Sesekali, pasti terdetik di hati untuk pergi bercuti kan? Nak pergi tempat yang cantik & boleh rileks. Bagi warga kota yang penat bekerja, mesti nak ambil masa di hujung minggu untuk berehat. (Baca senarai Tempat menarik di Melaka!) Mana lagi tempat yang lebih menarik dan dekat, kalau bukan di Melaka yang diperakui UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Di negeri bersejarah ini, ada banyak resort hotel. Resort ni bermaksud tempat yang terasing.
Masalahnya, bukan semua resort di Melaka best. Daripada tenangkan fikiran. Makin serabut jadinya. Di bawah ini Ibu senaraikan resort terbaik di Melaka untuk "weekend get away" kerjasama dengan page Ibu Bijak Keluarga Sihat. Balik cuti, fikiran lapang, perut kenyang. Kerja pun cemerlang. [Resort terbaik]
8 Resort di Melaka terbaik untuk tenangkan fikiran & rehatkan badan! Booking hotel Melaka yang sesuai bajet [Update 2021]
Di bawah ini Ibu senaraikan resort yang biasa menjadi pilihan pelancong. Ibu mulakan dengan resort kegemaran keluarga kami bila tak nak duduk homestay. (Baca lebih lanjut tentang 50 Homestay paling best di Melaka!) [Amverton]
8. Amverton Heritage Resort Ayer Keroh. Resort Melaka dengan taman tema air terbaik!
Ibu dah menginap di Amverton Resort Melaka ini banyak kali. Sebab anak anak sangat suka dengan taman tema air percuma yang ada di sini. Memanglah di Selangor pun ada banyak taman air kan, saja tukar angin.
Alamat: Jalan Puteri Resort 1, 75450, 75450 Ayer Keroh, Malacca Telefon: 06-232 3333 Harga penginapan Amverton Resort untuk 1 hari 1 malam: RM180++ Nak murah booking di laman tempahan hotel lebih awal. Dan buat perbandingan harga. Pastikan kita semak harga beberapa kali dalam sehari di laman tempahan hotel untuk dapat tawaran terbaik.
Salah satu Resort Melaka ada kolam renang yang besar! Semestinya hotel di Melaka dengan swimming pool yang besar.
Hasil ulasan daripada 251 pengunjung yang menginap di Amverton heritage resort telah memberikan mata purata 3.8 dari 5.0 bintang. Review ini telah mereka berikan di Google. Bagi Ibu, kemudahan resort ini lengkap, paling terbaik mestilah kolam renang dan taman tema percuma untuk pengunjung di sini. Anak anak memang suka. Selain itu, ada juga taman permainan indoor yang besar, terletak bersebelahan dengan water park. Seronok anak anak ibu main di sini. Biasanya Ibu akan tinggal di hotel ini kalau malas nak masak sarapan, dan anak anak nak main air puas puas. Dan juga kalau kami travel sendiri saja. Andai ke Melaka dalam kumpulan besar, biasa kami sewa saja homestay di Ayer Keroh. (Baca lebih lagi mengenai Home stay di Ayer Keroh yang paling bagus!) Kelebihan
Lokasi resort ini sangat strategik, keluar dari tol Ayer Keroh dan akan sampai dalam masa 5 minit.
Kemudahan fasiliti percuma yang sangat berbaloi untuk percutian bersama keluarga yang menyeronokkan. Gelongsor tinggi yang biasanya ada di taman tema air berbayar kita boleh main sepuasnya di sini PERCUMA.
Taman permainan kanak-kanak in door yang bagi ibu sangat berbaloi. Kalau pergi shopping kompleks biasa perlu bayar untuk akses masuk. Tak percaya pergi saja ke Aeon Mall.
Bilik mandi di lengkapi tab, boleh berendam mandi buih dengan air suam. Anak anak Ibu memang suka.
Wah, banyaknya tempat menarik di Melaka sampai pening nak pilih! Tonton video di bawah untuk 14 tempat terbaik yang wajib anda lawati pada tahun 2020.
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di Amverton Resort. Khairul Anwar (5/5 bintang)
Suasana yg mendamaikan.kolam air yg sesuai utk anak anak bermain dgn pengawasan kakitangan hotel. Sarapan pagi boleh tahan.
Hafizul Mat (5/5 bintang)
Hotel paling best untuk kanak kanak. Makan biasa sahaja. Keadaan bilik biasa sahaja. Tandas superb.
Sophiebaby Headband (1/5 bintang)
Pintu bilik tak boleh buka lepas balik makan pukul 10. Card dah expired.
Asnah Harun (5/5 bintang)
Bilik luas, breakfast sedap & berpatutan, lokasi yang dekat dari highway dan keluar ke bandar.
Jtl Garage (5/5 bintang)
Hotel yang paling mesra pelanggan di melaka. Kakitangan yang ramah di bahagian water park. Anak anak saya sangat seronok ketika berada di hotel ini. Sangat berbaloi untuk family meluangkan masa bersama. Walaupun taman tema air sangat kecil berbanding tempat lain. Tapi bersih dan menyeronokkan. Ada juga kidzone yg berhawa dingin dengan kaki tangan yang mesra. Makanan sarapan pagi sangat sedap. Staff baik dan mesra.
[A'Famosa]
7. A’Famosa Resort Hotel.
Resort Melaka yang ada kolam renang betul betul belakang banglo yang disewa! Hotel Melaka terbaik untuk hari keluarga.
Harga penginapan di A Famosa untuk 1 malam: RM300++ Harga bergantung kepada jenis penginapan yang di pilih. Hotel resort 4 bintang ini mendapat 3.8 dari 5.0 bintang daripada 697 pengunjung yang meninggalkan ulasan di Google.
Kelebihan.
Ada 3 jenis penginapan untuk pilihan anda. Jadi boleh pilih ikut bajet masing masing.
Banyak aktiviti untuk dilakukan di sini bersama keluarga, nak mandi manda di kolam renang, main golf dan sebagainya.
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di A Famosa Resort. Firdaus darkblue (5/5 bintang)
Kawasan perlancongan yang berpatutan dengan tempat tinggal yang menarik ada.
Irfan Othman (4/5 bintang)
Berbaloi duduk villa with pool. Boleh mandi kolam sampai lebam. Tapi tempat dia macam buruk buruk sikit. Tak de maintanance.
Wan Othman (2/5 bintang)
Kurang penjagaan.
Zaiedishaq I (3/5 bintang)
Not too bad. Boleh lah.
Mohd Khalid Athan (3/5 bintang)
Hotel tak ada pool. Pool yang disediakan terletak jauh terpaksa drive dan pool pulak agak menyeramkan, tak terjaga langsung!
[Philea]
6. Philea Resort & Spa Melaka.
Hotel Melaka dengan suasana hutan yang hijau & mendamaikan. Resort ini terletak tidak jauh dari Amverton Heritage & Plaza tol Ayer Keroh. Apa yang menarik ialah, binaan rumah penginapannya di bina dari kayu seperti kabin yang terdapat di negara barat. Memang cun!
Alamat: Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Tol, Ayer Keroh, 75450 Melaka Telefon: 06-289 3399 Harga penginapan untuk 1 hari 1 malam: Dari RM300++
Review Philea resort & Spa.
Hasil dari 242 pelancong yang menginap di hotel 5 bintang ini telah memberikan mata purata 3.9 dari 5.0 bintang. Markah ini berdasarkan ulasan yang di tinggalkan di Google.
Kelebihan
Jarak 20 minit memandu dari bandar Melaka.
Suasana resort yang hijau dan mendamaikan. Boleh nikmati bunyi unggas & burung yang berkicauan.
Rekaan bilik hotel banyak menggunakan kayu, seperti kembali ke zaman silam di mana kehidupan lebih tenang.
Lengkap dengan kemudahan seperti kolam renang, sauna dan gym untuk kegunaan kita sebagai tetamu. Boleh rancang lebih awal aktiviti yang mahu dilakukan semasa bercuti.
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di Philea Resort. 1. Satriahijau amirrashid (5/5 bintang)
Makanannya yg enak. Makanlah semahumu.
2. Nazaria ulfa mohd nor (4/5 bintang)
Suasana yang tenang namun perlu penambahbaikan dari segi menu makanan.
3. Dacyeon Khunming (5/5 bintang)
Its totally a 5 stars resort. They have a buggy asisting you if you need help. The environment is very peaceful with the nature. And the room was totally a nice place to sleep. Its fun for a family day, holiday with friends or even business trip!
4. Selvakumar Appavu (4/5 bintang)
Strategically located nearby Ayer Keroh highway exit. Overall the resort was designed nicely with forest theme. The design of resort looks unique. You can feel the great value of nature here. Beautiful swimming pool and friendly staffs. Anyway I personally feel there are few things can be improved. The main one is the hygienic of the public toilets. It should be maintained clean and without bad smells. The quality of food can be improved too. The mobile phone line connection quite bad.
[Gold Coast]
5. Gold Coast Melaka International Resort.
Hotel murah di Melaka untuk percutian bersama keluarga. Alamat: Lot 44, Jln Wakaf Utama, Taman Saujana Indah, 75450 Melaka. Telefon: 06-235 2888 Harga sewa untuk 1 hari: Dari RM120++ (Nak tawaran lebih baik, buat survey lebih awal.) Review Gold Coast Melaka. Hotel 3 bintang ini telah mendapat mata 3.3 dari 5.0 bintang berdasarkan 702 ulasan pelancong di Google.
Kelebihan.
Lokasi Gold Coast Melaka sangat hampir dengan tempat tarikan pelancong yang lain di Bandar Hilir Melaka.
Ada taman tema air yang di buka siang dan malam. Kanak kanak mesti suka. Siang hari berjalan jalan, balik resort mandi sampai penat.
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di Gold Coast Resort Melaka. De Hati Resources (3/5 bintang)
Tempat menarik. Cuma tak mesra bangunan. sebab nak masuk taman tema kene jalan agak jauh dan harap pengurusan boleh pasang lampu jalan waktu malam. Agak bahaya kalau hujan. Bab breakfast. So so. Tak seperti di harapkan. Morib much better.
Umi Nadia (1/5 bintang)
Harga mahal. Tapi meal tak sedap langsung. Buggy hanya ade 1 sahaja bagi musim school holiday yang sangat ramai guest memang tidak patut hanya sediakan satu buggy sahaja. Dengan lokasi apartment yang jauh dengan entrance theme park menyukarkan ramai org. Lift rosak 1 je berfungsi. Pintu bilik air rosak pintu bilik rosak. Nama theme park harga masuk mahal tapi pool menyedihkan. 1 lagi food breakfast memang langsung tak menyelerakan dan tidak banyak pilihan. Sekian dari guest yang kecewa.
ND Bangi (4/5 bintang)
Family Water Theme Park menarik di kelilingi blok blok bilik bilik apartment. Sesuai untuk family dengan kanak kanak yang suka main air. Lokasi baik.
Eddy Wijaya Zainal Abidin (2/5 bintang)
Aku amik apartment 3 bilik. Apartment pada aku agak memuaskan, theme park cuma indah kabar dari rupa, tak berapa best sangat, di bahagian kanak2 yang ada gelongsor air kurang bersih. Breakfast pun makanan nampak banyak cuma dari segi rasa, aku makan meehun dan nasi goreng memang tak de rasa. Kena ada cereal sbb ramai keluarga yangg ada anak kecil. Goldcoast Morib boleh pergi 3x, untuk Goldcoast melaka mungkin sekali ini saja kot.
Mohd Suderman Roslan (5/5)
Tempat yang menarik seronok dan sesuai bersama keluarga. Malam pon boleh mandi kolam. Terbaikkkk.
[Mabohai]
4. Mabohai Resort Klebang Melaka
Hotel Melaka murah dengan pemandangan tepi pantai yang cantik! Alamat: 3854C, Off, Jalan Klebang Besar/Klebang Kecil, Batang Tiga, 76400 Tanjung Kling, Melaka Telefon: 06-315 5933 Harga penginapan 1 hari 1 malam di Mabohari Resort: Dari RM100++ Review Mabohai Resort Klebang. Seramai 60 pelancong telah bermalam di Mabohai Resort dan meninggalkan ulasan di Google. Markah purata terkumpul di berikan mereka ialah 3.6 dari 5.0 bintang. Kelebihan.
Suasana resort di hias ala kampung yang pastinya mengembalikan nostalgia zaman kanak kanak.
Lokasi hotel jauh dari hiruk pikuk kemajuan dan hampir dengan Pantai Klebang & Pantai Puteri.
Kemudahan hotel yang lengkap untuk kegunaan pengunjung. Ada kolam renang untuk anak anak mandi manda.
Banyak tempat tarikan pelancong yang terkenal berada berhampiran dengan resort seperti kuih keria antarabangsa & coconut shake. Kedua duanya berada di pantai Klebang.
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di Mabohai Resort.
1. Wani Fadail (4/5 bintang)
Tempat bbq yang menghadap laut. Best udara nyaman. Cuma bilik air sedikit kotor.
2. Ejan 3290 (4/5 bintang)
Service pihak hotel terbaik. Bilik yang bersih dan sangat selesa. Harga yang berpatutan.
3. Shazila Johari (2/5 bintang)
Bilik terlalu sempit tidak sesuai bawa anak anak. Tv kecil dan chanel terhad sangat. Tapi sea view memang best. Lampu depan bilik tak berfungsi, diberitahu tapi tak ambik sebarang tindakan untuk tukar lampu. Bilik banyak semut api. Habis makanan atas meja kena makan dek semut. Not worth with money. 50-60 should be ok.
4. Ahmad Albab Ahmad (4/5 bintang)
Tempat yg menarik utk bercuti bersama pasangan.
5. Mahalil Hakimi (4/5 bintang)
A nice place for a night stay. The swimming pool is small though. Better book online than on the counter.
6. Nipa 37 (5/5 bintang)
Wish Club Malaysia (Southern) Family Day on 24-25 mac 2018. This place is recomended for small/ mini event.
[Bayou Lagoon]
3. Bayou Lagoon Park Resort.
Alamat: Jalan Wakaf, 75450 Melaka. Telefon: 06-233 0888 Harga penginapan untuk 1 hari 1 malam di Bayou Lagoon: Dari RM140++. Nak murah booking awal dari laman web di internet. Harga lebih mahal pada cuti hujung minggu dan musim perayaan. Review Bayou Lagoon Park Resort.
Memang ramai pengunjung yang menginap di Bayou Lagoon telah meninggalkan ulasan di Google. 1,619 pelancong memberikan ulasan di Google dan memberikan mata 3.5 dari 5.0 bintang. Kelebihan.
Resort ini terletak hampir dengan bandar Melaka, hanya 15 minit jarak perjalanan.
Sama seperti Amverton, Bayou Lagoon juga di lengkapi taman tema air sendiri. Tapi pendapat Ibu, harga di Bayou lagoon lebih mahal. Boleh dapat tawaran yang sama baik (Mungkin lebih bagus) di Amverton heritage.
Kemudahan percuma untuk kegunaan pelanggan seperti kolam renang dan gym.
Berhampiran dengan tempat makan dan pusat membeli belah.
Cuti sekolah, sentiasa penuh dengan keluarga yang bawa anak anak bercuti.
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di Bayou Lagoon Resort. Masaliza selamat (4/5 bintang)
Best tempatnya. Seronok. Anak saya pun suka. Cuma makanannya kureng, huhu.. Tapi banyak pilihan. Bilik so far semua ok.
Safari Bin Ahmad Zaini Abg Sado (4/5 bintang)
Tempat strategik. Makanan best, bilik bersih dan pengurusan teratur. Percutian keluarga yang berbaloi untuk mandi manda.
Faezah Nor (4/5 bintang)
Dapat bilik aircond tak sejuk. Bilik ada semut dan sawang. Pergi lobby cakap aircond tak sejuk terus tukar bilik. Housekeeping yang kerja malam friendly senyum je. Maintenance pon ok.
Rohaya Mohamed (1/5 bintang)
Taman tema Air kurang menarik yg permainan yang rosak tidak dibaiki.
Nor saidatul akhma yahya (3/5 bintang)
Apartmen tak ada air conditioning tapi dapat tukar bilik baru. Syukur.
[Shahs Beach]
2. Shahs Beach Resort Melaka.
Shah beach, Resort Melaka tepi pantai yang cantik! Alamat: Tanjung Kling 9 km, 76400, Malacca Telefon: 06-315 3121 Harga penginapan di Shahs Beach Resort Resort untuk 1 hari: Dari RM120++ Review Shahs Beach Resort. Review dari 210 pelanggan yang bermalam di sini memberikan mata 3.5 dari 5.0 bintang yang di tinggalkan di Google. Kelebihan.
Nak habiskan cuti hujung minggu di tepi pantai dengan permandangan matahari terbit & terbenam yang cantik? Ini memang tempatnya.
Hampir dengan pantai puteri dan pantai klebang.
Tempat makan yang sedap di malam hari ada banyak. Ibu ada kongsikan senarai tempat makan malam best di Melaka!
Ada beberapa kedai makan ini terletak betul betul hampir dengan resort ini. Siang hari boleh minum coconut shake & makan keria di Pantai Klebang yang terletak 3 km sahaja dari resort.
Kemudahan fasiliti yang lengkap untuk kegunaan pelanggan, nak bersantai dan beriadah dengan keluarga memang ada banyak pilihan.
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di Shah Beach Resort. Zainudin Mehad (3/5 bintang)
Alhamdulilah tempat yg menarik,chalet yg selesa, majlis berbuka puasa yg meriah. Pelbagai hidangan disediakan. Silalah cuba kunjungi dan bermalam di Shah beach resort kemudian nilaikan sendiri.
Safwan Johari (4/5 bintang)
Tempat cantik tepi pantai tapi tak boleh mandi sebab risiko obor obor. Swimming pool kalau weekend penuh. Biasa org buat famili day dan kenduri kahwin dalam taman.
Nor Atira Mohamad (4/5 bintang)
Ada pantai yang menarik, bilik yang selesa untuk single dan family, makanan yang sedap, servis terbaik, mampu milik.
Shafiq Mohd Kalid (2/5 bintang)
Menginap di sini utk satu malam. Bilik bermasalah, toilet tersumbat. Call front office, mereka suruh tunggu technician. Setengah jam tak muncul muncul. Pergi sendiri kat reception, baru dapat tukar bilik. Bantal pulak takde, call lagi. Suruh tunggu lagi. Sudahnya aku ambik je bantal kat bilik yg problem tadi. Sampai cek out tak muncul² muncul bantal aku. Breakfast, biasa biasa je. Lepas makan terus check out.
Mr. Ateng (5/5 bintang)
Pastikan membawa semburan ubat nyamuk. Tempat penginapan banyak nyamuk. Lokasi semua chalet. Tempat penginapan okay.
[Klebang]
1. Klebang Beach Resort.
Alamat: 92-1, KM 9, Batang Tiga, 76400 Tanjung Kling, Melaka. Telefon: 06-315 5888 Harga penginapan 1 malam di Klebang Beach Resort: RM90++
Review Klebang Beach Resort. Hotel 3 bintang ini mempunyai 128 ulasan di google respon dari pelancong lepas. Mata purata yang mereka berikan ialah 3.5 dari 5.0 bintang.
Kelebihan.
Dekat dengan 2 pantai yang cantik di Melaka iaitu Pantai Puteri & Pantai Klebang.
Harga bilik kira murah untuk duduk bercuti di Melaka.
Hampir dengan banyak tempat menarik, nak pergi Bandari Hilir pun tak jauh mana.
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di Klebang Beach Resort.
Nc C.f. Bccg (5/5 bintang)
Banyak orang data pada hari minggu. Angin pon sedap dan nyaman.
Erol Erol (5/5 bintang)
Best untuk berehat.
Ujank Walk Done (4/5 bintang)
Sesuai untuk percutian hujung tahun.
Azhar mohamad Zahar (3/5 bintang)
Tempat bersantai bersama keluarga.
Farysa Safari (4/5 bintang)
Nak bagi 5 bintang tapi bukan mantap sangat, tapi overall memang tiptop. So 4 bintang ye. Memang saya akan repeat tempat ni. Makanan:Sarapan tak banyak pilihan, tapi memang pelbagai dan kena lah dgn harga bilik. Kedai sekitar tak ada so kena drive sikit kalau nak makan lain. Tapi dia ada je room service kalau kebulur dan malas keluar malam, harga makanan dia pun ok je. Bilik:Ok. Ada TV, air cond elok, water heater elok, peti besi pun ada. Semua lengkap dengan harga yg ditawarkan. Cuma kalau nak pergi bilik sama ada tingkat bawah/atas, memang perlu guna tangga. Macam tak perasan pula mana ramp/lift, jadi kurang sesuai untuk pengguna kerusi roda Kemudahan:Kolam renang kecil. Tapi sebab kami pergi waktu bukan puncak agaknya, jadi macam ada 3 ke 4 family je. So tak ramai dan kolam mencukupi untuk kami semua. Tempat menarik:Senang cakap ni di Klebang jauh sikit dengan bandar. So pantai ada la, Pantai Klebang lah. Walaupun resort ni memang betul-betul tepi pantai, tapi tak boleh jejak kan kaki pun kat pantai ni. Pantai tambak katanya. So siapa yg berangan nak mandi kolam & pantai dalam masa yg sama, bukan ini pilihan anda. Overall best! Hehe.
Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel mamahakimalamin@gmail.com
Amverton Heritage Resort Ayeh Keroh looks like the place to be for me and my family, I've been trying to plan a trip to Melaka now I'm more motivated after reading your post.
Teringin nak menginap di Amverton sebab macam ada slide besar tu. Sure anak enjoy main situ. Philea Resort pun teringin nak menginap sini sebab biliknya diperbuat daripada log kayu. Nak kena repeat ke Melaka balik la jawabnya. Baru2 ni pun ke Alor Gajah Melaka. Hehe
Menarik sangat entry ni sebab dapat bantu ramai orang yang nak ke Melaka. Kte pun Insyallah nak ke Melaka hujung minggu ni so boleh la riki mana-mana 1 hotel yang dicadangkan ni,. Thanks
Semuanya nampak best..sebab ada swimming pool..bagus untuk anak-anak enjoy..tapi menarik dengan spa tu..nampak tenang je tempatnya..boleh la masuk list percutian di melaka nanti
bagusnya bila ada perbandingan macam ni. boleh pilih mana yang terbaik untuk bawa anak dan keluarga. semua cantik dan menari, rate harga jer yang membezakannya
Nina memang suka cuti cuti malaysia kat Melaka. Dekat dab banyak tempat menarik kat sana. Next time tingin nak stay kat Amverton Heritage Resort Ayeh Keroh tu lak... Nampak best, pasti anak-anak seronok stay sana!
Fuh.. semua dalam list resort yang bagus-bagus.. nak bookmark la.. kot2 boleh try menginap mana-mana yang dalam list ni.. tapi tak tahu lah bila nak berjalan ke Melaka nya.. hope one day ada peluang.. heee
Banyak jugak ya resorts yang menarik di Melaka ni. Kalau sis pergi nanti bolehlah pilih salah satu tempat yang di atas.. lama dah tak ke Melaka, teringin gak nak kesana balik, rindu nak makan asam pedas kat sana
Mana lagi tempat yang lebih menarik dan dekat, kalau bukan di Melaka yang diperakui UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Di negeri bersejarah ini, ada banyak resort hotel. Resort ni bermaksud tempat yang terasing.
Masalahnya, bukan semua resort di Melaka best. Daripada tenangkan fikiran. Makin serabut jadinya. Di bawah ini Ibu senaraikan resort terbaik di Melaka untuk "weekend get away" kerjasama dengan page Ibu Bijak Keluarga Sihat.
Balik cuti, fikiran lapang, perut kenyang. Kerja pun cemerlang.
[Resort terbaik]
8 Resort di Melaka terbaik untuk tenangkan fikiran & rehatkan badan! Booking hotel Melaka yang sesuai bajet [Update 2021]
Di bawah ini Ibu senaraikan resort yang biasa menjadi pilihan pelancong. Ibu mulakan dengan resort kegemaran keluarga kami bila tak nak duduk homestay. (Baca lebih lanjut tentang 50 Homestay paling best di Melaka!)
[Amverton]
8. Amverton Heritage Resort Ayer Keroh. Resort Melaka dengan taman tema air terbaik!
Ibu dah menginap di Amverton Resort Melaka ini banyak kali. Sebab anak anak sangat suka dengan taman tema air percuma yang ada di sini. Memanglah di Selangor pun ada banyak taman air kan, saja tukar angin.
Alamat: Jalan Puteri Resort 1, 75450, 75450 Ayer Keroh, Malacca
Telefon: 06-232 3333
Harga penginapan Amverton Resort untuk 1 hari 1 malam: RM180++
Nak murah booking di laman tempahan hotel lebih awal. Dan buat perbandingan harga.
Pastikan kita semak harga beberapa kali dalam sehari di laman tempahan hotel untuk dapat tawaran terbaik.
Salah satu Resort Melaka ada kolam renang yang besar! Semestinya hotel di Melaka dengan swimming pool yang besar.
Review Amverton Heritage Resort.
Hasil ulasan daripada 251 pengunjung yang menginap di Amverton heritage resort telah memberikan mata purata 3.8 dari 5.0 bintang. Review ini telah mereka berikan di Google.
Bagi Ibu, kemudahan resort ini lengkap, paling terbaik mestilah kolam renang dan taman tema percuma untuk pengunjung di sini. Anak anak memang suka.
Selain itu, ada juga taman permainan indoor yang besar, terletak bersebelahan dengan water park. Seronok anak anak ibu main di sini.
Biasanya Ibu akan tinggal di hotel ini kalau malas nak masak sarapan, dan anak anak nak main air puas puas. Dan juga kalau kami travel sendiri saja. Andai ke Melaka dalam kumpulan besar, biasa kami sewa saja homestay di Ayer Keroh. (Baca lebih lagi mengenai Home stay di Ayer Keroh yang paling bagus!)
Kelebihan
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di Amverton Resort.
Khairul Anwar (5/5 bintang)
Hafizul Mat (5/5 bintang)
Sophiebaby Headband (1/5 bintang)
Asnah Harun (5/5 bintang)
Jtl Garage (5/5 bintang)
[A'Famosa]
7. A’Famosa Resort Hotel.
Alamat: Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Telefon: 06-552 0888
Harga penginapan di A Famosa untuk 1 malam: RM300++ Harga bergantung kepada jenis penginapan yang di pilih.
Hotel resort 4 bintang ini mendapat 3.8 dari 5.0 bintang daripada 697 pengunjung yang meninggalkan ulasan di Google.
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di A Famosa Resort.
Firdaus darkblue (5/5 bintang)
Irfan Othman (4/5 bintang)
Wan Othman (2/5 bintang)
Zaiedishaq I (3/5 bintang)
Mohd Khalid Athan (3/5 bintang)
[Philea]
6. Philea Resort & Spa Melaka.
Resort ini terletak tidak jauh dari Amverton Heritage & Plaza tol Ayer Keroh. Apa yang menarik ialah, binaan rumah penginapannya di bina dari kayu seperti kabin yang terdapat di negara barat. Memang cun!
Alamat: Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Tol, Ayer Keroh, 75450 Melaka
Telefon: 06-289 3399
Harga penginapan untuk 1 hari 1 malam: Dari RM300++
Review Philea resort & Spa.
Hasil dari 242 pelancong yang menginap di hotel 5 bintang ini telah memberikan mata purata 3.9 dari 5.0 bintang. Markah ini berdasarkan ulasan yang di tinggalkan di Google.Kelebihan
1. Satriahijau amirrashid (5/5 bintang)
2. Nazaria ulfa mohd nor (4/5 bintang)
3. Dacyeon Khunming (5/5 bintang)
4. Selvakumar Appavu (4/5 bintang)
[Gold Coast]
5. Gold Coast Melaka International Resort.
Alamat: Lot 44, Jln Wakaf Utama, Taman Saujana Indah, 75450 Melaka.
Telefon: 06-235 2888
Harga sewa untuk 1 hari: Dari RM120++ (Nak tawaran lebih baik, buat survey lebih awal.)
Review Gold Coast Melaka.
Hotel 3 bintang ini telah mendapat mata 3.3 dari 5.0 bintang berdasarkan 702 ulasan pelancong di Google.
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di Gold Coast Resort Melaka.
De Hati Resources (3/5 bintang)
Umi Nadia (1/5 bintang)
ND Bangi (4/5 bintang)
Eddy Wijaya Zainal Abidin (2/5 bintang)
Mohd Suderman Roslan (5/5)
[Mabohai]
4. Mabohai Resort Klebang Melaka
Hotel Melaka murah dengan pemandangan tepi pantai yang cantik!
Alamat: 3854C, Off, Jalan Klebang Besar/Klebang Kecil, Batang Tiga, 76400 Tanjung Kling, Melaka
Telefon: 06-315 5933
Harga penginapan 1 hari 1 malam di Mabohari Resort: Dari RM100++
Review Mabohai Resort Klebang.
Seramai 60 pelancong telah bermalam di Mabohai Resort dan meninggalkan ulasan di Google. Markah purata terkumpul di berikan mereka ialah 3.6 dari 5.0 bintang.
Kelebihan.
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di Mabohai Resort.
1. Wani Fadail (4/5 bintang)
2. Ejan 3290 (4/5 bintang)
3. Shazila Johari (2/5 bintang)
4. Ahmad Albab Ahmad (4/5 bintang)
5. Mahalil Hakimi (4/5 bintang)
6. Nipa 37 (5/5 bintang)
[Bayou Lagoon]
3. Bayou Lagoon Park Resort.
Telefon: 06-233 0888
Harga penginapan untuk 1 hari 1 malam di Bayou Lagoon: Dari RM140++. Nak murah booking awal dari laman web di internet. Harga lebih mahal pada cuti hujung minggu dan musim perayaan.
Review Bayou Lagoon Park Resort.
Memang ramai pengunjung yang menginap di Bayou Lagoon telah meninggalkan ulasan di Google. 1,619 pelancong memberikan ulasan di Google dan memberikan mata 3.5 dari 5.0 bintang.
Kelebihan.
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di Bayou Lagoon Resort.
Masaliza selamat (4/5 bintang)
Safari Bin Ahmad Zaini Abg Sado (4/5 bintang)
Faezah Nor (4/5 bintang)
Rohaya Mohamed (1/5 bintang)
Nor saidatul akhma yahya (3/5 bintang)
[Shahs Beach]
2. Shahs Beach Resort Melaka.
Alamat: Tanjung Kling 9 km, 76400, Malacca
Telefon: 06-315 3121
Harga penginapan di Shahs Beach Resort Resort untuk 1 hari: Dari RM120++
Review Shahs Beach Resort.
Review dari 210 pelanggan yang bermalam di sini memberikan mata 3.5 dari 5.0 bintang yang di tinggalkan di Google.
Kelebihan.
Ada beberapa kedai makan ini terletak betul betul hampir dengan resort ini. Siang hari boleh minum coconut shake & makan keria di Pantai Klebang yang terletak 3 km sahaja dari resort.
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di Shah Beach Resort.
Zainudin Mehad (3/5 bintang)
Safwan Johari (4/5 bintang)
Nor Atira Mohamad (4/5 bintang)
Shafiq Mohd Kalid (2/5 bintang)
Mr. Ateng (5/5 bintang)
[Klebang]
1. Klebang Beach Resort.
Telefon: 06-315 5888
Harga penginapan 1 malam di Klebang Beach Resort: RM90++
Review Klebang Beach Resort.
Hotel 3 bintang ini mempunyai 128 ulasan di google respon dari pelancong lepas. Mata purata yang mereka berikan ialah 3.5 dari 5.0 bintang.
Maklumbalas terpilih dari pengunjung lepas di Klebang Beach Resort.
Erol Erol (5/5 bintang)
Ujank Walk Done (4/5 bintang)
Azhar mohamad Zahar (3/5 bintang)
Farysa Safari (4/5 bintang)
Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel mamahakimalamin@gmail.com
Ulasan
Next time tingin nak stay kat Amverton Heritage Resort Ayeh Keroh tu lak... Nampak best, pasti anak-anak seronok stay sana!