15 Cara Kurang alahan mengandung supaya ibu & bayi cukup zat!

Assalamualaikum Wrmbth, Dah lama Ibu tak update blog ni.
.
Kali ini ibu nak kongsi tentang alahan mengandung.
.
kurangkan alahan mengandung
.
Mama cari tips untuk kurangkan loya & mual semasa hamil serata internet.

.
Dan dari pengalaman sendiri.
.
Puan ada rasa loya dan muntah?
.
Ini boleh jadi salah satu tanda tanda awal kehamilan dan biasanya bermula sekitar minggu ke-6 kehamilan. 
.

Ia boleh berlaku pada bila bila masa sepanjang hari
.
Dan bagi kebanyakan wanita, alahan hamil selalunya berhenti selepas minggu kehamilan ke 12.
.

Adakah morning sickness berbahaya?

Morning sickness selalunya tidak berbahaya kepada kita atau bayi dalam kandungan
.
Melainkan kalau
.
Kita mengalami muntah yang berlebihan dan tidak boleh makan langsung, sampai tak ada selera
.
Sebab apa yang di makan semuanya keluar semula
.
Ini boleh membahayakan kedua dua ibu dan bayi jika alahan teruk & tidak dirawat kerana 
  1. kekurangan nutrien 
  2. dan ketidakseimbangan elektrolit. 
Perkara yang paling penting yang boleh dilakukan oleh puan & suami adalah berkongsi kepada doktor semasa temujanji doktor apabila gejala-gejala ini muncul
.
Dan cuba dapatkan pilihan rawatan yang ada & nasihat untuk atasi masalah alahan mengandung
.
Selain itu, Ibu juga galakkan untuk jaga kebersihan rumah & diri semasa mengandung. Kalau rumah ada bela kucing. lagi kena hati hati dengan kucing.
.
Memang ada bahaya kucing kepada ibu mengandung.

Apa yang kita perlu tahu tentang Morning sickness?

  1. Lebih daripada 50% daripada wanita hamil mengalami demam pagi. Masa checkup cuba tanya kawan kawan di klinik yang sedang mengandung. Kemungkinan besar untuk mereka juga mengalami alahan memang tinggi
  2. Morning sickness akan mendatangkan rasa mual yang mungkin kita alami semasa trimester pertama kehamilan, yang disebabkan oleh hasil peningkatan hormon kehamilan dalam tubuh kita.
  3. Morning sickness boleh disertai dengan muntah muntah.
  4. Ramai doktor berpendapat bahawa morning sickness adalah sesuatu yang baik. Apa? Kita tak larat macam ni sampai tak boleh kerja doktor kata bagus? Morning sickness menunjukkan plasenta berkembang dengan baik. 
Jangan takut, ada beberapa cara untuk membantu memberikan kita kelegaan untuk mengurangkan morning sickness.
.

15 Tips & Pantang larang mengurangkan morning sickness semasa mengandung

Lakukan:
  1. Makan hidangan yang sedikit tetapi kerap.
  2. Minum air 1/2 jam sebelum atau selepas makan, tetapi tidak bersama sama dengan makanan.
  3. Minum sedikit air pada waktu siang untuk mengelakkan kekurangan air.
  4. Makan apa sahaja yang kita suka makan, apabila rasa anda selera makan. Banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah semasa mengandung.
  5. Mintalah orang lain untuk memasak untuk anda. Bau yang kuat dari masakan yang sedang di masak boleh merangsang rasa loya
  6. Elakkan makanan & minuman yang terlebih gula. Nanti senang kena kencing manis. Amalkan diet sihat ketika mengandung
  7. Buka tingkap, atau hidupkan kipas jika bau mengganggu anda. Bagi udara luar yang nyaman masuk ke dalam rumah
  8. Banyak rehat dan tidur di siang hari.
  9. Elakkan tempat panas kerana cuaca panas boleh menambah mual.
  10. Menghidu lemon atau halia, minum air limau atau makan tembikai untuk melegakan rasa loya.
  11. Buat senaman
  12. Ambil set ibu mengandung shaklee untuk cukupkan keperluan kita & anak yang sedang pesat berkembang
4 perkara ini mesti di elakkan untuk mengurangkan alahan semasa hamil:
  1. Jangan berbaring selepas makan.
  2. Jangan melangkau waktu makan.
  3. Jangan biarkan keadaan ini tidak dirawat.
  4. Jangan masak atau makan makanan pedas.

Cepat cepatlah jumpa doktor jika mengalami morning sickness yang

  1. Jika puan mengalami loya & muntah-muntah yang berlebihan sehingga perut kerap kosong sampai tidak berisi. Nanti boleh kena gastrik
  2. Jika puan kerap muntah disertai dengan sakit atau demam
  3. Sekiranya rasa mual, loya & muntah berterusan ke trimester kedua (selepas minggu ke-12)
Selamat mencuba tips tips untuk mengurangkan alahan ini ya.

Comments

  1. Alahan mengandung masa awal kehamilan memang buat kita hilang selera makan

    Bersabarlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau tak kurus kalau kita makan semua keluar balik kan Maznee

      Siapa yang ada alahan mengandung tu elok makan buah yang kaya vitamin b 6 macam pisang

      kalau susah sangat makan saja set mengandung shaklee

      Delete
  2. Replies
    1. Kalau sayang isteri dan anak mestilah membantu kan tuan. Lebih lagi masa mengandung
      .
      Mesti isteri sayang dan ingat sampai bila bila

      Delete
    2. Betul, Rasulullah saw pun rajin tolong isteri di rumah

      walaupun sibuk dengan urusan negara dan umat kan

      Lagipun mengandung anak sendiri

      Delete
  3. Saya dulu nak kurangkan alahan makan asam je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, senang dapat hilang alahan kan mimi

      tapi lain orang lain cara yang berkesan

      Delete
  4. Alhamdulillah semasa mengandung 5 orang anak sebelum ni tiada alahan mengandung, rezeki saya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, syukur sangat sebab dapat mengandung 5 orang tak merasa morning sickness

      Dapat menyusu lagi kan

      Memang superwoman aju mohit ni

      Delete
  5. so far tak pernah muntah masa peknen.. hahahah.. muntah sebab migrain ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, migrain sampai muntah ya mama jue

      semoga sihat wal afiat ya

      Delete
  6. Morning sickness dan alahan ketika mengandung memang buatkan emak emak muda yang baru kahwin tak pergi kerja

    kalau sikit sikit lagi tak pe

    Yang sampai muntah muntah tu. Badan mana ada tenaga
    .
    Saudara pun ramai yang berhenti lepas kahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suami mampu, elok berhenti kerja dan uruskan keluarga

      dapat buat kerja dari rumah pun bagus

      Delete
  7. saya tiga kali mengandung, tiga2 kali alahan agak mencabar. fuh dugaan btol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mengandung kali ke 4 sihat tak ada morning sickness ya puan Ainniah

      Delete
  8. kalau isteri nak makan makanan yang menyebabkan alahan sebab mengidam camna ye?

    ReplyDelete
  9. Banyak manfaat saya dapat selepas membaca artikel ini Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment