Jenis botol susu untuk anak. Wah banyaknya! Ini panduan memilih.

Banyaknya jenis botol susu! Ada yang lurus, yang gemuk. Nak beli yang mana satu ni?
Botol susu jenis

Inilah yang sering terjadi pada ibu bapa yang baru menimang anak pertama. Banyak benda belum tahukan.

Sebab itu Ibu tuliskan entri ini, insyaallah akan membantu anda
  1. Beli botol susu yang betul.
  2. Sesuai dengan bajet & membantu menjimatkan masa.
Jika anda mahu tahu 5 botol susu terbaik di Malaysia, mungkin boleh baca artikel di bawah.
Bacaan menarik: Botol susu anak? Ini 5 pilihan paling bagus ibu ibu Malaysia.
Baik, sekarang ni kita teruskan dengan pilihan botol untuk anak kita.

Sudah bersedia?

Jenis jenis botol susu untuk bayi & anak mengikut peringkat umur.

Botol jenis pertama paling kerap kita jumpa.

1. Jenis biasa / standard.

botol susu biasa


Senang didapati di kedai dengan rekabentuk yang simple.

Kebaikan
  • Harganya paling murah.
  • Senang didapati.
  • Mudah dibersihkan.
  • Puting susu juga murah & mudah dicari. Tak perlu beli puting khas yang mahal.


Kelemahan
  • Rekaan leher yang sempit, menyebabkan kawasan ini sedikit sukar dibersihkan. 
  • Susu tepung dan air mudah tumpah semasa penyediaannya. Maklumlah mulut botol kecil. 
  • Menyebabkan udara berlebihan masuk ke dalam susu & boleh menyebabkan kembung pada sesetengah anak. 
Oleh kerana botol susu ni murah, kalau tertinggal di tadika & nurseri. Atau kalau balik kampung dah kalut nak balik kita lupa nak ambil. Taklah kisah sangat.

2. Botol anti kolik.

botol susu anti colic

Botol jenis ini akan mengurangkan kembung berlaku pada anak kita dan ia mempunyai lubang injap untuk ventilasi udara. Ibu pernah belikan botol jenis ini

Kelebihan.
  • Mengurangkan angin yang masuk.
  • Anak jarang kembung.


Kekurangan.
  • Tak dapat mengurangkan kembung sepenuhnya.
  • Memerlukan lebih banyak usaha dalam membersihkan. 
  • Harga agak mahal berbanding botol biasa.
  • Sukar di cari di kedai biasa.
Sekiranya anak anda masih kembung selepas menggunakan botol ini, cuba tukar susu formula. Baca artikel di bawah ni untuk panduan memilih susu anak.
Bacaan menarik: Susu formula bayi terbaik! Ini pilihan ibubapa di Malaysia.

3. Botol leher condong (Angle Neck)

botol susu angle neck

Reka bentuk botol ini agak pelik, tapi peliknya bersebab tau. Botol leher condong, direka senget bersudut di bahagian leher. 

Kelebihan.

  • Rekaannya yang senget dileher akan memastikan susu sentiasa memenuhi kawasan puting setiap masa. Ini mengurangkan kejadian bayi menelan udara. Jadi, alternatif yang baik pada botol anti kolik.
  • Masih ingat lagi kan, kelemahan botol anti kolik, kena basuh membran getah. Botol angle neck tak pakai pun getah ni. Rekaan yang berbeza sikit ni memberikan kesan yang hampir sama. Anak kita tak tertelan angin yang menyebabkan kembung.

Kelemahan.

  • Kacing kacing. Mahal. Bayangkan kena tukar botol ni setiap beberapa bulan?
  • Susah nak jumpa.
  • Perlu alat khas untuk bersihkan. Tapi Ibu pakai berus yang boleh bengkokkan tu. Beli kat kedai RM2 je pun.
  • Tidak mampu menghapuskan kembung perut 100%. Kalau masih kembung, cek susu anak sesuai tak.

4. Botol steril sendiri.

botol susu self sterelize

Botol jenis ini mampu mensterilkan sendiri & sedia digunakan. Hanya perlu panaskan botol ini dalam ketuhar mikro.

Air yang diletakkan di dalam botol akan panas dan membunuh kuman.

Kebaikan.

  • Tak perlu rendam botol dalam air panas lagi untuk pensterilan.
  • Senang digunakan.
  • Menjimatkan masa.

Kelemahan.

  • Tak semua rumah menggunakan ketuhar mikro kan
  • Harga mahal.
  • Kurang praktikal di Malaysia, kecuali rumah kita memang menggunakan ketuhar jenis ini.

5. Botol leher besar. (Wide neck)

botol susu wide neck

Bagi mak mak yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, dan risau anak kita terbiasa dengan botol susu.

Nanti tak nak direct feeding pulak kan, sesuai gunakan botol ni.

Kelebihan.


  • Sesuai digunakan untuk anak yang menyusu badan.
  • Anak yang sedang dilatih cerai susu lebih cepat menyesuaikan diri dengan botol ini.
  • Leher dan bukaan yang besar memudahkan kerja penyediaan dan pembersihan susu.
  • Harga berpatutan.

Kelemahan.


  • Kena beli di kedai khas. Jarang di dapati.
  • Saiz puting besar lebih mahal dari harga puting biasa.
  • Anak ibu memang suka gigit puting sampai koyak, seminggu sampai 3 kali tukar puting baru. Kasar jugalah belanja.



Kesimpulan tentang jenis jenis botol susu.

Kalau diikutkan, ada banyak lagi jenis botol susu. Cuma tak semua ada di Malaysia.

Apa yang Ibu kongsikan ni, yang kerap disusun di rak rak pasaraya macam Tesco, Giant, Aeon & lain lain.

Ibu doakan semoga artikel ni bermanfaat kepada anda semua. Kalau ada soalan, ataupun nak kongsi pengalaman. Isi di ruangan komen di bawah ya.

Bolehlah kita tukar tukar pendapat. Sama sama belajar. Jumpa lagi Ibu ucapkan.

Assalamualaikum Wrmbth.
Jenis botol susu untuk anak. Wah banyaknya! Ini panduan memilih. Reviewed by Ibu Syurga on Oktober 24, 2018 Rating: 5

1 ulasan:

  1. Banyak betul jenis botol susu yang di jual kan. Mama pun pakai yang jenis biasa kebanyakan masa. Pernah juga pakai yang wide neck cuma kelemahannya puting susu tu agak susah sikit nak cari.

    BalasPadam

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.