah digunakan terlalu lama. Mungkin juga dah tumbuh kulat pada puting tersebut.
  3. Puting nipis. Tarik puting tersebut dan perhatikan sama ada ia kembali ke bentuk asal. Jika tidak, tukar baru.
  4. Retak - kepingan puting boleh koyak dan tertanggal. Anak kita boleh tercekik.
Satu panduan mudah, tukar puting susu setiap 3 bulan jika tanda tanda di atas tidak kelihatan.


Kesimpulan tentang botol susu anak.

Ibu ringkaskan semula isi isi penting sebelum kita tutup artikel ini.
  1. Terdapat banyak jenama botol susu dipasaran, pilih jenama yang dikenali ramai kerana ia terbukti kualiti & mudah didapati.
  2. Botol ini terdapat banyak jenis. Ada dari kaca dan juga plastik. Masing masing ada kebaikan & juga keburukan.
  3. Selain itu, terdapat juga jenis jenis botol susu berbeza mengikut rekabentuk. Ada botol biasa, botol anti kolik, leher condong, leher besar & lain lain. Pilih ikut kemampuan kita.
  4. Pastikan kita memilih botol susu yang tidak mempunyai kandungan BPA. Ini akan menyebabkan gangguan pada sistem endokrin atau hormon dalam badan. Kesian anak kita.
  5. Botol susu & puting wajib ditukar apabila tiba masanya. Perhatikan tanda tanda yang muncul.
Rasanya, cukup setakat ini. Insyaallah kita akan sambung lagi di kemudian hari. Seperti biasa, ada kemusykilan & soalan boleh isi di ruangan komen di bawah.

Sama sama kita kongsi pengalaman & ilmu untuk manfaat bersama. Dapat faedah & pahala. Insyaallah.

Assalamualaikum Wrmbth.







Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

Terbaru Lebih lama