15 Buah buahan & sayur Untuk Kencing Manis Semasa Mengandung!




15 Buah buahan & sayur Untuk Kencing Manis Semasa Mengandung!

Assalamualaikum Wrmbth, makan buah buahan memang sedap.
.
Rasanya yang manis & kalau di makan sejuk sejuk
.
buah buahan untuk ibu hamil diabetis

.
Memang menyegarkan. Tapi ibu selalu tertanya apa buah dan sayur bagus untuk diabetis?
.
Sebab
.
Kalau makan buah, risau gula darah tinggi pulakkan?
.
Terutama masa mengandung. (Lihat tanda mengandung minggu pertama di sini.)
.
Risau nya rasa
.
Sebenarnya tak juga
.
Ada buah buahan yang bagus di makan oleh ibu mengandung.
.
Yang ada kencing manis.
.
Sayur sayuran apa lagi kan
.
Insyaallah, Ibu akan kongsikan dengan kawan kawan semua
.
Khas untuk pembaca blog ibusyurga.blogspot.com.
.

Buah & sayur apa bagus untuk ibu hamil yang ada diabetis? Gula maintain & hati lega





Ada buah-buahan yang kaya kandungan nutrisi dan serat, bagus untuk mengawal kadar gula darah. Memang makanan berkhasiat untuk ibu hamil
.
Dan bagus untuk diabetis
.
Persoalannya
.
Ibu yakin, kita tak tahu buah yang mana
.
Betul kan?
.
Daripada kajian, American Diabetes Association (ADA) telah menyatakan bahawa buah-buahan & sayur yang kaya vitamin, mineral, & serat yang penting bagi pesakit diabetes.
.
Wow
.
Kenapa ya?
.
Dalam buah & sayur
  1. Mempunyai kandungan antioksidan yang sangat baik untuk mencegah kerosakan sel. 
  2. Antioksidan menolong mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh tekanan oksidatif. 
  3. Tanpa kawalan, tekanan oksidatif ini akan menyebabkan komplikasi yang banyak dialami pesakit diabetes.

.
Macam tu
.
Penting ya antioksidan ni
.
Selain untuk kesihatan, antioksidan juga bagus untuk kecantikan & awet muda. Kalau tak pakai krim malam untuk kulit cantik, banyakkan makan buah & sayur
.
Memang awet muda
.
Betul ke antioksidan bagus untuk kencing manis?
.
Ada bukti ke?
.
Ada
.
Dalam 1 kajian yang diterbitkan pada tahun 2013 oleh "National Journal of Integrated Research in Medicine"   menunjukkan 
.
Pesakit diabetes jenis 2 yang mengambil ubat & antioksidan mempunyai tahap kerosakan oksidatif yang lebih rendah berbanding mereka yang hanya mengambil ubat sahaja.
.
Jadi
.
Selain makan ubat yang doktor beri
.
Bagus juga untuk kita amalkan buah buahan & sayur kan.
.
Supaya badan kita dapat zat yang mencukupi
.
Tips seterusnya

Lagi terbaik

Dapat bantu kita kenyang lama

Dan kawal gula dalam darah supaya kencing manis dalam kawalan

Apakah ia?

Apa itu Indeks glisemik (IG) & jumlah karbohidrat?

indeks glisemik makanan yang baik untuk kawal kencing manis

Indeks glisemik?
.
AKA IG
.
IG bukan instagram ya
.
Apa kah itu?
.
Indeks yang kita biasa dengar ialah indeks pencemaran udara
.
Itu pun masa jerebu saja kan
.
Habis tu apa dia Indeks glisemik ni?
.
Indeks glisemik ni penting untuk kawal gula dalam darah
.
Makin rendah angka nombor glisemik
.
Makin lambat makanan itu di hadam
.
Makin lambat gula di bebaskan dalam darah
.
Dan makin lama kita rasa kenyang
.
Oh
.
Macam tu
.
Ibu rasa semua orang tahu roti gardenia kan? Cuba perhatikan pada label roti gardenia. Ada macam macam warna kan?
.
Cuba perhatikan jadual pada bungkusan
.
Ada no indeks glisemik
.
Senang cerita
.
Makin mahal roti gardenia tu.
.
Makin rendah no indeks glisemik. Makin banyak serat. Macam tu lah logiknya
.
Ok
.
Buah pun ada indeks glisemik tau
.
Walaupun buah mengandungi banyak kebaikan untuk kesihatan
.
Tak bererti kita boleh makan buah tanpa had. 
.
Bukan semua buah ni sihat
.
Contohnya
.
Walaupun buah ceri ni sihat.
.
Tapi ceri yang dah dicelup & diawet dengan gula atas kek tu. Memang tak sihat lah
.
Ataupun
.
Makan aiskrim perasa strawberi
.
Rasa je strawberi
.
Gula saja dalam tu
.

Jadi macam mana kita nak makan buah yang betul & bagus untuk ibu mengandung yang ada diabetis?

Jika kita menggunakan indeks glisemik untuk mengawal pelan pemakanan harian semasa mengandung, kebanyakan buah-buahan segar mempunyai IG rendah kerana kandungan fruktosa dan serat di dalamnya. 
.
Wow
.
Sayur pula memang pasti sihat
.
Serat dalam sayur & buah membantu mengawal nafsu makan kerana mampu mengenyangkan kita tanpa menaikkan gula darah secara drastik. 
.
Ibu nak kongsi tips
.
Kalau nak dapat khasiat penuh dari buah tu
.
Supaya mendapat manfaat serat secara optimum, makan buah tanpa mengupas kulitnya.
.
Hehe
.
Siapa yang panjang akalnya
.
Mesti terbayang, kalau buah durian takkan nak makan dengan kulitnya kan?
.
Alahai
.
Lawak benar
.
Buah yang ibu maksudkan ialah buah yang kulitnya nipis.
.
Yang kulitnya boleh dimakan terus bersama kulitnya.
.
Faham & jelas sejelas nya kan?
.
Macam langit cerah selepas hujan turun
.
Perhatikan juga jumlah kandungan karbohidrat yang kita makan. 
.
Secara umumnya
.
Pesakit diabetes secara umumnya tak boleh melebihi had 45 gram karbohidrat dalam 1 hidangan. 
.
Jadi
.
Setiap kali makan
.
Ibu cadangkan supaya
.
Makan buah bersama sumber karbohidrat dan protein secara seimbang.
.
Kalau tak berapa yakin
.
Cuba dapatkan nasihat daripada doktor
.
Supaya kadar gula darah kita semasa mengandung terkawal sepanjang 9 bulan mengandung.
.
Ok, ini 16 jenis buah & sayur yang bagus untuk kencing manis semasa hamil
.

16 Buah &  yang terbaik untuk pesakit diabetes

Makanlah buah buahan ini semasa hamil. 
.
Insyaallah akan membantu mengawal gula & membekal vitamin mineral semasa mengandung. Ibu sihat.
.
Anak apa lagi kan

1. Epal

  • Sebiji epal saiz kecil mempunyai 54 kalori dan 14 gram karbohidrat. 
  • Indeks glisemik buah epal yang rendah sangat baik bagi pesakit diabetes untuk mengurangkan kadar gula dalam darah.
  • Epal mengandungi serat dan vitamin yang banyak. 
  • Makan epal tanpa mengupas kulitnya kerana kaya dengan antioksidan (Kecuali kulit epal telah dililin).
  • Kandungan pektin dalam epal dapat membantu mengawal gula darah & fungsi usus
  • Epal kaya dengan kebaikan anti inflamasi & membolehkan pemulihan kesihatan si pesakit lebih cepat. 
  • Basuh epal  dengan bersih sebelum makan untuk menghilangkan racun perosak.

2. Buah Oren

  • Sebiji oren segar mampu memenuhi keperluan vitamin C harian anda. 
  • Oren bagus untuk ibu hamil menghidap diabetis kerana hanya mengandungi anggaran 15 gram karbohidrat & 62 kalori setiap biji. 
  • Oren kaya dengan folat & potasium yang boleh membantu meneutralkan tekanan darah.
.

3. Buah Beri

  • Buah buah beri seperti strawberi, blueberry, blackberry, dan buah beri lain kaya akan antioksidan, vitamin, dan serat.  
  • Buah beri secara umumnya mempunyai kandungan 85% air di dalamnya
  • Bagus dimakan untuk membantu menurunkan berat badan, menurunkan kolesterol, serta membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
  • Buah yang dikategorikan American Diabetics Association sebagai diabetes superfood ini mempunyai kalori & karbohidrat rendah, iaitu kira-kira 62 kalori dan 16 gram karbohidrat per ¾ cawan.

4. Kiwi

  • Buah kiwi mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan pesakit diabetes. 
  • Sebiji kiwi saiz besar mengandungi sekitar 56 kalori dan 13 gram karbohidrat. 
  • Indeks Glisemik nya juga rendah, iaitu 53. 
  • Kiwi juga mengandungi insitol yang penting untuk mestabilkan kadar glukosa darah. 
  • Insitol akan meningkatkan kemampuan insulin untuk menyerap glukosa & mengurangkan kadar gula yang mengalir dalam darah.
  • Kaya dengan Antioksidan yang dapat mencegah kerosakan DNA
  • Potasium dalam kiwi membantu mengatur tekanan darah dan melindungi jantung.
  • Kiwi mengandungi fruktosa & serat yang mudah dicerna oleh badan
  • Kandungan fitonutrient dalam buah kiwi boleh membantu memberikan perlindungan terhadap DNA dari bahaya kerosakan oksigen dalam tubuh.
  • Kandungan vitamin A dan C dalam buah kiwi akan sangat membantu dalam proses penyembuhan diabetes.

5. Jambu Batu

  • Jambu batu mempunyai nilai indeks glisemik yang rendah
  • Kaya serat, vitamin A dan C.
  • Jambu batu sangat bagus untuk pesakit diabetes kerana dapat membantu mengawal diabetes.
.

6. Buah Pear

  • Sebiji buah pear mempunyai kira-kira 100 kalori dan 26 gram karbohidrat. 
  • Buah pear kaya dengan potasium dan serat seperti oren. 
  • Pear juga mempunyai flavonoid yang dapat membantu meningkatkan sensitiviti insulin. 
  • Kandungan antosianin & antioksidan dalam buah pir dapat membantu mengurangkan kerintangan insulin yang dialami pesakit diabetes.
  • Satu kajian yang di terbitkan oleh Nurses 'Health Study menunjukkan bahawa gabungan epal & pear mempunyai kemampuan yang konsisten untuk menurunkan risiko diabetes jenis 2 berbanding buah-buahan lain.
  • Buah pear mempunyai kandungan serat yang banyak untuk membantu menurunkan kolesterol & membantu kelancaran sistem metabolisme dalam tubuh.

7. Ceri

  • 12 butir ceri manis mempunyai 59 kalori dan 14 gram karbohidrat yang selamat dimasukkan dalam diet untuk pesakit kencing manis. 
  • Buah ceri manis & masam mempunyai antosianin yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran insulin yang membantu mengawal kadar gula dalam darah. hingga 50% mengikut kajian dari Michigan State University. 
  • Daun buah ceri mempunyai kandungan saponin dan flavonoid yang dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah serta membantu memperbaiki sel-sel tubuh yang mampu merembeskan insulin.

8. Anggur

  • Anggur merah dan hitam merupakan salah satu buah yang dianjurkan oleh American Diabetic Association (ADA) untuk dimakan pesakit diabetes. 
  • Anggur mempunyai kandungan fruktosa yang yang boleh menyerap glukosa dengan cepat.
  • Anggur merah mempunyai resveratrol yang dapat membantu mencegah obesiti dan komplikasi diabetes. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa anggur dapat menurunkan tekanan darah mencegah rintangan insulin. Produk vivix shaklee menggunakan anggur merah muscadine yang kaya dengan resveratrol untuk manfaat kesihatan. Termasuklah pesakit kencing manis
  • Kandungan beta karoten, vitamin, antioksidan, polifenol serta kalium dalam anggur dipercayai dapat melambatkan perkembangan diabetes jenis 1 dan boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta mencegah terjadinya rintangan insulin pada pesakit diabetes jenis 2.
  • Tapi, anggur mempunyai kandungan karbohidrat yang cukup tinggi sehingga para doktor menyarankan agar pengambilan anggur dihadkan tidak lebih dari 12 - 15 biji setiap hari. Sebab anggur memang manis kan
  • ADA juga mengesyorkan pengambilan anggur hijau yang mempunyai serat lebih tinggi daripada anggur merah dan hitam.
  • Kandungan serat dalam buah anggur boleh dijadikan sebagai diet sihat bagi pesakit diabetes.

9. Betik

  • Betik mempunyai IG semulajadi yang rendah & dapat membantu mengawal tahap glukosa darah. 
  • Kajian menunjukkan bahawa pengambilan betik secara teratur dapat menurunkan risiko diabetes jenis 2. 
  • Kandungan potasiumnya pun tertinggi berbanding buah lain sehingga baik untuk mencegah penyakit jantung. 
  • Betik kaya karotena & enzim papain yang dapat melawan radikal bebas.
  • Kadar gula dalam buah betik sangat rendah & selamat dimakan pesakit diabetes.
  • Antioksidan dalam buah ini mampu mencegah terjadinya kerosakan sel-sel dalam tubuh.
  • Kandungan serat dalam betik bagus untuk diet ibu mengandung diabetes kenyang lebih lama.
.

10. Tembikai

  • IG tembikai agak tinggi. Tapi, 1 mangkuk tembikai potong hanya mempunyai 11.5 gram karbohidrat dan 46 kalori. 
  • Jadi boleh makan tembikai, tapi jangan berlebihan.
  • Pengambilan tembikai dalam kuantiti kecil tidak meningkatkan kadar glukosa darah secara mendadak.
  • Kenapa susah susah nak makan tembikai? Buah ini kaya dengan karotenioid lycopene yang berfungsi sebagai antioksidan dan membantu menurunkan kadar glukosa. 
  • Tembikai pun termasuk salah satu buah yang disyorkan ADA sebagai buah untuk pesakit diabetes.
.

11. Buah peach

  • Buah peach mengandungi sebatian fenolik yang mampu mengatasi obesiti, penyebab utama serangan jantung & kencing manis.
.

12. Tembikai susu

  • Tembikai susu mempunyai kandungan kalium dalam buah tembikai boleh membantu menurunkan tekanan darah yang mengakibatkan rintangan insulin.
  • Kandungan kuprum dalam buah ini membantu memperbaiki jaringan  sel-sel pankreas yang membekalkan keperluan insulin untuk mengawal gula darah.
  • Vitamin B dan C dalam buah tembikai susu mempunyai kesan untuk mengelakkan terjadinya komplikasi pada pesakit diabetes.
.

13. Buah tin

  • Kandungan pektin (serat larut) dalam buah tin bermanfaat untuk membantu membersihkan kolesterol dalam tubuh.
  • Buah tin mengandungi kalium yang tinggi & sodium yang rendah, sangat bagus mencegah gangguan tekanan darah tinggi & mengawal gula darah.
  • Buah tin banyak mengandungi kalsium yang sangat baik untuk pembentukan tulang
  • Kandungan omega 3, omega 6 & fenol pada buah tin yang dikeringkan boleh membantu mencegah penyakit jantung koroner.
.

14. Tomato

  • Kandungan licopene dalam tomato dapat membantu mengurangkan proses kerosakan membran sel dalam darah serta membantu mencegah kerosakan sistem imun tubuh.
  • Kandungan fitonutrien dalam tomato membantu mengelakkan pembuluh darah tersumbat.
  • Vitamin C dan E tomato mengurangkan kerosakan sel badan akibat pengoksidaan.
  • Vitamin K, fosforus dan tembaga dalam tomato dipercayai dapat membantu meningkatkan kesihatan tulang.
  • Vitamin B1, B2 & B6, membantu meningkatkan kesihatan jantung
  • Tomato mengandungi molybdenum yang dapat membantu dalam proses pengeluaran enzim
  • Kromium & mangan dalam buah ini dapat membantu keseimbangan gula darah

15. Buah Naga

  • Buah naga bagus untuk pesakit diabetes kerana kandungan gula yang sangat rendah.
  • Buah ini kaya dengan nutrisi yang dapat membantu tubuh memenuhi keperluan harian tubuh pesakit diabetes dengan selamat.
Tamat sudah perkongsian ibu untuk kali ini. Buah untuk diabetis yang selamat diambil ibu mengandung.
.
Pengajaran dari artikel ini, lebih baik kita makan buah buahan untuk sumber manisan
.
Gula dalam buah lebih selamat kerana dari sumber semulajadi
.
Apa pun, pucuk pangkalnya
.
Bersederhanalah
.
Semua perkara yang elok
.
Jika di buat berlebihan pun tak elok jadinya
.
Ibu ucapkan selamat berpuasa (Hari ini 26 ramadhan). Dan hati hati memandu untuk balik kampung ya
.
Jumpa lagi insyaallah
.

5 Ulasan

Ulasan

ajumohit berkata…
Tq atas perkongsian bermanfaat ini
Mazni Azmi berkata…
Banyak manfaat tentang amalan semasa mengandung yang maznee perolehi masa lawat blog ibu zaid
EHS berkata…
sebenarnya banyak pantang kena ikut time mengandung ni. Baik untuk si ibu dan kandungannya. so kena berpantang untuk kebaikan baby n ibu
Unknown berkata…
Banyaknya makanan yang sihat untuk kencing manis

orang ada kencing manis masih boleh makan sedap-sedap
Unknown berkata…
Terima kasih perkongsian,sangat2 berguna