Atau nak pergi melancong ke mana mana (Nak pergi umrah ke)
Boleh bawa bersama
Hari ini kita sama sama belajar tips dan teknik mudah dari pengalaman sebenar.
Ibu tahu, ramai di antara cik puan baru berjinak jinak dengan pemakaian jubah abaya
Nak pakai abaya pun senang saja
Tinggal sarung saja jubah tersebut atas pakaian sedia ada, tak perlu nak bersalin pakaian
Jadi boleh baca tips untuk memakai abaya & tudung muslimah labuh yang benar benar menutup aurat
Jubah abaya hitam sesuai untuk pakaian solat. Ramai dari kita belajar memakai abaya semasa mengerjakan haji dan umrah. Memang pakaian yang bagus untuk dibawa menunaikan umrah dan haji
Tentu anda tertanya-tanya bagaimana untuk mengekalkan warna hitam berkilauan fabrik abaya walaupun selepas bertahun tahun dipakai dan dibasuh.
Cik puan boleh cuba tips tips ini.
Tak susah. Lepas baca terus boleh buat.
Jubah berwarna hitam mudah untuk dipakai dan sesuai untuk majlis rasmi & tak rasmi. Semasa mengandung pun tak ada masalah
Tips Menjaga Jubah Abaya Agar Tahan Lama
CUCIAN
Jadi, secara ringkas ... di sini adalah cara terbaik untuk menjaga Abaya hitam crepe (atau hitam / gelap ke atas pakaian)
1. Cuci Tangan Jubah Abaya Anda.
Bagi memastikan jubah abaya tahan lama, adalah penting untuk membasuhnya dengan cucian tangan.
Jika anda tiada pilihan, terpaksa menggunakan mesin basuh, lakukan dengan mode cucian lembut (delicate). Ini pun masih tidak di galakkan.
Cara terbaik untuk penjagaan jubah abaya hitam anda masih lagi dengan cucian tangan.
2. Menggunakan Detergen Yang Sesuai Untuk Cucian Jubah Abaya Anda.
Bahan pencuci yang baik akan memastikan warna jubah abaya anda kekal cantik dan kualiti kain terjaga.
Antara detergen yang khusus untuk jubah abaya anda ialah
Woolite dark care
Persil abaya shampoo
Syampoo abaya persil memang pilihan terbaik untuk jubah abaya kelihatan cantik dan tahan lama
Syampoo abaya persil memang pilihan terbaik untuk jubah abaya kelihatan cantik dan tahan lama
Cuba cari syampoo woolite darks di hyupermarket berdekatan rumah anda. Khas untuk mencuci fabrik hitam
Namun shampoo persil untuk jubah abaya tidak mudah diperolehi di Malaysia.
Cuba cari syampoo woolite darks di hyupermarket berdekatan rumah anda. Khas untuk mencuci fabrik hitam
Syampoo ini memang di rumus khas untuk penjagaan pakaian hitam seperti jubah abaya kita.
Jika syampoo Woolite pun tiada, cuba gunakan shampoo paling lembut seperti shampoo untuk bayi.
Sabun minyak zaitun aka sabun aleppo dari syria dan lebanon juga boleh digunakan untuk membasuh jubah abaya.
Sabun Aleppo memong terkenal di seluruh dunia. Boleh digunakan sebagai pencuci muka dan badan. Di perbuat dari minyak zaitun. Memang bagus
Tapi, mencuci menggunakan sabun ini akan menyebabkan kain abaya kelihatan hilang serinya.
Jadi, pilihan ditangan anda.
Pakai sabun yang organik ni selamat untuk ibu mengandung.
Kena juga ingat perut kita ada insan lain yang perlu di jaga kan?
9 Langkah Mencuci Jubah Abaya Supaya Tahan Bertahun Lama Tanpa Luntur Warnanya!
BAGI ABAYA KOSONG / SEDIKIT SULAMAN
Isikan besen (singki juga boleh) dengan air suam atau air sejuk (Elakkan penggunaan air panas)
Tambahkan detergen khas untuk mencuci abaya ke dalam air.
Masukkan jubah abaya anda petlahan lahan dan pastikan ia terendam sepenuhnya di dalam larutan air detergen. Biarkan selama 10 minit.
Selepas 10 minit direndam, gosok lembut fabrik abaya untuk menanggalkan kotoran yang melekat pada kain. (Penting untuk tidak menggosok dengan kasar)
Bilas dengan air mengalir dan kemudian rendam sebentar jubah abaya di dalam air sejuk untuk menghilangkan baki bahan pencuci.
Selepas selesai dengan bilasan terakhir, jangan perah abaya. Sidai abaya terus menggunakan penyangkut baju.
Jemur di kawasan redup dan elakkan dari terkena cahaya matahari secara terus. Ini akan menyebabkan warna abaya hilang serinya.
Bagi mengelakkan abaya berkedut, gantungkan bersama pakaian lain di dalam almari selepas kering. Tak perlu lipat jubah abaya anda. Inibakan memudahkan kerja menggosok kerana kedut kedut kecil tidak kelihatan. Jimat masa dan tenaga kan?
Apa jadi sekiranya musim hujan? Boleh ke keringkan abaya dengan mesin pengering? Jawapannya tidak boleh. Ini kerana mesin pengering akan merosakkan sulaman dan cording terutama sekiranya ia di buat dari kapas dan sutera.
BAGI JUBAH ABAYA ARAB YANG MEWAH / PENUH SULAMAN ATAU MANIK
Cuci abaya anda dengan kaedah cucian kering (dry clean)
Ini untuk mengelakkan hiasan (sulaman dan manik) pada abaya anda rosak
Selamat mencuba tip mencuci jubah abaya ini. Mudah saja kan. Insyaallah jubah abaya cik puan akan tahan lebih lama.
BONUS TIPS MENCUCI ABAYA
Elakkan merendam jubah abaya anda terlalu lama. Anggaran masa terbaik setiap rendaman adalah lebih kurang 30 minit. Merendam terlalu lama akan merosakkan fabrik dan melunturkan warna jubah abaya anda.
Manik dan sulaman juga lebih mudah rosak dengan merendam terlalu lama kerana terdedah kepada detergen lebih lama.
Asingkan warna jubah yang berbeza. Lebih penting, asingkan jubah abaya anda dengan pakaian lain yang hendak dicuci. Ini mengelakkan warna jubah rosak disebabkan pakaian lain luntur warnanya.
Jangan gosokkan fabrik abaya terlalu kuat. Fabrik abaya yang lembut akan rosak jika ia disental terlalu kuat.
Jangan gunakan berus untuk mencuci abaya.
Jemur jubah abaya yang telah dicuci segera. Toskan airnya dan hendaklah dibasuh dengan segera agar ia tidak berbau masam dan menghalang pembentukan kulat.
Gantungkan Jubah abaya yang telah kering dan tidak dipakai di dalam almari. Ini akan mengurangkan kedutan kecil.
Sarung abaya anda yang di sidai didalam almari dengan plastik. Ia untuk mengelakkan ia berhabuk. Abaya anda akan kekal bersih lebih lama dan sedia di gunakan bila bila masa.
Jubah yang telah lama disimpan dan tidak di sarung plastik bolehlah dikeluarkan untuk dibasuh dan disimpan semua untuk menghilangkan bau dan habuk yang melekat.
TIP IRON AGAR ABAYA HITAM TAHAN LEBIH LAMA
MENGGOSOK (IRONING)
Selesai dengan tips mencuci jubah abaya hitam supaya tahan lama, sekarang kita masuk pula ke bahagian penjagaan abaya.
Jubah yang penuh dengan sulaman seperti ini sesuai digayakan dengan tudung labuh kosong
Apabila mahu menggosok abaya, gosoklah dalam keadaan terbalik iaitu kita gosok bahagian dalamnya. InsyaAllah abaya lebih cepat lendik (hilang kedut) dan warna hitamnya tahan lebih lama.
Gantung jubah abaya selepas cucian. Ini akan mengurangkan kedutan danl mempercepatkan proses gosokan. Jimat masa dan tenaga.
Gunakan suhu yang sesuai dan tidak terlalu tinggi kerana merosakkan fabrik.
Suhu yang sesuai ketika menyeterika jubah abaya anda akan mengelakkan fabrik jubah abaya rosak atau terbakar.
Pastikan cik puan tahu fabrik kain abaya sebelum menyeterika dan sesuaikan dengan pelaras suhu yang terdapat di seterika tersebut.
4 tips penjagaan Jubah abaya kosong hitam / berwarna Ini akan membantu anda memelihara kain dan jahitan tahan lebih lama.
Elakkan menyembur minyak wangi secara terus pada manik, kristal dan batuan jubah abaya anda. Sesetengah minyak wangi mengandungi alkohol. Warna batu batuan ini akan luntur dan menyebabkan baju anda pudar dan tidak secantik dahulu.
Elakkan merendam jubah abaya yang berkristal atau bermanik terlalu lama. Cuci dan bilas terus pakaian tersebut.
Semasa proses menyeterika jubah yang bermanik dan berkristal, pastikan untuk menggosok abaya terebut secara terbalik. Muncung seterika yang tajam, boleh merosakkan jahitan manik dan kristal di fabrik anda
Sterika yang berwap, lebih sesuai untuk menggosok abaya berbatu dan bermanik.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ibusyurga.blogspot.com.
Semoga tips tips penjagaan jubah abaya ini memberikan manfaat. insyaallah.
Oo ada cara rupa2nya. Tu lah.. ilmu itu penting kan ibu?. Kalau beli baju bergerobok2 pun tp kaedah penjagaannya salah, semua dipakai takde seri, sudahnya membazir beli mahal2. Thanks 4 sharing.
Tips Menjaga Jubah Abaya Agar Tahan Lama
1. Cuci Tangan Jubah Abaya Anda.
2. Menggunakan Detergen Yang Sesuai Untuk Cucian Jubah Abaya Anda.
9 Langkah Mencuci Jubah Abaya Supaya Tahan Bertahun Lama Tanpa Luntur Warnanya!
BAGI ABAYA KOSONG / SEDIKIT SULAMAN
BAGI JUBAH ABAYA ARAB YANG MEWAH / PENUH SULAMAN ATAU MANIK
BONUS TIPS MENCUCI ABAYA
TIP IRON AGAR ABAYA HITAM TAHAN LEBIH LAMA
MENGGOSOK (IRONING)
Ini akan membantu anda memelihara kain dan jahitan tahan lebih lama.
TIP AGAR ABAYA HITAM TAHAN LEBIH LAMA
TIPS PENJAGAAN JUBAH ABAYA BERBATU / BERMANIK:
Ulasan
Ada tempah 2 helai
Selesa sangat
Dan setuju, memang kena pandai jaga supaya warnanya kekal cantik
Maznee pakai di pejabat, colleague bangsa cina pun cakap cantik
Hehe, mereka ingat maznee pakai hambok orang korea
Tu lah.. ilmu itu penting kan ibu?.
Kalau beli baju bergerobok2 pun tp kaedah penjagaannya salah, semua dipakai takde seri, sudahnya membazir beli mahal2. Thanks 4 sharing.