Betul ke pakai krim siang malam bagus untuk kulit cantik?




Betul ke Pakai Krim Malam Bagus Untuk Kulit Cantik?

Assalamualaikum Wrmbth Ibu ucapkan. Seperti wanita lain, ibu nak juga nampak cantik untuk suami tersayang
.
Penampilan kena jaga kan?
.
Adik cun & mama comel pun sama kan?
.
Ibu ada baca yang penggunaan krim siang & malam boleh bantu kulit kita nampak lebih muda.
.
Lebih lebih lagi kalau kita guna dari muda.
.
krim siang & malam shaklee




Wah
.

Ibu tak de lah muda sangat lagi. 
.
Dah masuk 3 series. Sana sini dah mula naik kedut
.
Ibu rasa ramai ada masalah sama kan
.
Hihi
.
Terutama ibu ibu yang sedang mengandung. Anak dalam rahim tu sedut khasiat seperti kalsium sesuka hati dari ibunya. Wajib minum susu & amalkan diet sihat

Kalau kita tak jaga makan, senang nak turun hb & terlebih makan pula kena kencing manis. Jadi ambil makanan berkhasiat semasa mengandung secukupnya.
.
Jom kita selongkar, betul ke krim siang malam ni boleh lambatkan penuaan. Di laman blog ibusyurga.blogspot.com
.
Ibu pasti
.
Sampai sekarang ni masih ada yang pening nak bezakan fungsi krim malam dan krim siang untuk muka kita kan? 
.
Atau mungkin selama ini kita memakai krim siang untuk  kegunaan malam hari dan begitu juga sebaliknya? 
.
Salah tu
.
Kan dah rugi
.
Macam pakai baju sejuk tengah tengah panas.
.
Kan kan
.
Insyaallah, lepas ni tutup mata pun kita boleh bezakan
.
Terbaik kan?
.
Ini kerana penggunaan krim malam dan krim siang yang kurang tepat tidak akan menimbulkan kesan yang berbahaya,.
.
Tetapi 
.
Kita akan mensia-siakan khasiat utama dari produk rawatan kulit ni.

Apa Perbezaan Krim Malam & Krim Siang? 





Apa sebenarnya beza krim malam dan krim siang? 
.
Kenapa kita harus menggunakannya secara tepat supaya sesuai dengan namanya? 
.
Adakah kita memerlukan kedua duanya nya? 
.
Supaya kita betul betul faham sejelas jelasnya umpama langit biru tanpa awan
.
Mari sama sama kita lihat

1. Krim siang mengandungi lebih banyak SPF, dan teksturnya sengaja direka untuk digunakan dibawah makeup.

Krim siang mengandungi banyak SPF
.
Namanya saja sudah berbeza, sudah pasti komposisi yang terkandung di dalamnya juga berbeza. 
.
Kedua-dua krim tersebut diwujudkan kerana keperluan kulit di siang dan malam hari sangat berbeza.
.
Pada umumnya, krim siang mengandungi banyak pelembap / moisturizer dan SPF sebagai pelindung dari sinaran matahari jenis uv.
.
Waktu siang kan kita di luar
.
Selalu terkena matahari
.
Kulit mudah kering. 
.
Selain itu, kandungan penting lain yang sekurang-kurangnya harus ada pada krim siang adalah 

  • Vitamin C
  • Kojic
  • Likuoris
  • Arbutin. 

Krim siang juga direka untuk digunakan sebelum memakai produk kosmetik agar
  • Teksturnya lebih lembut 
  • Lebih cepat diserap oleh kulit tetapi tidak menutup pori-pori kulit.
Perbezaan seterusnya sangat penting untuk kecantikan kulit

Iaitu


2. Kandungan pelembap pada krim malam jauh lebih banyak supaya tahan hingga pagi memastikan muka kita kekal lembap.

Krim malam mengandungi pelembap yang tinggi. 
.
Biasanya, krim malam dilengkapi oleh bahan lain yang penting untuk mencegah penuaan kulit seperti 
  • Retinol
  • Glycolic acid
  • Hyaluronic acid
  • Vitamin A dan E. 
Malah, pengeluar produk kesihatan terkenal di dunia, Shaklee juga ada mengeluarkan krim malam sendiri.
.
Krim malam shaklee dikenali sebagai overnight renewal whitening cream diperkaya dengan Vitamin C aktif didalam ramuan akan mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah. Kelembapan kulit dari luar kedalam insyaallah dikembalikan. Kulit nampak lebih sihat. Kulit nampak lebih cerah dan radang berkurangan dengan penggunaan Scullcap. Kredit
.
Pelembap yang terkandung dalam krim malam sangatlah lembut supaya
  • Dapat diserap oleh kulit secara perlahan-lahan 
  • Dan dapat melembabkan kulit sepanjang malam.

3. Krim siang dicipta untuk memberikan perlindungan kepada kulit supaya kekal sihat & cantik sepanjang kita bekerja di siang hari.

Sama seperti bunga matahari
.
Krim siang berguna untuk melindungi kulit 
.
Kandungannya saja sudah berbeza dengan krim malam, sudah pasti kegunaan & manfaat bagi kulit juga lain kan. 
.
Krim siang memang direka untuk 
  • Memberikan perlindungan semasa kita bekerja di siang hari.
  • Mencantikkan kulit
Pada siang hari, kulit kita adalah terdedah sekali berlaku kerosakan dan kerengsaan akibat dari 
  • terdedah kepada sinar UV
  • Pencemaran kenderaan
  • Asap rokok
  • Alat solek / make up, dan banyak lagi. 
Ibu yakin, ramai dari kita kerja di pejabat.
.
Angin dari air cond sendiri mengeringkan kulit kita
.
Membuatkan ia kelihatan kusam & tidak menarik
.
Hilang serinya
.
Tambahan lagi, Malaysia ni panas lembap sepanjang tahun
.
Kerana itu krim siang mengandungi lebih banyak SPF supaya

  • Kulit dapat dilindungi dari pendedahan kepada cahaya matahari
  • Photoaging
  • Dan radikal bebas.

.
Selain melindungi, krim siang juga sekaligus mengandung zat yang dapat menyuburi kulit supaya tetap kelihatan segar sepanjang hari.

4. Krim malam berfungsi untuk memperbaiki sel-sel kulit sambil kita lena tidur.

Jika krim siang bertugas untuk melindungi, krim malam bertugas untuk memberikan rawatan pada kulit wajah. 
.
Krim malam ini akan 

  • merawat
  • memperbaiki
  • menjana semula 
Semua ini berlaku sekaligus merawat kulit wajah yang rosak setelah seharian terdedah oleh pencemaran dan sinar matahari.
.
Krim malam tidak mengandungi SPF, kerana memang tidak direka untuk dipakai di siang hari. 
.
Selain bertujuan untuk memperbaiki dan menjana semula kulit, kandungan krim malam yang kita gunakan mempunyai khasiat untuk mencegah terjadinya proses kedutan dan penuaan pada kulit wajah.
.
Ibu pasti ada kawan kawan kita yang bekerja malam. Contohnya dalam bidang perubatan
.
Dan juga industri kilang
.
Malam ni Allah jadikan untuk rehat
.
Kalau kita selalu berjaga malam, memang akan lebih cepat tua
.
Jadi, buat adik manis & bonda cantik yang kerja dalam sektor ni
.
Cuba usahakan pakai krim malam
.
Kandungan moisturizer / pelembap pada krim malam ini diketahui lebih kaya daripada krim siang.
.
Masa malam, kalau kita pakai night cream, Bahan di dalamnya akan

  • Melembapkan kulit sepanjang malam selama kita terlelap
  • Menggalakkan proses pertumbuhan semula sel-sel kulit berjalan lancar.

.
Ada banyak lagi janji manis yang diberikan pengeluar kosmetik, tetapi inilah 2 manfaat krim malam yang akan kita perolehi dengan memakai night cream.
.

Kesan Anti penuan atau boleh juga disebut firming, anti kedutan, menjadikan kulit tetap tegang & anjal seperti telur rebus. 
  • Produk-produk night cream banyak mengandungi bahan retinol, glycolic acid, salicyclic acid dan Retinyl acetate. 
  • Semua bahan tersebut akan membantu kulit adik manis & ibu cantik untuk meningkatkan proses penggantian kulit lama menjadi kulit baru yang lebih sihat dan anjal. 
  • Komposisi night cream ini juga akan mengurangkan kemunculan tompok yang timbul akibat bertambahnya usia, garis-garis halus dan kedutan. 
  • Tapi, komposisi yang bagus ini juga dapat menimbulkan iritasi, TERUTAMA jika terkena paparan sinar UV
  • Sebab itu kita pakai krim malam untuk hasil terbaik 
Krim malam memberikan kelembapan tambahan

  • boleh juga disebut ultra-penghidratan, memberi nutrisi tambahan dan memberi kesan menyegarkan. 
  • Produk-produk night cream sering menggunakan bahan emolien lebih tinggi berbanding day cream, sehingga akan menjaga kelembapan kulit lebih banyak berbanding day cream. 
  • Sebenarnya tidak ada alasan pasti mengapa anda memerlukan banyak pelembab pada malam hari, kerana pada saat itu kulit anda sedang mengalami regenerasi. 
  • Jika anda sudah merasa cukup dengan kelembapan kulit ketika malam hari, anda mungkin tidak memerlukan night cream yang mempunyai banyak kandungan pelembab, tetapi jika anda sering merasa kulit begitu kering, maka jangan ragu menggunakan night cream.
.

5. Kedua-dua krim siang & malamberbeza manfaat, Jadi kita mesti memakai keduanya dengan cara yang tepat!

"Jadi, mana satu yang lebih bagus untuk kulit kita? 
.
Krim siang ataukah krim malam? 
.
Atau perlukah kita memakai kedua duanya? "
.
Mungkin itulah soalan yang sering terlintas dalam fikiran kita selama ini. 
.
Ibu yakin, kalau dah namanya perempuan
.
Mesti kita nak nampak cantik kan
. Kulit wajah merupakan salah satu anugerah yang wajib kita syukuri juga kita pelihara sebaik mungkin. 
.
Agar kulit muka kita tetap nampak sihat, tegang dan awet muda, kita mesti berikan tumpuan lebih.
.
Sebenarnya kan
.
Tak perlu peningkan kepala untuk memilih antara krim malam atau krim siang, kerana kedua-dua krim tersebut tidak diciptakan untuk saling melengkapi. 
.
Gunakanlah krim siang untuk siang hari, supaya kulit dapat dilindungi dengan baik dari paparan sinar UV, radikal bebas dan juga pencemaran yang merosakkan kulit. 
.
Dan pada yang bertujuan untuk memulihkan dan mengembalikan kesihatan kulit agar kembali berseri seri
.
Alhamdulillah, sekarang ni ibu yakin kita dah boleh bezakan kebaikan & kegunaan krim siang & malam
.
Lepas ni boleh amalkan
.
Jumpa lagi
.
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at ibusyurga.blogspot.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
11 Ulasan

Ulasan

Unknown berkata…
i pakai kulit i mcm ni jer..hahaah
Mazni Azmi berkata…
Mazni pun tak pakai lagi krim malam

Boleh cuba lepas ni
Hafizul berkata…
Emm pempuan memang kena jaga ni.. barulah suami sayang ketat-ketat..hehe
ajumohit berkata…
memang pakai krim siang malam almaklumlah bila usia semakin meningkat lagilah nak jaga penampilan ;)
Mazni Azmi berkata…
Rezeki tuan banyak travel. Tu kulit lawa. Haha
Mazni Azmi berkata…
Kalau rupa lawa. Hati & iman pun lawa

Berilmu pula tu

Suami mana tak sayang kan?

Allah pun sayang
Mazni Azmi berkata…
Oh bagus nya Aju

Pakai dari muda la baru nampak kesan kan
Ibu Zaid berkata…
Terima kerana melawat blog Ibu ni. Udara segar banyak travel

Sebab tu kulit cantik
Ibu Zaid berkata…
Haruslah pakai Mazni. Kita pun usia makin meningkat
Ibu Zaid berkata…
Siapa yang tak nak keluarga bahagia kan

Cantik hati itu memang wajib dapatkan

Cantik rupa tu bonus
Ibu Zaid berkata…
Ibu pun baru juga belajar belajar nak pakai