Susu Kambing Karihome! Review harga & kebaikan susu tepung organik.

Kenapalah agaknya susu yang di hasilkan di New Zealand berkualiti tinggi? 
susu kambing karihome

Kita biasa nampak iklan susu di kaca televisyen. Kebanyakan susu yang di import ke seluruh dunia berasal dari New Zealand.

Kali ini Ibu nak kongsikan jenama susu kambing dari negara jiran Australia.

Apakah ia?

Susu Karihome, Susu kambing formula dari New Zealand.

Syarikat ini telah di tubuhkan sejak tahun 1991, dan telah mengimport susu kambing dan susu lembu yang dihasilkan dan dibungkus di New Zealand. 

Sumber Susu kambing jenama Karihome

Susu kambing formula Karihome di hasilkan oleh Dairy Goat Co-operative (NZ) Ltd, sebuah koperasi milik petani di New Zealand yang menghasilkan 90% daripada jumlah pengeluaran susu kambing di New Zealand.

Ada persamaan dengan perusahaan susu di Holland kan, yang mengeluarkan susu dutch lady.
Bacaan menarik: Susu Dutch Lady, Pilihan produk tenusu terbaik untuk seisi keluarga.

Persamaan negara Holland & New Zealand ialah susu mereka dihasilkan di persekitaran yang terbaik untuk kambing dan lembu.

New Zealand mempunyai cuaca yang mengasyikkan dengan musim panas & sejuk yang membantu kambing dan lembu mereka menghasilkan susu berkhasiat. 

Cuaca yang bagus di sana membuatkan padang rumput di New Zealand cepat tumbuh dan sentiasa sedia untuk menjadi makanan haiwan tenusu.

Apakah kelebihan Susu formula karihome berbanding jenama lain?

Ada beberapa kelebihan di New Zealand yang menjadikan susunya berkualiti tinggi.

Ibu senaraikan 2 sahaja.

1. Susu Karihomen dihasilkan di ladang sendiri dengan sistem ragut bebas yang unik

Karihome menggunakan sistem merumput bebas di mana rumput segar ditambah kepada makanan kambing, yang membolehkan kambing memperolehi nutrien yang cukup.

Ini menyebabkan susu yang dihasilkan kambing kambing ini kaya dengan kandungan bioaktiviti semulajadi seperti
  1. asid linoleik konjugat (CLA)
  2. poliamina semulajadi
  3. asid sialik (SA)
  4. nukleotida

2. Proses penghasilan susu yang ketat, memelihara kekayaan khasiat semulajadi susu kambing

Ladang susu yang mengeluarkan produk Karihome mematuhi keperluan ketat pihak berkuasa di New Zealand.

Bermula dari pengumpulan susu di ladang, ke pembuatan dan akhir sekali pembungkusan produk. 

Susu susu ini diproses menggunakan cara pengeluaran yang mudah, yang untuk mengekalkan dan memanfaatkan kekayaan kandungan semulajadi susu kambing seperti
  1. asid lemak rantai sederhana lengkap
  2. nutrien semulajadi 
  3. vitamin 
Seterusnya kita kongsikan pula produk karihome yang direka khusus untuk kumpulan umur.

Dari kanak kanak hinggalah ke dewasa.

Susu karihome untuk kanak kanak.

Terdapat 4 jenis susu kambing untuk kegunaan kanak kanak. Rujuk gambar di bawah.

1. Karihome step 1 - untuk bayi berusia 0 hingga 6 bulan.
Karihome step 1 - untuk bayi berusia 0 hingga 6 bulan.

2. Karihome step 2 - untuk bayi berusia 6 hingga 36 bulan / 3 tahun.
Karihome step 2 - untuk bayi berusia 6 hingga 36 bulan / 3 tahun.

3. Karihome step 3 - untuk kanak kanak berusia lebih dari 12 bulan.
Karihome step 3 - untuk kanak kanak berusia lebih dari 12 bulan.

4. Karihome step 4 - untuk kanak kanak berusia melebihi 3 tahun.
Karihome step 4 - untuk kanak kanak berusia melebihi 3 tahun.
Ok, kita dah selesai dengan susu untuk kanak kanak.

Sekarang ni kita teruskan pula untuk dewasa.

Susu karihome untuk orang dewasa & warga tua.

Di bawah ini adalah Susu Karihome Whole Goat Milk Powder. Khas untuk usia 7 tahun ke atas sehinggalah atuk nenek boleh minum.
Susu Karihome Whole Goat Milk Powder

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang susu untuk orang dewasa di atas, teruskan membaca artikel di bawah.
Bacaan menarik: Susu kambing karihome untuk dewasa. Elakkan tersalah pilih.

Harga susu kambing karihome di pasaran.

Oleh kerana terdapat banyak produk yang di keluarkan oleh Karihome, Ibu kongsikan tentang harga setiap produk di artikel khusus.

Rujuk artikel di bawah untuk harga terkini ya.
Bacaan menarik: Harga susu karihome Malaysia. Cek di sini untuk bandingkan harga.

Akhir kata.

Susu karihome memang dikenali ramai dan mudah di dapati di pasaraya. Antara kelebihan utamanya ialah kambingnya di besarkan di New Zealand dengan cuaca yang sesuai untuk tenusu.

Boleh di ambil setiap hari untuk memenuhi keperluan khasiat diperlukan kita untuk kekal sihat.

Pun begitu, banyak lagi jenama susu kambing yang di jual. Boleh rujuk di bawah.
Bacaan menarik: Susu Kambing, sedang mempertimbangkan nak beli susu jenama apa? Dapatkan jawapannya di sini.
Susu Kambing Karihome! Review harga & kebaikan susu tepung organik. Reviewed by Ibu Syurga on September 23, 2018 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Susu kambing jenama karihome ni mama pernah pakai sekejap untuk anak sulung.

    Masa tu dia demam selalu sebab putus susu ibu. Lepas tu pakailah karihome ni.

    Mahal. Anak memang minum. Tapi tak tahan harganya. Tukar jenama lain pula

    BalasPadam
  2. Pernah juga nampak susu kambing karihome ni di pasaraya. Harga memang mahal, kuantiti pun tak banyak. Susu import memang begitu kan

    BalasPadam
  3. Susu Rrayyan juga ada untuk pilihan susu kambing dengan harga mampu. Cuma tiada untuk newborn step 1 seperti karihome.

    BalasPadam

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.