Susu Karihome, ini ke susu formula terbaik untuk bayi 12 bulan ke bawah?

Ramai ibubapa yang pening kepala kerana anak mereka alah dengan susu lembu. Mujur ada rumusan susu formula karihome yang mempunyai kelulusan KKM untuk bayi 12 bulan ke bawah.
Susu karihome step 1

Ibu percaya, anda yang membaca artikel ini kemungkinan besar mempunyai anak yang mempunyai alahan laktosa dalam susu lembu. Suka Ibu ingatkan, susu terbaik untuk bayi adalah susu ibu.

Tapi, oleh kerana ramai dari kita tak mampu menyusukan anak dengan susu badan. Terpaksa beri susu formula dari susu lembu. Anak jadi tak selesa tiap kali minum susu & kembung perut. Jadi, terpaksa beralih kepada susu kambing atau soya.

Persoalannya sekarang, kebanyakan jenama susu kambing di pasaran tidak sesuai diambil anak berusia 2 tahun ke bawah. Melainkan jenama Karihome. Adakah ini susu formula terbaik untuk perkembangan bayi & minda anak kita? Teruskan membaca review ini.




Baca artikel tentang susu kambing karihome sampai habis untuk menjawab 3 persoalan

  1. Mengesahkan betul ke susu tepung karihome benar benar mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk bayi berusia 12 tahun ke bawah.
  2. Memahami perbezaan susu formula karihome berbanding susu kambing segar.
  3. Pengalaman Ibu menggunakan susu formula kambing karihome untuk anak sendiri.


Banyak betul pilihan susu formula untuk perkembangan anak kita. Klik video di bawah untuk 11 yang terbaik!

Tekan butang ini untuk subscribe Youtube Channel IBUSYURGA & dapat update terkini.  Hadiah untuk subscriber bertuah.
.

Betul ke susu karihome sesuai digunakan oleh anak anak berusia 12 bulan?

susu formula kambing karihome


Sekali lagi Ibu nak kongsi, susu ibu terbaik untuk bayi. Susu tepung & berformula tak boleh banding khasiat yang ada padanya.

Ibu tulis ini sebagai perkongsian pengalaman sendiri saja. Sebab bila Ibu cari diinternet, memang tak ada info tentang susu formula untuk bayi berusia bawah 1 tahun. Mungkin sebab nak galakkan susu ibu agaknya.

Keluarga Ibu memang menggunakan susu kambing setiap hari. Seingat Ibu dah lebih 5 tahun lamanya.

Ini semua disebabkan anak kedua Ibu alah dengan susu lembu. Bila tiba musim hujan, mesti kena nab untuk cairkan kahak. Doktor pun nasihatkan tukar jenama susu lain.

Jadi, kami pun carilah susu tepung yang dirumus khas untuk anak berkeperluan khas macam ni. Pilihan yang ada ialah susu soya & susu kambing.

Ibu tak nak rumusan susu bayi dari soya selepas baca kesan jangka panjang pada anak. Jadi pilihan seterusnya mestilah susu kambing.

Masalahnya, selepas buat perbandingan hampir semua label bungkusan susu kambing ini mengatakan susu mereka tidak sesuai untuk usia 2 tahun ke bawah.

Satu satunya susu kambing yang Ibu baca labelnya & ada ditulis selamat digunakan untuk bayi baru lahir (newborn) & usia di bawah 12 bulan ialah dari jenama karihome.

Betul ke susu ni selamat? Ibu pun cuba dapatkan kepastian ni sebagai kerjarumah sendiri.


Kenapa susu rumusan bayi Karihome selamat digunakan? Ini hasil bacaan Ibu untuk rujukan bersama.

Ada 2 produk Karihome yang dihasilkan khas untuk anak berusia 12 bulan ke bawah. Iaitu
  • Rumusan Bayi Susu Kambing Karihome Langkah 1 
  • Rumusan Susulan Susu Kambing Karihome Langkah 2
Apa yang Ibu faham dari bacaan di pelbagai sumber , kedua dua produk ini memang selamat untuk diminum anak kita. Alternatif yang baik kepada susu formula rumusan dari lembu.

Kita boleh semak tin susu ini, cuba perhatikan gambar di bawah. Kod ini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan merupakan satu kewajiban untuk melindungi keselamatan & kepentingan pengguna di negara ini.

kod kelulusan KKM susu karihome


Selain itu, syarikat yang mendapat kelulusan ini perlu memperbaharui sijil ini setiap 4 tahun sekali.

Maknanya, kualiti produk yang dihasilkan mestilah dijaga rapi untuk memastikan ia selamat digunakan & sijil ini boleh diperbarui.

Legalah sikit hati Ibu lepas baca ni, sebab nyawa anak kita tak boleh dibuat main kan. Masih ingat lagi beberapa tahun lepas, kecoh di media sosial tentang jenama susu formula terkenal di Malaysia yang dituduh mendatangkan masalah kesihatan kepada anaknya.

Perkara yang sama pun boleh berulang semula kalau tak ada undang undang pemantauan yang ketat macam ni.

Pasti hati kita tertanya tanya kan, kenapa kebanyakan susu kambing hanya meletakkan produk mereka untuk kegunaan kanak kanak 2 tahun ke atas.

Betul kan? Apa sebabnya ya?

Jawapannya Ibu sertakan di bawah.


Perbandingan susu formula kambing Karihome & susu kambing segar.

1. Susu kambing segar kurang kandungan asid folik & zat besi.

Anak kita memerlukan banyak khasiat untuk membantu mereka membesar dengan sihat & pintar. Antara nutrien penting yang sangat diperlukan mereka adalah
  • Zat besi - membantu penghasilan sel darah merah yang sihat untuk penghantaran oksigen & khasiat yang diperlukan anak ke seluruh badan.
    .
  • Asid folik - Memang banyak fungsi vitamin untuk anak kita. Salah satunya ialah ia berfungsi bersama sama dengan vitamin B12 & vitamin C untuk metabolisme protein.
    .
Susu kambing semulajadi kekurangan kedua dua zat di atas yang sangat penting untuk bayi kita.

Sebab itulah susu kambing segar kurang sesuai diambil anak yang belum mencapai usia 2 tahun. Melalui perkembangan teknologi, rumusan susu tepung kambing Karihome yang dihasilkan untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah mempunyai ciri ciri tambahan seperti berikut.
  • Susu karihome step 1 & 2 mempunyai rumusan yang telah dikeluarkan beberapa kandungan protein & lemak yang mampu membantu badan bayi kita menerima susu ini untuk jangka masa panjang tanpa menyebabkan kesan sampingan.
    .
  • Penambahan tahap zat besi & asid folik yang sangat diperlukan bayi dalam linkungan usia tersebut.
    .


2. Susu kambing segar tidak tahan lama.

Ibu pasti, kita ada pengalaman terpaksa membuang susu segar yang disimpan di dalam peti ais. Mungkin kerana kita lupa tentang tarikh luput, ataupun salah cara menyimpan.

Susu segar perlu menjalani rawatan haba seperti pempasteuran untuk membunuh bakteria berbahaya & juga yang menyebabkan susu cepat rosak.

Walaupun susu ini dah di rawat & disimpan dengan baik, sebaik saja kita membukanya, kita digalakkan untuk menghabiskannya dalam masa 2 hari.

Kan leceh tu.

Sebab itu Ibu lebih suka menggunakan susu formula kambing dalam bentuk tepung.

Ia mudah disimpan, dan senang dibawa ke mana mana tanpa perlu risau ia cepat rosak.


3. Harga susu kambing segar lebih mahal.

Dari pengalaman Ibu membeli susu segar dari ladang ladang berhanpiran, harga purata susu ini dalam saiz botol 250ml lebih kurang RM6 ke 7.

Kalau beli pukal bolehlah dapat murah sikit. Ibu pernahlah berunding nak dapat harga lebih murah, kena beli 10 botol baru boleh dapat harga RM5 sebotol.

Ini cerita 5 tahun lepas, sekarang ni mesti dah lebih mahal kan.

Sejak pakai susu tepung kambing, dah lama tak beli susu segar.


4. Kandungan khasiat dalam susu segar sangat bergantung kepada kualiti makanan yang diberikan oleh ladang pengeluar susu tersebut.

Industri tenusu di negara kita memang tidak semaju negara peneraju susu di dunia seperti New Zealand & Holland.

Salah satu perbezaan utama adalah diet harian yang diambil oleh kambing tenusu.

Kebanyakan ladang kambing di Malaysia berskala kecil & tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk ilmu pemakanan yang diberikan kepada kambing.

Lagipun, makanan yang berkhasiat juga lebih mahal harganya. Banyak ladang menggunakan pelet khusus untuk membekalkan karbohidrat, protein, vitamin & mineral yang diperlukan kambing untuk susu yang bermutu.

Susu Karihome dihasilkan di New Zealand yang terkenal dengan padang rumput & ragut yang malar hijau sepanjang tahun.

Kualiti standard mereka juga memang diyakini. Sebab itu, susu kambing yang kami gunakan sekarang pun diimport dari luar negara.

Memang mahal sikit, tapi untuk memastikan anak anak sihat. Tak apalah keluar duit lebih. Lagipun, duit kita pun, ada bahagian mereka kan.


Pengalaman Ibu menggunakan susu kambing karihome? Ok ke?

Ibu memang puas hati menggunakan brand Karihome, anak pun selera je minum. Tak ada masalah sembelit dan perut kembung.

Bintik bintik merah sebab alahan susu pun tak ada yang keluar. Kahak masa demam selesama memang tak ada.

Cuma, susu ini susah sikit nak cari di kedai kedai kecil. Kena pergi supermarket & hypermarket baru senang jumpa.

Itu je masalah yang Ibu hadapi masa menggunakan susu ini dulu.



Kesimpulan tentang susu karihome untuk bayi 12 bulan ke bawah.

Ibu harap perkongsian yang diberikan ini membantu menjawab persoalan yang memeningkan kepala tu.

Sebelum mengakhiri entri ini, Ibu nak buat rumusan sikit tentang isi penting artikel ini
  1. Susu terbaik untuk anak kita tak boleh dipersoalkan, SUSU IBU. Tak ada jenama susu di pasaran yang boleh lawan susu ibu. Usaha untuk beri susu badan kepada anak anak seboleh mungkin. Kalau dapat sampai usia 2 tahun lagi bagus.  Jadikan susu formula sebagai pilihan terakhir saja ya.
  2. Susu formula karihome step 1 & 2 selamat digunakan untuk anak berusia 1 tahun ke bawah dengan  kelulusan dari KKM melalui no kod yang ada pada tin susu tersebut. 
  3. Kelulusan ini mempunyai syarat syarat yang ketat & perlu diperbaharui setiap 4 tahun.
  4. Kandungan zat besi & asid folik dalam susu ini menepati keperluan harian bayi kita.
  5. Ibu sendiri pernah menggunakan susu karihome untuk anak yang masih kecil, dan puas hati dengan kualitinya.
Jika anda berhasrat berkongsi pengalaman & pendapat tentang susu kambing karihome, atau mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka.

Sama sama kita jadikan amalan untuk berkongsi ilmu, dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan sahabat lain yang mencari info. 

Insyaallah, sama sama kita ke syurga. Bukankah orang yang paling baik antara kita, mereka yang paling memberi manfaat kepada orang lain.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: 

”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)






Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com