Betul ke susu anlene bagus untuk kuatkan tulang? Tapi, nak pilih yang mana satu ya?
susu anlene untuk tulang

Ramai orang cari susu anlene selepas kemalangan. Mungkin sebab tulang kita patah mahupun retak. 

Sebenarnya, banyak lagi khasiat susu formula anlene untuk kesihatan kita. Ibu kongsikan dengan kerjasama page Ibu Bijak Keluarga Sihat.


Baca susu untuk tulang & sendi Anlene sehingga habis dan anda dijamin akan

  1. Mengetahui 4 jenis susu tepung anlene di pasaran Malaysia.
    .
  2. Memahami fungsi susu berkalsium tinggi untuk tulang yang kuat.
    .
  3. Memilih susu anlene yang tepat untuk ibu hamil, orang dewasa & warga tua.
    .
  4. Harga terkini produk anlene di Malaysia.



4 Pilihan Susu anlene untuk kesihatan tulang & sendi! Mana yang paling bagus untuk anda?

Kita mulakan dengan susu untuk menguatkan tulang yang pertama.

1. Susu tepung anlene.

Susu ini sesuai digunakan lelaki & wanita yang ingin kekal aktif, dan mempunyai tulang yang kuat sampailah kita berusia.


Susu tepung anlene


Nak dapat tulang & gigi yang kuat bukan kerja semalaman, kita mestilah menjaga kesihatan tulang, sendi dan otot.

Selain mengamalkan senaman, pengambilan susu tinggi kalsium untuk dewasa akan memastikan tulang kita padat & kuat.

Susu formula Anlene kaya dengan nutrien seperti kolagen, protein dan kalsium tinggi. 

Dari sumber USDA National Nutrient Database for Standard Reference, 100g susu tepung Anlene mengandungi sekurang kurangnya 50% lebih mineral seperti kalsium, magnesium dan zink dan vitamin B6 & D daripada susu biasa yang ditambah dengan vitamin D.

Amalkan ia setiap hari dalam 3 pilihan perisa yang lazat. Susu ini boleh didapati dalam perisa biasa, coklat dan perisa baru cafe latte (kopi susu).

Jika anda sedang berbadan dua, amalkan susu anlene untuk ibu hamil supaya tubuh kita & bayi dalam rahim mendapat kalsium yang secukupnya. 

Cuma pastikan kita dapatkan nasihat dari doktor sebelum menggunakannya semasa hamil. Ada sesetengah susu ibu hamil terlalu tinggi kandungan gulanya. Tanya susu diabetes malaysia yang sesuai untuk wanita mengandung.

2. Susu anlene gold untuk warga emas yang aktif!

Cuba kita perhatikan, ada tak mak ayah kita di kampung mengamalkan susu sebagai diet harian mereka?

Jarang kan? 




Tak hairanlah, kebanyakan ibu bapa kita yang telah berusia mengalami sakit sakit badan & masalah sendiri.
susu anlene gold biasa perisa asli
Ada ke produk anlene untuk orang tua supaya mereka mudah bergerak & beribadat di baki usia?

Susu tepung Anlene Gold jawapannya!

Usia yang lanjut tak akan menjadi penghalang kepada mereka untuk berbakti kepada masyarakat, keluar melancong, dan melakukan riadah.


Kita sebagai anak seharusnya menggalakkan mereka minum susu untuk tulang dan sendi setiap hari, barulah mak ayah kita dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan saudara mara selepas bersara dari bekerja.

Anlene Golf terkini diformulasikan dengan kandungan MFGM Active, lebih banyak protein dan nutrien untuk kegunaan badan mereka.

Susu berkalsium tinggi untuk warga emas Anlene gold mempunyai khasiat seperti
  • Protein - Membantu membina & membaiki tisu-tisu badan
  • Kalsium - Membantu menyokong tulang yang kuat
  • Vitamin D - Membantu penyerapan kalsium
  • MFGM - Makanan yang mengandungin membran globul lemak susu.
Selain itu, ibu bapa kita yang dah tua sering berisiko terjatuh & mengalami patah tulang kerana tulang tak kuat.

Jika ini terjadi, kita pasti akan mencari susu untuk tulang patah agar pulih lebih cepat. Beri saja susu formula anlene gold untuk membekalkan mereka dengan kalsium yang diperlukan untuk pemulihan tulang.
Bacaan menarik: Susu untuk orang tua Anlene Gold! Ini caranya untuk kekal lincah di usia emas.

3. Anlene Heart Plus. Adakah ini susu formula terbaik untuk kesihatan jantung?

Tahukah kita, penyakit no 1 di Malaysia yang menyebabkan kematian tertinggi adalah sakit jantung.


susu anlene heart plus perisa asli


Negara kita memang bertuah kerana dilimpahi nikmat keamanan & juga makanan yang berlimpah ruah.

Tapi, diet harian rakyat Malaysia setiap hari memang tinggi kolesterol & lemak.

Sebab itulah ramai dari kita mempunyai kencing manis & juga kolesterol yang tinggi.

Amalkan pengambilan susu anlene untuk jantung setiap hari untuk membantu mengekalkan kesihatan jantung.

Masalah kesihatan melibatkan jantung akan menjejaskan kehidupan kita seluruhnya.

Susu tepung Anlene Heart Plus mengandungi gabungan nutrien khas dengan formula dwi tindakan, iaitu HeartMax dan MoveMax. 

Pengambilan 2 gelas Anlene Heart Plus setiap hari sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian dipercayai bagus untuk kesihatan jantung dan pergerakan kita.

Jantung & tulang yang kuat membantu kita aktif bertenaga.
Bacaan menarik: Susu untuk jantung sihat - Anlene Heart Plus!

4. Susu ANLENE UHT

Kadang kadang, kita terlalu kesuntukan masa di pagi hari sampai nak sarapan pun tak sempat.

Apatah lagi nak bancuh susu tepung kan?


susu anlene uht perisa asli


Sekarang ni dah senang, ambil saja sekotak susu UHT anlene setiap pagi sebagai sebahagian sarapan pagi untuk diri sendiri & anak anak sebelum ke sekolah.

Susu berkalsium tinggi untuk meninggikan badan anak anak kita yang sedang meningkat dewasa.

Hujung minggu bolehlah kita bancuh sendiri susu tepung tu. Hari bekerja minum je susu kotak. Lebih praktikal. Anak anak pun boleh bawa bekal untuk waktu sarapan.

Amalkan susu kotak UHT Anlene setiap hari untuk anda sekeluarga.


Berapa harga susu anlene di Malaysia?

Melalui tinjauan harga yang Ibu lakukan di internet, di bawah ini adalah harga terkini produk anlene di pasaran Malaysia.

Macam biasalah, harga ni ada pasang surutnya.

Ada masa naik, ada masa turun.

Kita sebagai pengguna kena bijak, buat perbandingan harga dulu & kalau jumpa promosi yang murah lagi berbaloi. Boronglah untuk stok beberapa bulan.

Insyaallah akan jimat.

Harga terkini anlene malaysia

  1. Anlene Gold 1kg Foc 100g - Rm31.90
  2. Anlene Gold 1kg For Age 51+ Rm35.90
  3. Anlene Regular 1kg For Age 19-50 - Rm35.90
  4. Anlene Cafe Latte (7 Sticks X 3 Packs) - Rm50.00
  5. Anlene Cafe Latte (Bundle Of 3 X 16 Sachets Of 31 Grams) - Rm88.00
  6. Anlene Heart Plus 800g - Rm40.46
  7. Anlene Heart Plus 800gram Tin Expiry: May 2020 - Rm40.45
  8. Anlene Heart-Plus Low Fat Milk Powder 800g - Rm130.99
  9. Anlene Gold 51+ 650g - Rm22.00
  10. Anlene Heart-Plus Low Fat Milk Powder 360g - Rm65.99
  11. Anlene Gold 1kg Foc 100g - Rm29.90
  12. Anlene Uht Low Fat Milk Chocolate 1liter - Rm4.00



Khasiat susu anlene, bukan setakat untuk tulang saja?

Memang banyak kebaikan yang kita perolehi dalam segelas susu formula anlene. Antaranya ialah

1. Anlene ialah susu tinggi kalsium untuk dewasa!

Orang dewasa di Malaysia kurang minum susu. Tak kisahlah di kalangan lelaki & perempuan.

Cuma mereka yang terpelajar & mengamalkan cara hidup sihat saja yang menitik beratkan pengambilan susu dalam diet harian.

Walaupun terdapat banyak pilihan susu di luar sana, tak kiralah susu kambing, susu lembu dalam bentuk segar & tepung. Apa yang penting ialah kita konsisten mengamalkannya.

Barulah kesannya pada kesihatan dapat dilihat jangka panjang.

Untuk kanak kanak, ada banyak lagi pilihan susu untuk mereka. Banyak jenama yang mudah didapati seperti susu dutch lady yang murah lagi sedap. Atau yang mahal sikit seperti susu pediasure complete. Pendek kata tak ada alasan untuk tak minum susu.

2. Sebagai susu untuk tulang dan sendi yang kuat!

Susu jenama anlene diperkaya dengan vitamin & mineral yang membantut pembentukan, pemeliharaan tulang & sendi yang kuat.

Contohnya, vitamin D dan kalsium serta banyak lagi.

Memang beza orang yang selalu minum susu dari muda, nak bergerak & berlari pun badan masih kuat walaupun dah berusia.

3. Minumlah susu untuk tulang retak & patah! 

Malang tidak berbau, kadang kala insan tersayang dalam keluarga kita terlibat dengan kemalangan.

Risiko tulang retak dan patah boleh berlaku semasa kita bersenam, bersukan, memandu kereta & melakukan kerja.

Selain mendapatkan rawatan dari doktor, makanan & minuman yang kaya kalsium akan membantu pemulihan tulang yang cedera.

Susu tinggi kalsium Anlene sesuai di ambil untuk membantu membekalkan badan kita kalsium yang diperlukan untuk memulihkan tulang.

Nak minum susu kambing pun tak ada masalah. 

Asalkan kita minum susu.

4. Susu untuk kuatkan tulang!

Sekiranya anda gemar melakukan aktiviti lasak, bersenam & bersukan, tulang kita akan lebih kuat & padat jika bekalan kalsium yang diterima mencukupi.

Angkasawan di stesen angkasa tetap perlu bersenam & mengambil bekalan kalsium untuk memastikan otot, tulang & sendi mereka berfungsi dengan baik di persekitaran tiada graviti.

Itu angkasawan, untuk anak anak yang aktif menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah pula. Kita sebagai Ibu harus memastikan anak kita meminum susu setiap hari supaya tulang mereka kuat.

Kuranglah risiko tulang patah kerana terjatuh & berlaga kaki semasa bermain bola. 

Itulah yang berlaku pada adik Ibu di sekolah dulu. Tak salah nak bersukan, asalkan tak memudaratkan.


5. Susu untuk tulang belakang wanita yang sihat!

Orang perempuan lebih terdedah kepada sakit tulang belakang di usia emas. Sepanjang usia mereka mengandung, menyusu badan & membesarkan anak.

Banyak beban yang di tanggung badan kita sebagai wanita.

Sebab itu, wanita & susu tak harus dipisahkan.

Kadang kadang kita terlalu obses dengan kecantikan luaran, nak kulit putih & bersih gebu. Diet sampai gastrik sebab nak turun berat badan.

Tapi susu untuk tulang belakang yang sihat tak nak minum. Hmm.


6. Susu formula terbaik untuk wanita mengandung

Anlene memang sesuai diambil sebagai susu ibu hamil. Anak kita bergantung sepenuhnya kepada makanan & minuman yang kita ambil setiap hari.

Jika kalsium dari diet kita tidak mencukupi, mereka akan mengambilnya dari tulang & gigi si ibu.

Sebab itu badan & gigi kita mudah sakit sakit.

Memang banyak pilihan susu untuk ibu hamil yang berada di pasaran. Contohnya susu anmum materna, susu enfamama, susu frisomum gold dari dutch lady.

Tak kiralah jenama apa pun yang kita ambil, yang penting susu wajib kita minum.

Dan pastikan juga kandungan gula dalam susu untuk ibu mengandung yang kita pilih sesuai untuk wanita hamil.

Tak naklah nanti kita terkena kencing manis sebab terlebih gula. Bayi dalam perut pula jadi terlalu besar. Kesannya, terpaksa bersalin czer.

Sebelum ini, ibu pernah menulis tentang senarai susu terbaik untuk ibu hamil, insyaallah akan membantu anda membuat pilihan.


Anlene free sample, bagaimana cara mendapatkannya?

Sekiranya anda berminat mencuba susu dari anlene, tapi masih ragu ragu sebab risau tekak tak boleh terima.

Ibu syorkan anda minta dulu susu sampel anlene. Cara cara untuk mendapatkan sample susu anlene tak susah mana pun.

Pergi ke laman web rasmi anlene, dan isikan maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan.

Sample percuma anlene akan diposkan terus kepada kita.

Senang kan!



Bagaimana cara minum susu anlene yang betul?

Takkanlah cara untuk menyediakan susu pun ramai tak tahu, tapi itulah hakikatnya.

Kadang kadang kita terlepas pandang perkara tertentu semasa membancuh susu sehingga menjejaskan khasiat yang terkandung di dalamnya.

Di bawah ini Ibu kongsikan cara yang betul untuk membancuh susu, tak kiralah jenama apa pun.
  1. Pastikan kita rujuk label di belakang plastik bungkusan susu tentang sukatan air & susu yang tepat.
  2. Tuangkan air panas ke dalam cawan sehingga separuh, dan tambahkan air sejuk sehingga suhu air menjadi suam.
  3. Masukkan sukatan susu yang disarankan di plastik susu.
  4. Kacau sehingga sebati, dan susu sedia diminum.
  5. Elakkan menambah minuman & makanan berkafein semasa minum susu kerana ia menjejaskan penghadaman.


Adakah susu anlene berbahaya untuk kesihatan?

Sekiranya kita mempunyai masalah kesihatan seperti sakit darah tinggi, kencing manis & sering berjumpa dengan doktor untuk rawatan kesihatan.

Seeloknya kita dapatkan pandangan dari mereka sebelum mula minum susu ini.

Sekiranya doktor membenarkan, bolehlah minum dengan sukahati. hehe

Rasanyalah, ramai wanita takut nak minum susu sebab takut berat badan naik. Betul tak?

Ini bukan susu weight gain terbaik macam appeton tu. Jadi, tak perlu risaulah berat badan naik.

Anlene bukan susu untuk gemukkan badan.



Kesimpulan tentang susu anlene.

Alhamdulillah, dah sampai ke hujung perkongsian. Ibu harap persoalan anda tentang susu ini terjawab sudah.

Ibu buat sedikit rumusan sebelum kita menamatkan bicara.
  1. Terdapat 4 jenis susu anlene di pasaran Malaysia setakat ini. Susu tepung biasa, untuk warga tua, untuk jantung & susu UHT.
  2. Susu ini khusus untuk tulang & sendi yang kuat.
  3. Cara penyediaan susu yang betul penting supaya badan kita menyerap kalsium yang secukupnya.
  4. Sampel susu ini boleh didapati secara percuma dalam talian.
Apa yang Ibu kongsikan ini harapnya bermanfaat kepada anda semua. Tapi, semestinya ada kekurangan dalam penulisan ini yang boleh disempurnakan dengan perkongsian pengalaman pembaca semua.

Jika anda mahu berkongsi pengalaman & pendapat. Mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka untuk anda.

Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan sahabat lain yang mencari info. Insyaallah, sama sama kita ke syurga bersama sama. Bukankah orang yang paling baik antara kita, mereka yang paling memberi manfaat kepada orang lain.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)





Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com