Susu Kambing Platinum! Review harga & kebaikan susu tepung organik.

susu kambing platinum

Susu Kambing Kurma Madu Platinum - Plus collagen & vitamin c. Pilihan wanita untuk kelihatan cantik & berseri seri!

Ramai orang tahu yang khasiat susu kambing untuk bayi & orang dewasa. Tapi, kebaikannya bukan saja untuk kesihatan dalaman.

Malah ia juga bagus untuk kecantikan luaran.

Bagi wanita yang sentiasa sibuk & mahu kelihatan cantik luar dan dalam. Eloklah minum susu kambing ni setiap hari.

Lagi best, sekarang ni ada banyak pilihan. 

Dah ada susu kambing yang siap ditambah kolagen & vitamin c. Contohnya susu jenama Platinum ni. Bagi menulis artikel ini, Ibu telah merujuk laman web Platinum & perkongsian dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat.



Khasiat susu kambing jenama Platinum untuk anda?

Amalan minum susu memang dah ditekankan dari kita kecil. Tapi, susu lembu dan susu kambing pun ada bezanya!

Kalau kita letak sebelah sebelah, banyak lagi khasiat susu kambing berbanding susu lembu.

Itu belum cerita lagi kebaikan bahan bahan tambahan dalam produk ni.

Ibu senaraikan beberapa manfaat susu kambing kurma madu platinum plus collagen & vitamin c.
  1. Sumber protein yang baik.
  2. Membantu membekalkan tenaga.
  3. Sesuai digunakan untuk wanita & seisi keluarga. Asalkan kita minum ikut keperluan saja. Maklumlah, semua yang bagus kalau diambil berlebihan pun bawa mudarat juga.
  4. Sesuai diamalkan setiap hari untuk kesihatan badan.
  5. Kalsium & vitamin D dalam susu kambing membantu menguatkan tulang dan gigi.
  6. Dipercayai mampu menjadikan kulit lebih berseri dan gebu.

Apa yang terkandung di dalam susu kambing kurma madu?

Di bawah ini Ibu kongsikan bahan bahan yang digunakan untuk menghasilkan susu platinum ini.
  1. Susu kambing asli.
  2. Ekstrak madu.
  3. Ekstrak kurma.
  4. Kolagen.
  5. Vitamin c.
  6. Krimer tanpa tenusu.
  7. Glukosa. 


Cara minum susu kambing ini untuk hasil yang lebih baik?

Tak susah pun cara menyediakannya. Tapi, ramai dari kita tak tahu kalau salah kaedah, boleh merosakkan kandungan zat yang ada di dalamnya.

Cara yang betul ialah campurkan 1 paket susu ini ke dalam air suam dan kacau sehingga semuanya larut.

Amalkan setiap hari sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Penting, untuk jangan bancuh dengan air panas mendidih. Suhu tinggi tu boleh rosakkan vitamin & enzim enzim dalam susu ni.

Kan sayang dah beli mahal mahal, masa bancuh tu kita rosakkan khasiat tanpa sedar.

Harap harap artikel ini membantu anda ya.

Sekiranya anda masih nak tahu jenama susu kambing lain yang ada di pasaran, boleh baca artikel di bawa ni.

Bacaan menarik: Jenama susu kambing di Malaysia memang banyak. Baca senarai brand paling popular di pasaran!





Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

Susu Kambing Platinum! Review harga & kebaikan susu tepung organik. Reviewed by Ibu Syurga on September 23, 2018 Rating: 5

1 ulasan:

  1. Amboi nama, susu kambing ada banyak sangat jenama sekarang ni kan. Nak pilih yang mana satu boleh buat kajian dulu. Macam yang ni, nampaknya ada tambahan vitamin c dan kolagen untuk kecantikan. Boleh awet muda kalau amalkan selalu

    BalasPadam

All Rights Reserved by Ibu Syurga © 2014 - 2015
Powered By Blogger.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.