Artikel kali ini Ibu nak kongsi tentang jenama susu S26 untuk anak. Susu ini pernah kami gunakan selama hampir 2 tahun selepas anak Ibu bercerai susu.
Bagus ke susu ini berbanding jenama susu formula terbaik di pasaran susu dutch lady & susu pediasure? Teruskan membaca review susu s26 sampai habis untuk jawapannya.
Banyak betul pilihan susu formula untuk perkembangan anak kita. Klik video di bawah untuk 11 yang terbaik!
Susu S26 Malaysia, Berbaloi ke susu formula ni untuk anak kita?
Susu ini adalah keluaran syarikat Wyeth. Terus terang Ibu kata, Ibu berikan susu ini kepada anak sulung semasa usianya 1 tahun ke atas.
Masa tu, anak Ibu kerap demam dan bila batuk berkahak. Jadi kami tukar susu lain. Itu susahnya tak bagi anak susu ibu kan.
Badan anak kurang khasiat, usia 1 tahun kan dah aktif sangat main sampai selera makan pun kurang.
Mujurlah susu S 26 ni serasi untuk anak Ibu.
Melalui pembacaan ibu, susu S26 Malaysia ini ada banyak pilihan. Ibu kongsikan di bawah untuk rujukan bersama.
Pening kepala nak beli susu formula S26 yang mana? Baca panduan ini sungguh sungguh dan jadi pakar pilih susu!
Oleh kerana promosi untuk susu formula di bawah usia 1 tahun tidak dibenarkan, Jika anda tertanya tanya, ada ke susu s26 newborn, jawapannya memang ada. Ibu dah pun keluarkan sebarang info tentang susu s26 step 1 & 2. Kita memang patut sokong pemberian susu ibu kepada bayi.
Jadi, seterusnya kita teruskan dengan susu s26 untuk anak berusia 1 tahun ke atas.
Susu S26 PROGRESS step 3 (langkah 3)
Susu s26 step 3
Selepas anak kita melewati usia 12 bulan ke atas, ramai dari mak macam kita ini akan ula pening kepala.
Usia begini, anak anak kita memang kuat bermain.
kedua dua orang anak lelaki ibu pada peringkat usia 1 tahun ke atas asyik main je. Makan memang kurang. Naik risau.
Berat pun bila timbang tak naik kan. Jadi, penting untuk kita pilih susu formula terbaik untuk mereka yang dapat bekalkan zat yang diperlukan untuk sihat.
Walaupun ada banyak pilihan di pasaran, Ibu pilih susu tepung s26. Alhamdulillah, serasi. Mungkin pilihan kita tak sama kan. Baca link di atas untuk jenama lain yang ada di pasaran.
Susu untuk bayi s26 progress langkah tiga ini lebih murah dari susu s26 langkah 2.
Sekali lagi, jadual nutrisi di belakang kotak juga berbeza. Jadi, ambil masa untuk buat perbandingan sebelum cuba.
Susu langkah 3 sesuai di amalkan untuk anak kita dari usia 1 tahun hingga 3 tahun. Apa sebabnya susu s26 langkah 1 lebih mahal dari step 2 dan seterusnya? Ini semua disebabkan oleh perbezaannya rumusan yang digunakan untuk setiap langkah berbeza.
Anak baru lahir memerlukan khasiat yang lebih tinggi berbanding anak yang berusia 1 tahun ke atas. Lagipun pada usia di bawah 1 tahun, anak kita bergantung harap sebahagian besarnya pada susu yang diminum. Kemudian barulah mereka beransur ansur belajar makan makanan pejal. Jadi kebergantungan mereka pada susu semakin berkurang.
Dari pengalaman kami memberi anak menukar susu formula, ibu bapa usah terburu buru menukar susu s26 untuk bayi langkah 1 ke langkah 2 dan 3. Buatlah secara perlahan lahan.
Memanglah kita boleh jimatkan duit kerana susu untuk peringkat usia lebih tinggi lebih murah harganya. Tapi, setiap kali kita tukar susu kami perhatikan anak mudah demam dan tidak sihat. Setiap kali mereka tak sihat, kena bawa jumpa doktor. Belanja jumpa doktor bukan murah. Jadi, walaupun harga susu s26 rumusan bayi memang mahal, tetapi kalau anak kita sihat, apa salahnya belanja lebih kan?
Susu S26 PROMISE step 4 (Langkah 4)
Orang Malaysia memang jarang minum susu. Dan budaya minum susu tu tak di bawa semasa meningkat dewasa.
Kan sayang tak teruskan, sebab itu Ibu teruskan juga. Paling tidak pun seminggu tu beberapa cawan pun dah ok. Tak perlu tunggu hamil baru nak minum susu. Hehe
Boleh lah cuba berikan anak kita yang berusia 3 tahun hingga 7 tahun minum susu langkah 4 ini.
Harga pun lebih murah dari step 3.
Lagipun usia macam ni, anak anak kita dah ada selera makan semula. Minum susu ini untuk cukupkan mana yang kurang. Kandungan nutrisi dalam langkah 4 juga berbeza.
Sesuai untuk keperluan anak anak kita pada peringkat usia ini.
Susu S26 ni sampai step 4 sahaja.
Selain dari itu, ada susu premium S26 untuk usia 1 tahun dan ke atas.
Susu S26 Gold Progress step 3.
Susu premium ini adalah keluaran Wyeth untuk kanak kanak berusia 1 tahun hingga 3 tahun. Formulanya mempunyai tambahan khasiat yang penting untuk perkembangan anak anak. S26 gold sma
Antaranya ialah.
AA dan DHA - Diperlukan oleh badan kita untuk perkembangan otak.
Lutein - Bagus untuk mata.
Choline - Penting untuk perkembangan dan pembesaran anak anak kita.
Apa pun, pilihan di tangan kita. Ibu pun tak pernah gunakan susu S26 gold untuk anak anak. Bukan sebab harganya yang lebih mahal, tapi susu step 3 sedia ada pun dah ok.
Lagipun Ibu ada beri makanan tambahan lain untuk anak anak.
Dan akhir sekali dalam senarai ini, lanjutan bagi susu gold step 3.
Susu S26 Gold Promise step 4.
Susu ini juga susu premium, sambungan kepada susu sebelum ini. Bila usia mereka dah menjangkau 4 tahun dan ke atas, boleh bertukar kepada susu ini.
Selesai sudah pilihan susu jenama ini.
Apa kandungan susu S26? Mesti banyak khasiat kan.
Ibu ada buat carian tentang kandungan khasiat di dalam susu ini. Apa yang Ibu jumpa hanya jadual kandungan nutrisi untuk S26 gold progress langkah 3.
Seeloknya, sebelum beli susu di pasaraya. Bandingkan dulu jadual nutrisi di belakang kotak.
Tepuk dada tanya selera ya. Dan ambil susu yang sesuai dengan bajet.
Kelebihan susu s26 untuk perkembangan anak?
Kalau anda sedang mencari cari kebaikan susu ini, di bawah ini ibu senaraikan beberapa manfaatnya dari pengalaman sendiri. Memang banyak kebaikan susu s26 gold dan jenis biasa. (Yang gold tu mahal lagi dari yang biasa, sebab khasiat dalamnya pun lebih)
1. Mudah di dapati Ibu tak pasti pengalaman anda di luar lembah klang bagaimana, tapi kalau di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ni pasaraya kecil macam 99 speedmart pun ada jual. 2. Harga berbaloi dengan kuantitinya. Masa anak sulung dulu, ibu pernah beri susu pediasure untuk tambah berat badan. Kemudian, selepas anak besar Ibu hentikan. Bila tiba masa anak kedua ada masalah selera makan, ibu mula gunakan susu s26 progress. Kalau nak banding berat susu ni dengan pediasure, harganya murah lagi. Ini untuk s26 progress biasa lah. Kalau progress gold memang lebih kurang harganya dengan pediasure. 3. Selalu dapat hadiah free. Dalam sebulan ibu beli sampai 3 kotak susu formula s26 1.2kg tau. Saja nak simpan stok. Kalau tak habis boleh guna untuk bulan depan kan. Apatah lagi kalau ada promosi dan dapat hadiah percuma. Ada masa dapat tuala bayi dan alat tulis percuma. Pernah tu dapat hadiah pengasah pensel bentuk robot yang besar tu. Masa tu anak sulung baru berusia 3 tahun. Sekarang ni abang dah 8 tahun masih pakai lagi pengasah pensel tu. Berbaloilah dapat hadiah pun boleh pakai sampai sekarang. Adik pergi sekolah pun asah pensel pakai hadiah susu abang. 4. Belum pernah dengar lagi berita susu tiruan. Selama ibu guna susu ni, rasanya tak pernah dengar berita tentang susu tiruan atau susu tercemar di berita. Dutch lady, dumex pernah ada kes ni sampai tular satu Malaysia. Walaupun akan datang kita tak boleh jamin, tapi setakat ni track record syarikat ni memang ok.
Adakah susu s26 penambah berat badan anak anak yang baik?
Ibu pasti ramai mak yang runsing dengan anak anak yang kurang berselera makan. Tiap kali pergi timbang di klinik kesihatan, mesti berat anak kita berada bawah graf yang sepatutnya. Ibu sendiri pernah alami masalah ni, apa yang Ibu buat cuba 2 jenama susu anak khusus untuk tambah berat. Susu pediasure & susu s-26. Dua dua ni ok, berat anak ibu memang naik selepas cuba susu di atas ni. Cuma dari segi puas hari, ibu ok lagi dengan susu pediasure untuk tambah selera anak & berat ni. Apa sebabnya? Anak anak ibu tak berkahak semasa musim demam dan selesema. S26 memang ok, cuma anak ibu banyak kahak. Selang sehari kena neb di klinik untuk cairkan kahak. Ini pengalaman ibu, anak anda mungkin tak sama. Sebab tu, kami tukar susu formula lepas jadi macam ni.
S26 susu formula terbaik untuk anak sembelit?
Anak anak Ibu tak pernah pula kena sembelit sejak minum jenama s26. Bahagian ni ibu puas hati. Lagipun ibu perasan masa basuh botol susu, macam berminyak dan licin. Mungkin rumusan bahan susu ni ada kandungan yang bantu mengelakkan sembelit. Orang dewasa macam kita sendiri ni pun kalau selalu makan minyak zaitun, lawas je ke tandas.
Bagaimana pula dengan harga susu S26 di Malaysia?
Ibu senaraikan anggaran harga susu ini di bawah. Semua harga ini di buat pada 24 ogos 2018.
Harga juga tidak sama di pasaraya dan laman e commerce berbeza. Nak murah, buat perbandingan. Tapi, hati hati juga beli di internet.
Susah nak semak tarikh luput, rugi kalau beli banyak banyak pada harga murah. Sekali dapat, dah nak expired.
Rugi sangat kan.
Susu S26 harga pasaran Malaysia.
S26 SMA step 1 600g RM 51
S26 PROMIL step 2 600g RM 48.50
S26 PROGRESS step 3 600g RM 30
S26 PROMISE step 4 600g RM 28
S26 PROGRESS gold step 3 600g RM 41.60
List yang Ibu buat ini mungkin tidak lengkap, Insyaallah akan Ibu kemas kini dari masa ke semasa. Cuba kita lihat perbandingan antara susu no 3 dan no 5 dalam senarai di atas. Harga susu s26 gold (no 5) dan untuk s26 biasa (no 3) untuk langkah dan saiz pek yang sama berbeza sebanyak RM11.60. Banyak beza kan.
Sample susu S26 percuma.
Sekarang ini kita dah pun tahu harga susu ini, boleh tahan mahal kan. Kalau anak minum sampai habis, memang berbaloi.
Tapi apa jadi kalau anak tak nak minum? Atau, suka susu ni. Tapi bila minum sembelit pulak. Serba salah nak bagi kan. Kan rugi.
Sebab itu penting untuk ambil free sample susu s26. Masuk ke laman web Wyeth Malaysia dan isi borang mintak sampel susu tu.
Jangan salah pilih tau. Ada susu untuk ibu hamil. Ada pula untuk ibu menyusu. Pastikan kita minta sample yang betul.
Kesimpulan mengenai Susu S26.
Sebagus dan semahal manapun susu formula yang kita beli, takkan sama dengan khasiat yang terdapat dalam susu ibu.
Mesej yang sama di paparkan dalam semua laman web pengeluar susu formula. Dan kalau kita perasan pun, iklan susu di TV jarang ada untuk anak baru lahir.
Yang ada pun untuk usia 1 tahun ke atas.
Jika kita dah usaha, dan masih juga mengalami masalah menyusukan anak dengan susu ibu. Bolehlah cuba berikan susu formula S26.
Terima kasih kerana melawat blog ini. Jumpa lagi.
Adakah susu formula S26 bagus untuk bayi kita? Baca perbezaan susu gold dan biasa. Buat perbandingan kelebihan & harga step berbeza.
My mom memang share dengan kitorg yang dulu we drink S26, memang terbukti la cerdik pandai anak2 dia. (bukan kita yang cakap, mak yang cakap hehe)! My uncle pun said the same thing, susu ni helps in the growth of kids in positive way. Even though the price is pricey, but it is fine la if nak yang terbaik for our children kan.
Susu s26 memang bagus untuk anak anak. Ingat lagi dulu pernah jadi penaja untuk upin ipin. Cuma kalau boleh kita usaha bagi susu ibu dulu sebelum bertukar pada susu formula
Sangat bagus info ini. Yelah, x semua diberikan rezeki yg sama dalam memberi susu pada bayi. Kira ini ikhtiar terbaik utk si kecil. Thanks berkongsi info nie
Susu jenama S26 ni memang popular tetapi disebabkan harga tulah setengah parent tak mampu afford. Tapi tak salah nak bagi anak minum susu yang terbaik kan.
Susu s26 memang susu formula yang bagus. Saya dah bagi anak dan dia pun suka. Susu ni pekat dan lambat basi. Ini pemerhatian saya jika di bandingkan dengan dugro. Dugro pun saya pakai juga, lebih 2 tahun. Murah sikit tapi sayang cepat rosak kalau anak tak habiskan
Anak sye minum susu s26 gold step 1 0-12bln tp bila nk tukar kepada step 2 dia tak nak,mcm mana cara ye nak bg dia minum step 2 nie sbb rasa dan bau dia agak berbeza dengan step 1..
Macam anak mama juga dulu. Mama ubah perlahan lahan. Campur susu step 1 dan step 2. Mula mula mama lebihkan susu step 1. Makin lama bahagian step 2 makin banyak. Jadi anak kità tak pperasan sangat
Hi bayi sy baru berusia 19hari dn sy bg dye susu formula dutch baby.tp bayi sukar membuang apekah patut sy tukarkan susu nye. .. Plz...mummy runsing...
baru gi borong 2 troli susu s26 gold step 3 tadi..rm20 untuk yg 600gx3..giant buat clearance stock 😁 sebelum ni just s26 yg biasa..skrg baru dapat beli yg gold sbb murah tadi..berbaloi2 😂..anyway,susu ni sgt2 terbaik n serasi dgn anak sy berbanding susu lain
biasanya kalau susah membuang tu tanda susu tak sesuai dengan baby sis.anak saya pun camtu masa saya bagi dia susu Mamil.tahi baby jadi keras,menangis juga dia masa membuang selepas beberapa hari minum.lepas tu terus tukar susu s26.syukur,memang sesuai dengan baby setakat ini,membuang dan kencing memang tak ada masalah, dan dia pun suka juga rasa susu ini.
Baby saya baru je minum susu s26 gold langkah 1 sejak disyorkan utk turun kuning. Alhamdulillah, mmg kuning semakin turun. Sbb ada parent yg dah cuba dan baby dorang pun turun kuning.
Lepas minum susu ni, baby kerap sgt buang dan tahi pn jadi kuning pekat tanda kuning tu keluar. Berat badan baby pn dah makin bertambah naik skrg dalam masa yg singkat je.
Disyorkan pakai susu s26 ni, memang susu formula terbaik pernah saya jumpa.
Anak sy lahir terus bagi susu formula sb bini xbnyak susu badan..sy memula beli anmum..kuning anak meningkat tak mahu turun ..kemudian sy tukar kepa s26 sma biasa..alhamdulillah tiap jumpe doktor kuning trun dlm 2 minggu skrang xpergi dah..sebenarnya anmum dan s26 2dua bagus..cuma ibu bapa ada cara untuk memberi yg terbaik untuk anak yg disayangi..
baby sy minum ni dari umur 2bulan smpai sekarang 1tahun. susu ni bgus sbelum ni mmg nak full bf baby tp apa kan daya xde rezeki anak pertama air susu pun tak kluar sgt jd tepaksa bagi baby mnum formula supaya kenyang.. 1st bg anmum smpai umur 2 bulan.. anmum pula baby jadi kerap nangis sbb colic dan sembelit. lepas sy tukar ke s26 alhamdulillah baby okay serta merta dan tak meragam, poop pun sekali sehari atau dua hari skali. baby alhamdulillah juga tak pernah demam slesema. pernah nak pnas badan la tp skejap ja tak pernah demam slesema teruk lg. ni pgalaman 1st sy jd ibu☺️��
#BONUS 2 - Ini kelebihan susu jenama s26.
#BONUS 3 - Adakah susu s26 bagus untuk menambah berat badan anak?
#BONUS 4 - Bagaimana pula untuk masalah sembelit?
#BONUS 5 - Harga susu S26 di Malaysia
#BONUS 6 - Cara dapat sampel susu S26 percuma.
Susu S26 Malaysia, Berbaloi ke susu formula ni untuk anak kita?
Susu S26 PROGRESS step 3 (langkah 3)
Susu S26 PROMISE step 4 (Langkah 4)
Susu S26 Gold Progress step 3.
Susu S26 Gold Promise step 4.
Apa kandungan susu S26? Mesti banyak khasiat kan.
Kelebihan susu s26 untuk perkembangan anak?
Kalau anda sedang mencari cari kebaikan susu ini, di bawah ini ibu senaraikan beberapa manfaatnya dari pengalaman sendiri. Memang banyak kebaikan susu s26 gold dan jenis biasa. (Yang gold tu mahal lagi dari yang biasa, sebab khasiat dalamnya pun lebih)1. Mudah di dapati
Ibu tak pasti pengalaman anda di luar lembah klang bagaimana, tapi kalau di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ni pasaraya kecil macam 99 speedmart pun ada jual.
2. Harga berbaloi dengan kuantitinya.
Masa anak sulung dulu, ibu pernah beri susu pediasure untuk tambah berat badan. Kemudian, selepas anak besar Ibu hentikan.
Bila tiba masa anak kedua ada masalah selera makan, ibu mula gunakan susu s26 progress. Kalau nak banding berat susu ni dengan pediasure, harganya murah lagi.
Ini untuk s26 progress biasa lah. Kalau progress gold memang lebih kurang harganya dengan pediasure.
3. Selalu dapat hadiah free.
Dalam sebulan ibu beli sampai 3 kotak susu formula s26 1.2kg tau. Saja nak simpan stok.
Kalau tak habis boleh guna untuk bulan depan kan.
Apatah lagi kalau ada promosi dan dapat hadiah percuma. Ada masa dapat tuala bayi dan alat tulis percuma.
Pernah tu dapat hadiah pengasah pensel bentuk robot yang besar tu. Masa tu anak sulung baru berusia 3 tahun. Sekarang ni abang dah 8 tahun masih pakai lagi pengasah pensel tu.
Berbaloilah dapat hadiah pun boleh pakai sampai sekarang. Adik pergi sekolah pun asah pensel pakai hadiah susu abang.
4. Belum pernah dengar lagi berita susu tiruan.
Selama ibu guna susu ni, rasanya tak pernah dengar berita tentang susu tiruan atau susu tercemar di berita.
Dutch lady, dumex pernah ada kes ni sampai tular satu Malaysia.
Walaupun akan datang kita tak boleh jamin, tapi setakat ni track record syarikat ni memang ok.
Adakah susu s26 penambah berat badan anak anak yang baik?
Ibu pasti ramai mak yang runsing dengan anak anak yang kurang berselera makan.Tiap kali pergi timbang di klinik kesihatan, mesti berat anak kita berada bawah graf yang sepatutnya.
Ibu sendiri pernah alami masalah ni, apa yang Ibu buat cuba 2 jenama susu anak khusus untuk tambah berat. Susu pediasure & susu s-26.
Dua dua ni ok, berat anak ibu memang naik selepas cuba susu di atas ni. Cuma dari segi puas hari, ibu ok lagi dengan susu pediasure untuk tambah selera anak & berat ni.
Apa sebabnya? Anak anak ibu tak berkahak semasa musim demam dan selesema. S26 memang ok, cuma anak ibu banyak kahak. Selang sehari kena neb di klinik untuk cairkan kahak. Ini pengalaman ibu, anak anda mungkin tak sama.
Sebab tu, kami tukar susu formula lepas jadi macam ni.
S26 susu formula terbaik untuk anak sembelit?
Anak anak Ibu tak pernah pula kena sembelit sejak minum jenama s26. Bahagian ni ibu puas hati.Lagipun ibu perasan masa basuh botol susu, macam berminyak dan licin. Mungkin rumusan bahan susu ni ada kandungan yang bantu mengelakkan sembelit.
Orang dewasa macam kita sendiri ni pun kalau selalu makan minyak zaitun, lawas je ke tandas.
Bagaimana pula dengan harga susu S26 di Malaysia?
Susu S26 harga pasaran Malaysia.
Sample susu S26 percuma.
Kesimpulan mengenai Susu S26.
Ulasan
Ibu pun tak pernah cuba susu formula s26 gold.
Yang progress biasa pun dah ok. Semoga serasi.
Memang murah harga susu tepung s26 yg puan dapat tu.
Lepas minum susu ni, baby kerap sgt buang dan tahi pn jadi kuning pekat tanda kuning tu keluar. Berat badan baby pn dah makin bertambah naik skrg dalam masa yg singkat je.
Disyorkan pakai susu s26 ni, memang susu formula terbaik pernah saya jumpa.