Puteri Qashrina Chalet 2023 [Homestay cantik di tepi pantai Melaka]

Macam macam tarikan menarik ada di homestay tercantik di tepi Pantai Puteri Melaka.
Semalam ada pembaca blog yang tanya ibu tentang gambar homestay di melaka kawasan pantai puteri yang bercahaya berseri seri di malam hari.

Dan terletak betul betul di depan pantai puteri.

Homestay paling strategik untuk mandi laut & aktiviti tepi pantai. Cuma hati hati perlu ada untuk elakkan lemas.

Hari ini ibu nak kongsikan info tentang homestay di Melaka tersebut disini. 


Puteri Qashrina Chalet, Homestay di Melaka yang cantik. Betul betul tepi pantai puteri

Mula mula, ibu nak maklumkan ini bukan review berbayar. Jadi tak ulasan ibu pun tak berat sebelah.

Maklumlah, bila berbayar semua kena nampak cantik dan tip top.

Rumah keluarga kami terletak tak jauh dari Homestay puteri qashrina, memang tempat ni sentiasa penuh dihujung minggu.

Tips 1 - Penting untuk kita merancang sebaiknya percutian ke Melaka. Pastikan kita survey dulu harga sebelum tempah tiket flight, booking hotel melaka (Tak kisahlah yang 5 star seperti Casa Del Rio atau yang murah) & kedai makan sedap berhampiran. Jangan bazirkan masa semasa bercuti.



Gambar Homestay Puteri Qashrina Chalet Melaka!

Di bawah ini ibu berikan beberapa gambar untuk tatapan pembaca yang merancang untuk tinggal di sini semasa cuti sekolah.

Atau nak buat hari keluarga.


Puteri Qahrina Chalet siang
Imej kredit: rumahakusyurgaku.blogspot.com
Puteri Qahrina Chalet siang
Siap ada dinosour. Imej kredit: rumahakusyurgaku.blogspot.com
Puteri Qahrina Chalet homestay melaka
Imej kredit: rumahakusyurgaku.blogspot.com
Puteri Qahrina Chalet homestay melaka swimming pool
Homestay yang ada swimming pool. Imej kredit: rumahakusyurgaku.blogspot.com
Puteri Qahrina Chalet homestay melaka gazeebo
Ada gazeebo tempat lepak dan makan. Imej kredit: Deheartyku.blogspot.my

Tips 2 - Baca review terkini di internet sebelum booking hotel / homestay di Melaka. Ini akan berikan kita gambaran tempat tersebut bagus atau tak. Cari penginapan yang sesuai dengan bajet & saiz kumpulan kita. Homestay melaka lebih sesuai kalau pergi bersama keluarga besar. Kalau pergi dengan suami isteri, lebih baik duduk hotel atau resort tepi pantai. Senang nak dating.





Harga & Jenis Penginapan di Puteri Qashrina Chalet Melaka?

Ada banyak pilihan bilik & penginapan yang disediakan. Boleh pilih ikut bajet dan citarasa masing masing.


Harga & Jenis homestay!

Jenis 1: CHALET (2 bilik)

Puteri Qahrina Chalet homestay melaka pandangan sisi
Imej kredit: Deheartyku.blogspot.my
Bilangan chalet: 8 unit.

Harga sewaan chalet untuk 1 malam

  • Hari biasa / Normal RM200
  • Cuti sekolah - RM220


Kalau dilihat dari rupa luarannya memang comel & cantik.

Ciri ciri chalet ini

  • Bilangan Bilik 2
  • Jenis Katil Saiz Queen
  • Kemudahan TV satelit disediakan.
  • Tidak di benarkan memasak dalam chalet.
  • Tiada Peti besi untuk simpanan barang berharga.
  • Kemudahan untuk Wi-Fi disediakan.
  • 2 Tv plasma
  • Bilik mandi moden dilengkapi dengan pancuran mandian hujan
  • Tingkap besar menghadap ke jalan pejalan kaki / taman dalaman.
  • Bar mini, Cerek Elektrik, Penyaman Udara, Kipas Siling. (Kemudahan seterika mengikut permintaan sahaja.)
Rupa dalaman unit chalet adalah seperti berikut.


Rupa dalaman unit chalet puteri qahrina chalet
Imej kredit: Qashrinachalet.com
Rupa dalaman unit chalet puteri qahrina chalet
Bilik tidur. Imej kredit: Qashrinachalet.com
Rupa dalaman unit chalet puteri qahrina chalet
Imej kredit: Qashrinachalet.com
Menarik betul bisnes homestay ni kan.

Harga rumah naik, sementara tunggu nilai hartanah melambung boleh dapat duit dari penyewa homestay.

Bagi yang kerja kerajaan, peluang terbuka luas sebab pinjaman perumahan senang & lebih berpatutan berbanding swasta.

Teringin pula nak kerja gomen kan.

Selesai jenis penginapan pertama,

Seterusnya.


Jenis 2: CHALET KAYU

chalet kayu di puteri qashrina homestay
Rupa luaran chalet kayu: Imej kredit: Qashrinachalet.com

Bilangan chalet kayu: 5 UNIT


Harga sewaan chalet kayu untuk 1 malam

  • Normal - RM180
  • Cuti sekolah - RM200

Ibu cadangkan, bagi orang orang bandar yang nak merasa pengalaman tinggal di rumah kampung tradisional, ambil chalet kayu.

Rekabentuk chalet ala melayu melaka tradisional ini nampak evergreen dengan warna kayu yang cantik dengan kemasa varnis. Sambil menikmati pemandangan indah di Selat Melaka.


Siap ada kajian tau tentang pengaruh senibina rumah tradisional melaka & budaya setempat pada tahun 2012.


chalet kayu di puteri qashrina homestay pintu masuk
Pintu masuk chalet kayu: Imej kredit: Qashrinachalet.com
Ciri ciri chalet ini
  • Bilik jenis studio
  • 1 Katil Saiz Queen
  • Kemudahan TV satelit disediakan.
  • Tidak di benarkan memasak dalam chalet.
  • Tiada Peti besi untuk simpanan barang berharga.
  • Kemudahan untuk Wi-Fi disediakan.
  • Bilik mandi moden dilengkapi dengan pancuran mandian hujan
  • Tingkap besar menghadap ke jalan pejalan kaki / taman dalaman.
  • Bar mini, Cerek Elektrik, Penyaman Udara, Kipas Siling. (Kemudahan seterika mengikut permintaan sahaja.)

Rupa dalaman unit chalet adalah seperti berikut.


chalet kayu di puteri qashrina homestay blik air
Bilik air / mandi chalet kayu: Imej kredit: Qashrinachalet.com


chalet kayu di puteri qashrina homestay blik tidur
Rupa bilik tidur chalet kayu: Imej kredit: Qashrinachalet.com


chalet kayu di puteri qashrina homestay katil saiz queen
Katil saiz queen di chalet kayu: Imej kredit: Qashrinachalet.com


Jenis 3: VIP HOMESTAY

Bilangan unit: 1
Harga sewaan bilik untuk 1 malam
  • Normal RM200
  • Cuti sekolah RM220 .
Ini penginapan paling mahal di sini. Bilik yang luas ini mempunyai ruang tamu dan tingkap besar menghala ke taman. 

Ciri ciri chalet ini

  • Unit VIP ini mempunyai 1 bilik besar.
  • 1 Katil Saiz Queen
  • Kemudahan TV satelit disediakan.
  • Tidak di benarkan memasak dalam homestay.
Selebihnya, sama dengan 2 chalet sebelum ini.


Jenis 4: RUMAH KAYU BERANDA

Puteri qashrina chalet Rumah-Kayu-Beranda-1

Bilangan unit: 4

Rumah kayu beranda mempunyai bilik jenis studio. 

Harga sewaan untuk 1 malam
  • Normal RM250
  • Cuti sekolah RM270.

Jenis katil dalam unit ini
  • 1 Saiz King
  • 1 Saiz Single

Gambar dalaman penginapan jenis ini.


Puteri qashrina chalet Rumah-Kayu-Beranda-ruang tamu
Bilik jenis studio


Puteri qashrina chalet Rumah-Kayu-Beranda-Katil King
Katil saiz king


Jenis 5: RUMAH KAYU LOTENG

rumah kayu loteng
Rumah ini boleh tidur di loteng, siap ada tingkap di loteng lagi. Boleh nampak laut kan?

Harga sewaan untuk 1 malam
  • Normal RM280
  • Cuti sekolah RM300.
Ini memang menggamit memori silam, siapa pernah panjat loteng rumah atuk nenek zaman dulu?

Siap tidur atas loteng lagi.

Itulah kerja kami dan sepupu di masa lalu. Cukup handal memanjat.

Chalet jenis ke 4 ini boleh tidur di loteng tu.

Mungkin ada yang rasa rindu nak mengenang nostalgia.

Lagipun tidur di loteng ni, di kawasan berbentuk segitiga tirus ni mengingatkan Ibu pada rekaan Homestay Masbro Village.


rumah kayu loteng

rumah kayu loteng tingkat atas
Siapa nak rasa pengalaman tidur di loteng. Boleh nampak view pantai kalau kedudukannya strategik!

rumah kayu loteng tingkat bawah
Nak naik loteng ada tangga. Tak perlu panjat

Dan akhir sekali


Jenis 6: RUMAH CABIN

puteri qashrina cabin

Harga sewaan untuk 1 malam
  • Normal RM200
  • Cuti sekolah RM220.
puteri qashrina cabin


puteri qashrina cabin dalaman

puteri qashrina cabin bilik air


Lokasi Puteri Qashrina Chalet




Tempat ni senang saja nak cari, terutama sekali kalau pakai Google Maps, taip saja nama homestay ini dan insyaallah terus sampai.

Landmark paling mudah, dekat sungguh dengan Masjid Pantai Rombang.

Kalau datang sini untuk bercuti pada hari jumaat senanglah nak solat Jumaat kan. Walaupun musafir lebih 2 marhala tak wajib solat Jumaat.

Alamat: 76400 Tanjung Kling, Melaka
Telefon: 06-351 0627


Memang banyak tempat menarik di Melaka seperti dalam video dibawah. Tekan butang play untuk tonton.

.

.

Review dari pengunjung Puteri Qashrina Chalet. Mana lagi berbaloi, duduk sini atau kat homestay Melaka yang lain?




Ibu memang tak pernah tinggal di sini sendiri, maklumlah orang tempatan kan. Tapi dari buah mulut mereka yang pernah tinggal disini, memang puas hati.

Masak asam pedas disini memang sedap. 

Itu Ibu tak banyak komenlah, sebab orang Melaka wajib pandai masak asam pedas.

Ulasan setakat ini mengenai homestay ini, 4.1 / 5 bintang terkumpul dari 180 ulasan di Google.

Cukup baik tu kan. Lagipun, homestay ini berada dekat dengan banyak tempat menarik di Melaka.

Bukan senang nak uruskan perniagaan bisnes homestay, nak jaga hati pelanggan.

Selain kos pelaburan beli rumah, nak buat pemasaran cari pelanggan & lain lain.

Dengan ilmu yang betul, semua orang boleh berjaya dalam bisnes homestay. Mesti teringin kan nak ada perniagaan homestay sendiri.


Kalau homestay biasa pun boleh cari RM4,000 ke RM5,000 sebulan. Income Puteri Qashrina ni mesti lagi lebat kan.


Kalau tak, takkanlah makin besar & banyak unit untuk disewa.

Lumayan.

Tak percaya? Lepas ini ibu tunjuk gambar homestay ni.

Orang ada duit saja tak mungkin boleh berjaya. Melainkan ada ilmu, minat & kesungguhan.

Kesimpulan Untuk Homestay Puteri Qashrina!




Oleh kerana ini bukan review berbayar, sejujurnya ada baik & buruk juga tinggal disini.

Baiknya, 

  1. Tempat ini terjaga & kemas.
  2. Lokasi betul betul strategik. Jauh dari sesak di bandar. Depan pintu masuk terus pantai.
Kekurangannya,
  1. Tak boleh masak di dalam homestay.  Nak makan boleh pergi kedai di luar. Atau makan saja dalam restoran di sini.
  2. Harganya agak mahal untuk homestay saiz ini. Boleh dapat homestay yang lebih besar dengan harga yang sama.

Rasanya, tempat ni paling ideal untuk keluarga yang pergi bercuti & nak rehatkan mak mak.

Tak payah masak.

Makan je luar. Sediakan duit saja.

Boleh fikirkan perancangan untuk percutian keluarga kita sebaiknya.

Seperti biasa, ada soalan ataupun pandangan. Tinggalkan di ruangan komen di bawah ya.

Assalamualaikum.
19 Ulasan

Ulasan

Mimie berkata…
Memang cantiklah Chalet nih. Sejuk mata memandang nak nak chale kayu kan...Memang suka suasana kampung macam nih. Nak cuti pun best
Assalamualaikum salam isnin dari saya. Singgah blog walking :) Lawa lah homestay tepi pantai ni.

Memang patutlah harganya mahal kan puan
Unknown berkata…
Banyak betul lampu dan hiasan yang di pasang pada chalet ini. Mesti bil elektrik nya banyak.

Sebab itu sewa untuk satu malam mahal.

Kena pasang lampu jimat elektrik ni.
Mama Hakim berkata…
Lawa dan ada banyak pilihan bilik di puteri qashrina chalet. Nama macam cah-rina pulak ya sebab sewa mahal
Mazni Azmi berkata…
Oh ini rupanya homestay puteri qashrina tu.

Sebelum ni pernah juga ada saudara dan kawan kawan yang cerita.

Memang lawa pun. Pemiliknya seorang berpangkat datuk.

Unknown berkata…
Cuti cuti di chalet kayu, mengimbau kembali kenangan zaman dulu dulu
Assalamualaikum & salam isnin. Singgah blogwalking. Homestay yang ada swimming pool memang di gemari keluarga.

Bayaran pun berpatutan
JMR berkata…
biasa kalau outstation kt Petronas Penapisan Melaka, kitorg stay kt pantai puteri hotel. tak jauh dari homestay ni..byk gak homestay best best sepanjang pantai puteri kan
Singgah malam di blog Ibu.
Takut nak masuk blog ni.. takut rindu Malaysia sbb ada pix2 homestay yg menarik2. Hihi..
Mazni Azmi berkata…
Laut belah Australia lagi lawa kan mis mirror? Malaysia ni pantai belah selat Melaka kurang sikit. Ada lah yang lawa, tapi tak banyak.

Yang ada pun belah Langkawi dan Johor sana kalau belah Selat Melaka
Sayidah Napisah berkata…
wahhh harga dia pun kira berbaloi juga kan untuk satu malam. thankyou for sharing! :D
ajumohit berkata…
cantiknya homestay ni, berbaloi bayaran dengan keselesaan dan view yang nyaman
Unknown berkata…
Tempat shoting drama' awak suka saya tak'.mmg cantik...view kawasan dia...
miszlinda berkata…
tengah plan nak bercuti dekat sini. baca blog tu terus rasa confident dkt chalet ni.. jmput dtg blog sy
Azmie berkata…
Assalam nak tny admin - ada tak tempat bakar BBQ utk disewa disini??
Azmie berkata…
Assalam admin - saya nak tny lokasi ni mmg tak bley memasak ke seperti BBQ. adakah tempat membakar BBQ disediakan utk disewa
Unknown berkata…
Assalammualaikum....
Yg homestay ada swimming pool Tu 1 malam brp ye...
Unknown berkata…
Saya berminat nak buat family day.. dengan siapa perlu saya berhubung
Unknown berkata…
Ada Package untuk family day tak?