Similac Mom Malaysia, Review susu untuk ibu mengandung & menyusu!

Header ads

Tentu kita mahu yang terbaik untuk anak yang di kandung kan?
susu Similac Mom harga dan sample percuma

Pengalaman mengandung bagi seorang wanita, adalah pengalaman yang luar biasa. Lagipun, bukan selalu kita mengandung kan.

Ramai di luar sana yang teringin hamil, dah keluar banyak duit & usaha nak timang anak. Tapi, masih belum rezeki mendapat cahaya mata.
Bacaan menarik: Cara nak tahu hamil, Rahsia ibu dan nenek kita kesan "berita gembira" dari minggu pertama! Tak sempat nak bagitau.


Susu Similac Mom terkini dan telah dipertingkatkan rumusannya.

Sangat penting untuk kita mengamalkan pemakanan yang baik semasa mengandung.  Sebab itu Ibu tulis artikel ini.

Sebagai panduan bagi ibu hamil sebelum membeli susu ini. Barulah kita boleh bandingkan harga susu mengandung dari jenama berbeza seperti susu dutch lady - frisomum, susu karihome, susu enfamama & banyak lagi. Banyak betul susu untuk ibu mengandung tau. Nak beli yang mana satu untuk trimester 1,2 & 3. Kalau ada kencing manis, nak kena cari susu formula terbaik yang kurang gula pula kan.


Semoga lepas habis baca ni, kita taulah susu similac mom ni terbaik untuk kita ketika mengandung. Kita mulakan dengan soalan paling popular.

Apakah ia?



Adakah Similac Mom susu yang sesuai untuk diambil semasa hamil?

Apa yang kita makan dan minum semasa kehamilan boleh memberikan impak kepada perkembangan keseluruhan anak kita. 

Ini sebabnya, penting untuk kita memastikan nutrien penting terdapat dalam diet harian kita semasa mengandung.

Khasiat yang mencukupi akan memberikan asas yang kuat untuk pertumbuhan yang lebih baik dan pembangunan otak terutamanya semasa peringkat awal kehamilan. Pada masa yang sama, badan si ibu akan menyimpan khasiat yang diperlukan untuk penghasilan susu ibu selepas melahirkan anak. Percayalah, tiada susu terbaik untuk bayi anda selain susu ibu. Susu paling mahal sekali pun tidak boleh lawan khasiat susu semulajadi.

Oleh sebab itu, persiapkan diri kita semasa hamil dengan susu yang sesuai. Similac MOM dengan rumusan terkini telah di tambah baik adalah makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil.
Bacaan menarik: Susu untuk ibu mengandung di pasaran Malaysia! Patutlah ramai ibu pilih jenama ini.


Kebaikan susu Similac Mom untuk ibu mengandung?

Ia mempunyai kandungan lemak yang rendah dan sesuai diamalkan untuk ibu hamil dan menyusu. 

Susu Similac MOM dirumus dengan Sistem Nutrisi EyeQ ™, ia kini dilengkapi dengan Vitamin E dan Lutein Asli untuk mencegah pengoksidaan DHA, yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan otak anak kita sebelum dilahirkan.


susu similac mom terkini malaysia


Apa respon ibu ibu hamil yang pernah mencuba susu Similac Mom?

Pengeluar susu jenama Similac adalah syarikat Abbot. Syarikat yang sama mengeluarkan susu pediasure untuk anak yang cerewet nak makan.

Satu kajian telah dijalankan oleh Abbot Malaysia. Kajian ini dijalankan oleh Abbott Malaysia di kalangan 112 ibu di Malaysia pada 3 November 2017 hingga 27 November 2017 yang mengambil susu SIMILAC MOM

Hasil kajian Abbot ini menunjukkan 100% ibu bersetuju bahawa SIMILAC Mom membantu mereka memenuhi semua keperluan pemakanan mereka semasa hamil.

Berapa kuantiti susu yang perlu di ambil setiap hari?

Pengambilan 2 hidangan susu similac mom dalam sehari, akan membantu memenuhi keperluan kalsium dan asid folik yang di perlukan wanita hamil.

Ia juga membekalkan khasiat yang di perlukan oleh si manja untuk berkembang dengan sihat di dalam rahim kita.



Kandungan khasiat yang terkandung di dalam Similac Mom?


Similac Mom dengan rumusan terkini kini mengandungi DHA, Lutein, Vitamin E Semulajadi untuk menyokong perkembangan otak seperti Similac Gain Plus dan Similac Gain Kid.
  • Mengandungi DHA, Lutein dan Vitamin E Semulajadi untuk menyokong pembangunan otak.
  • Mengandungi 23 vitamin & mineral untuk membantu memenuhi keperluan nutrisi yang meningkat
  • Membantu mengawal gula yang lebih baik semasa hamil.
  • Mempunyai kandungan lemak terendah untuk membatu kita mengawal kenaikan berat badan yang lebih baik semasa mengandung.
  • Ia juga bagus dalam penurunan berat badan selepas bersalin untuk ibu menyusu.

Kesimpulan.

Walaupun ada banyak jenama susu untuk ibu mengandung di pasaran, tak semua sesuai untuk kita.

Jadi, langkah terbaik adalah dengan memohon dulu sample susu percuma. Macam mana nak dapat sample susu similac mom percuma?

Ibu ada kongsikan di dalam artikel lain, cara cara mendapat sample susu. Boleh baca di link yang di berikan di bawah. WALAUPUN artikel tersebut tentang susu bayi, tapi cara dapat sample susunya sama saja. Semoga bermanfaat.
Bacaan menarik: Sample susu percuma! Ini cara memohon sample supaya tidak membazir.

Lebih baharu Lebih lama