Kesiannya anak ibu, menangis nangis tiap kali nak poo poo. Apa jenama susu bayi terbaik untuk sembelit ya?
Sebagai seorang ibu yang penyayang, mestilah kita tak mahu anak yang kita kandung 9 bulan dalam rahim dulu dalam kesakitan. Betul kan?
Inilah yang berlaku jika bayi kita sembelit. Habis merah padam muka si manja menahan sakit.
Macam mana nak atasinya dari berulang ya?
Baca artikel tentang susu untuk bayi sembelit ini & anda dijamin akan
- Mengetahui susu formula terbaik untuk bayi sembelit & mengelakkan dari berulang.
. - Mendapat 3 tips mengurangkan sembelit dari pengalaman sebenar seorang doktor tanpa perlu menukar susu anak kita.
Kalau anda malas nak baca artikel yang panjang ni, klik video youtube di bawah ni. Lagi senang!
5 Pilihan susu formula terbaik untuk bayi sembelit.
Naluri keibuan yang dikurniakan oleh Allah kepada seorang wanita akan mendorongnya untuk memberikan yang terbaik untuk si manja. Malah, semasa mengandung lagi, antara usaha yang boleh dilakukan adalah minum susu untuk ibu hamil supaya khasiat dari susu diserap oleh anak dalam rahim.
Kemudian selepas melahirkan anak, susu terbaik untuk anak anak kita, terutama yang masih bayi mestilah susu ibu. Pastikan kita usaha beri anak anak susu badan dulu sebelum cuba susu formula.
Susu formula ada kelemahannya, tapi dalam keadaan mendesak, susu bayi boleh membantu. Cuma jadikan ia pilihan terakhir.
Di bawah ini adalah senarai susu untuk bayi yang mengalami masalah sembelit.
Susu formula ada kelemahannya, tapi dalam keadaan mendesak, susu bayi boleh membantu. Cuma jadikan ia pilihan terakhir.
Di bawah ini adalah senarai susu untuk bayi yang mengalami masalah sembelit.
1. Susu Novalac untuk bayi sembelit.
Terus terang Ibu nak kongsi, belum pernah lagi kami guna susu bayi novalac ni. Memang pertama kali dengar pun. Di bawah ini kami berikan rupa susu untuk bayi sembelit dari novalac.Tapi, susu bayi pertama dalam senarai ini memang dirumus khas untuk membantu
- Mengurangkan sembelit.
- Mempercepatkan pergerakan najis di dalam usus.
- Unik dan telah disesuaikan untuk menyelesaikan masalah kecil bayi yang minum susu formula.
- Susu formula untuk bayi sembelit ini mempunyai khasiat lengkap dengan nutrien penting diperlukan di manja.
- Dibuat daripada susu segar yang dihasilkan dari ladang-ladang yang terpilih.
Mungkin ibu ibu boleh cuba susu ini untuk anak anak.
2. Susu Mamil untuk bayi sembelit.
Sekiranya anak anda mengalami sembelit, kita sebagai ibu bapa dapat membantu mengelakkannya dari berulang dengan menggunakan makanan yang mengandungi prebiotik (sejenis serat makanan).Prebiotik boleh membantu menggalakkan pergerakan usus yang baik.
Antara susu bayi yang mengandungi prebiotik di dalam rumusannya ialah susu formula untuk bayi Mamil. Susu ini mempunyai prebiotics yang telah dipatenkan di peringkat Antarabangsa GOS / lcFOS (9: 1) yang membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik.
Ibu ada buat carian di internet, ramai juga ibu yang berkongsi tentang masalah sembelit anak mereka memang berkurangan selepas minum susu dari syarikat dumex ni.
Jika anda ingin mengetahui bagaimana GOS / lcFOS prebiotik dalam formulasi Mamil dapat membantu menggalakkan najis yang lebih lembut untuk anak anda, baca link dalam artikel di bawah.
Bacaan menarik: Susu bayi mamil dengan prebiotik yang bagus untuk anak sembelit.
3. Susu Frisolac Comfort untuk bayi sembelit
Susu bayi Frisolac Comfort satu lagi rumusan khas untuk bayi yang mempunyai masalah penghadaman ringan seperti muntah, sakit perut & sembelit.Susu formula Frisolac Comfort mengandungi bahan khas seperti gam kacang carob, sejenis serat yang memekatkan susu ini dan membantu melegakan gejala muntah, sembelit dan kolik pada bayi.
Rumusan susu untuk anak ini boleh digunakan untuk bayi yang menderita gejala-gejala di atas sejak lahir. Memang banyak khasiat minum susu kan? Dulu kita tahu minum susu untuk tulang dan gigi yang kuat saja kan.
4. Susu anak sembelit Similac Total Comfort.
Similac Total Comfort Plus membantu dalam perkembangan otak anak anda. DHA memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan otak. Susu ini dihasilkan oleh syarikat abbot, syarikat yang sama mengeluarkan susu pediasure untuk bantuk pertambahan selera makan dan peningkatan berat anak anak.Walaupun jumlah DHA dalam susu formula adalah penting, penyerapan DHA memainkan peranan yang sama pentingnya.
Susu bayi Similac Total Comfort Plus diformulasikan dengan rumusan UVOB untuk menyokong pengekalan DHA maksimum.
Kajian menunjukkan susu formula tanpa UVOB mempunyai kehilangan DHA dalam najis yang lebih tinggi.
Susu anak Similac Total Comfort Plus telah terbukti secara saintifik membantu mengurangkan sembelit. Ini disebabkan kandungan campuran minyak sayuran unik di dalam susu ini yang membantu melembutkan najis & membuatkan anak kita lebih lawas.
5. Susu Snow untuk bayi sembelit
Rumusan susu baby dari Snow mengandungi oligosakarida (Galactosyllactose) yang mempunyai 2 fungsi seperti di bawah- Menggalakkan pertumbuhan Bifidobacteria dalam usus untuk sistem pencernaan yang sihat.
- Membantu mengurangkan sembelit.
6. Susu Dugro untuk anak sembelit
Sebelum ini Ibu ada menulis review lengkap tentang pelbagai jenis susu dugro di pasaran Malaysia.Bagi mengatasi masalah sembelit, susu tepung dugro yang sesuai ialah Dugro Fruit & Veg.
Malangnya, Ibu tak jumpa pula mana mana jenama susu kambing yang bagus untuk sembelit. Insyaallah kalau ada yang bagus, kemudian hari ibu akan masukkan dalam senarai ni.
3 Tips dari doktor ini telah membantu ramai ibu bapa menyelesaikan masalah sembelit anak mereka. Tak perlu tukar susu formula pun!
Di bawah ini ibu kongsikan petua hilangkan sembelit bayi yang dikongsikan Doktor Hairun Anisa.
Assalam
I'm sharing cases yesterday. Semalam constipation day. Pelik kan? Kalau ada seorang datang dengan satu problem, nanti berturut pulak patients yang ada simptom yang sama.
Memang semalam ada baby daripada umur 10 bulan hingga anak umur 4 tahun yang ada masalah najis keras...susah nak buang air besar malah sampai najisnya berdarah sebab luka anusnya (lubang dubur).
Sama aje history nya.
1) Bagi susu Formula Milk (FM) dan too dependant dengan susu formula tu.
Penjelasannya:Susu formula milk (FM) terutama yang high calorie menyebabkan anak selalu rasa kenyang, digestion susu formula lambat, dan anak rasa mudah sebab tak perlu kunyah. Hisap telan aje).
Sebab itu anak jd kurang selera makan. Susu formula pulak adalah tepung.
Ada campuran kanji seperti corn starch, maka najis akan keras macam kena glue (gam kan buat daripada kanji).
2) Kurang minum air masak (tak termasuk air air lain ye), mak kata bagi air masak tapi jumlahnya setiap hari tak cukup.
Penjelasannya :Air masak sangat penting untuk melembutkan najis yang terhasil dlm usus. Jika badan kurang air, maka lebih banyak air daripada usus yang akan diserap ke dalam darah. Maka najis jadi kurang air & keras
3) Kurang pengambilan fiber or serat (ambil tapi tak cukup).
Penjelasannya :Serat ni ibarat macam sponge (jika sponge kita yang tinggi fiber, akan senang nak serap air kan?)
Serat besar yang ada dlm makanan tidak diserap balik oleh tubuh & tertinggal dlm usus (maka najis yang ada tinggi serat) untuk menyerap semula air dlm usus yang ada najis & memastikan najis sentiasa lembut.
Serat daripada buah buahan, sayur sayuran dan bijirin berserat tinggi, adalah makanan yang bagus untuk perjalanan usus.
Ada maka kata dah masukkan sayur tapi satu jenis aje sayur dlm bubur atau hidangannya. Ada yang ingat kentang tu pun sayur sedangkan kentang tu sejenis makanan kanji yang boleh keraskan najis. Ia pengganti kepada nasi (karbohidrat).
Ada yang beli serat daripada pharmacy sedangkan serat boleh didapati daripada natural fruit & sayur & oat.
Ada yang ingat susu formula berlabel IT (improve transit) kononnya untuk sembelit tapi tetap sembelit sebab apa? Semuanya sebab tak cukup makan serat & minum air masak.
Macam macam cerita semalam klu nak share. Nanti saya cerita berapa amount air masak yang diperlukan oleh anak anak ye.
Setelah putus susu ibu, after 2 years old boleh diganti dengan susu fresh milk or susu UHT (Full cream), mereka tidak boleh bergantung kepada susu semata mata, maka 3 x susu dah cukup, selebihnya berikan makanan seperti cheese & yogurt dll serta makanan lain yang natural.
Jika anak yang tak menyusu ibu, selepas 1 tahun tak perlu bg susu formula lagi, berikan susu Fresh milk or Full cream UHT (klu susah nak jumpa fresh milk). Nak bg yang ada perasa sekali sekala pun boleh. Tapi sebab ianya manis maka campurlah separuh susu putih & separuh susu berperisa.
Pelbagaikan nutritious drink seperti campurkan susu Fresh dengan horlick or malt chocolate. Pun boleh tapi kurangkan gula ye.
Alhamdulillah ramai patients saya yang berjaya pulih daripada sembelit setelah tukar diet changes tanpa perlu pening pening kepala nak tukar susu formula apa.
Banyak nak kongsi lagi. InsyaAllah jika ada masa. Wassalam.
Kesimpulan tentang kelemahan susu formula.
Masalah sembelit anak anak memang memeningkan kepala kita. Ibu harap perkongsian ini yang serba kekurangan dapat membantu anda walaupun sedikit.Sebelum Ibu menamatkan bicara, berikut adalah isi penting artikel ini.
- Terdapat rumusan khas susu formula khas yang dijual dipasaran untuk membantu mengatasi masalah sembelit anak kita. Boleh cuba jenama yang Ibu kongsikan di atas. Ada 5 semuanya. Jangan beri susu sebarangan untuk anak anak yang masih kecil ya, susu untuk kanak kanak tak sama nutrisinya dengan susu baby. Contohnya, susu fernleaf full cream tu, mana boleh bagi.
. - Dari pengalaman seorang doktor yang banyak membantu ramai kanak kanak sembelit, terdapat 3 perkara yang dapat membantu mengatasinya tanpa menukar susu anak.
. - Terlalu bergantung kepada susu formula.
- Anak kita kurang minum air masak.
- Diet harian anak kita kurang kandungan serat.
Tamat sudah perkongsian Ibu kali ini, sekiranya para pembaca mahu berkongsi pengalaman & pendapat. Mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka untuk anda.
Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan sahabat lain yang mencari info. Insyaallah, sama sama kita ke syurga bersama sama. Bukankah orang yang paling baik antara kita, mereka yang paling memberi manfaat kepada orang lain.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)
Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah.
Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com |