31 Tempat Makan Sedap Di Melaka 2023! Ini Kedai & Restoran Terbaik

Hari ini Ibu nak kongsi tentang Melaka lagi sempena cuti sekolah yang hampir menjelang tiba. 
tempat makan best di melaka
Kredit gambar: ehealthtofitness.com

31+ Tempat makan best di Melaka buat perut lapar!

Dari kedai makanan laut segar, kepada minuman sejuk yang lemak manis. Hingga makanan tradisi pedas menyengat, semua kita boleh nikmati di Melaka.

Lepas penat jalan jalan di pantai, taman tema & air terjun.

Singgah lah port makan best ni. Banyak dari kedai ini, tempat makan kegemaran Ibu sendiri.



Sarapan.

10 Kedai Sarapan pagi sedap di Melaka!

Di Malaysia, kita memang akan cari roti canai dan nasi lemak. Dan kedai di bawah adalah antara tempat panas di kalangan pelancong.

Roti Canai Kayu Arang Melaka.

Roti Canai Kayu Arang Melaka

Waktu pagi kita memang cari roti canai & nasi lemak untuk sarapan. Di Melaka ada satu gerai makan tepi jalan yang unik.

Roti canai di sini di masak menggunakan arang. Oldschool. 


Orang yang pernah makan roti canai di kedai ini mesti tahu yang rotinya lembut & di bakar sempurna.

Sebab itu ramai orang sanggup beratur menunggu giliran. kalau perut dah lapar, dan sampai lambat. Ibu rekemen pergi tempat lain. Esok datang awal sikit untuk cuba roti di sini.


sarapan pagi sedap di melaka


Selain roti canai, makanan lain pun ada di jual di sini. Kuih muih pelbagai nama, boleh alas perut makan kuih dulu sementara tunggu roti sampai.  

Masa terbaik untuk tiba ke sini, jam 7 pagi. Orang belum ramai. Memang ibu rekemen singgah makan sarapan pagi di sini walau sekali.

Tips 1 - Penting untuk kita merancang sebaiknya percutian ke Melaka. Pastikan kita pertimbangkan lokasi kedai makan sedap berdekatan sebelum tempah tiket flight & booking di hotel melaka (Tak kisahlah yang 5 star macam Casa Del Rio & The Majestic Hotel). Masa disana sangat terhad, usah dibazirkan.





Baca lebih lanjut tentang tempat sarapan terbaik di Melaka di link di bawah.

Ibu ada buat entri khas di blog ini tentang tempat sarapan best di sini. 
Nak tahu lebih lanjut, baca senarai kedai makan untuk makan sarapan yang sedap di Melaka!


Lunch.

10 Kedai Makan tengahari sedap di Melaka!

makan tengahari di melaka

Selepas penat berjalan dari awal pagi, perut kembali minta di isi. Mari bawa anak anak dan isteri. Cari kedai makan nasi.

Kalau sudah sampai ke Melaka, Lauk pauk semuanya pedas, Sekali hirup merah muka, pekena nasi dengan asam pedas.


Tips 2 - Baca review terkini di internet sebelum makan di kedai tersebut. Ini akan berikan kita sedikit gambaran adakah makanan di restoran tu masih sedap atau pun tidak. Kalau anda cerewet dengan harga tiket flight & juga harga hotel di melaka, takkanlah kita nak bazirkan duit di kedai yang tak sedap.



Asam pedas terbaik di Melaka! 

Di bawah ini Ibu kongsikan beberapa kedai makan yang terkenal dengan menu masak asam pedas Melaka.

Tapi kan, kat tempat lain pun ada asam pedas. Apa bezanya? 

Yang itu, kena cuba sendiri baru tau. 

Restoran Asam Pedas Selera Kampung.

Restoran Asam Pedas Selera Kampung

Selain asam pedas, orang kata masak lemak udang di sini sedap. Kalau nak cuba makan masa makan tengahari sudah dapat tempat letak kereta.

Ibu nasihatkan kita pandai pandai rancang perjalanan ya.


Lokasi kedai asam pedas selera kampung.

Alamat: No. G2, Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu perniagaanPada cuti sekolah dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 6 malam. Waktu biasa, cuti hari isnin.

Telefon: 06-288 1799


Review restoran Asam Pedas Selera Kampung.

3.9 / 5.0 bintang terkumpul daripada 353 ulasan pelanggan di Google.

Kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan rasa asam pedas yang sedap. Tapi, macam biasalah, harga agak mahal.

Bukan pilihan untuk percutian bajet. Nak jimat boleh masak sendiri di homestay kan.


Memang banyak tempat menarik di Melaka seperti dalam video dibawah. Tekan butang play untuk tonton.

.
.
Baca lebih lanjut tentang restoran asam pedas best dengan klik link di bawah.

Selain daripada kedai diatas,  ada banyak lagi restoran menjual asam pedas di Melaka. 
Ibu dah senaraikan siap siap Kedai asam pedas terbaik di Melaka!
Selain masakan asam pedas, kita juga boleh menjamu selera di kedai yang menyediakan banyak lauk pauk yang sedap.

Restoran Lot 85.

Restoran Lot 85 melaka

Pelbagai lauk pauk untuk makanan tengahari yang sedap. Paling penting harga dia berbaloi. Sebab tu tempat selalu penuh. 

Boleh pilih nak makan apa, kerana semuanya di sediakan secara buffet. Sila datang awal untuk makan tengahari supaya ada tempat duduk. Siapa yang nak makan roti canai, mai lah ke sini. Sedap dengan kari dia yang cukup rasa.

Nasi beriani pun ada, cuma harga mahal sikit.

Restoran Lot 85 berjaya mengumpulkan mata 3.8 dari 5.0 bintang hasil luahan hati 120 pengulas makanan tak bertauliah di google. 

Alamat: Jalan Putri Hang Li Poh 75400, Kampung Durian Daun Dalam, 75400 Melaka.

Waktu perniagaan: Buka setiap hari melainkan hari ahad. Dari jam 9 pagi hingga 5.0 petang.

Telefon: 06-292 2045


Warung Pak Enal Bukit Katil.

warung pak enal di melaka

Warung makan ini memang sangat terkenal di bukit katil Melaka. 

Hujung minggu bersusun bas ekspress singgah sini bawa pelancong makan.

Sebab apa? Mestilah kerana makanan di sini sedap.

Lepas tu banyak pilihan lauk pauk smpai tak tahu nk pilih apa. Tak cukup dengan tu, ada pula pencuci mulut di jual disini seperti coconut shake.

Kalau nak makan pisang goreng, datang lepas jam 10 pagi, kunyah sambil menjamu secawa kopi yang panas untuk menyegarkan mata.

Alhamdulilah, memang wajib singgah. Harga makanan kira murah, dan kebersihan memang tip top. 

Kedai ini berjaya menambat hati pengunjung kerana mata purata dari 102 pelancong yang lapar ialah 3.8 dari 5.0 bintang. Semua ulasan ini ditinggalkan secara sukarela di Google.

Alamat: 4040, Jalan Bukit Katil, 75460 Melaka.

Waktu perniagaan: Buka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

Telefon: 013-609 1649

Nasi Ayam Bonda.

Kedai nasi ayam bonda bachang melaka

Satu lagi tempat makan tengahari yang sedap di Melaka. "Signature dish" kedai ini semestinya nasi ayam. 

Tapi yang buat pelanggan suka mestilah sebab layanan baik dari pekerja yang mesra. Selain tu, Ibu rekemen untuk cuba nasi lemak dan mee sup di sini. Tambah sekali dengan sambal cili yang pedas.

Memang terangkat selera makan.

Seramai 35 pelancong telah menjamu selera di sini dan meninggalkan ulasan di Google. Mata terkumpul kedai nasi ayam bonda setakat ini ialah 3.8 dari 5.0 bintang.

Alamat: Kampung Bachang, 75350 Melaka.

Waktu perniagaan: Di buka setiap hari daripada jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Tutup pada hari ahad.

Dari menu nasi ayam, seterusnya kita pergi ke gerai yang viral di media sosial.



Kedai Viral.

Kedai & Gerai di Melaka yang pernah viral!

Ibu pasti, dari masa ke semasa kita akan dengar makanan yang jadi fenomena di Melaka.

Fenomena sebab riuh di media sosial memperkatakannya. Salah satu gerai yang beruntung kerana tempias media sosial ada seperti di bawah.

Tak sangka jual kuih keria boleh sohor satu Malaysia kan?



Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil.

Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil

Kalau tak sabar tak perlu singgah sini. Dah macam semut menghurung gula.

Disebabkan kuih keria je.

Macam tak percaya kan.

Kedai yang menjual kuih keria viral di media sosial. Barisan panjang sentiasa ada disebabkan pelanggan sanggup beratur tengah. Memang terbaik.

Akak akak kena pakai sunblock & pelembap sebab tunggu bawah matahari.

Walaupun di tengah panas, untuk merasa kesedapan kuih yang di war warkan.


Peta kedai kuih keria Melaka.

Alamat: 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka

Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 petang (Tutup awal jika kuih habis)

Telefon: 012-691 4026

Review dari Pengunjung.

3.7 / 5.0 bintang daripada 632 ulasan Google.

Apa nak buat kalau kuih keria habis ? Mudah saja, beli kuih keria di kedai seberang jalan. Rasa kerianya hampir sama.

Taklah kita pulang tangan kosong.
Kalau teringin sebab tak tak cukup, boleh cuba buat sendiri dengan Resepi kuih keria viral di Melaka.
Dari juadah tradisional manis bersira, banyak lagi kedai yang viral di Melaka. 

Terletak tidak jauh dari kedai keria antarabangsa, kita pergi ke Pantai Klebang. 

Minuman berasaskan kelapa muda yang di campur dengan ais krim vanila.



Klebang Original Coconut Shake.

klebang coconut shake

Sekarang ini mudah untuk kita membeli minuman ini di pasar malam serata Malaysia. Tapi, tak pernah ada yang viral sampai viral seperti coconut Shake Klebang.

Ramai yang dah mencuba, dan memang berpuas hati dengan rasanya yang lemak berkrim ini. Walaupun banyak peniaga lain cuba meniru resepi asal, kedai ini tetap menjadi igauan pelancong di Melaka.

Respon dari 2,661 pelancong yang sanggup beratur panjang di gerai coconut shake ini, memberikan mata terkumpul sebanyak 4.1 dari 5.0 bintang. 

Review ini di tinggalkan mereka pada laman Google.

Alamat: 5, 75200 Klebang, Melaka.

Waktu perniagaan: Di buka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 6.30 petang. Melainkan pada hari Jumaat.

Jumaat buka dari 2.15 petang hingga 6.30 petang. 

Telefon: 013-399 4061


Dinner.

Tempat makan best di Melaka waktu malam!



Aida Rich Cafe.


Aida Rich Cafe

Kedai ini dikenali ramai kerana menghidangkan menu "Fusion". Hidangan gabungan melayu + baba nyonya + western.

Nama pun Asian fusion restaurant.


Persekitaran kedai menyerupai suasana di dalam kopitiam, kecuali hidangan di dalamnya masakan melayu.


Lokasi Aida Rich Cafe.

Alamat: 54, Jalan TU 42, Taman Tasik Utama, 75350 Melaka

Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari hinggan 11 malam.

Telefon: 012-679 3811

Review Aida Rich Cafe.

3.8 / 5.0 bintang terkumpul dari 56 pelanggan yang meninggalkan ulasan di Google.

Rata rata yang makan disini akan singgah berkali kali. Mungkin sebab harga berpatutan & rasa makan sedap.

Selesai dengan Aida Cafe.


makan malam sedap di melaka

Baca lebih lanjut tentang kedai best untuk makan malam di Melaka dengan klik link di bawah.


Banyak lagi kedai makan yang sedap sedap di Melaka. Ibu belum kongsi lagi kedai seafood tepi laut & tomyam. 
Baca lebih lanjut tentang senarai tempat makan best di Melaka waktu malam.

Kesimpulannya.

Kalau dah sampai melaka jangan lupa singgah tempat makan ni. Rugi tau.

Insyaallah, kemudian hari Ibu tambah lagi senarai tempat sedap.

Kalau ada cadangan boleh tinggalkan di ruangan komen.