Susu Dutch Baby, Harga memang terbaik! Tapi bagus ke untuk anak kita?
Oleh
Ibu Syurga
URL Copied
Harga susu dutch baby memang murah, tapi bagus ke untuk anak kita?
Kita sebagai ibu bapa sentiasa mahu memberikan yang terbaik kepada anak anak.
Setiap bulan, banyak juga bajet yang kita peruntukkan untuk beli susu formula. Beraneka jenama dan harga.
Salah satu jenama susu formula terkenal di pasaran ialah Dutch Baby, keluaran syarikat Dutch Lady.
Susu Dutch Baby, Harga memang berpatutan tapi bagus ke?
Bagus ke susu ni? Kalau salah beli, terbazir pulak.
Ibu tuliskan entri ini untuk membantu menjawab soalan soalan yang kerap di tanya kita sebelum membeli susu ini.
Penting untuk kita tahu, walaupun kita beli susu formula terbaik yang paling mahal sekalipun, tak boleh lawan dengan susu ibu. Baik, sekarang kita mulakan dengan soalan paling popular. Apakah ia?
Adakah Susu Dutch Baby selamat di minum?
Susu ini dikilangkan oleh pengeluar yang popular di seluruh dunia, Dutch Lady. Produk ini di kilangkan di Malaysia dan mempunyai sijil halal JAKIM. Jadi boleh gunakan tanpa was was untuk pengguna muslim. Semua proses ini melibatkan teknologi canggih dan ujian di makmal untuk memastikan ianya selamat di gunakan si manja.
Di bawah ini ibu senaraikan pilihan susu yang ada mengikut peringkat usia anak kita. Maklumlah, anak anak sedang membesar. Khasiat yang di perlukan pun tak sama bila usia meningkat.
Tapi itulah, walau canggih macam mana pun. Susu ibu tetap no 1. Selagi kita mampu berusaha untuk memberikan susu badan. Teruskan. Kalau dah usaha dan tak juga berjaya, bolehlah cuba susu ini. Sekiranya anda perlukan tips untuk menyediakan susu, di bawah ini Ibu ada kongsikan panduan mudah.
Soalan seterusnya sangat kontroversi. Tak percaya, teruskan baca.
Susu Dutch Baby Tiruan?
Pada bulan Februari 2018, kecoh dan viral di media sosial tentang terdapat susu tiruan jenama Dutch Baby. Panik juga ibu bapa masa tu. Jadi, ramai dari Ibu bapa yang inginkan penjelasan rasmi dari pihak Dutch Lady.
Antara aduan yang di berikan ibu bapa pada laman google Dutch Lady.
Hati ibu bapa mana yang tak risau bila jadi macam ni kan. Susu tu bukan percuma pun. Beli.
Soalan pertama.
Hi dutch lady...baru2 ni ade viral tentang product susu formula dutch lady yg menyebabkan kemudaratan pada kesihatan kanak2...boleh bagi penjelasan ttg perkara ini...kerana sy menggunakan product anda
Soalan kedua.
Skrg tgh viral isu product dutch lady 6-12 tahun yang ori or copy...ada yang kata kod 101 ori & kod 102 copy...bole beri penjelasan.
Soalan ketiga.
If takde jawapan Dr pihak Dutch lady, terpaksa la kite boikot.
Soalan keempat.
Diam je...yg mnum susu nie klau org tua xpe klau sakit snang nk ckp sakit dekat mne nie bdk2..msalah ank sya dh demam2 muntah2 cirit2..
Susu yang di dakwa mempunyai masalah tersebut ialah Dutch Baby Curious 900g dengan nombor kelompok 1023C7WA. Berikutan aduan yang di terima dari pengguna, penjelasan rasmi telah di keluarkan Dutch Lady. Cara membezakan susu asli dan tiruan juga ada di kongsi. Sekiranya ada lagi isu seperti ini kelak, senang saja. Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk Dutch Lady, sila hubungi Careline Dutch Lady di 1800-88-1191 atau melalui e-mel di dutchladycareline@frieslandcampina.com.
Kelebihan Susu Dutch Baby.
Antara kelebihan susu ini untuk anak anak kita ialah
Membekalkan khasiat yang di perlukan anak kita menurut usia. Bolehlah tokok tokok zat yang kurang dari diet harian mereka kan.
Ada banyak perisa untuk pilihan. Nak rasa susu, ambil saja perisa asli. Selain tu ada juga perisa madu dan coklat.
Harganya kira berpatutan dan mampu milik. Bukan susu pada harga premium macam Anmum, Frisogold dan Enfagrow.
Mudah di dapati di kedai kedai kecil dan pasaraya di seluruh negara. Dari bandar besar hinggalah bandar kecil, ke kawasan pedalaman.
Pada Ibu kelebihan no 4 itu sangat penting, sebab kami pernah lalui dulu. Balik kampung ke Melaka, nak cari susu pediasure susah pula.
Kalau ada pun mahal.
Sukatan Susu Dutch Baby.
Nak sediakan susu ini mudah saja, lihat saja sukatan susu di belakang bungkusan produk. Ada di nyatakan. Dan satu lagi yang lebih penting, ramai dari kita bancuh susu dengan air panas, kemudian baru tambah air sejuk untuk suamkan suhu susu.
Salah tu!
Suhu panas ni akan rosakkan khasiat penting dalam susu, lepas tu susu air mendidih ini juga akan menyebabkan berlakunya perubahan kimia pada botol susu. Cara yang betul ialah tuang air sejuk dulu dalam botol susu sehingga 3/4 penuh. Kemudian baru tuang sedikit air panas untuk suamkan air dalam botol susu. Akhir sekali baru tambah susu.
Macam mana nak tahu anak kita serasi dengan susu ini? Tak menyebabkan alahan.
Jika kita baru saja menukar susu ke jenama Dutch Baby, sekiranya anak kita mengalami tanda tanda di bawah. Kemungkinan besar mereka tak sesuai dengan susu ini.
Kembung perut.
Cirit birit.
Sembelit.
Tapi, cara penyediaan yang betul pun boleh mempengaruhi keadaan diatas. Bukan salah susu semata mata. Jadi, kalau ada kemusykilan tentang susu anda elok tanya saja doktor sekiranya masalah ini berlanjutan.
Akhir kata.
Susu adalah minuman berkhasiat, kita di galakkan beri anak kita susu ibu sehingga usia mereka 2 tahun. Susu terbaik untuk manusia, lagipun percuma saja. Modalnya usaha dan ilmu penyusuan. Sekiranya susu ibu tak mencukupi bolehlah cuba susu bayi dutch baby mengikut usia mereka. Jumpa lagi.
oh packaging skarang SUSU DUTCH BABY ye...sbb biasa dgr susu dutch lady je kn...setuju dgn ayat ini kerana harganya kira berpatutan dan mampu milik compare dgn Anmum, Frisogold dan Enfagrow. ank saya dlu pn minum susu dutchlady utk 4-6thn
Susu pon dah ad yang tiruan. Baru taw. Susu dutch lady ni mmg bagus sbb anak buah bnyk minum ni dan harga pun berpatutan tak silap. Saya pun suka dgn brand dutch lady ni.
anak sy mmg susu dlady dr yang pertama lagi. tapi sekarang ni banyak kes susu tiruan....so dengan perkongsian sebegini memberi byk info kepada pengguna
Anak saya jenis yang tak kisah sangat pasal susu ni. Macam macam pernah cuba, dutch lady, friso gold. Tapi tak selalu minum pun sebab lebih kepada makan pelbagai jenis makanan lain daripada bergantung pada susu.
Tak kisah susu murah atau mahal, yanh penting khasiat kepada anak . Kena ikut kemampuan parent jugak. Kalau susu bagi khasiat Dan kelebihan untuk anak, kenapa nak belanja mahal untuk susu lain
Kita pernah dengar jenama Dutch Lady tak pernah tahu ada Dutch baby ni heheh sebab bungkusan hampir sama lah hehehe... tapi bagus juga ada tips kat sini...
Semua susu formula bagus. Cuma penerimaan nak2 yang berbeza, samada sesuai atau tidak dengan mereka. Tapi takutlah bila dengar ada susu tiruan. Ada juga pihak yang tak bertanggungjawab sebegini.
Anak nad minum susu dutch lady ni..alhamdulillah, dia serasi dengan susu ni..kalau anak tak serasi cepat2 berhentikan susu tu..kesian bila ada susu tiruan..budak jadi mangsa
Masa anak kecik mmg gak minum susu dutch lady ni...tapi bila diorg besar baru minum..dgn mak pun minum..heehe. Sampai lah ni mmg x leh nampak kat kedai jenama ni mmg beli
AM memang beri anak2 AM susu formula Dutch Lady seawal 4 bulan sebagai ganti jika susu badan kurang.. memang terbaik susu Dutch Lady nie even umur anak2 dah 8 tahun, diaorg masih minum sebelum tidur..
Kita sebagai ibu bapa sentiasa mahu memberikan yang terbaik kepada anak anak.
Susu Dutch Baby, Harga memang berpatutan tapi bagus ke?
Ibu tuliskan entri ini untuk membantu menjawab soalan soalan yang kerap di tanya kita sebelum membeli susu ini.
Penting untuk kita tahu, walaupun kita beli susu formula terbaik yang paling mahal sekalipun, tak boleh lawan dengan susu ibu. Baik, sekarang kita mulakan dengan soalan paling popular. Apakah ia?
Adakah Susu Dutch Baby selamat di minum?
Jadi boleh gunakan tanpa was was untuk pengguna muslim.
Semua proses ini melibatkan teknologi canggih dan ujian di makmal untuk memastikan ianya selamat di gunakan si manja.
Jenis jenis susu formula Dutch baby di pasaran!
Di bawah ini ibu senaraikan pilihan susu yang ada mengikut peringkat usia anak kita.Maklumlah, anak anak sedang membesar. Khasiat yang di perlukan pun tak sama bila usia meningkat.
1. Susu Dutch Baby 0-6 bulan.
2. Susu Dutch Baby 6-12 bulan.
3. Susu Dutch Baby 1-2 tahun.
5. Susu Dutch Baby 2-4 tahun.
6. Susu Dutch Baby 4-6 tahun.
Tapi itulah, walau canggih macam mana pun. Susu ibu tetap no 1. Selagi kita mampu berusaha untuk memberikan susu badan. Teruskan.
Kalau dah usaha dan tak juga berjaya, bolehlah cuba susu ini.
Sekiranya anda perlukan tips untuk menyediakan susu, di bawah ini Ibu ada kongsikan panduan mudah.
Soalan seterusnya sangat kontroversi.
Tak percaya, teruskan baca.
Susu Dutch Baby Tiruan?
Pada bulan Februari 2018, kecoh dan viral di media sosial tentang terdapat susu tiruan jenama Dutch Baby.Panik juga ibu bapa masa tu. Jadi, ramai dari Ibu bapa yang inginkan penjelasan rasmi dari pihak Dutch Lady.
Hati ibu bapa mana yang tak risau bila jadi macam ni kan. Susu tu bukan percuma pun. Beli.
Soalan pertama.
Soalan kedua.
Soalan ketiga.
Soalan keempat.
Susu yang di dakwa mempunyai masalah tersebut ialah Dutch Baby Curious 900g dengan nombor kelompok 1023C7WA.
Berikutan aduan yang di terima dari pengguna, penjelasan rasmi telah di keluarkan Dutch Lady.
Cara membezakan susu asli dan tiruan juga ada di kongsi. Sekiranya ada lagi isu seperti ini kelak, senang saja.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk Dutch Lady, sila hubungi Careline Dutch Lady di 1800-88-1191 atau melalui e-mel di dutchladycareline@frieslandcampina.com.
Kelebihan Susu Dutch Baby.
Antara kelebihan susu ini untuk anak anak kita ialahSukatan Susu Dutch Baby.
Nak sediakan susu ini mudah saja, lihat saja sukatan susu di belakang bungkusan produk.Ada di nyatakan.
Dan satu lagi yang lebih penting, ramai dari kita bancuh susu dengan air panas, kemudian baru tambah air sejuk untuk suamkan suhu susu.
Suhu panas ni akan rosakkan khasiat penting dalam susu, lepas tu susu air mendidih ini juga akan menyebabkan berlakunya perubahan kimia pada botol susu.
Cara yang betul ialah tuang air sejuk dulu dalam botol susu sehingga 3/4 penuh. Kemudian baru tuang sedikit air panas untuk suamkan air dalam botol susu.
Akhir sekali baru tambah susu.
Macam mana nak tahu anak kita serasi dengan susu ini? Tak menyebabkan alahan.
Jika kita baru saja menukar susu ke jenama Dutch Baby, sekiranya anak kita mengalami tanda tanda di bawah.
Kemungkinan besar mereka tak sesuai dengan susu ini.
Tapi, cara penyediaan yang betul pun boleh mempengaruhi keadaan diatas. Bukan salah susu semata mata.
Jadi, kalau ada kemusykilan tentang susu anda elok tanya saja doktor sekiranya masalah ini berlanjutan.
Akhir kata.
Susu adalah minuman berkhasiat, kita di galakkan beri anak kita susu ibu sehingga usia mereka 2 tahun.Susu terbaik untuk manusia, lagipun percuma saja. Modalnya usaha dan ilmu penyusuan.
Sekiranya susu ibu tak mencukupi bolehlah cuba susu bayi dutch baby mengikut usia mereka.
Jumpa lagi.
Ulasan
www.maisarahsidi.com
Sampai lah ni mmg x leh nampak kat kedai jenama ni mmg beli
Ibu ambil tips kenal pasti susu palsu dan tulen ni dari laman dutch lady, semoga bermanfaat.
Antara ciri ciri produk Dutch Lady yang tulen adalah seperti berikut.
@ Kod kelompok yang bermula dengan nombor 100, 101, 102 dan 103
@ Tarikh luput yang berakhir dengan (R), (W1), (W2), dan (W3)
@ Variasi pembungkusan yang mempunyai perkataan “Calcium” dan “Kalsium”
@ Variasi pembungkusan yang menunjukkan logo Friesland Campina bersama dan tanpa kotak putih.
Kalau ciri ciri di atas ada, insyaallah tulen lah tu. Kalau tak pasti lagi boleh hubungi mereka sendiri untuk maklumat lanjut.