Susu dugro 3 4 & 5! Review susu formula terbaik untuk anak kita.

Banyaknya pilihan susu dugro di pasaran! Tapi, yang mana paling bagus untuk anak kita?
Susu dugro malaysia susu formula terbaik untuk bayi

Ramai ibu bapa tercari cari susu formula terbaik pada harga mampu milik untuk anak mereka. 

Susu terbaik untuk bayi kita semestinya susu ibu seperti disyorkan WHO. Tetapi, bagi tak semua anak bertuah menikmati susu ini. 

Sebagai ganti, susu tepung yang bagus dapat membantu si manja membesar dengan lebih sihat & pintar.

Kali ini Ibu kongsikan tentang susu dumex dugro perkongsian dari page Ibu Bijak Keluarga Sihat & laman rasmi Dugro untuk rujukan bersama.


Baca artikel tentang pilihan susu dugro di Malaysia sehingga habis dan anda dijamin akan

  1. Mengetahui 9 pilihan susu formula dugro yang terdapat di Malaysia.
    .
  2. Memahami cara memilih dugro yang sesuai untuk peringkat usia anak yang berbeza.
    .
  3. Perbandingan harga semasa dugro / dugrosure dengan jenama susu formula lain di Malaysia seperti susu Dutch Lady & Susu Pediasure complete. Sebelum itu, penting untuk Ibu kongsikan, tiada susu formula terbaik yang di jual di pasaraya boleh lawan khasiat susu ibu. Pastikan kita usaha dulu beri susu badan. Kalau tak boleh baru beri susu bayi.


9 Pilihan susu dugro untuk anak kita! Mana yang paling bagus untuk mereka?

Di bawah ini Ibu senaraikan pilihan susu formula dugro, bermula dari bayi baru lahir & seterusnya.


Bacaan menarik: 19 susu untuk bayi berusia 0-12 bulan terbaik di Malaysia!



1. Susu Dupro 1

Susu terbaik untuk bayi baru lahir ialah susu ibu. Sebab itu, iklan susu yang terdapat di Malaysia hanya boleh dilakukan untuk usia 1 tahun ke atas.


susu dupro 1 0-12 bulan


Namun begitu, bagi ibu yang tak dapat membekalkan anak mereka dengan susu ibu, Dumex telah mengeluarkan susu dupro 1.

susu dupro 1 bagus tak? Susu bayi ini dirumus khas untuk usia 0-12 bulan.

Pada usia ini, kita memang kena banyak buat percubaan untuk mendapat susu formula terbaik untuk bayi. Jika anda mencari susu dugro untuk bayi, memang tak ada. Sebab susu anak untuk peringkat usia ini dari dumex ialah dupro.


Senang nak cakap, susu dugro baby = dupro. 

Bacaan menarik: Susu bayi ada banyak kelemahan berbanding susu ibu. Baca lebih lanjut disini.



2. Susu Dupro 2

susu dupro 2 usia 6-36 bulan

Selepas anak kita berusia 6 bulan, kita mempunyai pilihan untuk menukar dupro 1 kepada dupro 2, harga dugro rumusan bayi ini step 2 murah sikit dari step 1

Susu bayi dupro 2 khusus untuk usia 6 hingga 36 bulan.



Susu Dumex Dugro.

Susu Dugro dengan 5 Nutri, dirumus dengan Kalsium, lcFOS, Protein, Vitamin A dan 100% lebih DHA berbanding dengan formulasi terdahulu, untuk menyokong tumbesaran si manja secara menyeluruh.


susu dugro susu formula harga terbaik

Susu tepung di bawah label ini mengandungi 5 khasiat penting berikut.
  • Kalsium - Penting untuk tulang & gigi yang kuat.
  • lcFOS - Sejenis serat 
  • Protein - Sangat mustahak untuk tumbesaran.
  • Vitamin A - Penting untuk kesihatan kulit & mata anak kita.
  • DHA - Sejenis asid lemak yang penting.
Susu Dugro Asli masih berkhasiat seperti dahulu dan tanpa sukrosa. Lebih baik kita amalkan susu perisa asli kerana kurang manis. 

Susu ibu hamil & kanak kanak yang dijual di pasaran ada yang terlebih gula. Manis sangat! Jadilah pengguna bijak & kawal penggunaan gula harian. Susu anmum pun ada yang kurang gula.



3. Susu Dugro 3 

Susu tepung dugro 3 adalah lanjutan kepada formula dupro 2. Selepas anak kita mencapai usia 1 tahun, bolehlah cuba berikan susu ini kepada mereka.


susu dugro 3 untuk 1-3 tahun
susu dugro 1-3 tahun


Perisa paling popular untuk susu baby dugro 3 asli.

Susu tepung dumex dugro mempunyai 3 pilihan pek dipasaran iaitu 300g, 600g & 900g.




4. Susu Dugro 4

Seiring dengan pertambahan usia anak anak, perkembangan yang dialami mereka secara fizikal & mental sangatlah pesat.


susu dugro 4 untuk usia 3-6 tahun


Kita sebagai ibubapa harus membantu menyiapkan anak anak kita dengan khasiat yang cukup. 

Susu formula dugro 4 dirumus khas untuk anak anak berusia 4 - 6 tahun.

Bagi susu Dugro 4, saiz yang tersedia di pasaran Malaysia adalah 600g & 900g sahaja.




5. Susu Dugro 5

Ramai ibu bapa menghentikan pemberian susu kepada anak anak kita selepas mereka berhenti menggunakan botol susu.


susu dugro 5 untuk usia 6 tahun


Kesannya, anak kita tidak mendapat bekalan kalsium & khasiat untuk pertumbuhan badan yang cukup.

Kita boleh berikan susu tepung dugro 5 untuk anak anak berusia 6 tahun ke atas setiap hari.

Sedikit sebanyak, khasiat yang didambakan badan mereka dapat dipenuhi.

Dugro 5 hanya terdapat dalam saiz 900g sahaja di pasaran Malaysia.




6. Susu Dugro Sure

Bagi mak ayah yang mempunyai anak anak yang cerewet selera makannya, masa makan menjadi medan tempur untuk memastikan anak anak menghabiskan makanan yang dihidangkan.


susu dugro sure untuk anak kurang selera makan


Jika sebelum ini, Ibu pernah kongsikan pengalaman sendiri membantu anak kurang selera makan dengan susu pediasure.

Kini, terdapat alternatif yang lebih murah kepada masalah yang sama. Susu Dugro sure dirumus khas untuk tumbesaran fizikal optimum.

Penggunaan susu ini bukan untuk mempercepatkan pembesaran anak anak, tetapi untuk membantu mereka mendapatkan tumbesaran yang sesuai dengan usia mereka.

Pengeluar telah menyatakan hasil yang berbeza boleh diperhatikan untuk anak anak kerana banyak faktor lain.

Susu ini tinggi dalam nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran seperti protein, kalsium, vitamin D, zink, serat dan DHA.

Ibu ada kongsikan lebih banyak info tentang susu dugro sure di hujung artikel. Teruskan membaca ya.


7. Susu Dugro Soy

Ada di antara anak kita alah dengan susu lembu. Tiap kali kita mengambil produk tenusu dari lembu, perut akan meragam.


susu dugro soy untuk usia 1-6 tahun


Jadi, produk susu formula biasa tidak sesuai digunakan anak anak yang berperut sensitif ini.

Susu formula terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah susu rumusan kambing ataupun dari sumber soya.

Dumex telah mengeluarkan susu tepung berasaskan soya dipanggil dugro soy.

Oleh kerana tidak ramai yang mempunyai masalah ini, ia hanya boleh didapati di kedai tertentu sahaja.

Dugro Soy berasaskan protein soya dan bebas protein susu lembu boleh dicadangkan untuk penyusuan khas berikut:

  • Alahan kepada protein susu lembu
  • Tidak toleransi laktosa
  • Penyusuan semasa dan selepas cirit-birit




8. Dugro Fruit & Veg

Satu perkara biasa yang berlaku di meja makan ialah, anak anak kita mengasingkan sayur sayuran & buah buahan ke tepi.


susu dugro fruit and veg


Kedua dua makanan ini membekalkan khasiat penting untuk tumbesaran anak kita.

Tetapi, jika mereka tidak menyukainya pasti sukar untuk memujuk anak anak kita menghabiskan sayur & buah yang terhidang di pinggan.

Menyedari masalah besar ini, Dumex telah mengeluarkan Dugro Fruit and veg khas yang mengandungi pati daripada 13 buah & sayur.

Dengan rasa buah yang lazat, pasti anak anak kita menyukainya!

Susu tinggi kalsium ini tersedia untuk ketiga tiga Dugro 3, 4 & 5. 

Ini bermakna anak anak kita yang berusia dalam lingkungan 1 hingga 6 tahun ke atas dapat menikmati susu yang diperkaya dengan pati 13 sayuran & buahan setiap hari.




9. Dugro Multigrain

Anak anak yang memasuki umur 1 tahun ke atas akan sangat curiga dengan persekitaran mereka.


susu dugro multigrain


Ini menjadikan mereka sangat aktif bermain sehingga tidak menghiraukan tentang makan & minum.

Kesannya, mereka kerap lapar & kurang nyenyak tidurnya.

Kita sebagai ibubapa boleh membantu mereka dengan susu untuk tulang dan sendi yang kuat seperti dugro multigrain yang dilengkapi dengan 4 jenis bijirin.

4 bijirin ini ialah beras, gandum, beras & jagung akan membantu anak anak kenyang lebih lama. 

Anak yang kenyang akan tidur lena sepanjang malam dan membantu perkembangan minda mereka semasa tidur.

Susu multigrain dugro terdapat dalam 2 peringkat usia iaitu
  • Dugro 3 untuk usia 1 hingga 3 tahun.
  • Dugro 4 untuk usia 3 hingga 6 tahun.


Susu dugro sure, ini ke susu formula terbaik tambah selera anak?

susu dugro sure untuk anak cerewet

Mempunyai anak yang cerewet soal makan sangat merisaukan mak ayah.

Anak mudah tak sihat & terbantut tumbesarannya.

Tiada susu terbaik selain susu ibu seperti diperakui WHO. Walaupun terdapat susu formula di pasaran untuk membantu mengatasi masalah ini, mana satu yang lebih baik?

Jenama pediasure memang dah di kenali ramai. Kini ada pula dugro sure, info dari artikel ini hasil perkongsian laman dugrosure.


Baca bahagian dugro sure review ini & anda dijamin akan

  1. Mengetahui khasiat dugro sure untuk anak yang kurang selera makan.
    .
  2. Memahami fungsi kandungan dugrosure.
    .
  3. Bandingan harga susu tepung dugro sure dengan susu dutch lady & susu pediasure.
    .

Sebenarnya, susu Dugro sure ni untuk apa?

Dugro Sure diformulasikan untuk menyokong kanak-kanak mencapai pertumbuhan yang sesuai, ia bukan penyelesaian untuk mempercepatkan tumbesaran kanak-kanak dalam jangka masa yang pendek. 

Susu ini boleh digunakan sebagai sebahagian daripada diet harian anak anak yang cerewet soal makan. Kebaikan dugro sure dapat diperhatikan jika kita memberikan susu ini secara berterusan.

Tapikan, keputusan yang dicapai untuk pengguna mungkin berbeza beza kerana tumbesaran juga ditentukan oleh faktor-faktor lain.

Dugro Sure yang baharu untuk menyokong tumbesaran fizikal optimum Si Manja anda! Tinggi dalam Nutrien Tumbesaran seperti 
  • Protein
  • Kalsium
  • Vitamin D
  • Zink)
  • Serat.
  • DHA.
  • Tanpa sukrosa tambahan.


Bagaimana caranya untuk kita sebagai ibu bapa mengenal pasti anak kita tergolong dalam kategori cerewet?

Soalan soalan di bawah ini perlu kita tanya pada diri sendiri sebagai ibu bapa. 

Walaupun ini tidak boleh dijadikan sebagai penentu yang tepat, ia dapat memberikan sedikit gambaran tentang tabiat makan anak kita.

Nak dapat pengesahan lanjut, boleh rujuk kepada doktor sekiranya kita mempunyai sebarang persoalan.
  • Adakah anak saya sentiasa menolak makanan baru atau berlainan?
  • Adakah anak kita hanya akan makan makanan kegemarannya?
  • Adakah anak kita tidak ingin makan buah-buahan atau sayur-sayuran?
  • Adakah kita berasa risau terhadap pemakanan dan diet anak anak?
  • Adakah anak kita makan terlalu sikit?
  • Adakah kita berasa risau diet hariannya akan menjejaskan tumbesaran fizikalnya?
Jika kita dapat mengenal pasti lebih daripada satu situasi seperti di atas, memang terdapat kemungkinan untuk anak kita tidak mendapat nutrien yang mencukupi untuk mencapai tumbesaran fizikal yang sepatutnya.


Apakah yang terkandung di dalam susu formula dugro sure?

Bagi mengetahui khasiat yang terdapat dalam susu dugrosure, memang patut rujuk jadual nutrisi di pek bungkusannya.

Di bawah ini Ibu kongsikan jadual tersebut untuk rujukan bersama.

jadual nutrisi susu dugro sure

jadual nutrisi susu dugro sure


Kalau kita perhatikan, ada 2 kolum penting untuk rujukan kita.
  1. Kolum pertama untuk usia 1 - 3 tahun dengan kuantiti setiap hidangan disarankan ialah 205ml.

    Saiz untuk 1 hidangan 205ml diperolehi dengan mencampurkan 180 ml air + 4 sudu (32g) susu tepung dugrosure.

    Bagi usia ini, disyorkan minum 3 gelas sehari.
    .
  2. Kolum kedua pula untuk usia 4 - 6 tahun untuk saiz hidangan 230 ml.

    Selari dengan pertambahan usia anak kita, saiz hidangan juga akan bertambah.

    Setiap hidangan 230ml dapat disediakan dengan mencampurkan 200 ml air + 5 sudu (40g) susu formula dugrosure.

    Bagi usia 4 hingga 6 tahun, disyorkan untuk minum 2 gelas setiap hari.


Kebaikan susu dugro, apa fungsi setiap zat yang terkandung dalam susu formula ini untuk anak kita?

Di bawah ini Ibu kongsikan penerangan ringkas fungsi fungsi setiap komponen dalam susu ini untuk rujukan para pembaca.

Antara vitamin & mineral yang terdapat di dalam dugro sure.

  • Vitamin A - Membantu mengekalkan penglihatan yang sihat.
  • Vitamin B1 - Membantu menguraikan karbohidrat.
  • Vitamin B2 - Membantu dalam melepaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat.
  • Vitamin B6 - Membantu k fungsi saraf dan otak.
  • Niasin - Membantu perlepasan tenaga daripada protein, lemak & karbohidrat.
  • Vitamin B12 - Membantu penghasilan sel darah merah.
  • Vitamin C - Membantu penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.
  • Vitamin D - Membantu  penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
  • Vitamin E - Membantu melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan.
  • Zat Besi - Zat yang perlu bagi hemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian dalam tubuh.
  • Zink - Membantu pertumbuhan keseluruhan.
  • Iodin - Membantu pembentukan hormon tiroid.
  • Kalsium - Penting dalam perkembangan untuk tulang dan gigi yang kuat.
  • Magnesium - Membantu penyerapan dan pengekalan kalsium.
  • Asid Folik - Membantu pertumbuhan dan pembahagian sel.

Bagaimana cara mendapat sample percuma susu dugro sure?

Seperti biasa, cara yang paling mudah untuk mendapat free sample adalah dengan melayari laman web rasmi dugro sure.

Kita perlu mengisi maklumat yang diminta untuk mendapat susu percuma.

Ibu sangat rekemen untuk dapatkan sampel terlebih dahulu sebelum membelinya untuk mengelakkan pembaziran. Kalau anda masih belum yakin juga, cuba cari dugro sure testimoni dari ibu bapa yang telah memberikan kepada anak anak mereka.

Ibu ada cari testimoni di internet, ada blogger yang kongsikan pengalaman mereka menggunakan susu ini untuk anak anak mereka.

Cuma, tak sesuai ibu kongsikan testimoni mereka disini sebab tak dapat keizinan mereka.




Berapa harga terkini susu tepung dugrosure di Malaysia?

Kalau nak dapat harga lebih murah kena rajin survey harga. Saja Ibu letak harga susu pediasure untuk perbandingan.
  • Dugro Sure 600gm - Rm27.88
  • Pediasure Complete Nutrition Milk Powder - Vanilla 1.6kg - Rm135.00
  • Pediasure Complete Nutrition Milk Powder - Vanilla 850g - Rm72.00
  • Pediasure Complete Nutrition Milk Powder - Chocolate 850g - Rm72.00
  • Pediasure Complete S3s Vanilla Bib 1800g - Rm153.20
Kalau kita lihat sendiri, jauh beza harga susu dugrosure dengan pediasure kan. 600g baru RM27.88. Pediasure 850g berharga RM72.

Tapi memang patutlah, pediasure tu memang susu mahal pun. Ibu pernah guna susu tu dulu untuk bantu anak sulung tambah selera makan.

Dugro sure belum pernah guna sendiri. Tapi Ibu pasti, beza harga yang mahal tu mesti bersebab.



Susu dugro 3 4 & 5, ini ke susu formula terbaik untuk anak 1-6 tahun?

Ramai ibu bapa tercari cari susu formula yang bagus untuk anak berusia 1 hingga 6 tahun. Baca artikel susu formula dugro ini untuk bantu anak kita membesar dengan cergas & pintar!
    Susu dugro 3 4 5 susu formula terbaik untuk bayi

    Semasa anak kita memasuki usia 1 hingga 6 tahun, perkembangan badan & minda yang berlaku sangat pesat.

    Sebab itu, khasiat yang diambil dari makanannya setiap hari sangat mempengaruhi pembelajaran mereka.


    Baca bahagian susu tepung dugro step 3 hingga 5 & anda dijamin akan

    1. Mengetahui khasiat yang terkandung di dalam susu dugro.
      .
    2. Memahami fungsi khasiat susu ini untuk pertumbuhan anak kita.
      .
    3. Perbandingan harga susu jenama dugro dengan jenama lain seperti susu dutch lady & susu pediasure.
      .


    3 Susu Dugro untuk peringkat usia anak kita yang berbeza!

    Dumex Dugro adalah rumusan susu yang diperkaya dengan 5 Nutri yang diperlukan anak anak kita semasa pembesarannya seperti
    • Kalsium
    • lcFOS
    • Protein
    • 15 vitamin & mineral
    • DHA
    Semua khasiat di atas sangat penting untuk menyokong tumbesaran si manja secara menyeluruh sepanjang masa.

    Susu Dugro mempunyai kandungan DHA yang tinggi, sejenis komponen utama yang terkandung di dalam otak dan retina mata.

    DHA sangat penting untuk perkembangan fungsi otak dan mata terutama sekali semasa peringkat usia di awal zaman kanak kanak.

    Ini kerana semasa usia ini, mereka mengalami pertumbuhan dan perkembangan otak yang pesat.

    Selain itu, susu ini juga mengandungi dengan Omega 3 dan Omega 6 iaitu sejenis asid lemak penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. 

    Asid lemak ini hanya boleh diperolehi daripada makanan yang diambil setiap hari. Salah satu cara untuk memastikan anak kita memperolehi asid lemak yang mencukupi adalah melalui susu formula. 

    Penting untuk kita sebagai ibu bapa dalam memastikan kandungan Omega 3, Omega 6 dan vitamin dan mineral yang diambil anak kita mencukupi untuk membantu perkembangan minda anak anak.
      
    Anak kita akan mengalami perkembangan kognitif yang meliputi 4 perkara di bawah:
    1. Kawalan emosi 
    2. Pembentukan tabiat 
    3. Kemahiran sosial 
    4. Bahasa 

    Maklumat pemakanan Susu formula dugro 3, 4 & 5!

    Di bawah ini Ibu kongsikan jadual khasiat yang terkandung di dalam dugro 3 untuk usia 1 - 3 tahun.
    Susu formula dugro 3

    Seterusnya jadual nutrisi untuk dugro 4 khusus untuk anak anak berusia 3 - 6 tahun.

    Dan di bawah ini pula jadual nutrisi untuk usia 6 tahun ke atas.


    Kebaikan susu dugro, apa fungsi setiap zat yang terkandung dalam susu formula ini untuk anak kita?

    Susu ini mengandungi 15 vitamin & mineral untuk pertumbuhan dan perkembangan optimum Si Manja.

    Setiap gelas Dugro® mengandungi 15 Vitamin dan Mineral utama yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan optimum Si Manja.

    Vitamin di dalam susu dugro.

    • 1. Vitamin A - Perlu untuk mengekalkan penglihatan yang sihat.
    • 2. Vitamin B1 - Membantu menguraikan karbohidrat.
    • 3. Vitamin B2 - Diperlukan untuk melepaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat.
    • 4. Vitamin B6 - Diperlukan untuk fungsi saraf dan otak.
    • 5. Niasin - Diperlukan untuk melepaskan tenaga daripada protein,lemak dan karbohidrat.
    • 6. Vitamin B12 - Perlu untuk menghasilkan sel darah merah.
    • 7. Vitamin C - Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.
    • 8. Vitamin D - Perlu untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
    • 9. Vitamin E - Melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan.

    Mineral di dalam susu dugro

    • 10. Zat Besi - Komponen perlu bagi hemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian dalam tubuh.
    • 11. Zink - Perlu untuk pertumbuhan keseluruhan.
    • 12. Iodin - Perlu untuk pembentukan hormon tiroid.
    • 13. Kalsium - Membantu dalam perkembangan untuk tulang dan gigi yang kuat.
    • 14. Magnesium - Menolong penyerapan dan pengekalan kalsium.
    • 15. Dan Asid Folik - Perlu untuk pertumbuhan dan pembahagian sel.
    Susu tepung dugro juga mengandungi serat IcFOS (sejenis gula buah buahan rantaian panjang.


    Apakah fungsi serat untuk kesihatan anak anak?

    • Serat membantu pergerakan dan fungsi usus.
    • Membantu menambahkankan kandungan air dalam najis.
    • Memberikan rangsangan kepada anak kita untuk membuang air besar.

    Susu ini telah menjalani 100 ujian terperinci bagi memastikan produk ini berkualiti & selamat di gunakan oleh anak anak.

    Ujian uni telah dilaksanakan pada setiap kelompok produk ini bermula dari penggunaan bahan mentah, proses pembuatan, hinggalah kepada pengedaran produk. 


    Cara menyediakan susu tepung dugro.

    Bagaimana caranya untuk menyediakan susu dugro? Di bawah ini ibu kongsikan gambar cara penyediaannya.

    Secara ringkasnya ialah, gunakan air suam bersuhu 40 darjah celcius. Tuang sebanyak 190ml air ini ke dalam cawan. 

    Tambahkan 5 sudu besar susu ini dan kacau hingga sebati. Penting untuk kita mematuhi sukatan susu ini. Elakkan memberi susu melebihi sukatan yang dibenarkan.


    Bagaimana pula cara menyimpan susu dugro?

    Menurut panduan yang dikongsikan oleh laman web dugro, kita tidak digalakkan menuang susu yang telah di buka ke dalam bekas lain.

    Sebaiknya ialah kita simpan susu yang telah dibuka di dalam pek bungkusan asal dan di masukkan ke dalam bekas kedap udara.

    Satu lagi, pastikan kita habiskan susu ini sebelum tarikh luput ataupun sebaiknya dalam masa 3 minggu selepas susu di buka.





    Berapa harga susu formula dugro di Malaysia?

    Daripada tinjauan harga yang Ibu lakukan di pasaran, di bawah ini adalah harga dumex dugro terkini di Malaysia.

    Sentiasa lakukan carian harga di internet sebelum beli susu. Insyaallah akan jimat.

    Harga dumex dugro malaysia feb 2019.

    1. Dumex Dupro 1 Infant Formula (600g) - RM 18.40
    2. Dumex Dupro 1 Follow Up Formula (900g) - RM 25.90
    3. Dumex Dupro 2 Follow Up Formula (900g) - RM 25.99
    4. Dumex Dugro 3 Regular Formulation Milk Powder (600g) - RM 19.99
    5. Dumex Dugro 3 Milk Powder - Fruit & Veg (900g) - RM 28.99
    6. Dumex Dugro 3 Milk Powder - Honey (600g) - RM 18.89
    7. Dugro 3 Fruit & Veg 900gm - RM 25.90 
    8. Dugro 3 Multigrains 900gm -RM 25.90
    9. Dugro Sure 600gm -RM 27.90
    10. Dugro Soy 400gm -RM 18.88

    Khasiat susu untuk bayi dugro, bukan setakat untuk kalsium saja?

    Selain harga susu bayi dugro dalam kategori mampu milik, banyak juga kelebihan susu ini yang perlu kita pertimbangkan.

    1. Terdapat banyak pilihan dugro untuk masalah berbeza!

    Susu formula untuk bayi dugro didatangkan dalam pelbagai pilihan, di bawah ini ibu kongsikan beberapa

    • dugro soy - susu formula untuk bayi alah kepada susu lembu.
    • dugro sure - susu bayi untuk membantu tumbesaran.
    • dugro multigrain - susu untuk bayi lebih nyenyak tidur kerana diperkaya 4 jenis bijirin.
    • dugro fruit & veg - Adakah susu formula terbaik untuk bayi sembelit kerana mereka tidak suka makan sayur & buah? Boleh cuba berikan susu ini.
    Jika anak anda selalu sembelit, ada banyak cara untuk selesaikan masalah ni. Baca artikel di bawah.

    Bacaan menarik: Bayi sembelit? Ada 2 cara mengatasinya, baca disini untuk panduan lengkap.

    2. Harga yang berpatutan!

    Harga susu tepung dugro sangat mampu milik, hampir sama dengan susu dutch lady. 

    Selain itu, dugro sure adalah alternatif yang lebih murah kepada susu pediasure untuk anak yang cerewet makan.

    3. Mudah di dapati! 

    Kebanyak susu jenama dugro ini boleh diperolehi di kebanyakan pasaraya kecil & besar di seluruh Malaysia.

    Jenis dugro soy, dugro sure mungkin lebih sukar diperolehi kerana tak semua ibu bapa memilih menggunakannya.

    Hanya anak anak berkeperluan khas saja yang menggunakannya.

    4. Terdapat dalam 3 pilihan saiz!

    Susu ini terdapat dalam 3 saiz, 300g, 600g dan 900g bagi kebanyakan peringkat usia yang rendah.

    Bagi peringkat usia lebih tinggi seperti dugro 4 & 5 tidak mempunyai saiz kecil.

    5. Sedia untuk pelbagai peringkat usia.

    Ada banyak pilihan, daripada susu untuk bayi baru lahir sampailah ke usia 6 tahun ke atas terdapat pelbagai produk susu dari dugro untuk pilihan kita.


    Sample percuma dugro, bagaimana cara mendapatkannya?

    Dari tinjauan yang Ibu lakukan, tak semua sample produk dugro boleh kita dapatkan secara percuma dari laman web rasmi dumex Malaysia.

    Ibu dapati, hanya dugro soy dan dugro sure saja yang boleh kita perolehi sample percuma semasa artikel ini di tulis.

    Apa nak buat jika tiada sample? Belilah saiz yang paling sikit.


    Bagaimana cara menyediakan susu dugro yang terbaik?

    Secara umumnya, di bawah ini adalah cara yang betul untuk penyediaan susu supaya khasiat yang ada di dalamnya terjaga.
    1. Rujuk label di plastik susu dugro untuk sukatan air & susu yang tepat.
    2. Tuangkan air panas ke dalam cawan sehingga separuh, dan tambahkan air sejuk sehingga suhu air menjadi suam.
    3. Masukkan sukatan susu yang disarankan di plastik susu.
    4. Kacau sehingga sebati, dan susu sedia diminum.
    5. Elakkan menambah minuman & makanan berkafein semasa minum susu kerana ia menjejaskan penghadaman.


    Adakah susu dugro berbahaya & tidak selamat digunakan?

    Bergantung kepada keadaan kesihatan anak kita, mungkin susu ini kurang sesuai digunakan untuk anak kita.

    Contohnya, mungkin anak menghidap g6pd dan alahan kepada susu lembu.

    Pastikan kita dapatkan pandangan dari doktor pakar sekiranya anak kita tergolong dalam kumpulan tersebut.

    Selain itu, pastikan kita mengambil susu ini berdasarkan sukatan yang ditetapkan untuk mengelakkan masalah. Jadi, susu dugro bahaya atau tidak bergantung kepada kesihatan anak kita sendiri.



    Kesimpulan tentang susu formula dugro.

    Semoga perkongsian yang ringkas ini mengenai produk dugro menjawab sedikit sebanyak kerunsingan yang terbuku di dada.

    Ibu rumuskan artikel ini untuk rujukan bersama.
    1. Secara umumnya terdapat 9 jenis pilihan dugro untuk kegunaan anak kita di pasaran Malaysia.
    2. Harga susu ini tergolong dalam kategori mampu milik, sama seperti susu dutch lady.
    3. Penting untuk kita menyediakan susu ini dengan cara yang betul supaya anak kita mendapat khasiatnya.
    4. Hanya sample percuma susu dugro sure & soy saja boleh diperolehi dalam talian di laman rasmi.

    Ini pula kesimpulan ibu tentang susu dugro sure.

    Kita buat ringkasan tentang susu ini sebelum menutup bicara.

    1. Susu ini digunakan untuk membantu anak anak yang cerewet makan.
      .
    2. Harga dugrosure memang jauh lebih murah dari susu pediasure yang disasarkan untuk masalah anak anak yang sama. Tapi harga tak boleh jadi satu satunya ukuran kualiti sesuatu produk kan.
      .
    3. Penting untuk kita menyediakan susu ini menurut sukatan & usia yang betul.
      .

    Dan ini pula rumusan untuk susu dumex dugro step 3 sampai 5.

    1. Susu dugro sesuai digunakan anak anak berusia 1 hingga 6 tahun ke atas.
      .
    2. Susu ini mengandungi 15 jenis vitamin & mineral, DHA, serat ICFOS & lain lain untuk membantu mereka membesar dengan baik.
      .
    3. Cara membancuh susu formula sangat penting supaya khasiat yang terkandung di dalamnya tidak musnah kerana suhu air yang terlalu panas.
      .
    4. Harga susu dugro setara dengan susu dutch lady. Kategori susu mampu milik. Dan jauh lebih murah daripada susu pediasure.

    Tamat sudah artikel ini dari pihak Ibu.

    Tapi, sekiranya para pembaca mahu berkongsi pengalaman & pendapat. Mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka untuk anda.

    Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan sahabat lain yang mencari info. Insyaallah, sama sama kita ke syurga bersama sama. Bukankah orang yang paling baik antara kita, mereka yang paling memberi manfaat kepada orang lain.
    Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)






    Penulis / Editor: Ibu Zaid

    Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

    Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

    Susu dugro 3 4 & 5! Review susu formula terbaik untuk anak kita. Reviewed by Ibu Syurga on Julai 06, 2019 Rating: 5

    4 ulasan:

    1. susu dugro ni yang bestnya setiap kali beli mesti ada freegift, kita pun seronok dapat tabung, tiffin bertingkat percuma

      BalasPadam
    2. Anak sya minum Dugro 2 6-36.. tp tiap dia minum xlma tu msti berak ...knpe ye...

      BalasPadam
    3. Habis minum xlma tu anak berak..knpe yer... Susu yg 6_36 month...
      .anak umur 1thun

      BalasPadam

    All Rights Reserved by Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2014 - 2015
    Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

    Borang Maklumat Hubungan

    Nama

    E-mel *

    Mesej *

    Dikuasakan oleh Blogger.