Botol susu tommee tippee? Wah memang terbaik! Mesti anak suka

tommee tippee
Bagi ibu ibu yang sedang berjuang memberikan susu ibu kepada anak anak mereka, ada 1 jenama yang sering menjadi pilihan mereka.

Botol Tommee tippee direka dengan puting susu yang mirip seperti payudara ibu. Tak hairanlah anak kita yang masih bayi sukakannya.

Dengan tagline "Closer to Nature", botol keluaran syarikat ini memang istimewa.

Botol susu Tommy Tippee, ini sebabnya ramai ibu bapa berkerjaya memilihnya!

Rekaan puting susu ini telah memenangi anugerah rekaan. Dan satu tinjauan telah dilakukan terhadap 1200 ibu bapa yang memberikan anak mereka susu menggunakan botol susu ini.

Didapati, 92% anak yang masih bayi menerima puting susu ini dalam hanya 3 kali cubaan.

Menarik kan.

Di bawah ini Ibu kongsikan lagi kelebihan botol susu ini.

Kelebihan botol Tommee Tippee untuk si manja anda?

botol susu tommee tippee

1. Puting yang lembut serta mudah meregang dan melentur.

Melalui teknologi pembuatan & pemilihan bahan yang canggih, puting botol ini bersifat meregang & melentur seakan akan payudara ibu sebenar.

Puting yang telah patenkan ini akan memberikan pengalaman penyusuan yang lebih semula jadi kepada anak kita.

2. Rekaan puting ini dilengkapi teknologi untuk mengurangkan angin masuk semasa anak menyusu.

Ini dapat kita ambil manfaatnya dengan kurangnya risiko anak kita kembung perut (colic).

Ia dilengkapi dengan teknologi injap udara yang telah juga dipatenkan. Maknanya, pengeluar botol susu lain tak boleh tiru tanpa keizinan mereka.

Injap ini sangat sensitif dalam memberikan pengudaraan yang baik. 

Ibu sangat syorkan kita guna untuk bayi baru lahir. Sangat memudahkan.
Bacaan menarik: Botol susu untuk bayi newborn Tommee Tippee.

3. Mudah untuk anak yang baru mencuba menerima botol ini.

Saiz puting botol susu Tommee Tippee lebih besar dengan tekstur lembut, mirip payudara ibu.

4. Bahan plastik botol ini bebas BPA.

Semua komponen botol produk Tommee Tippee bebas biphosphenol (BPA). Sejenis bahan yang digunakan untuk mengeraskan plastik & juga memberikan sifat anti bakteria.

BPA dikenalpasti memberikan kesan negatif pada sistem endokrin semasa kajian dilakukan pada haiwan.

Kemungkinan untuk kesan yang sama berlaku pada manusia memang ada. Sebab tu kita boleh berasa lega untuk gunakan jenama ni.

5. Bentuk yang mesra bayi.

Si manja boleh memegang sendiri botol susu ini untuk menyusu. Saiznya sedang sedang untuk mereka.


6. Puting melekap pada mulut bayi secara semulajadi.

Ini mengurangkan angin yang masuk ke dalam perut anak semasa menyusu.


7. Mudah untuk dibersihkan.

Penting untuk kita membersihkan botol susu anak kita dengan sempurna supaya bakteria berbahaya tidak mencemari susu yang kita sediakan untuk anak kita.

Botol ini mudah di bersihkan.


Kesimpulan mengenai produk botol untuk anak menyusu Tommee Tippee.

Banyak betul manfaat menggunakan botol susu mahal ni kan. Tapi, mahal mahal macam mana pun tak boleh lawan yang semulajadi.

Kalau kita dapat bagi terus pada anak kita, lebih baik pilih cara semulajadi.

Jika anda masih belum puas hati, Ibu jemput baca artikel di bawah. Panduan memilih botol paling best untuk si manja comel yang kiut miut kat rumah tu.


Bacaan menarik: Botol susu paling best? Ini 5 yang paling disukai ibu bapa!

Sekiranya ada sebarang kemusykilan, soalan dan pandangan. Nak kongsi pengalaman ke, jom isi kotak komen di bawah. 

Sama sama kita kongsi ilmu. Dapat pahala apa. Jumpa lagi, Assalamualaikum.
Botol susu tommee tippee? Wah memang terbaik! Mesti anak suka Reviewed by Ibu Syurga on Oktober 24, 2018 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Kadang kadang tertanya tanya juga kenapa ada orang beli botol susu brand tommee tippee ni. rupa rupanya sebab botol ni direka khas untuk memudahkan baby yang menyusu badan

    BalasPadam
  2. Memang berkualiti tommee tippee ni. Lagipun design botol ni sangat kemas dan elegan. Mak ayah pun suka sebab comel. Baby tau pakai saja kan.

    BalasPadam

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.