Walaupun banyak jenama susu formula di Malaysia, ramai ibubapa memilih susu fernleaf untuk keluarga mereka! Baca sampai habis untuk jawapannya.
kebaikan Susu fernleaf untuk seisi keluarga

Minum susu memang baik untuk kesihatan semua. Sebab itu, kita sebagai ibu & ayah patut menghidupkan tabiat minum susu di rumah.

Salah satu jenama susu tepung terbaik di pasaran Malaysia ialah dari jenama Fernlead. Ibu kongsikan dengan kerjasama page Ibu Bijak Keluarga Sihat.


Baca artikel mengenai susu tepung fernleaf sehingga habis dan anda dijamin akan

  1. Mengetahui 3 pilihan susu fernleaf yang dijual di Malaysia.
    .
  2. Memahami cara memilih produk fernleaf yang sesuai untuk seisi keluarga kita.
    .
  3. Buat pilihan bijak dengan membandingkan harga susu fernleaf dengan jenama susu formula seperti susu pediasure complete & susu Dutch Lady.



Bacaan menarik: Baca ini untuk mengetahui jenama susu tepung terbaik di Malaysia untuk bayi & anak anak! 

3 Pilihan susu formula fernleaf untuk kegunaan seisi keluarga! Ini cara buat pilihan terbaik.

Ada 2 negara yang sangat terkenal di dunia dengan industri tenusu mereka. 
  1. Holland atau Belanda.
  2. New Zealand.

Jika sebelum ini Ibu pernah ulas tentang susu dutch lady yang dihasilkan di Holland, kali ini kita lihat pula jenama susu fernleaf yang dibuat dari negara New Zealand.

Susu ini diperbuat 100% dari susu keluaran New Zealand.


Susu Fernleaf yang berkualiti ini hasil daripada lembu lembu susu mereka yang sihat yang makan rumput segar di padang ragut New Zealand sepanjang tahun.

Lembu lembu yang fit lagi gembira ini, dibiarkan bebas meragut rumput di bawah sinaran matahari & bersenam sepanjang hari akan menghasilkan susu yang penuh berkhasiat dari sumber semula jadi.

Selainitu, syarikat Fonterra yang menghasilkan susu fernleaf mempunyai piawaian keselamatan makanan dan kualiti yang tinggi.

Hasilnya, produk tenusu yang terkenal dengan kualitinya.

1. Susu formula UHT Fernleaf.

Kita boleh memberikan keluarga kita dengan nutrisi harian bukan saja berkhasiat, malah enak rasanya dengan Susu UHT Fernleaf.


susu fernleaf uht


Susu ini selamat digunakan seisi keluarga & telah menerima rawatan Ultra High Temperature (UHT) untuk mematikan sebarang risiko pencemaran dari bakteria berbahaya.

Ia diperbuat dengan 100% susu lembu new zealand & akan membekalkan kita sekeluarga dengan khasiat yang diperlukan badan seperti
  • Protein
  • Kalsium
  • Vitamin A, B , C dan D.
Syarikat Fonterra mempercayai kualiti produk tenusu yang dikeluarkan mereka antara yang terbaik di dunia. 

Tak hairanlah kerana mereka adalah antara peneraju bidang tenusu di New Zealand berdekad lamanya.

Susu tepung UHT Fernleaf mempunyai saiz pek yang tersedia:
  • Susu UHT Penuh krim: 200ml, 1 Liter
  • Susu UHT Coklat: 200ml, 1 Liter
  • Susu UHT Rendah lemak: 1 Liter
Kita pergi pula kepada susu tepung seterusnya.


2. Susu tepung rumusan untuk kanak kanak fern leaf.

Susu fernleaf yang dirumus khas untuk kanak kanak & dihasilkan dalam dua formulasi untuk 2 peringkat usia berbeza.
  • untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun.
  • untuk anak berusia 4 hingga 6 tahun.

susu fernleaf untuk 1 hingga 3 tahun


Kedua dua produk ini mengandungi nutrisi yang didambakan badan anak anak kita seperti DHA, vitamin A & C.

Kedua dua pilihan susu formula untuk kanak kanak dari Fernleaf ini tersedia dalam saiz pek berikut:


a. Susu Fernleaf 1 – 3 tahun

  • Asli: 300g, 550g, 900g
  • Madu: 300g, 550g, 900g

b. Fernleaf 4 – 6 tahun

  • Asli: 550g, 900g
  • Madu: 900g
  • Coklat: 900g



3. Susu Fernleaf Calciyum.

Bagi anak anak yang sedang membesar, mereka memerlukan diet yang tinggi kalsium untuk membesar dengan aktif & tinggi.


susu fernleaf calciyum


Kita boleh sajikan anak anak kita dengan minuman enak berperisa vanila & coklat sebagai susu tepung bernutrisi Fernleaf CalciYum.

Susu ini mengandungi Phocuslipids & kaya dengan mineral kalsium dan zink

Amalkan setiap hari sebagai sebahagian daripada sarapan pagi anak anak kita. 

Setiap cawan susu berkrim yang lazat ini mengandungi 6 nutrien utama sebagai persediaan untuk hari mereka yang penuh tenaga.


4. Susu Tepung Segera & Penuh Krim Fernleaf.

Susu dari fernleaf yang lazat lagi berkrim ini juga dihasilkan dari 100% susu dari New Zealand. 


susu fernleaf instant full cream


Rumusannya mengandungi khasiat seperti vitamin A, B2 dan B12 untuk dinikmati seisi keluarga.

Produk ini boleh dipilih dari saiz pek seperti:
  • Susu tepung penuh krim: 300g, 550g, 900g, 1.8kg
  • Susu tepung segera: 550g, 1.1kg



5. Susu tepung fernleaf family.

Jika anak anak kita dah besar dan bersekolah, kita wajib memastikan keluarga tetap meneruskan pengambilan susu sebagai diet harian.


susu fernleaf family


Agak pening sebenarnya nak memilih susu yang boleh diminum seisi keluarga. 

Mujurlah, ada juga susu fernleaf yang sesuai diambil keluarga kita. Minumlah susu Tepung Fernleaf Family untuk membantu menyediakan nutrien penting.

Susu ini mengandungi khasiat seperti Vitamin A, C, D, B1 , B2 , B3 dan B12 dan mempunyai pilihan pek dalam saiz berikut:
  • 175g
  • 550g
  • 900g
  • 1.8kg
Cukup 5 jenis susu tepung fernleaf yang boleh dibeli. Sekarang ni, kita lihat pula harga susu jenama ini.


Harga susu fernleaf Mac 2019.

Di bawah ini adalah harga terkini produk fernleaf di Malaysia. Kalau anda buat tinjauan dan perbandingan harga sendiri, mungkin boleh dapat lagi murah.

Tapi kena pertimbangkan sama ada kos pos, tempoh menunggu & tarikh luput produk ni sebelum beli ya.

Beli barang online ni pun berisiko sangat. Ramai juga yang dapat produk yang boleh dipersoalkan kualitinya, dah nak expired dan lain lain.

Kita jadilah pengguna bijak.
  1. Fernleaf 1 - 3 Years 900g Plain - RM27.50
  2. Fernleaf 1 - 3 Years 900g Honey - RM25.99
  3. Fernleaf 4 - 6 Years 900g Plain - RM25.99
  4. Fernleaf 4 - 6 Years 900g Honey - RM25.99
  5. Fernleaf 4 - 6 Years 900g Chocolate - RM25.99
  6. Fernleaf Calciyum Powder Melting Chocolate 900g - RM24.16
  7. Fernleaf Full Cream 900g - RM29.89
  8. Fernleaf Full Cream Milk Powder 1.8kg - RM51.89
  9. [Set of 2] Fernleaf Full Cream 1.8 Kg - RM102.50
  10. [Set of 3] Fernleaf Full Cream 1.8 KG - RM152.00
  11. Fernleaf Full Cream Powder 1.8 KG - RM51.50
  12. Fernleaf Family (900g) - RM26.50
  13. Fernleaf Family 1.8kg - RM51.55


Apakah kebaikan susu fernleaf untuk keluarga kita?

Sekarang tiba masanya untuk kita bincangkan kelebihan yang diperolehi dengan mengamalkan susu ini.

1. Terdapat 5 pilihan susu tepung fern leaf.

Seperti yang Ibu kongsikan di awal artikel tadi, ada 5 pilihan susu untuk pelbagai guna. Kita kelaskan ikut peringkat umur.
  • Kanak kanak - susu calciyum, susu tepung rumusan untuk kanak kanak
  • Untuk seisi keluarga - Susu penuh krim, Susu family & Susu segera.
Terpulang kepada kita untuk buat pilihan.

2. Harga susu yang mampu milik!

Ibu perhatikan, susu fernleaf memang mampu dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Harga susu ni kategori susu dutch lady & susu dugro juga. Tak mahal dan dapat kuantiti yang banyak.

Bukan macam susu pediasure complete & susu s26 gold yang mahal tu.

3. Banyak dijual di kedai! 

Kita boleh dapatkan susu berjenama fernleaf di kedai kedai pasaraya mini seperti 99 speedmart, dan juga pasaraya besar seperti tesco & aeon big.

Dalam talian lagilah bersepah sepah.

Jadi, tak ada isu susah nak dapatkan bekalan susu.

4. Terdapat dalam pelbagai saiz pek!

Susu ini di jual dalam saiz sekecil 175g dan sebesar besar saiz 1.8kg. Kalau baru nak cuba beli yang kecil dulu.

Kalau serasi, baru beli pek yang besar.

5. Sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Apa yang istimewa dengan jenama fernleaf, satu keluarga boleh minum bersama sama.

Dari anak berusia 1 tahun sampailah kepada kita sebagai mak ayah.

Sama samalah kita membudayakan pemakanan yang sihat.


Sample percuma fernleaf, bagaimana cara memperolehinya?

Ibu dah cari di internet, nampaknya sampel susu dari fernleaf memang tak ada. Mungkin Ibu yang tak jumpa.

Cuma setakat ini memang tak ada.

Insyaallah kalau ada caranya, Ibu akan kongsikan dengan segera di sini.


Bagaimana cara membancuh susu tepung fernleaf yang betul?

Disebabkan susu mengandungi banyak nutrien yang sensitif terhadap suhu tinggi, cara membancuh yang betul sangat penting.

Di bawah ini Ibu kongsikan panduan mudah untuk membancuh susu apa apa jenama pun. 

Insyaallah, dengan cara berikut khasiat yang ada di dalamnya tidak akan musnah dengan air panas.
  1. Baca label di bungkusan susu fernleaf untuk sukatan air & susu yang tepat.
  2. Tuangkan air panas ke dalam cawan sehingga separuh, dan tambahkan air sejuk sehingga suhu air menjadi suam.
  3. Masukkan sukatan susu yang disarankan di plastik susu.
  4. Kacau sehingga sebati, dan susu sedia diminum.
  5. Elakkan menambah minuman & makanan berkafein semasa minum susu kerana ia menjejaskan penghadaman.


Adakah susu fern leaf berbahaya kepada kesihatan & tidak selamat digunakan?

Apa apa produk sekalipun perlu digunakan dengan betul & tidak melebihi sukatan harian yang di tetapkan.

Selain itu, kita sebagai ibu bapa seharusnya lebih peka dengan masalah kesihatan yang dipunyai oleh anak anak kita.

Contoh masalah kesihatan yang menyebabkan anak kita alah dengan susu adalah seperti G6PD dan alahan susu lembu.

Sekiranya betul anak kita mempunyai masalah di atas, dapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan terlebih dahulu sebelum mencuba.

Insyaallah, hati kita lebih tenteram.



Kesimpulan susu fernleaf untuk keluarga.

Alhamdulillah, kita dah sampai ke hujung perkongsian. Ibu harap, hati mak ayah makin yakin lepas baca artikel ni.

Sama ada nak beli susu fern leaf atau tidak. Di akhir artikel ini Ibu nak buat rumusan sikit.
  1. Terdapat 5 pilihan susu tepung fernlead di Malaysia untuk kegunaan seisi keluarga.
  2. Umur yang sesuai untuk menggunakan produk dari fernleaf ialah 1 tahun dan ke atas.
  3. Harga susu formula dari fernleaf tergolong dalam segmen mampu milik lagi. Satu geng dengan susu dugro dan susu dutch lady.
  4. Tiada sample percuma fernleaf yang boleh di perolehi dari laman web rasmi mereka.

Jika anda berhasrat berkongsi pengalaman & pendapat tentang fernleaf, atau mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka.

Sama sama kita jadikan amalan untuk berkongsi ilmu, dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan sahabat lain yang mencari info. 

Insyaallah, sama sama kita ke syurga. Bukankah orang yang paling baik antara kita, mereka yang paling memberi manfaat kepada orang lain.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)








Penulis / Editor : Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah. 

Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com