Susu Kambing Khalish! Review harga & kebaikan susu tepung organik.

Susu Kambing Khalish

Hari ini Ibu nak kongsi tentang susu kambing jenama Khalish. Jika kita sedang berfikir nak beli, insyaallah perkongsian ini akan membantu.

Bagi menulis artikel ini, Ibu telah merujuk laman web Khalish & perkongsian dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat.

Siapa yang mengeluarkan Khalish susu kambing?

Khalish Susu Kambing Asli dan Khalish Susu Kambing Koko Kurma dikeluarkan oleh Syarikat SK Rich International Sdn Bhd yang diusahakan oleh bumiputera muslim.

Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan produk ini telah mendapat kelulusan halal JAKIM.

Susu formula kambing yang di gunakan adalah organik dan boleh diambil seisi keluarga. Anak anak pun boleh minum asalkan mereka sudah berusia 1 tahun dan ke atas.



Kelebihan susu kambing Khalish.

Kalau kita perhatikan, memang banyak betul jenama susu kambing di pasaran Malaysia.

Jadi, apa bezanya susu Khalish dengan jenama lain?

Setakat ini, jenama Khalish adalah satu satunya susu kambing dengan perisa koko dan kurma yang lazat.

Banyak juga pilihan perisa yang ada. Di bawah ini Ibu kongsikan.


1. Khalish susu kambing asli. 

Jika kita suka rasa susu kambing tulen, inilah perisa yang terbaik untuk anda. Tiada gula tambahan. Rasa susu semata mata. Bacaan menarik: Susu formula kambing Khalish asli. Ini harga dan kelebihannya.

2. Khalish susu kambing koko kurma.

Bosan dengan rasa susu asli, Inginkan kelainan? Pilih saja perisa susu koko kurma yang penuh kecoklatan dan kesedapan yang mempersonakan. Hehe. Bacaan menarik: Susu rumusan kambing Khalish koko kurma. Ini harga & manfaatnya untuk seisi keluarga.

Kesimpulannya.

Segala apa yang kita minum dan makan akan tumbuh menjadi darah daging. Selain aspek khasiat dan kebersihan.

Penting untuk kita menjaga sebaiknya halal dan haram duit kita. Barulah datang keberkatan dan makbulnya doa.

Bukankah doa akan terhijab kerana makanan dan pakaian yang haram.

Terima kasih kepada anda semua kerana membaca perkongsian Ibu yang tak seberapa ini.

Jika anda perlukan bacaan tambahan tentang susu kambing. Boleh baca artikel di bawah ni. Jumpa lagi. Bacaan menarik: Susu tepung kambing untuk seisi keluarga, Ruginya tak minum dari dulu. Banyak sungguh kelebihan berbanding susu lembu!





Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

1 Ulasan

Ulasan

Mama Hakim berkata…
Produk organik memang lebih baik jika di bandingkan dengan produk lain. Maklumlah penjagaan rapi dari segi pemakanan di titik beratkan. Barulah susu kambing yang di hasilkan lebih berkualiti.

Itu yang mama suka dengan susu Khalish ni.