Susu Kambing Karihome! Review harga & kebaikan susu tepung organik.

Kenapalah agaknya susu yang di hasilkan di New Zealand berkualiti tinggi? 
susu kambing karihome

Kita biasa nampak iklan susu di kaca televisyen. Kebanyakan susu yang di import ke seluruh dunia berasal dari New Zealand.

Bagi menulis artikel ini, Ibu telah merujuk laman web industri tenusu New Zealand & perkongsian dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat.

Kali ini Ibu nak kongsikan jenama susu kambing dari negara jiran Australia.

Apakah ia?

Susu Karihome, Susu kambing formula dari New Zealand.

Syarikat ini telah di tubuhkan sejak tahun 1991, dan telah mengimport susu kambing dan susu lembu yang dihasilkan dan dibungkus di New Zealand. 

Sumber Susu kambing jenama Karihome

Susu kambing formula Karihome di hasilkan oleh Dairy Goat Co-operative (NZ) Ltd, sebuah koperasi milik petani di New Zealand yang menghasilkan 90% daripada jumlah pengeluaran susu kambing di New Zealand.

Ada persamaan dengan perusahaan susu di Holland kan, yang mengeluarkan susu dutch lady.
Bacaan menarik: Kebaikan susu dutch lady memang banyak, pilihan untuk seisi keluarga!

Persamaan negara Holland & New Zealand ialah susu mereka dihasilkan di persekitaran yang terbaik untuk kambing dan lembu.

New Zealand mempunyai cuaca yang mengasyikkan dengan musim panas & sejuk yang membantu kambing dan lembu mereka menghasilkan susu berkhasiat. 

Cuaca yang bagus di sana membuatkan padang rumput di New Zealand cepat tumbuh dan sentiasa sedia untuk menjadi makanan haiwan tenusu.


Apakah kelebihan Susu formula karihome berbanding jenama lain?

Ada beberapa kelebihan di New Zealand yang menjadikan susunya berkualiti tinggi. Itu sebabnya susu formula berasaskan susu kambing karihome berbeza dengan brand lain.

Ibu senaraikan 2 sahaja.

1. Susu Karihomen dihasilkan di ladang sendiri dengan sistem ragut bebas yang unik

Karihome menggunakan sistem merumput bebas di mana rumput segar ditambah kepada makanan kambing, yang membolehkan kambing memperolehi nutrien yang cukup.

Ini menyebabkan susu yang dihasilkan kambing kambing ini kaya dengan kandungan bioaktiviti semulajadi seperti
  1. asid linoleik konjugat (CLA)
  2. poliamina semulajadi
  3. asid sialik (SA)
  4. nukleotida

2. Proses penghasilan susu yang ketat, memelihara kekayaan khasiat semulajadi susu kambing

Ladang susu yang mengeluarkan produk Karihome mematuhi keperluan ketat pihak berkuasa di New Zealand.

Bermula dari pengumpulan susu di ladang, ke pembuatan dan akhir sekali pembungkusan produk. 

Susu susu ini diproses menggunakan cara pengeluaran yang mudah, yang untuk mengekalkan dan memanfaatkan kekayaan kandungan semulajadi susu kambing seperti
  1. asid lemak rantai sederhana lengkap
  2. nutrien semulajadi 
  3. vitamin 
Seterusnya kita kongsikan pula produk karihome yang direka khusus untuk kumpulan umur.

Dari kanak kanak hinggalah ke dewasa.

Susu karihome untuk kanak kanak.

Terdapat 4 jenis susu kambing untuk kegunaan kanak kanak. Rujuk gambar di bawah.

1. Karihome step 1 - untuk bayi berusia 0 hingga 6 bulan.
Karihome step 1 - untuk bayi berusia 0 hingga 6 bulan.
Anda risau susu karihome step 1 tak sesuai untuk anak yang masih bayi? Baca panduan mudah ini sebelum beri baby bawah 6 bulan minum.

Oleh kerana ulasan ini agak panjang, di bawah ini ibu sertakan 1 artikel khas untuk susu langkah 1 karihome. Boleh klik link di bawah.




2. Karihome step 2 - untuk bayi berusia 6 hingga 36 bulan / 3 tahun.
Karihome step 2 - untuk bayi berusia 6 hingga 36 bulan / 3 tahun.


Anda sedang mencari susu kambing untuk bayi berusia 6 bulan ke atas?  Karihome step 2 adalah jawapannya.



3. Karihome step 3 - untuk kanak kanak berusia lebih dari 12 bulan.
Karihome step 3 - untuk kanak kanak berusia lebih dari 12 bulan.


4. Karihome step 4 - untuk kanak kanak berusia melebihi 3 tahun.
Karihome step 4 - untuk kanak kanak berusia melebihi 3 tahun.
Ok, kita dah selesai dengan susu untuk kanak kanak.

Sekarang ni kita teruskan pula untuk dewasa.

Susu karihome untuk orang dewasa & warga tua.

Di bawah ini adalah Susu Karihome Whole Goat Milk Powder. Khas untuk usia 7 tahun ke atas sehinggalah atuk nenek boleh minum.
Susu Karihome Whole Goat Milk Powder

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang susu untuk orang dewasa di atas, teruskan membaca artikel di bawah.
Bacaan menarik: Susu karihome untuk dewasa. Elakkan tersalah pilih.

Harga susu kambing karihome di pasaran.

Oleh kerana terdapat banyak produk yang di keluarkan oleh Karihome, Ibu kongsikan tentang harga setiap produk di artikel khusus.

Rujuk artikel di bawah untuk harga terkini ya.
Bacaan menarik: Harga susu jenama karihome Malaysia. Cek di sini untuk bandingkan harga.


Akhir kata.

Susu karihome memang dikenali ramai dan mudah di dapati di pasaraya. Antara kelebihan utamanya ialah kambingnya di besarkan di New Zealand dengan cuaca yang sesuai untuk tenusu.

Boleh di ambil setiap hari untuk memenuhi keperluan khasiat diperlukan kita untuk kekal sihat.

Pun begitu, banyak lagi jenama susu kambing yang di jual. Boleh rujuk di bawah.
Bacaan menarik: Sedang mempertimbangkan nak beli susu kambing jenama apa? Dapatkan jawapannya di sini.





Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

Susu Kambing Karihome! Review harga & kebaikan susu tepung organik. Reviewed by Ibu Syurga on Mac 21, 2019 Rating: 5

11 ulasan:

  1. Susu kambing jenama karihome ni mama pernah pakai sekejap untuk anak sulung.

    Masa tu dia demam selalu sebab putus susu ibu. Lepas tu pakailah karihome ni.

    Mahal. Anak memang minum. Tapi tak tahan harganya. Tukar jenama lain pula

    BalasPadam
  2. Pernah juga nampak susu kambing karihome ni di pasaraya. Harga memang mahal, kuantiti pun tak banyak. Susu import memang begitu kan

    BalasPadam
  3. Susu Rrayyan juga ada untuk pilihan susu kambing dengan harga mampu. Cuma tiada untuk newborn step 1 seperti karihome.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Cuma susu tepung kambing ni elok beri lepas anak 2 tahun ke atas.

      Padam
    2. Betulke susu kambing elok selepas anak berusia 2 tahun ke atas??

      Padam
  4. Maaf nak tanya..susu ni tahan brape lama slepas tin dibuka ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simpan tempat sejuk dan kering tahan lama puan. Cek tarikh luput belakang tin tu.

      Kalau puan maksudkan anak minum 1 tin tahan berapa lama, kena tengok juga anak kita punya selera.

      Anak Ibu kejap je, 3 hari dah habis. Tak tahan sebab harga susu formula karihome ni mahal sangat. Tukar ke jenama tempatan macam lazz dan wildan. Ok lagi.

      Sampai sekarang Ibu pakai. Tapi pastikan anak dah 2 tahun baru mula pakai susu kambing ya

      Padam
  5. Anak alah dgn susu lembu. Bermacam2 dh tukar, semua xok dgn dia. Ok ke sisu karihome

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut pengalaman ibu mang ok susu formula kambing karihome ni. Cuma harga dia mahal.

      Lepas buat beberapa percubaan, jenama susu tepung kambing tempatan yg setanding pun ada.

      Ibu puas hati brand wildan dan dan lazz. Tapi pastikan anak dah berusia 2 tahun ke atas baru cuba susu kambing ya.

      Padam
  6. Yg karihome ni, memang betul ada khusus untuk usia bawah 2 tahun. Tapi tak tahulah macam mana kan.

    BalasPadam
  7. Anak saya minum 3 bulan.. minum karihome tapi berak 4-5 hari sekali.. kenapa ye? Bancuhan 1 oz utk 1 scoop susu kan?
    Apa lg ye brand susu kambing utk infant?

    BalasPadam

All Rights Reserved by Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.