8 Cara Hilangkan Keputihan Semasa Mengandung. Berkesan Tau




Keputihan semasa mengandung & 8 Cara hilangkan yang berkesan

Ini masalah yang banyak berlaku kepada ibu mengandung. Memang tak selesa




Jadi kali ini ibu nak kongsikan apa yang kita boleh lakukan untuk masalah keputihan semasa mengandung

keputihan semasa ibu mengandung




Kehamilan adalah peringkat dalam kehidupan wanita apabila terdapat perubahan besar dalam badan kita. 

Terdapat perubahan hormon, perubahan mood dan perubahan fizikal, semuanya berlaku pada masa yang sama. 

Semua ini menimbulkan rasa tak selesa & tekanan secara tidak langsung kepada emosi & badan kita

Agak sukar untuk mengikuti semua perubahan tetapi insyallah setiap wanita berjaya dengan baik. 

Satu perubahan yang mungkin berlaku adalah berlakunya pengeluaran lendir keputihan ketika mengandung. 

Walaupun terdapat ubat-ubatan tertentu untuk mengubati keputihan yang boleh di makan

Tapi bila kita mengandung, tak semua ubat ubatan ini selamat dimakan

Jadi, adakah keputihan semasa hamil satu perkara yang normal?

Ya

Tapi ini tidak berlaku kepada semua ibu hamil

Semasa kita mengandung, terdapat peningkatan tahap hormon estrogen.

Ini akan memberi kesan dalam peningkatan aliran darah ke kawasan faraj. 

Sepanjang 9 bulan kehamilan, pengeluaran lendir ini mungkin meningkat. 


Fakta Tentang Keputihan Semasa Mengandung






Selalunya, kalau keluar lendir dari faraj dekat dekat akhir trimester 3 seperti minggu ke 36, itu tanda nak bersalin dah

Tapi kalau kita baru lagi mengandung, dah keluar cecair berwarna putih, kelabu atau warna lain disertai darah

.
Dan juga mengalami gatal-gatal

Memang perlu buat sesuatu. Setiap perubahan pada badan kita elok kita beritahu pada doktor


Selain itu, kita juga boleh lakukan rawatan mudah di rumah.


Boleh jadi, sedikit sebanyak membantu kan. Doktor doktor juga. Kita pun kena jaga kesihatan


Tips yang ibu senaraikan di bawah membantu mengelakkan jangkitan kepada faraj / vagina.



8 Cara Menyembuhkan Keputihan Semasa Mengandung

1. Menjaga Kebersihan diri & tempat tinggal

Ini adalah perkara yang sangat penting untuk diikuti sepanjang masa. 

Islam pun kata, Kebersihan itu separuh dari iman


Dan semasa mengandung, kebersihan dalam kawasan sulit kita menjadi lebih penting untuk mencegah sebarang jangkitan kuman. 


Basuh alat kelamin kita dengan sabun khas yang bersifat lembut & tidak wangi. 


Keringkan dengan menggunakan tuala lembut & gunakan tuala baru setiap kali. 


Dan peringatan untuk yang suka bela kucing, pastikan kita berhati hati semasa nak bersihkan najis kucing semasa mengandung. Najis kucing bahaya untuk ibu hamil


Mama ada kongsi sebelum ini tentang toxoplasmosis dari kucing


Dan


Keburukannya pada ibu hamil



2. Elakkan makan makanan yang pedas & bergoreng

Apa yang kita makan akan memberikan kesan terhadap diri sendiri & anak dalam rahim

jadi penting untuk kita teliti semua yang mahu di makan


Antara amalan yang bagus untuk cara menghilangkan keputihan semasa mengandung ialah mengelakkan makanan bergoreng. 


Alamak


Kenapa ya tak boleh?


Makanan bergoreng mengandungi banyak minyak & boleh menyebabkan rasa tidakselesaan dalam saluran pencernaan.


Nanti sakit perut


Makanan pedas pula boleh menyebabkan masalah penghadaman, kerengsaan pada bahagian sulit, senak perut.


Kalau makan pedas tak boleh, nak makan apa?


Sebenarnya tak salah pun kalau kita teringin nak makan. Rasa sikit masa teringin. Tak apa. Dan sekali sekala je kan


Sama macam makan benda manis masa mengandung. Bukan tak boleh langsung. Boleh saja makan benda manis. Tapi cuba pilih yang sihat. Contohnya makan madu. Banyak kelebihan & manfaat madu untuk ibu mengandung


Makan ikut keperluan ya


Bukan makan ikut nafsu. Semua yang berlebihan mesti bawa mudarat



3. Ambil Makanan Segar

Kepentingan makanan segar dan sihat sangat ditekankan

Apatah lagi semasa kita mengandung 


Apa kepentingan makanan yang segar ni?


Ia penting dalam memastikan usus dan sistem pencernaan kita sihat.


Kita di galakkan makan buah-buahan segar & sayur-sayuran.


Elakkan seboleh habis untuk makan di luar & cuba makanan yang dimasak di rumah untuk menjamin kebersihan & kualiti zat di dalam makanan yang di sediakan. 


Semasa mengandung ni, kurangkan makan di kedai. 


Makanan segar seperti buah buahan yang kaya dengan vitamin akan bantu kita makin sihat. COntohnya buah pisang, kaya dengan vitamin b6. Bagus untuk kurangkan alahan ibu mengandung tau


Belum masuk khasiat sayur sayuran hijau lagi, yang kaya zat besi


Makanan dah di proses dah kurang zat zat ni


Sebab tu makanan segar masih lagi jadi keutamaan



4. Pakai pakaian dalam dari kapas

Masa bujang dulu, kita bebas nak pakai baju apa & ikut fesyen terkini
.
Tapi sekarang ni lain

Sejak berbadan dua. Dan ada pula masalah keputihan


Kita kena korbankan nafsu untukpakaian dalam yang bergaya dan mewah. 


Bagi memastikan kita selesa


Ibu mengandung bagus memakai pakaian kapas yang selesa. 



Pemakaian pad khas di panggil "panty liner" di galakkan kalau keputihan yang keluar banyak

Kita akan rasa lebih selesa


Apa susah, di kedai & pasaraya banyak jual



5. Pakai Pakaian longgar & selesa setiap masa


Pakaian yang menutup aurat semestinya longgar kan. Dan lagi bagus, pakaian longgar mempunyai pengudaraan yang lebih baik


Tidak hairanlah, ada kajian menunjukkan pakaian ketat juga menyebabkan jangkitan vagina kerana


Panas

Dan pengudaraan tidak baik

Semasa mengandung, elakkan pakai pakaian ketat walaupun di dalam rumah


Pilihlah pakaian longgar yang semestinya lebih bijak


6. Minum kosong Air  Cukup 

Ibu dah banyak kali baca tips di sana sini. Minum air kosong memangbaik untuk serba serbi

Nak kurus minum air kosong pun bagus


Nak lawas ke tandas untuk detoks puns esuai minum air kosong. Dan sekarang ni minum banyak air kosong untuk elakkan keputihan


Sebab kalau badan kita cukup air, kita akan lebih bertenaga.


Mama baca kurang air dalam badan buatkan kita lebih malas & lemah longlai macam sotong di darat


Haha


Kenapa sotong di darat


Tulang di kan lembut, dalam air bukan main laju berenang, sotong di darat, nak berenang pun tak boleh. Terbaring je. Last last jadi sotong kering


Minum air kosong yang cukup akan bantu kita elakkan kencing kotor & jangkitan kuman pada kawasan sulit


Lagipun free saja kan


Melainkan water filter kita mahal brand Kowaii


Memang mahal super. Atau brand Kuku



7. Kerapkan makan Yogurt

Dulu ibu tak suka makan yogurt. Sebab tak tahan dengan baunya. TApi itu dululah

Lepas banca banyak khasiat yogurt


Sekarang ni ibu pula dah terlebih suka. Yogurt adalah makanan yang mengagumkan & ada banyak kebaikan


Yogurt bagus untuk di makan ibu mengandung kerana ia mempunyai bakteria baik yang membantu mengawal jangkitan dalaman. 


Bakteria baik dalam yogurt membantu mengekalkan saluran penghadaman yang baik & menghalang jangkitan. 


Jadikan yogurt sebagai bahagian penting dalam diet kita untuk memastikan keputihan yang di alami sentiasa terkawal. 


Yogurt juga elok di makan ibu hamil, terutama yang mengalami alahan mengandung & yang tiada selera makan



8. Makan Set Mengandung Shaklee

Badan kita perlukan khasiat yang banyak untuk kekal sihat

Ibu sedar sekarang ni ramai wanita yang stress sebab kerja kan. Banyak tanggungjawab.


Makanan yang berkhasiat akan bantu kurangkan keputihan semasa hamil.


Jadi masa ibu mengandung dulu, ibu makan Set mengandung Shaklee. Ada 6 produk semunya
.
Alhamdulillah, badan tu ada tenaga sampai malam. Dari bangun awal pagi
.
Kena keluar pelaburan sikit lah. Tapi kalau tak buat sesuatu pun kita terbaring saja
.
Jadi ibu cari di internet dan cuba makan set ini
.
set mengandung shaklee 2017

Itu sajalah untuk kali ini

Alhamdulillah, tamat sudah artikel kita kali ini


Ibu harapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu hamil jadi lebih sihat


Tapi harus ibu ingatkan


Walaupun rawatan di rumah untuk keputihan semasa mengandung ini bagus, pastikan kita jumpa dengan doktor. 


Jangan cuba makana produk pelik pelik Semasa mengandung, kerana kita tidak tahu bagaimana ia akan menjejaskan bayi dalam rahim. 


Kalau setakat makanan di atas ni, bukan makanan pelik pelik pun. Sebab banyak khasiat


Jumpa lagi ibu ucapkan
25 Ulasan

Ulasan

Mazni Azmi berkata…
Wah wah. Terima kasih ibu zaid. Siap rekemen maznee lagi

😉
Mama Hakim berkata…
Mama memang suka makan buah buahan. Alhamdulillah mungkin sebab tu alahan mengandung tak ada
Unknown berkata…
Penting sangat untuk jaga pemakanan

Kalau badan kita tidak cukup khasiat penyakit senang datang
adarain berkata…
terbaik untuk mereka yang mengandung. si
mrhanafi berkata…
info yang menarik dan baru tahu juga secara detail...

semoga ramai yang tahu tentang info ini..
Ibu Syurga berkata…
Selalu lah datang blog Ibu ya

Hehe

Sunyi kalau tak ada pelawat
Ibu Syurga berkata…
Buah buahan memang bagus sebab ada banyak khasiat

Manis dan sedap

Tak payah susah susah makan benda manis lain yang banyak gula
Ibu Syurga berkata…
Memang penting

apa yang kita makan semua jadi darah daging
Ibu Syurga berkata…
Jaga isteri baik baik masa mengandung tuan

semoga kasih sayang semakin mekar
Ibu Syurga berkata…
Terima kasih melawat tuan hanafi

Semoga bermanfaat kepada ibu mengandung

dan

untuk suami suami gentlemen
Agus rusdi berkata…
keputihan memang menyusahkan terima kasih dah mendedahkan cara mengatasi hal tersebut
nikkhazami berkata…
makan buah buahan sangat digalakkan buat ibu mengandung
Encik X berkata…
memang tak best dapat benda putih nih.

hoho..
Aryan azra berkata…
info yang bagus, masa mengandung dulu ada juga terjadi macam ni
Ibu Syurga berkata…
Semoga bermanfaat kepada tuan untuk jadi suami yang lebih baik
Ibu Syurga berkata…
BEtul tu nik

Buah buahan dan syura memang bermanfaat untuk ibu mengandung

sebab banyak khasiat dan kebaikannya
Ibu Syurga berkata…
Semua orang nak kulit putih dan cantik

Ibu Syurga berkata…
Alhamdulillah sis azra dah atasi semua tu kan

Semoga sihat untuk anak anak yang seterusnya
Wani Sukarno berkata…
SInggah sini ... tip yang bagus ni.. niasanya orang x ambil kisah pasal keputihan.. tapi makan yogurt tu paling suka hii . Tq ibu
OKje berkata…
Ha a...mmg biasa pompuan dan keputihan mmg biasa. Hakak tak ingat dah masa mengandung dulu dulu macamana. Punyalah lama dah meninggalkan zaman tu hihi...
Zulham Efendi berkata…
hal seperti ini yang di takutkan oleh ibu2 hamil, kalau orang ndak pandai jaga kesehatan kena hal seperti ini, bagusnya juga ada obatnya, coba kalau ndak ada obatnya, kan susah jadinya
Mrs Velentine berkata…
saya kalau pregnant jarang ada keputihan
Ana Jingga berkata…
perkongsian yang sangat bermanfaat ibu zaid, in shaa allah dapat membantu ibu-ibu hamil di luar sana
Mimie berkata…
Perkongsian info yg sgt bagus. Alhamdulillah preggy kan anak tak ada masalah keputihan...