Bagus ke susu Mamex & Mamil keluaran Dumex ni? Nak juga cuba kalau elok.
Masa Ibu kecil dulu, iklan susu dumex selalu keluar kat tv. Sekarang ni keluar juga, tapi dah tak macam dulu.
Nampaknya jenama susu formula dumex masih mendapat tempat di Malaysia, kalau tidak, mesti takkan dapat bertahan sampai sekarang.
Hari ini, Ibu nak kongsikan info tentang susu ini. (Sumber rujukan artikel ini dirujuk dari Mamil & juga page Ibu Bijak Keluarga Sihat.
Baca review mengenai susu mamil sehingga habis dan anda dijamin akan
- Mengetahui pilihan susu dumex mamil yang dijual di Malaysia.
- Memahami cara memilih susu mamil yang sesuai untuk seisi keluarga kita.
- Buat pilihan bijak dengan membandingkan harga susu mamil dumex dengan jenama susu formula seperti susu pediasure complete, susu karihome & susu dutch lady. Mana lagi murah, beli susu di kedai, online ataupun expo baby fair. Sebelum itu, penting untuk Ibu kongsikan, tiada susu formula terbaik yang di jual di pasaraya boleh lawan khasiat susu ibu. Pastikan kita usaha dulu beri susu badan. Kalau tak boleh baru beri susu bayi.
Bacaan menarik: Susu mamex gold & banyak lagi jenama lain dijual di Malaysia.
Kalau anda malas nak baca artikel yang panjang ni, klik video youtube di bawah ni. Lagi senang!
.
Dumex Mamil, adakah ini susu formula terbaik untuk anak kita?
6 Jenis susu mamil dumex menurut peringkat perkembangan usia anak.
Di bawah ini Ibu kongsikan sebagai rujukan mak ayah. Suka Ibu berpesan, susu terbaik untuk anak kita ialah susu ibu.Jadi, sekiranya kita mempunyai anak berusia 2 tahun ke bawah berusahalah sebaik mungkin untuk bekalkan mereka dengan susu badan.
Tak ada susu formula yang boleh lawan khasiat susu ibu. Walau semahal mana pun harganya (contohnya susu enfalac). Dengan nama gold & sebagainya.
Kalau kita dah berusaha, tapi masih tak mengizinkan barulah kita cuba susu formula sebagai pilihan terakhir.
Artikel ni Ibu tulis tanpa bayaran dari mana mana syarikat pun. Saja sukarela menaip. Mudahkan urusan kawan kawan yang baru dapat anak. Sebab Ibu cari info susu anak susah nak jumpa yang lengkap.
Kita mulakan senarai dengan susu untuk bayi baru lahir.
1. Dumex Mamex Cherish Step 1
Harga: RM65.20 untuk pek 600gSusu bayi untuk anak baru lahir terbaik adalah susu ibu. Noktah. Mak ayah yang ada kesulitan nak berikan susu ibu selepas berusaha, dan dah tak jumpa cara lain, terpaksalah juga beri susu tepung.
Susu Mamex Cherish langkah 1, dirumus untuk bayi newborn hinggalah sehingga mereka berusia 1 tahun. (0-12 bulan)
Nak tahu lebih lanjut, baca link di bawah.
Bacaan menarik: Kandungan susu mamex step 1
2. Dumex Mamex Explore Step 2
Harga: RM63 untuk pek 600gSusu Mamex Explore step 2 adalah lanjutan kepada susu sebelum ini. Selepas anak kita mencecah umur 6 bulan, kita ada pilihan untuk memberikan susu ini.
Susu ini dirumus untuk anak dalam julat usia 6-36 bulan .
Ia dirumus khas dengan khasiat seperti protein, kalsium, zink, zat besi, Vitamin A, vitamin C, vitamin D, DHA, AA, dan campuran Oligosakarida.
Campuran oligosakarida mengandungi 90%, GOS (0.72g / 100ml) dan 10% IcFOS (0.08g / 700ml) yang membantu meningkatkan imuniti sistem usus anak kita.
3. Susu Dumex Mamil Learning Step 3
Harga: RM43.50 untuk pek 600gSusu Mamil langkah 3 direka untuk usia anak 1-3 tahun. Susu ini mengandungi prebiotics Oligosaccharide GOS / lcFOS (9: 1) yang mempunyai paten antarabangsa. Prebiotik ini membantu meningkatkan pergerakan usus.
Susu Dumex Mamil step 3 juga banyak khasiat seperti
- Tahap DHA yang tinggi.
- Nutrien penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan optimum kanak-kanak.
- 0% kandungan dalam semua formulasi Mamil.
Antara kemampuan prebiotik oligosaccharide campuran GOS / lcFOS (9: 1) ialah
- Prebiotics ini mampu menyokong lapisan perlindungan usus yang lebih kuat.
- Menghalang bakteria berbahaya daripada memasuki badan.
- Mesra bakteria baik.
- Meningkatkan bilangan bakteria yang baik dan mengurangkan pembiakan bakteria yang berbahaya.
- Najis anak yang lebih lembut.
- Menggalakkan pergerakan usus yang baik.
Cara menyediakan susu mamil yang betul
- Sejukkan 1 gelas / 200ml air yang telah mendidih sehingga suam
- Tambah sebanyak 5 sudu serbuk susu tepung mamil.
- Kacau sehingga sebati & sedia untuk diminum.
4. Susu Mamil Active Step 4
Harga: RM33.90 untuk pek 600gSusu Dumex Mamil Step 4 sesuai digunakan selepas anak kita berusia 4 hingga 9 tahun.
Kandungan susu ini mirip dengan step 3, perbezaan pada kuantiti khasiat saja.
5. Susu Mamex Hypoallergenic HA
Harga: RM38.40 untuk pek 400gSekiranya anak anak kita alah dengan susu formula dari susu lembu, tiap kali minum susu tepung biasa mesti perut anak meragam.
Kembung & masuk angin kerana alahan protein susu lembu. Dumex ada mengeluarkan susu Mamex Hypoallergenic HA untuk mengatasi masalah ini.
Ia direka untuk bayi berusia 0-12 bulan. Susu ini Ibu perhatilah ada persamaan dengan Mamex Pepti, bezanya dekat tin tu ada tambahan untuk bayi ada masalah malserapan. Tak pasti pulak apa bezanya.
6. Susu Mamex Gold Lactose Free
Harga: RM 36.80 untuk pek 400gTerdapat 1 lagi susu khas keluaran Dumex untuk bayi berusia bawah setahun.Susu Mamex Gold Lactose Free seperti namanya untuk anak anak yang alah dengan laktosa.
- Mamex gold step 1 - Anak baru lahir sehinggalah 12 bulan.
- Mamex gold step 2 - Rumusan susulan untuk 6 bulan dan ke atas.
Dimana susu mamil ini boleh didapati?
Susu ini boleh diperolehi di kebanyakan supermarket, hypermarket, gedung atas talian. Nak dapat harga istimewa boleh tunggu baby fair.
Biasanya semasa baby expo boleh dapat promosi istimewa.
Susu ini terdapat dalam 3 saiz.
- Pek 600g
- Pek 1.2kg
- Tin 1.5kg
Bagaimana cara yang betul untuk menukar susu formula.
Di bawah ini Ibu kongsikan cara mudah untuk memastikan peralihan yang lancar ke susu baru.
Kita andaikan anak kita minum susu 3 kali setiap hari.
- Pagi
- Tengahari
- Malam
Hari 1 hingga 3 - Teruskan rutin pemberian susu seperti biasa dengan susu formula sedia ada untuk sesi 1 dan 3. Mula berikan Mamil untuk sesi kedua (tengahari).
Hari 4 hingga 6 - Teruskan jadual pemberian susu tepung asal untuk sesi 1 (sarapan). Berikan Mamil untuk sesi ke-2 dan ke-3.
Hari ke 7 dan seterusnya - Insyaallah menjelang waktu ini, anak kita sudah pun boleh minum susu dumex mamil sepenuhnya.
Cara menyimpan susu dumex mamil rumusan bayi.
Kalau kita nak pastikan anak dapat khasiat sepenuhnya dari susu yang diminum, cara kita simpan susu mestilah betul.Bagi memastikan setiap gelas susu yang kita sediakan sama seperti baru buka bungkusan susu, disini Ibu kongsikan beberapa tips untuk menjaga kualiti susu.
Seeloknya kita jangan buang bungkusan asal susu. Simpan susu di dalam pek asal supaya kita boleh rujuk tarikh luputnya. Dan lebih penting lagi, pastikan kita cek tarikh luput pada bungkusan sebelum beli.
Pastikan kita menutup rapat pek bungkusan susu selepas menyediakan susu untuk si manja. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Bekas menyimpan susu mestilah diletakkan di tempat yang sejuk dan kering.
Sebaiknya, habiskan susu dalam tempoh 3 minggu selepas dibuka.
Siapakah yang menghasilkan jenama Dumex Mamil?
Susu ini dihasilkan oleh syarikat Danone, ala, pengeluar biskut coklat chipsmore tu.Dumex ni salah satu jenama yang bernaung bawah payung syarikat ni & mereka menawarkan produk yang selamat, berkualiti tinggi yang disokong oleh sains dan direka untuk memenuhi keperluan pemakanan yang tepat pada masa yang tepat untuk ibu mengandung, menyusu dan membesar.
Syarikat Danone Dumex Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1958, dan mereka telah mengeluarkan dan mengedarkan produk susu tepung.
Antara jenama susu formula keluaran mereka ialah Dumex Dugro dan Mamil yang dihasilkan dikilang mereka sendiri yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.
Nak dapat harga susu murah? Tunggu Dumex Mamil promotion!
Belanja beli susu anak memang agak kasar belanjanya. Apatah lagi jika kita beli susu untuk keperluan khas seperti susu frisolac comfort & susu lactogen. Terutama sekali kalau anak kita berusia bawah setahun. Tak dapat Ibu bayangkan mak ayah yang ada anak kembar.Berganda ganda belanjanya.
Sebab itu mesti kita tercari cari promosi susu tepung kan? Di bawah ini Ibu senaraikan beberapa cara nak dapatkan promosi tersebut
- Tunggu baby fair, antara expo baby terbesar dan dikenali ramai di lembah Klang bertempat di Mid Valley Megamall. TCE Baby Fair sering menjadi tumpuan ramai.
Selalunya masa ekspo bayi ni kita boleh dapat banyal sample susu. Tengoklah siapa yang buka booth kan.
. - Kalau malas nak bersesak sesak di expo, tunggu promosi jualan online di Lazada & Shopee. Ibu tak minat sangat beli susu formula online ni sebab selalu juga baca aduan mak ayah yang barangnya lambat sampai. Atau expiry date dah dekat.
Ada juga barang yang sampai tak sama macam yang diiklankan. Contohnya susu yang sampai adalah sample bukan untuk dijual.
Jadi, hati hatilah ya.
. - Tunggu pasaraya besar buat promosi, bandingkan dulu harga secara online. Kalau berbaloi beli.
Kesimpulan tentang Susu Mamex & Mamil.
- Kedua dua jenama Mamex & Mamil adalah keluaran susu Dumex.
- Mamex untuk kegunaan bayi berusia bawah 1 tahun, manakala mamil pula untuk 1 tahun ke atas.
- Terdapat 2 lagi susu untuk anak anak yang sensitif perutnya, Mamex gold & Mamex hypoallegenic.
- Nak dapat harga terbaik, boleh survey harga di kedai, online & baby fair.
Tapi, sekiranya para pembaca mahu berkongsi pengalaman & pendapat. Mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka untuk anda.
Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan sahabat lain yang mencari info. Insyaallah, sama sama kita ke syurga bersama sama. Bukankah orang yang paling baik antara kita, mereka yang paling memberi manfaat kepada orang lain.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)
Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah.
Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com |