Pening kepala mak ayah nak beli susu untuk bayi baru lahir kan? Kalau beli baby tak sesuai kan dah membazir.
Duit memang boleh cari, yang penting anak kita sihat & gembira kan.
Pada masa yang sama, kita nak selesaikan masalah cari susu yang serasi dengan segera. Contohnya susu untuk bayi sembelit tak sama dengan anak yang perutnya lasak. Belum tentu susu mahal sesuai untuk perut anak kita. Sebaliknya juga untuk susu murah.
Ibu faham tu, anak kita layak yang terbaik. Sebab itu Ibu nak kongsi pengalaman sendiri guna susu ni untuk 2 orang anak dulu. Boleh jadi panduan untuk anda semua.
Tak membazir masa & duit. Anak kita pun tersenyum kenyang.
Selepas baca sampai habis, Ibu jamin anda akan
- Yakin susu ni berbaloi atau tidak untuk dicuba.
. - Tahu dimana boleh dapat harga terbaik.
. - Faham kelebihan & kekurangan susu ini.
.
Ibu nak kongsi tau, tiada susu formula terbaik di pasaran yang boleh lawan khasiat susu ibu. Kita usahakan beri susu badan untuk anak ya. Kalau tak boleh juga, baru beri susu baby terbaik. Ok, tanpa bertangguh lagi, kita mulakan sekarang. Semoga bermanfaat.
Berbaloi ke cuba susu dutch baby untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah?
Seperti biasa, penting untuk kita sedar yang tak ada susu lagi bagus dari susu ibu.
Walaupun susu bayi terbaik dengan harga mahal premium yang berstatus gold sekalipun.
Susu badan tetap terbaik.
Jadi, kalau kita dah berusaha yang terbaik untuk berikan susu badan. Tapi masih juga tak mencukupi untuk anak kita. Memang betul kita minum susu untuk tulang dan gigi yang kuat, tapi susu yang kita berikan kepada anak anak mesti membekalkan lebih banyak dari itu. Lebih banyak khasiat untuk perkembangan minda dan pembelajaran mereka.
Barulah kita cari alternatif susu tepung untuk bayi.
Bacaan menarik: Susu rumusan terbaik untuk bayi. Ini pilihan popular ramai ibu bapa di Malaysia!
Salah satu jenama yang berpatutan harganya adalah Dutch Baby.
Sebelum cuba, ikuti langkah ini.
3 Langkah mudah sebelum cuba susu dutch baby untuk newborn.
- Cari testimoni mak mak yang pernah cuba susu ini.
. - Jika puas hati, baru bandingkan harga. Pastikan kita beli dari tempat yang betul supaya mengurangkan risiko susu tiruan.
. - Beli 1 dulu dan saiz yang kecil. Jangan beli banyak sebab harga murah. Nanti anak tak minum membazir!
.
Senang kan?
Panduan di atas akan mengelakkan kita menyesal dikemudian hari.
Pengalaman sebenar menggunakan susu ini.
Pengalaman 1.
Anak pertama Ibu, pernah minum susu jenama ini. Dan ada juga kawan kawan dan saudara yang jenama sama.
Bagi anak Ibu, susu ni tak sesuai.
Sebab tiap kali lepas minum anak akan batuk dan cepat berkahak. Mungkin keluarga kami ada alahan susu lembu.
Masa tu pula, Ibu beli sampai 5 pek besar.
Memang membazirlah, sebab dah beli banyak lepas tu anak tak minum. Jadi jangan jadi macam kami. Huhu. Sedih.
Kemudian kami tukar susu lain. Baru ok.
Selain susu formula, pemilihan botol susu yang sesuai pun penting tau. Dapat bantu kurangkan risiko baby kembung.
Selain susu formula, pemilihan botol susu yang sesuai pun penting tau. Dapat bantu kurangkan risiko baby kembung.
Bacaan menarik: Botol susu yang bagus untuk anak kita. Ini 4 jenama paling disukai ibubapa di Malaysia!
Pengalaman 2.
Tapi, sepupu Ibu berikan susu ini untuk anak perempuannya 2 orang. Sampai sekarang ok.
Badan pun semangat je. Untunglah, dapat beri susu yang berpatutan harganya.
Budak tu pun lasak.
Jadi, Ibu buat kesimpulan.
Kelebihan susu Dutch Baby (Pandangan peribadi).
- Harga sangat berpatutan.
. - Kuantiti banyak.
. - Mudah didapati.
.
Kekurangan susu ini (Juga pendapat sendiri).
- Kurang sesuai untuk anak yang alah laktosa.
. - Anak batuk berkahak lambat baik.
.
Bacaan menarik: Pilihan susu dutch baby mengikut peringkat usia anak.
Dimana boleh dapat harga susu terbaik?
Bahagian ni hanya sesuai dicuba selepas kita pasti anak kita sesuai dengan susu ni.
Sebab, nak dapat harga murah kena beli banyak.
Kita boleh dapat harga yang lebih murah semasa promosi di pasaraya. Atau melalui laman e commerce.
Contoh dalam 1 laman web tu, penjual buat promosi seperti dibawah ni.
- Beli 1 harganya RM31.20
- Beli 2 hingga 11 pek dapat harga RM30.00 untuk setiap pek.
- Beli lebih dari 12 pek dapat harga RM29.50 setiap pek.
Harga di atas untuk saiz 1 kg tau.
Kita buat perbandingan.
- Kalau beli 20 pek pada harga RM31.20 jumlahnya RM624.00
- Jika 20 pek pada harga RM30 pula RM600
- Andai borong 20 pek harga RM29.50 RM590
Adalah bezanya kan.
Cuma kalau beli online ni yang tak sedapnya, ada kes tu dapat susu dah nak expired.
Jadi kena tanya betul betul sebelum beli.
Kita wajib jadi pengguna bijak.
Kesimpulan.
Kesimpulannya, tak bermakna harga susu dutch lady murah, kita buat kesimpulan produk ni tak bagus. Mungkin anak kita tak sesuai dengan susu ni.
Jadi, semoga panduan yang diberi di atas dapat memberikan anda kelapangan minda.
Dah jelas dah nak beli atau tak. Kita dapat elak bazir duit dan anak kita pun kerap tak sihat sebab susu tak serasi.
Kalau sesuai pula, tahniah! Kita boleh nikmati masa masa indah membesarkan anak anak ni.
kalau ada pandangan & nak kongsi pengalaman, jemput menulis di ruangan komen ya. Sama sama dapat pahala sebab berkongsi ilmu.
Jumpa lagi.