Susu Anlene Gold! Ini ke susu formula terbaik untuk warga emas?

Ramai wanita berusia di Malaysia mengalami Osteoporosis. Minum susu anlene gold untuk membantu kesihatan tulang belakang kita di usia emas!
Susu formula anlene gold susu untuk orang tua

Setelah penat bekerja & membesarkan anak anak, kini tiba waktunya untuk kita bersara.

Di waktu ramai rakan seusia tidak lagi berupaya untuk melakukan aktiviti lasak, kenapa ramai lagi rakan kita dari bangsa cina bebas berlari & berjoging setiap hari di padang?

Apakah rahsia mereka kekal aktif & mampu menikmati masa mereka melewati usia persaraan?


Kali ini Ibu berkongsi info susu untuk tulang anlene dari laman rasmi Anlene & page Ibu Bijak Keluarga Sihat.



Baca artikel tentang susu anlene gold & anda di jamin akan

  1. Mengetahui khasiat susu terbaik untuk orang tua Anlene Gold.
    .
  2. Memahami kandungan Anlene Gold yang bermanfaat untuk warga emas.
    .
  3. Cara percuma mendapatkan sampel Anlene Gold.
    .
  4. Perbandingan harga terkini produk anlene gold dengan jenama susu formula terbaik di pasaran lain seperti susu dutch lady & susu ensure. Adakah ini susu untuk tulang yang bagus untuk mengelakkan tulang rapuh, retak & patah yang mudah dialami orang berusia?
    .



Kenapa warga emas bagus minum susu Anlene Gold? Best sangat ke!

Cuba anda perhatikan, kebanyakan dari kita semakin kurang selera makan apabila meningkat usia. Betulkan?

Walaupun ada sebaliknya, tapi kes macam ni tak ramai. 

Apabila kita kurang makan, semestinya kita memilih makanan yang sedap dengan tekak.

Ini menyebabkan badan kita kekurangan khasiat yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Kajian menunjukkan
  1. Dari 5 orang dewasa, 2 orang mempunyai masalah sukar untuk berjalan.
    .
  2. Pada tahun 2003, Journal of Gerontology: Medical Sciences, telah berkongsi bahawa golongan berusia memerlukan 2 kali ganda upaya seluruh badan untuk bergerak berbanding orang muda.

Apa khasiat yang terkandung di dalam susu untuk orang tua Anlene Gold?

Mujur ada susu formula anlene gold yang mempunyai formulasi MFGM active yang mempunyai komponen mirip dengan cecair sendi yang diperlukan badan untuk kelancaran pergerakan.

Kajian juga menunjukkan, pengambilan MFGM & melakukan senaman yang kerap berkemungkinan meningkatkan kecergasan badan.

Susu tepung anlene gold juga lebih tinggi kandungan protein untuk membantu memperbaiki tisu badan. Kandungan susu formula untuk bayi sembelit & orang tua mesti berbeza, mudah lagi untuk orang dewasa banding anak kecil. Susu terbaik untuk anak sembelit, tak cukup bulan, & kembung perut pun tak sama.

Apa yang penting, kita elok minum susu. Tak perlu tunggu dah sakit badan, baru nak minum semula. Mulakan dari muda. 



Hanya minum 2 cawan susu ini setiap hari untuk membekalkan badan kita dengan khasiat yang didambakannya seperti:
  1. Protein - bertugas membantu membina & memperbaiki tisu badan.
  2. Kalsium - diperlukan untuk gigi & tulang yang kuat.
  3. Magnesium - membantu penyerapan kalsium.
  4. Zink - Menggalakkan pertumbuhan.
  5. Fosforus - Menguatkan tulang.
  6. Vitamin A - Penglihatan yang sihat.
  7. Vitamin B2 & B6 - Menambahkan kecekapan pembebasan tenaga dari penghadaman.
  8. Vitamin B12 - Penghasilan sel darah merah untuk badan lebih cergas.
  9. Vitamin C - Membantu penyerapan zat besi.
  10. Vitamin D - Penyerapan Kalsium & forforus.
  11. Vitamin E - Perlindungan pengoksidaan lemak dalam badan.

Apakah kesan pertambahan usia kepada sendi & tulang! Lelaki & perempuan wajib  tahu.

Pada tahun 2004,  Jurnal Sports dari Med Deschenes MR. yang berjudul "Effects of aging on muscle fibre type and size" telah mendapati kekuatan otot manusia berkurangan sebanyak 15% bagi setiap 10 tahun. Ini benar bagi kedua dua lelaki & wanita.


susu untuk orang tua anlene gold

Manakala, satu kajian telah dilakukan dalam Journal of the National Medical Association pada 1966 oleh Chung dengan judul "Aging in Human Joint: Articular cartilage."

Kajian di atas mendapati lelaki & wanita sama sama mengalami pengurangan tulang rawan pada sendi mereka selepas berusia 50 tahun ke atas.

Dan bagi wanita pula, selepas kita mencapai usia menopause , berlaku pengurangan kepadatan tulang yang pesat pada 5 tahun pertama selepas menopause. Sebab itu wanita digalakkan minum susu sepanjang hayat mereka.

Pastikan kita minum susu setiap hari terutama sekali susu ibu hamil & semasa menyusu badan. Dan selepas menopause.

Kerana waktu ini, badan kita sangat sangat mengidamkan kalsium yang cukup. Susu formula terbaik untuk ibu mengandung perlu membekalkan khasiat yang mencukupi untuk kedua dua bayi & ibunya.



Berapa harga susu formula anlene gold berbanding jenama susu tepung lain?

Kalau nak buat perbandingan, elok kita rujuk dengan susu murah & susu mahal.

Susu dutch lady kita letak sebagai susu murah. Susu appeton pula kita letak untuk susu premium. 

Kita nak tahu susu anlene gold ni letaknya di mana?
  1. Anlene Gold 1kg - RM30.90
  2. Susu formula Dutch Lady Full Cream Milk Powder 1kg - RM27.82
  3. Susu Appeton Wellness 60+ 900g - Rm118.90
Seperti yang kita perhatikan di atas, kalau kita bandingkan harga susu formula di atas menurut berat, susu tepung dutch lady & Anlene gold tak banyak beza pun.

Harga susu tepung terbaik untuk orang tua di menangi oleh Anlene Gold. Jauh beza dengan harga susu tepung appeton kan.

Tapi, kalau kita bandingkan khasiat Ibu pasti susu appeton menang. Mahal bersebab tu.

Harga yang Ibu kongsikan ini untuk bulan feb 2019 ya. Macam biasalah, harga ni ada naik turunnya.

Di bawah ini pula ibu letakkan harga berbeza bagi saiz berlainan.

Harga terkini anlene gold di malaysia

  1. Anlene-Gold 51+ 650g - Rm22.00
  2. Anlene-Gold 1kg Foc 100g - Rm31.90
  3. Anlene-Gold Plain 1.1kg Foc Anlene Container (Assorted Colours) - Rm29.99

Sesuai ke anlene gold diminum wanita mengandung?

Susu ini khusus untuk orang dewasa, lelaki dan wanita boleh minum tanpa masalah.

Tetapi sekiranya anda sedang hamil, Lebih di galakkan untuk anda minum susu ibu hamil.

Memang banyak pilihan jenama susu untuk ibu mengandung di Malaysia. Ibu kongsikan beberapa.
  1. Susu Enfamama
  2. Susu Frisomum gold
  3. Susu Anmum Materna
  4. Susu kambing wildan untuk ibu hamil
Apa pun, nak kepastian pastikan dapat konsultasi dari doktor ya. Mereka pakar yang terlatih dalam bidang kesihatan wanita hamil.

Cara percuma mendapatkan sample susu free Anmum Gold?

Ibu kongsikan cara paling mudah, lawati tapak web rasmi dari anlene Malaysia.

Kemudian cari butang untuk sample susu percuma anlene.

Mereka akan minta butiran peribadi kita.

Kalau tak selesa tak payah isi. 

Cumanya, kalau nak sample susu kenalah isi.

Dah habis isi, tekan butang hantar & sabarlah menunggu sample susu.



Kesimpulan tentang susu untuk orang tua - Anlene Gold!

Semua orang akan tua, ini kita tak boleh pilih. Tapi, kita boleh pilih untuk semakin tua dengan sendi yang kuat.

Atau sebaliknya, tua dengan sakit sakit satu badan.

Seeloknya kita ambil pilihan kedua. Sedikit rumusan dari perkongsian Ibu.
  1. Anlene Gold di rumus khas untuk membantu orang dewasa & warga tua mempunyai sendi serta tulang yang sihat.
  2. Kandungan MFGM di dalam susu ini mirip cecair sendi kita & membantu pergerakan di usia lanjut.
  3. Sample anlene untuk orang tua boleh kita dapatkan di laman web rasmi anlene.
Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian kali ni.

Anda ada cerita nak dikongsi tentang pengalaman minum susu warga emas anlene-gold?

Silakan berkongsi di ruangan yang disediakan di bawah. Asalkan kita komen dengan berhemah, sama sama dapat manfaat.

Dan insyaallah dari perkongsian pengalaman ini kita boleh dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan sahabat lain yang mencari info. 

Bukankah orang yang paling baik antara kita, mereka yang paling memberi manfaat kepada orang lain.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)






Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

Catat Ulasan