Risaunya hati mak ayah bila jaundice baby kita tinggi! Boleh ke beri susu kambing untuk bayi kuning? Baca panduan ini sebelum mula beri untuk elak kesilapan.
Semasa bayi kita mengalami jaundice, kandungan bilirubin dalam badannya tinggi. Kita sebagai ibu, dapat membantu menurunkan bacaan bilirubin dengan langkah yang betul.
Dan dah jadi amalan orang melayu, menggunakan susu kambing untuk anak yang sedang demam kuning.
Selamat ke amalan ni? Di bawah ini Ibu kongsikan amalan yang baik dilakukan untuk membantu anak kita.
Sumber artikel diambil dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat & jurnal kajian yang diterbitkan di NCBI tentang rawatan jaundice semulajadi di seluruh dunia. Sama ada guna susu ibu atau susu formula terbaik.
Dan dah jadi amalan orang melayu, menggunakan susu kambing untuk anak yang sedang demam kuning.
Selamat ke amalan ni? Di bawah ini Ibu kongsikan amalan yang baik dilakukan untuk membantu anak kita.
Sumber artikel diambil dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat & jurnal kajian yang diterbitkan di NCBI tentang rawatan jaundice semulajadi di seluruh dunia. Sama ada guna susu ibu atau susu formula terbaik.
Dengan membaca artikel ini hingga habis, Anda dijamin akan
- Mengetahui sama ada susu tepung kambing & segar sesuai untuk bayi dengan demam kuning..
- Faham cara yang terbaik untuk mengurangkan jaundice..
Adakah susu kambing boleh digunakan untuk demam kuning bayi baru lahir?
Sebenarnya, kita tidak dibenarkan memberi bayi minum susu kambing semasa berusia di bawah 12 bulan. Susu kambing pun lebih rendah gula dari susu bayi kat kedai tu kan.
Di bawah ni Ibu kongsikan sebabnya.
- Susu kambing mempunyai kandungan mineral natrium yang klorida dan kalium yang tinggi. Menyebabkan beban terlalu tinggi untuk ditanggung buah pinggang anak kita yang berusia bawah 12 bulan.
.
Kesannya kepada anak kita ialah, pendarahan dalam usus, mengakibatkan anemia, perkembangan anak kita terbantut.
. - Susu kambing juga rendah kandungan asid folik.
. - Anak kita yang masih bayi memerlukan vitamin B-12 dalam diet harian mereka. Susu kambing mempunyai kandungan B12 yang lebih rendah berbanding susu lembu.
.
Ini cara yang betul untuk menurunkan demam kuning bayi baru lahir / newborn!
1. Pemberian susu ibu.
Tiada susu yang lebih baik untuk anak kita selain susu badan. Beri bayi kita susu ibu seawal yang boleh selepas kelahiran.Sebaiknya sejurus selepas bersalin kerana kandungan kolostrum dalam susu ibu sangat tinggi ketika ini. Kolostrum sangat penting untuk bayi kerana ia mengandungi khasiat, enzim & antibodi yang diperlukan badan si manja.
Teruskan pemberian susu ibu ini kerana ia akan membantu menurunkan paras bilirubin dalam badan anak kita.
Anak yang cukup minum susu dari badan ibunya akan kerap membuang & bilirubin akan disingkirkan bersama sama najisnya.
Semasa berpantang, ibu boleh minum susu kambing yang telah dipasteur dan anak yang menyusu badan akan mendapat khasiat susu kambing secara tidak langsung dari ibunya.
Ramai ibu muda mengadu kekurangan susu ibu & berasa tertekan kerana tidak mampu menyusukan anak baru lahir. Semua ini memerlukan persediaan awal.
Semasa hamil, kita boleh beli buku tentang penyusuan susu badan & hadiri kelas berkaitan dari kaunselor laktasi.
Laburkan juga pembelian pam susu yang baik, terutama sekali pam kembar yang boleh mengepam susu serentak dari payudara kita. Ini akan sangat menjimatkan masa & kurang memenatkan.
2. Bayi yang mengalami demam kuning akan tidur lama.
Ini akan menyebabkan mereka kurang menyusu badan menyebabkan demam kuning lambat reda.Kita harus mengejutkan anak kita dari tidur supaya boleh memberikan susu ibu. Barulah demam cepat kebah.
3. Tepati sesi pemeriksaan di klinik & hospital.
Klinik kesihatan & hospital di Malaysia akan sentiasa memantau bacaan kuning anak kita setiap hari.Sekiranya bacaan bilirubin masih tinggi & membimbangkan, anak kita mungkin terpaksa ditahan di wad untuk rawatan fototerapi.
Dari pengalaman Ibu sendiri untuk anak kedua, doktor dan jururawat sangat menggalakkan pemberian susu ibu ditambah dengan rawatan fototerapi untuk menurunkan tahap bilirubin.
4. Sentiasa berfikiran positif. Anak kita perlukan ibunya.
Selepas bersalin, badan ibu perlukan rehat secukupnya semasa berpantang. Barulah cepat sembuh.Tapi kalau anak dah keluar masuk hospital setiap hari, macam mana nak dapat rehat secukupnya kan?
Bantuan suami sangat diperlukan disisi untuk memastikan isteri & anak baru lahir mengharungi detik sukar ini dengan lancar.
Ibu berpantang yang penat & risaukan nasib bayinya akan menyebabkan pengeluaran susu ibu terjejas. Ini akan memburukkan keadaan, sebab susu ibu yang cukup akan membantu anak kita pulih lebih cepat.
Banyakkan berzikir & berselawat, insyaallah bantuan Allah swt pasti tiba.
Jika anda masih perlukan tips tambahan untuk membantu bayi yang demam kuning, teruskan baca artikel di bawah.
Bacaan menarik: Ini 4 cara semulajadi untuk merawat demam kuning bayi!
Kesimpulan.
Sampai juga kita ke hujung artikel. Ibu harap perkongsian tentang demam kuning & susu kambing memberikan manfaat.
Ringkasan kepada artikel ini ialah
- Susu kambing tidak sesuai diberi secara terus kepada bayi dengan jaundice.
. - Susu ibu pilihan terbaik untuk bantu anak pulih dari kuning.
. - Ibu boleh minum susu kambing & menyusukan anak dengan susu ibu. Dengan cara ini, anak boleh dapat khasiat susu kambing secara tak langsung.
.
Sekiranya anda mahu berkongsi pengalaman & pendapat. Mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka untuk anda.
Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan mak ayah lain yang mencari info. Insyaallah.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)
Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah.
Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com |