Sakit perut memulas ketika mengandung? Ini 13 Cara Mengelak Yang Bijak!




Punca dan Rawatan untuk Sakit Perut Semasa Kehamilan

Sakit perut semasa mengandung boleh berpunca daripada beberapa sebab. 

Dan bukan semua sakit ni sama

Ada sakit perut ringan 

Sakit sikit sikit je



sakit perut memulas semasa mengandung

Kepada sakit perut yang teruk. 

Dan kesakitan di bahagian abdomen semasa mengandung tidak boleh diabaikan (Baca lagi tentang tanda kehamilan awal 1 bulan).

Artikel ini akan membantu kita melihat

Punca punca & rawatan alternatif untuk sakit perut ketika hamil.

Supaya kita dapat melalui 9 bulan mengandung dengan kenangan indah

Kebanyakan ibu hamil akan mengalami beberapa masalah kesihatan semasa mengandung. Jadi memang ada pantang larang yang boleh diikut

Ini kerana kehamilan adalah fasa penting dalam kehidupan wanita. 

Tak naklah kita ingat, memori pahit je yang ada semasa hamil

Betul kan?

Sakit perut semasa mengandung adalah salah satu masalah yang menyebabkan ketidakselesaan yang besar kepada wanita. 

Tetapi, adakah ia normal untuk mengalami sakit perut sewaktu anda hamil? 

Sama sama kita berusaha untuk kehamilan yang terindah dalam hidup

Mula mula, penting untuk ibu mengandung tahu

Apa sebab sakit perut. Ada 5 sebab semuanya

Iaitu



5 Punca sakit perut semasa hamil yang biasa dialami. Cuba cek sama tak?

punca sakit perut semasa hamil

1. Implantasi / Penempelan

Ramai wanita berasa sakit atau kekejangan seperti haid selama sehari di awal kehamilan. 

Sakit perut jenis ini biasanya berlaku apabila embrio menempel / melekat ke dinding rahim

2. ligamen menegang

Pada trimester kedua, otot & ligamen yang menyokong rahim akan meregang

Ini akan menyebabkan sedikit rasa sakit di perut

Atau sakit tajam di sebelah perut sahaja. 

Ramai ibu akan berasa kesakitan ini apabila bangun dari katil, kerusi, atau semasa batuk.

Ok

Sebab no 3 ini memang wajib dialami semua ibu mengandung

Ia akan mula berlaku semasa trimester ke 3

Apakah ia?

3. Sakit untuk bersalin palsu (Kontraksi Braxton Hicks)

Dalam trimester kedua dan ketiga, kita mungkin akan merasakan penegangan / penguncupan 

Atau pengetatan otot rahim yang tidak teratur

Atau juga dipanggil kontraksi Braxton-Hicks. 

Sakit di sebabkan braxtopn hicks bermula  tidak berapa menyakitkan 

Dan cenderung untuk semakin kerap pada minggu-minggu menjelang tarikh kita di jangka melahirkan. 

Macam mana nak tahu yang kita mengalami kontraksi braxton Hicks?

Jika kontraksi berhenti apabila kita berjalan, berlaku secara tidak teratur, dan tidak menjadi semakin atau semakin cepat bila masa berlalu

4. Kejang

Dalam minggu-minggu terakhir kehamilan, kekejangan yang dirasakan pada belakang badan

Atau iras dengan kekejangan haid mungkin menjadi tanda hampir bersalin

5. Sakit perut  biasa

Kesakitan perut ini normal & mungkin disebakan oleh
  1. Angin
  2. Kembung disebabkan oleh hormon yang melambatkan pencernaan
  3. Tekanan dari rahim
  4. sembelit
  5. Atau pedih ulu hati yang semakin meningkat. 


Kita dapat mengurangkan sakit jenis ini dengan 
  1. menukar kedudukan
  2. berjalan
  3. atau senaman ringan (seperti kerja rumah)

9 Cara mengatasi sakit perut semasa mengandung Amalan ibu bijak

cara mengatasi sakit perut hamil

Macam mana caranya untuk kita kurangkan sakit perut?

Boleh cuba beberapa cara di bawah

Apabila kita berasa sakit perut:

1. Beri diri kita masa untuk rehat. 

Duduklah dan berehat. 

Cuba duduk sebentar.

Mungkin kita terlalu banyak kerja. 

Bersantai dengan selesa boleh melegakan gejala sakit perut.

Beristirahat apabila kita rasa sakit di perut biasanya mengurangkan kejang

Ibu yang ada alahan mengandung akan kerap loya

Jadi memang perlu lebih masa untuk berehat

2. Tuam kawasan yang sakit

Ambil kain & tuam kawasan itu dengan air suam suam panas.

Tuam di kawasan yang menyakitkan.

3. Cukupkan pengambilan air harian

Minum banyak air untuk kekal terhidrasi.

Untuk menghilangkan angin dalam perut, kita perlu mengambil banyak air semasa kehamilan.

4. Pilih minuman yang betul

Minuman peppermint dan teh halia diketahui untuk berikan keselesaan dalam perut. 

Minuman coklat panas adalah pilihan lain juga bagus

5. Pergi spa atau dapatkan urutan

Kita juga boleh mendapatkan urutan untuk mendapatkan keselesaan yang sangat diperlukan.

Tapi pastikan pengurut tu pakar & berpengalaman urut ibu hamil ya

Bukan tukang urut sebarangan

6. Dapatkan pandangan doktor

Sekarang ni ada macam macam suplemen di pasaran

Dan tak semua ni baik.

Dapatkan nasihat doktor sebelum memilih untuk makan jenis ubat-ubatan herba.

7. Baring sebentar

Baring di sisi bertentangan rasa sakit itu, dan angkat sedikit kaki kita.

8. Mandi air hangat.

9. Bertenang

Cuba bertenang & sibukkan diri. Bila kita sibuk, rasa sakit tu tak berapa terasa

10. Selalu ambil hidangan kecil

Makan makanan yang kecil dan kerap.  Tips ini juga bagus diamalkan oleh ibu mengandung yang ada alahan. Dan juga untuk ibu yang ada kencing manis.

Ibu ada kongsikan petua hilangkan diabetes semasa mengandung sebelum ni

Boleh baca. Klik saja ya

11. Bersenam (Senaman ringan)

Senaman secara teratur & sederhana

12. Ambil makanan berserat

Pilih makanan kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bran

Buah buahan bukan saja sedap. 

Malah menyegarkan. Antara yang bagus diambil ibu mengandung ialah tembikai merah, epat & pisang.

Pengambilan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung akan meberikan kita tenaga

Dan memberikan bayi dalam rahim

Nutrient penting

Untuk membesar

13. Kerap pergi ke tandas

Kosongkan pundi kencing dengan kerap

Ok lah

Andai kata kalau kita dah buat semua ni

Tapi masih tak ada juga kurang. Apa yang kita perlu buat?

6 isyarat tambahan yang patut diambil perhatian jika berlaku serentak dengan sakit perut

Hmm

Nak risau ke tak?

Andai kata rasa sakit tu masih ada

Dan keluar pula tanda tanda seperti dibawah ni, Mungkin elok untuk jumpa doktor
  1. kesakitan atau rasa pedih semasa membuang air kecil
  2. Keluar pelepasan faraj yang tidak normal.  Contohnya keluar lendir keputihan semasa hamil. Takut kalau tak dikawal jadi serius
  3. Tompokan darah atau pendarahan
  4. Muntah muntah
  5. Demam
  6. Menggigil 

Ini cuma panduan umum saja

Ibu harap, sedikit sebanyak membantu puan yang sedang mengandung di luar sana

Apa pun yang kita buat

Pastikan dapat nasihat doktor ya

Sebab badan kita tanggung jawab kita.

Jumpa lagi ibu ucapkan


Rujukan

Sedikit sebanyak, ini rujukan ibu semasa menulis artikel ini
  1. Sakit perut ketika mengandung
  2. Babycenter : Abdominal pain in pregnancy
  3. Parents.com : Abdominal pain during pregnancy


24 Ulasan

Ulasan

Mazni Azmi berkata…
Gastrik pun selalu menyerang ibu hamil kan maznee

Sakut perut juga

Pedih hulu hati
Ibu Syurga berkata…
Ibu ingat lagi, trimester 3 masa perut dah besar. Perut tu cepat je lapar

Kena selalu makan

Sebab makan sikit dah kenyang

Lepas tu

Lapar balik. Jadi makanan kena sentiasa ada

Kalau tak sakit perut. Lapar
JMR berkata…
bijak caranya ni..
Wani SK berkata…
Huu time pregnant banyak lah pahit manis sakit sana sini .ibu yg mengandung jerr yang merasa
mrhanafi berkata…
kalau dah kritikal sangat...jumpa doktor atau pergi sahaja ke klinik.serahkan pada yang pakar
emarieys berkata…
nice sharing ibusyurga.
Mimie berkata…
Perkongsian yang bagus utk ibu ibu preggy
ajumohit berkata…
Time pregnant ni kalau ada simptom yang kurang sihat baik jumpa doktor terus kan sis
arzmoha berkata…
tips yang baik untuk ibu yang bijak
Hafizul berkata…
Mujurlah isteri saya baik-baik sahaja mengandung.. hehe
Ibu Syurga berkata…
Rezeki tuan sebab isteri sihat semasa mengandung. Alhamdulillah
Mama Hakim berkata…
Ibu mengandung emmang senang kena sakit perut semasa mengandung

cepat lapar

nanti kena gastrik

jadi jagalah makan
Memang seksa wanita masa preggy. Alhamdulillah.. petanda Allah gugurkan dosa2.
Ibu Syurga berkata…
Sebab tu penting untuk jaga makan semasa mengandung

Makanan berkhasiat yang betul akan pastikan ibu & bayi sihat

Senaman & ilmu kehamilan memang sangat membantu
Ibu Syurga berkata…
Insyaallah miss mirror

kalau kita redha dengan ujian ni memang dapat gugurkan dosa

kena sabar & redha bila ujian melanda
Ibu Syurga berkata…
Terima kasih singgah ya tuan arz moha

macam mana keadaan banjir di penang?

Semua dah pulih ?

Semoga semuanya selamat
Ibu Syurga berkata…
Betul tu aju. Masa mengandung kalau rasa tak sihat tu elok jumpa doktor

Kecuali kalau dah ada pengalaman

Itu pun belum tentu pengalaman mengandung setiap anak sama kan?
Ibu Syurga berkata…
Terima kasih singgah ya mimi.

Semoga mimi dapat manfaatkan tips untuk sakit perut semasa mengandung ni

Ibu Syurga berkata…
Terima kasih singgah ke mari sis emarieys

Semoga mek sihat belako

Ibu Syurga berkata…
Hehe

Nak tunggu kritikal tu macam dah lambat tuan

Jangan tunggu lama lama
Ibu Syurga berkata…
Betul tu wani

Bila anak dah besar pandai melawan cakap

Teringat balik masa mengandung susah mengandung dia

hati je tau kan
Ibu Syurga berkata…
Terima kasih singgah ke mari tuan JMR

Blogger parenting yang kami segani
Ibu Syurga berkata…
Sakit perut sebab gastrik memang banyak terjadi masa trimester 3

Elok jaga makan
Ana Suhana berkata…
Tips yg sangat bagus. Ana dulu Alhamdulillah xde rasa sakit perut. Cuma cramp kaki semasa tido je.