Ibu pasti, kita semua akan mengalami 1 keadaan. Anak yang dulu aktif dalam rahim semasa hamil, montel dan gebu selepas lahir. Kini semakin membesar dan aktif bermain. Masalahnya, kuat sangat main sampai tak nak makan. Apa kita nak buat? Ramai kata Pediasure ni bagus. Teruskan membaca hingga habis. Insyaallah akan jumpa jawapannya.
Artikel ini dibahagikan kepada 14 bahagian. [KLIK nama susu di bawah untuk menjimatkan masa anda]
Review Susu Pediasure. Susu formula terbaik untuk anak yang cerewet makan! Usaha tambah berat badan.
Salah satu fasa paling penting dalam tahun tahun pertumbuhan anak adalah semasa mereka berumur 1 hingga 10 tahun. Dalam tempoh ini, kanak-kanak mengalami peningkatan ketara dalam perkembangan fizikal dan minda. Jika anak kita seorang yang cerewet dalam pemakanan, ini boleh menyebabkan kekurangan khasiat pemakanan yang boleh menjejaskan pertumbuhan mereka. Pertumbuhan dan perkembangan yang ideal hanya berlaku dengan pemakanan yang mencukupi. Susu pediaSure di keluarkan oleh syarikat Abbott.
Banyak betul pilihan susu formula untuk perkembangan anak kita. Klik video di bawah untuk 11 yang terbaik!
Ia telah di gunakan oleh ibu ibu di lebih dari 80 negara untuk membantu anak anak mereka memperolehi khasiat yang mencukupi dari pemakanan mereka. Susu pediasure complete adalah suplemen pemakanan yang menyediakan pemakanan yang lengkap dan seimbang untuk kanak-kanak dari umur 1 hingga 10 tahun. Peringkat usia ini adalah di mana perkembangan pesat dan perkembangan fikiran anak kita berlaku.
Kebaikan Susu Pediasure untuk anak kita.
Susu Pediasure telah diformulasikan secara saintifik untuk menyediakan 100% atau lebih keperluan protein, 25 vitamin & mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran anak kita sekiranya diambil dalam kuantiti yang sesuai. Semestinya susu formula terbaik untuk tambah berat anak kita.
Ia juga mengandungi FOS, probiotik dan minyak MCT (Medium chain triglicerides). Pediasure juga mengandungi nutrien seperti Taurine, Choline dan Omega 3 & 6 untuk menyokong perkembangan minda. Pediasure telah diformulasikan secara saintifik untuk membantu meningkatkan ketinggian, berat badan dan mengurangkan bilangan hari anak kita tidak sihat. Jadi sekiranya anda mencari susu pediasure untuk tinggi anak yang sesuai dengan umurnya, memang tepat sekali pilihan anda. Susu ini juga bebas laktosa. Jadi tak perlu risau tentang alahan susu.
Anak anak terlalu lasak dan tak mahu makan? Pening kepala den!
Macam mana nak tahu Susu Pediasure sesuai untuk anak kita?
Pediasure Complete diformulakan dengan Sistem Sure3, satu formula Lengkap menyediakan pemakanan lengkap untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 10 tahun untuk membantu kanak kanak yang cerewet membesar seperti kanak kanak lain. Hasil dari carian yang Ibu lakukan, laman web pengeluar susu ini memberikan beberapa kumpulan kanak kanak yang sesuai menggunakan produk ini iaitu:
Kurang selera. Kalau makan pun sangat sedikit.
Hanya makan beberapa jenis makanan.
Makan hanya beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran
Enggan mencuba makanan baru.
Jarak waktu makan yang lama.
Aktif dalam aktiviti fizikal
Memerlukan makanan ringan atau suplemen yang berkhasiat
Pengalaman menggunakan susu pediasure untuk anak cerewet makan.
Anak sulung Ibu sangat cerewet soal makan. Jadi, memang harapkan sangat zat yang di perolehi dari susu yang di minumnya. Sebelum ibu beli susu pediasure ni, ramai mak mak di luar sana yang telah memberikan anak mereka susu ini berkongsi beberapa perubahan ketara. Antaranya ialah
Anak dah jarang tak sihat.
Selera makan ada perubahan.
Berat badan bertambah.
Anak tak sembelit dan mudah membuang.
Nak kata percaya atau tidak tu, kena cuba dululah kan. Selepas mencuba tin pertama. Memang betul ada perubahan yang ketara juga. Seperti
Anak ibu memang betul jarang demam dan selesema. Walaupun makanan biasa jarang ambil. Harapkan susu je.
Selera makan tu tak ketara sangat, tapi kalau nak di bandingkan dengan sebelum minum pediasure. Memang ada perubahan.
Apabila selera dah ada, dan zat pun cukup dari susu. Boleh nampak badan makin berisi, rusuk tu tak ketara tulangnya. Muka pun macam makin bulat.
Taklah gemuk budak ni minum susu ni. Tapi, bila angkat, kalah 2 guni beras. Memang terasa berat tu. Tak dapatlah nak kendong kendong dia lagi lama lama. Hehe.
Sebelum ni minum susu lain, kadang kala memang nampak seksa anak Ibu nak buang air besar. Sebab sembelit. Sejak minum pediasure, kurang sangat dah.
Itu perubahan yang Ibu perasanlah. Boleh kata, pengalaman dan testimoni mak mak lain tu banyak betulnya. Sebab anak Ibu pun dapat hasil yang mirip.
Susu jenama ni tergolong dalam kategori premium juga. Tak percaya cuba tengok harga. Cuma, kalau kita ada kemampuan dari segi ekonomi. Berbaloi untuk beri anak kita susu mahal ni.
Berapa harga susu pediasure di Malaysia?
Dari tinjauan harga yang Ibu buat pada 26 Jun 2018, harga pediasure complete di Malaysia dalam julat harga di bawah.
Pediasure 600g, dalam kotak berharga RM47
Pediasure 1.8kg, dalam kotak berharga RM152
Pediasure 850g, dalam tin berharga RM72
Pediasure 1.6kg, dalam tin berharga RM140
Harga di atas ini pasti berubah, boleh jadi lagi murah atau lagi mahal. Nak dapat tawaran terbaik pastikan kita bandingkan harga dulu. Sekiranya anda mahu tahu harga terkini susu ini, boleh baca entri di bawah.
Jenis susu pediasure di pasaran. Ada berapa perisa?
Semasa kami masih memberikan susu kepada anak sulung, hanya ada 2 jenis perisa. Iaitu vanilla dan coklat. Ibu hanya berikan susu perisa vanila kepada anak kerana nak elakkan dia tak minum susu putih kemudian hari. Ya lah kan. Kalau dah sedap minum coklat, susu putih mana nak pandang lagi kan. Sekarang ni dah ada perisa baru. Madu. Dah makin banyak pilihan.
Kandungan susu pediasure & bagaimana ia membantu anak kita?
Susu ini kaya dengan banyak khasiat yang mempunyai banyak manfaat kepada si manja. Antaranya ialah:
1. Kompleks Protein Triple Baru
3 sumber protein - pati protein susu, pati protein whey dan isolat protein soya. Produk ini menyediakan campuran saintifik asid amino yang seimbang dan penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak anak.
2. Campuran Karbohidrat Lanjutan.
Mempunyai pelbagai jenis karbohidrat berbeza untuk menggalakkan pencernaan dan penyerapan yang maksimum bagi pembebasan tenaga seimbang.
3. Profil Lemak Unik & MCT (dengan DHA & AA)
Menyokong penyerapan nutrien dan perkembangan minda.
4. Pemakanan Lengkap Kanak-Kanak
PediaSure complete memenuhi atau melebihi 100% daripada US Dietary Reference Intakes (DRIs) untuk protein, 25 vitamin dan mineral penting.
1000ml untuk kanak-kanak berusia 1-8 tahun.
1500ml untuk kanak-kanak berumur 9-13 tahun.
5. Mengandungi FOS.
Susu ini mengandungi FOS, serat makanan yang tidak dapat dicerna yang merupakan makanan pilihan bakteria yang baik.
6. Sumber kultur hidup.
Ia juga mengandungi kultur hidup Bifidobacterium lactis dan L.acidophilus, yang merupakan bakteria baik yang membantu memperbaiki sistem usus.
7. Kaya tenaga.
Mengandungi 50% lebih banyak kalori daripada susu biasa untuk memberikan tenaga tambahan untuk membesar kanak-kanak. (Ketumpatan Kalori - 1 kcal setiap 1 ml). Anak anak tak perlu risau pasal kencing manis. Kita ni lain, maklumlah usia dah meningkat kan.
8. Tiada kandungan laktosa & gluten.
Bebas daripada laktosa dan gluten. Ini membuatkan ia sesuai untuk kanak-kanak yang tidak toleran laktosa, tetapi tidak digalakkan untuk kanak-kanak yang mengalami galaktosemia. Nak tahu lebih lanjut tentang kandungan susu ini? Teruskan di bawah.
Susu ini di perakui halal oleh badan halal berautoriti di Singapure.
Jangan salah bancuh, Membazir! Ini sukatan pediasure dan cara penyediaan yang betul.
Perkara kedua terpenting selepas membeli bahan makanan yang mahal ialah menyediakannya dengan cara yang betul. Penting sangat untuk kita sediakan susu pediasure menurut cara yang betul. Sebab apa? Dalam susu ini terdapat kultur hidup dan khasiat lain yang sensitif suhu seperti vitamin. Sebab itu, kita wajib gunakan air yang tak terlalu panas. Barulah kultur dan vitamin ini selamat dan sihat. Hehe. Di bwah ini kami kongsikan kepada anda cara sebenar menyediakan susu ini.
Cara bancuh susu pediasure supaya khasiat yang terkandung di dalamnya terpelihara.
Menurut panduan yang di berikan sendiri oleh Abbot, cara menyediakan susu pediasure complete yang betul adalah seperti di bawah.
Cuci tangan kita dengan sebersihnya sebelum menyediakan susu.
Basuh juga botol susu dan perkakas penyediaan susu sebaiknya.
Gunakan air mendidih yang telah di sejukkan dan kini suam suhunya. Anggaran suhu air 35 darjah celsius ke bawah, tuang 190ml air ke dalam bekas / botol susu.
Masukkan 5 sudu susu pediasure ke dalam air suam dan bancuh hingga larut.
Susu ini sedia di minum anak kita.
Sekiranya susu tak habis selepas 1 jam, di sarankan untuk buang.
Dari pengalaman Ibu sendiri, kalau gunakan sukatan susu pediasure diatas anak minum tak habis. Jadi Ibu buat ikut kemampuan anak.
Kan sayang buang susu. Membazir. Selain itu, pastikan kita ikut betul betul aturan minum susu pediasure ni ya. Supaya tak berlebihan dari sukatan yang ditetapkan oleh pengeluar susu ini.
Dari pengalaman lepas, satu perkara yang sering menyusahkan kami ialah susah nak dapat bekalan susu ni. Susu kerap habis. Terutama sekali perisa vanila. Dan tak banyak kedai yang menjual pediasure. Mungkin sebab memang harganya lebih mahal dari susu lain. Jadi, bila balik kampung tu wajib bawa susu lebih. Dan kalau cari punya cari, dan bernasib baik jumpa. Harga dia mak aih, mahalnya. Memang harga susu ni dah mahal. Tapi dalam kes ni, jauh lagi mahal dari biasa. Tapi bila dah mustahak macam ni, nak tak nak kena juga beli.
Cara dapat sample susu pediasure! Jangan beli sebelum minta sampel.
Ramai ibu dan ayah berkira kira untuk mencuba susu ini kerana harganya yang mahal. Jadi, nak memastikan susu ini di minum anak kita sepenuhnya minta sample susu. Cara nak dapat sample senang saja. Masuk ke laman web Abbot Malaysia dan cari bahagian free sample. Berikan maklumat yang diperlukan. Bila susu dah sampai boleh cuba. Kalau anak serasi, bolehlah beli terus. Ini dapat elakkan kita dari membazir.
Susu pediasure untuk umur berapa?
Sekiranya anda merujuk dengan teliti tin dan bungkusan untuk susu pediasure, ada tertera umur kanak kanak yang sesuai menggunakan produk ini adalah 1 tahun ke atas sehingga usia 10 tahun.
Selamat ke susu pediasure untuk bayi 6-12 bulan?
Jika anda ada anak berusian dalam linkungan usia ini, memang tak sesuai berikan susu pediasure. Sebab susu ini dirumus khas untuk usia anak di atas 1 tahun dan ke atas.
Memang belum bersedia lagi perut dan sistem penghadaman anak kita untuk usia ni. Anda boleh rujuk sendiri di atas pek bungkusan susu ini, memang sudah jelas tertera usia yang sesuai untuk pengambilannya. Jika anda inginkan kepastian lanjut, boleh dapatkan penjelasan lanjut dari doktor.
Akhir kata.
Mempunyai anak yang cerewet dalam pemakanan harian memang mencabar. Kita sebagai ibu memang akan risau, terutama sekali jika anak kita selalu demam dan tak sihat. Lepas tu berat badan tak naik. Ringan je nak angkat. Sedih rasa hati. Kalau kita mengalami masalah ini, boleh pertimbangkan untuk cuba susu pedia sure complete. Ibu sendiri dah cuba pada anak sulung dan dapat hasil yang memuaskan. Sampai juga kita ke hujung artikel. Jika anda semua ada pendapat atau nak kongsikan pengalaman menggunakan pediasure. Boleh isikan di ruangan komen di bawah. Terima kasih Ibu ucapkan kerana baca sampai habis. Jumpa lagi.
Anak anak Nina pernah Nina beri susu Pediasure ni. Doktor yang sarankan sebab berat depa tak cantik. Alhamdulillah memang berkesan walau baru beri setin jer.. . Lepas tu selera makan depa dah ok, berat pun dah naik. Nina bagus terutama tuk anak yang picky eater
Susu pediasure memang di rekemen oleh doktor paedetritian sebab ia mengandungi banyak khasiat yang di perlukan anak anak untuk membesar dengan sihat dan kuat. Harga memang mahal, tapi berbaloi
Masa isteri saya nak beli susu pediasure ni dulu, saya pun rasa mahal. Maklumlah satu bulan sampai 2 ke 3 tin 1.6kg. Anak pulak kuat minum susu. Tapi lepas pakai memang baguslah. Anak saya dah jarang demam dan berat pun makin bertambah. Berat betul nak angkat
i dan anak-anak belum pernah lagi cuba susu pedia sure ni, i dengar susu ni bagus untuk budak yang kekurangan vitamins heheh... harga dia pun not bad ya.. bukan calang calang budak dapat minum susu ni heeee
Anak jenis kurang minum susu formula. Kalau ada saya bagi, kalau tak ada dia pun tak mintak. Tapi bagus juga suggestion pediasure complete ni untuk anak-anak yang memerlukan
Susu untuk kanak-kanak ni sekarang dah macam-macam jenis ada semua ada kebaikan sendiri yang ini juga menarik tapi kita tak ada budak nak minum hehehe karang kita beli minum sendiri boleh ker wakakkaka...
macam pernah dengar jenama pediasure ni.. boleh rekomen dekat kak ipar ni bagi kat anak-anak buah neeza yang tiga orang tu.. nampak banyak kebaikan susu pediasure ni.. thank you for the sharing ibu syurga
Berat juga ye cabaran menjadi parents nie. Yelahh, budak2 nie bab nak makan atau nak minum something mmg cerewet sikit. Tambah2 nak tahu mana yg betul2 sesuai dgn mereka.
susu formula yang banyak kebaikan dan khasiat. Pediasure bukan baru dalam pasaran. Harga yang dibeli berpatutan dengan khasiat yang dapat . Yang penting kesihatan anak tu ,tak demam, tak sakit.
Dah lama tak ada baby..anak yg kecik skrg pun dah umur 14 tahun..hehehe. Kalau ada cucu nanti bolehlah suh mak pak diorg bagi susu ni..nampak cam bagus je
Harga susu pediasure memang mahal, saya tahu sebab lama pakai susu ni. Anak sulung cerewet nak makan masa umur setahun sampai 3 tahun. Kalau sebulan 2 tin besar. dah bertin tin kami pakai
Anak-anak saudara Rawlins semua dah besar panjang hehe. Bagus ada sharing begini - memudahkan first time mothers untuk mendapatkan informasi yang boleh digunakan sebagai panduan mereka kan.
Susu Pediasure ni pun jenama yang agak bagus dan jarang dengar negative feedback. Harganya mahal skit tapi tak salah spent untuk anak tersayang kan. Yang penting halal dan selamat digunakan.
Memang itu masalah yang kami hadapi dulu. Kena tunggu juga usia 1 tahun.
Sebab tu anak no 2, kami usahakan juga beri susu ibu. Ada apa apa masalah boleh tolong secara pasif. Susu formula ni takkan boleh banding dengan susu badan.
Pengalaman sy bg ank susu pediasure mulanya ank saya berat badan mula 8bln 6.6kg sejak tu berat umur 9bln 6.5kg turun 10bln 6.5kg sama 11bln 6.6kg naik sikit berat bdn ank saya,sejak berat turun setiap bln pergi klinik check berat sahaja jumpa doc mcm2 pjg cerita, saya risau setiap hari setiap bulan bila nak timbang berat badan dia sedih pun ada mcm2 sy cuba bg dia mkn sy msak bubur nsi mcm2 jenis resepi untuk tambahkan berat badan ank sy, sy juga minum susu ibu mengandung dan susu tambah kan susu ibu untuk ank menyusu badan untuk tambahkan berat badan ank sy, sy paksa dia mkn 4kali sehari tiap hr, bila pergi klinik nurse msti bising pd sy kenapa berat badan tak naik mcm2 sy dah cuba tapi tak menjadi sy sebagai ibu dia lg la sedih susu badan sy dah kurang sebab sy mengandung anak no2, sy tak dapat lg bagi dia susu bdn yg bnyk pd dia sy terpaksa bagi dia minum susu tepung untuk naik kan berat badan start dia 10bln cuba bg susu tepung nurse suruh saya bg ank sy minum susu pediasure ni tapi waktu tu ank saya kecik lagi baru 10bulan,saya takut nk bagi sebab ank kecik lagi anak saya minum anmun 6-12bln 3tin kecik dumet 0-12bln 2tin kecik malam siang susu tepung mlm minum susu badan sy tapi anak tak serasi susu tu sembelit buang air besar tahi keras menangis dia teran tahi kesian sedih sy tgok dia start dia minum susu tepung xserasi..bila ank sy masuk 11bulan lebih sy tanya suami suami cakap boleh bagi pediasure bila umur dia lagi 6hari nak masuk 1tahun suami ok saya bagi la cuba pediasure siang mlm tanpa susu bdn sy Alhamdulillah dia suka minum semalam tembang berat badan dia dekat klinik naik berat sekarang 7kg terperanjat saya 3kali sy test timbang tu macam tak caya nk nagis sy tgok anak saya berat dah naik nuse pun cakap bulan depan tak payah check berat lagi berat anak saya dah normal tinggi pun ok bulan 2 2019 baru check berat balik dan sekarang ank saya tak sembelih buang air besar lagi sihat tak selsema dh tak sakit perut malam2 kembung perut sebab minum susu tepung xserasi awal2 dulu, sekarang dah ok dah..Alhamdulillah sekarang dah nak masuk tin yang kedua.. sy tak kisah harga nya mahal janji ank sy sihat Alhamdulillah.
Anak saya skrng umur 4tahun. Dari umur 1tahun minum susu pediasure vanilla. Dulu mngandungi AA dan DHA. Skrng anak saya mula tidak minum sbb packing baru ni mngndungi DHA saja.. saya sendiri x tau beza rasa susu tu.. anak x minum.merata cari packing lama. Saya mohon pihak Abbot dapat mmberi cadangan bagaimana saya boleh dpt susu pediasure vanilla yg mngandungi AA & DHA. Emel saya: honeyibrahim@gmail.com
Anak sya sejenis yg alah pada laktosa..pelbgai susu cuba akhirnya dia sesuai dgn Enfalac lactose free.tetapi susu tu smpai umur 12 bulan sahaja.n then sya try bagi Karihome still look ok dia xde nk cirit ke ape.so tiba apoiment dgn pkar pediatric,doc suggestkn pediasure sb dia dh 1years.so now im starting giving pediasure..
Salam...Ibu boleh kongsi tak cara bancuhan susu utk anak Ibu? Sbb 190ml rasa mcm byk mcm kalau sekali bancuh 190ml anak xkan habis minum... so mcm mana nak sukat utk elak membazir. tq..
anak saya umur 2tahun. sy start bagi dia pediasure umur 1thn11bulan. dlam masa sebulan tu dia minum dalam 3tin 1.6kg susu tambah dgn 2kotak 600gm susu tp berat tak cantik. semakin menurun. dah ikut sukatan dalam tin. tak tahu mana silap. ke anak mmg tak serasi dgn susu ni? tapi sy tgk dia suka minum susu ni. checkup 2thn klinik ada bagi ubat cacing. harap2 lepasni berkesan la susu tu utk dia.. kesian tgk dia timbang x naik masih dlm KBB
Artikel ni sgt membantu saya. Anak sy yg ke 3 ni susah nak naik berat badan sejak demam on off selama 2 week sbb tumbuh gigi, selama 2 bln tu dia avoid makan segala jenis makanan sampai menangis sy fikir pasal dia. Bila check up 1yr , nurse ckp dia kurang berat badan. Dah mcm2 try masak itu ini semua dia tolak.. now,dia dh 1y2m.. ingat nak campur susu sbb dia suka menyusu badan je. Now, tgh cuba dpt kan sample dr pihak Abbot pediasure.. hope that dia nak minum then berat bdn dia boleh naik back to normal mcm baby lain bila minum susu ni.
Doktor paed cadangkan susu ni untuk anak ke 2 saya. Dia kurang berat badan lepas jatuh sakit. Now selera dah bertambah. Nak cuba juga pada si abang dia sebab sangat picky.
puan, saya juga mengalami masalah yang sama. anak dah 2 tahun tp berat masih bawah 10kg.. sy pn bg pediasure, tp makan pn sama tak lalu n tak selera . mahu main saja . saya juga menagis, tak tahu nak buat apa lagi . lama lama saya give up janji dia sihat saja .
Yup btul tu...ank saya minum susu dari umur 1tahun-8tahun...demam pun kurang...xde sembelit...alhamdullilah..sy bg minum selepas operate jantung...jantung pun dah ok..klu ada ank2 berat bdn kurang tu blh lah Cuba...klu xkemampuan blh Cuba ikhtiar susu lain jg...
Masalahnya, kuat sangat main sampai tak nak makan. Apa kita nak buat? Ramai kata Pediasure ni bagus. Teruskan membaca hingga habis.
Insyaallah akan jumpa jawapannya.
Artikel ini dibahagikan kepada 14 bahagian. [KLIK nama susu di bawah untuk menjimatkan masa anda]
Review Susu Pediasure. Susu formula terbaik untuk anak yang cerewet makan! Usaha tambah berat badan.
Salah satu fasa paling penting dalam tahun tahun pertumbuhan anak adalah semasa mereka berumur 1 hingga 10 tahun. Dalam tempoh ini, kanak-kanak mengalami peningkatan ketara dalam perkembangan fizikal dan minda.
Jika anak kita seorang yang cerewet dalam pemakanan, ini boleh menyebabkan kekurangan khasiat pemakanan yang boleh menjejaskan pertumbuhan mereka.
Pertumbuhan dan perkembangan yang ideal hanya berlaku dengan pemakanan yang mencukupi. Susu pediaSure di keluarkan oleh syarikat Abbott.
Susu pediasure complete adalah suplemen pemakanan yang menyediakan pemakanan yang lengkap dan seimbang untuk kanak-kanak dari umur 1 hingga 10 tahun.
Peringkat usia ini adalah di mana perkembangan pesat dan perkembangan fikiran anak kita berlaku.
Kebaikan Susu Pediasure untuk anak kita.
Susu Pediasure telah diformulasikan secara saintifik untuk menyediakan 100% atau lebih keperluan protein, 25 vitamin & mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran anak kita sekiranya diambil dalam kuantiti yang sesuai. Semestinya susu formula terbaik untuk tambah berat anak kita.Ia juga mengandungi FOS, probiotik dan minyak MCT (Medium chain triglicerides). Pediasure juga mengandungi nutrien seperti Taurine, Choline dan Omega 3 & 6 untuk menyokong perkembangan minda.
Pediasure telah diformulasikan secara saintifik untuk membantu meningkatkan ketinggian, berat badan dan mengurangkan bilangan hari anak kita tidak sihat. Jadi sekiranya anda mencari susu pediasure untuk tinggi anak yang sesuai dengan umurnya, memang tepat sekali pilihan anda.
Susu ini juga bebas laktosa. Jadi tak perlu risau tentang alahan susu.
Macam mana nak tahu Susu Pediasure sesuai untuk anak kita?
Pediasure Complete diformulakan dengan Sistem Sure3, satu formula Lengkap menyediakan pemakanan lengkap untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 10 tahun untuk membantu kanak kanak yang cerewet membesar seperti kanak kanak lain.Hasil dari carian yang Ibu lakukan, laman web pengeluar susu ini memberikan beberapa kumpulan kanak kanak yang sesuai menggunakan produk ini iaitu:
Pengalaman menggunakan susu pediasure untuk anak cerewet makan.
Anak sulung Ibu sangat cerewet soal makan. Jadi, memang harapkan sangat zat yang di perolehi dari susu yang di minumnya.Sebelum ibu beli susu pediasure ni, ramai mak mak di luar sana yang telah memberikan anak mereka susu ini berkongsi beberapa perubahan ketara.
Antaranya ialah
Nak kata percaya atau tidak tu, kena cuba dululah kan. Selepas mencuba tin pertama.
Memang betul ada perubahan yang ketara juga. Seperti
Taklah gemuk budak ni minum susu ni. Tapi, bila angkat, kalah 2 guni beras. Memang terasa berat tu. Tak dapatlah nak kendong kendong dia lagi lama lama. Hehe.
Harga susu pediasure complete 2020?
Susu jenama ni tergolong dalam kategori premium juga. Tak percaya cuba tengok harga.
Cuma, kalau kita ada kemampuan dari segi ekonomi. Berbaloi untuk beri anak kita susu mahal ni.
Berapa harga susu pediasure di Malaysia?
Dari tinjauan harga yang Ibu buat pada 26 Jun 2018, harga pediasure complete di Malaysia dalam julat harga di bawah.Harga di atas ini pasti berubah, boleh jadi lagi murah atau lagi mahal. Nak dapat tawaran terbaik pastikan kita bandingkan harga dulu.
Sekiranya anda mahu tahu harga terkini susu ini, boleh baca entri di bawah.
Jenis susu pediasure di pasaran. Ada berapa perisa?
Semasa kami masih memberikan susu kepada anak sulung, hanya ada 2 jenis perisa.
Iaitu vanilla dan coklat. Ibu hanya berikan susu perisa vanila kepada anak kerana nak elakkan dia tak minum susu putih kemudian hari.
Ya lah kan. Kalau dah sedap minum coklat, susu putih mana nak pandang lagi kan.
Sekarang ni dah ada perisa baru. Madu.
Dah makin banyak pilihan.
Kandungan susu pediasure & bagaimana ia membantu anak kita?
Susu ini kaya dengan banyak khasiat yang mempunyai banyak manfaat kepada si manja. Antaranya ialah:
1. Kompleks Protein Triple Baru
3 sumber protein - pati protein susu, pati protein whey dan isolat protein soya. Produk ini menyediakan campuran saintifik asid amino yang seimbang dan penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak anak.2. Campuran Karbohidrat Lanjutan.
Mempunyai pelbagai jenis karbohidrat berbeza untuk menggalakkan pencernaan dan penyerapan yang maksimum bagi pembebasan tenaga seimbang.3. Profil Lemak Unik & MCT (dengan DHA & AA)
Menyokong penyerapan nutrien dan perkembangan minda.4. Pemakanan Lengkap Kanak-Kanak
PediaSure complete memenuhi atau melebihi 100% daripada US Dietary Reference Intakes (DRIs) untuk protein, 25 vitamin dan mineral penting.5. Mengandungi FOS.
Susu ini mengandungi FOS, serat makanan yang tidak dapat dicerna yang merupakan makanan pilihan bakteria yang baik.6. Sumber kultur hidup.
Ia juga mengandungi kultur hidup Bifidobacterium lactis dan L.acidophilus, yang merupakan bakteria baik yang membantu memperbaiki sistem usus.7. Kaya tenaga.
Mengandungi 50% lebih banyak kalori daripada susu biasa untuk memberikan tenaga tambahan untuk membesar kanak-kanak. (Ketumpatan Kalori - 1 kcal setiap 1 ml).Anak anak tak perlu risau pasal kencing manis. Kita ni lain, maklumlah usia dah meningkat kan.
8. Tiada kandungan laktosa & gluten.
Bebas daripada laktosa dan gluten. Ini membuatkan ia sesuai untuk kanak-kanak yang tidak toleran laktosa, tetapi tidak digalakkan untuk kanak-kanak yang mengalami galaktosemia.Nak tahu lebih lanjut tentang kandungan susu ini? Teruskan di bawah.
Halal ke susu pediasure?
Susu ini di perakui halal oleh badan halal berautoriti di Singapure.Jangan salah bancuh, Membazir! Ini sukatan pediasure dan cara penyediaan yang betul.
Perkara kedua terpenting selepas membeli bahan makanan yang mahal ialah menyediakannya dengan cara yang betul. Penting sangat untuk kita sediakan susu pediasure menurut cara yang betul. Sebab apa?Dalam susu ini terdapat kultur hidup dan khasiat lain yang sensitif suhu seperti vitamin. Sebab itu, kita wajib gunakan air yang tak terlalu panas. Barulah kultur dan vitamin ini selamat dan sihat. Hehe. Di bwah ini kami kongsikan kepada anda cara sebenar menyediakan susu ini.
Cara bancuh susu pediasure supaya khasiat yang terkandung di dalamnya terpelihara.
Menurut panduan yang di berikan sendiri oleh Abbot, cara menyediakan susu pediasure complete yang betul adalah seperti di bawah.Kekurangan menggunakan susu ini?
Dari pengalaman lepas, satu perkara yang sering menyusahkan kami ialah susah nak dapat bekalan susu ni.Susu kerap habis. Terutama sekali perisa vanila. Dan tak banyak kedai yang menjual pediasure.
Mungkin sebab memang harganya lebih mahal dari susu lain.
Jadi, bila balik kampung tu wajib bawa susu lebih. Dan kalau cari punya cari, dan bernasib baik jumpa. Harga dia mak aih, mahalnya.
Memang harga susu ni dah mahal. Tapi dalam kes ni, jauh lagi mahal dari biasa.
Tapi bila dah mustahak macam ni, nak tak nak kena juga beli.
Cara dapat sample susu pediasure! Jangan beli sebelum minta sampel.
Ramai ibu dan ayah berkira kira untuk mencuba susu ini kerana harganya yang mahal. Jadi, nak memastikan susu ini di minum anak kita sepenuhnya minta sample susu.Cara nak dapat sample senang saja. Masuk ke laman web Abbot Malaysia dan cari bahagian free sample.
Berikan maklumat yang diperlukan. Bila susu dah sampai boleh cuba. Kalau anak serasi, bolehlah beli terus.
Ini dapat elakkan kita dari membazir.
Susu pediasure untuk umur berapa?
Sekiranya anda merujuk dengan teliti tin dan bungkusan untuk susu pediasure, ada tertera umur kanak kanak yang sesuai menggunakan produk ini adalah 1 tahun ke atas sehingga usia 10 tahun.Selamat ke susu pediasure untuk bayi 6-12 bulan?
Akhir kata.
Mempunyai anak yang cerewet dalam pemakanan harian memang mencabar. Kita sebagai ibu memang akan risau, terutama sekali jika anak kita selalu demam dan tak sihat.Lepas tu berat badan tak naik. Ringan je nak angkat. Sedih rasa hati.
Kalau kita mengalami masalah ini, boleh pertimbangkan untuk cuba susu pedia sure complete. Ibu sendiri dah cuba pada anak sulung dan dapat hasil yang memuaskan.
Sampai juga kita ke hujung artikel. Jika anda semua ada pendapat atau nak kongsikan pengalaman menggunakan pediasure. Boleh isikan di ruangan komen di bawah.
Terima kasih Ibu ucapkan kerana baca sampai habis. Jumpa lagi.
Ulasan
Alhamdulillah memang berkesan walau baru beri setin jer.. .
Lepas tu selera makan depa dah ok, berat pun dah naik. Nina bagus terutama tuk anak yang picky eater
Kalau ada cucu nanti bolehlah suh mak pak diorg bagi susu ni..nampak cam bagus je
Sebab tu anak no 2, kami usahakan juga beri susu ibu. Ada apa apa masalah boleh tolong secara pasif. Susu formula ni takkan boleh banding dengan susu badan.
Alhamdulillah suka dengar anak dah ok minum susu pediasure ni. Sambil sambil tu boleh ajar anak makan makanan pejal tambah buah dan sayur.
Insyaallah mula mula susah, lama lama ok.
Saya mohon pihak Abbot dapat mmberi cadangan bagaimana saya boleh dpt susu pediasure vanilla yg mngandungi AA & DHA.
Emel saya: honeyibrahim@gmail.com
anak tetap dapat 10scoop sehari dengan kandungan air 190ml x 2