10 Tempat makan sedap di Shah Alam 2019! Berbaloi tau.

"Perut dah berbunyi, Kat mana tempat makan menarik di Shah Alam hari ni?."
Tempat makan best di shah alam
Imej: Prosocial.my
Assalamualaikum. Shah Alam antara bandar paling besar di Selangor.

Hari ini, Ibu nak kongsikan senarai tempat makan best di Shah Alam. Sesuai untuk menjamu selera semasa hari bekerja & cuti.



10 Tempat makan best di Shah Alam waktu malam & siang? Alhamdulillah, sedap!

Ada banyak kedai makan di Shah Alam, dan tak semuanya sedap. Paling tak best kalau makan di kedai yang tak sedap masa perut lapar. 

Jadi, Ikut panduan ni untuk elak silap. Kita mulakan dengan tempat makan menarik di waktu siang.


Kedai Makan Shah Alam Waktu Siang Untuk Sarapan & Lunch! Di Jamin Sedap

Sebelum ini Ibu ada sediakan senarai yang sama untuk negeri Melaka.  Boleh rujuk untuk kemudahan di kemudian hari.


Kedai Nasi JJ tempat makan menarik di shah alam
Imej: Kamkammakan.blogspot.com

Kedai Nasi JJ

Kedai ini menjadi pilihan untuk penggemar makanan pantai timur. Terutama orang kelantan. Sedap senggoti katanya.

Antara menu wajib cuba di sini ialah nasi kak wok dengan rasa "authenthic" pantai timur. Makan sambil minum kopi susu panas. Sedapnya!


Makanan sedap tapi harga agak mahal. Berbaloilah dengan duit kita.


Waktu terbaik untuk makan di sini: Bagus untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Malam tutup.


Kedai makan ini sesak waktu tengahari. 



Alamat kedai untuk rujukan.

Alamat: 50, Jalan Opera J U2/J, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor


Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 3.0 petang.



Telefon: 012-685 7674



Review kaki makan yang lapar.

4.3 dari 5 bintang yang diberikan warga shah alam yang makan di sini. Mata ini adalah jumlah purata dari 194 ulasan di Google.


Tips 1 - Lokasi yang Ibu senaraikan memang dikenali orang Shah Alam. Sekiranya anda pelancong yang sedang dalam urusan kerja / bercuti, semasa cari homestay atau booking hotel shah alam, lebih mudah jika kita pilih hotel yang dekat dengan tempat makan sedap. Takkanlah nak makan lauk buffet dihotel saja kan.



Restoran Temerloh Catering Tempat makan best di shah alam
Imej: Otaiselangor.net

Restoran Temerloh Catering.

Nak makan lunch sedap? Singgah kedai ini yang terletak di seksyen 15 Shah Alam. Landmarknya di stesyen minyak Petronas.

Ibu nak tanya, kalau sebut nama Temerloh kita teringat apa ya? Mesti ikan patin masak tempoyak kan. Kedai ni memang menyajikan menu ikan patin tempoyak sedap.

Harga agak mahal, tapi kalau kita dah suka tetap makan juga kan. Ok lah, daripada pergi Temerloh Pahang (Teringat pula kat Cameron Highland).

Tapi wajib ibu ingatkan untuk datang awal kerana kedai ini sentiasa penuh pada waktu lunch. Full house.

Atau boleh juga booking melalui telefon.

Waktu terbaik untuk makan di restoran temerloh: Datang sini untuk orang yang lewat sarapan. Buka pun dah jam 10 pagi.

Waktu lunch kedai makan ini sibuk dari jam 11 pagi hingga 2 petang.


Alamat kedai untuk rujukan.

Alamat: 2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor (Tak jauh dari kompleks PKNS & wet world)
Waktu perniagaan:  Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga jam 6:00 petang.

Telefon: 03-5523 2972


Review kaki makan yang lapar.

4.0 / 5 bintang dari 431 ulasan di Google.

Pelanggan yang datang sini elok datang awal. Dan siap sedia denga harga yang agak mahal.

Parking memang susah kalau datang lewat. Naik motor senang. 

Tips 2 - Baca review terkini di internet sebelum mencuba makanan di kedai yang tersenarai di internet. Ini akan berikan kita sedikit gambaran sama ada tempat tersebut berbaloi dikunjungi. Ada kes, dah jauh jauh memandu kedai tu dah tutup terus. Jadi, jangan terburu buru ya. Sama macam kita beli tiket flight online & booking hotel di Shah Alam, luangkan masa untuk buat kajian. Pasti trip anda akan mendapat rating 5 star dengan perancangan yang rapi.



Pak Anjang Bariani Johore Tempat makan best di shah alam
Imej: Tailim.blogspot.com


Pak Anjang Bariani Johore.

Peminat masakan negeri Johor JDT bolehlah berkunjung ke sini. Tak kira samada kita homesick nak balik kampung.

Atau saja nak mencuba citarasa negeri di selatan tanah air ini, hidangan nasi briyani di sini memang sedap. Kalau ambil briyani kambing, dagingnya di masak lembut.

Menu yang ibu rekemen untuk kita cuba di sini ialah nasi beriyani gam dan juga tauhu bakar. Memang sedap. Terbaik.

Waktu terbaik untuk makan bariani di kedai ini: Kalau nak elak ramai orang, pergi luar waktu 11 pagi sampai 3 petang.

Waktu lain tenang sikit. Ibu pun kurang suka pergi masa orang ramai.


Alamat kedai untuk rujukan.

Alamat: 44, Jalan Rugby 13/30, Seksyen 13 Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu perniagaan:  Boleh kunjungi kedai ini dari 10.30 pagi hingga 9.30 malam.

Telefon: 03-5524 0663


Review kaki makan yang lapar.



4.1 dari 5.0 bintang berdasarkan 177 ulasan di Google.

Harga makanan dan minuman agak mahal, sekarang ni mana ada benda murah kan. Lagipun bukan selalu nak makan beriyani.

Ibu pun datang kalau teringin je. Beriyani makan hari hari tinggi kalori. Bukan saja berat naik, muka pun naik jerawat batu. Mujur pakai skincare sesuai untuk jerawat.





Nasi Kukus RZ Tempat makan best di shah alam
Imej: Jmr23.com

Nasi Kukus RZ.

Keluarga Ibu, boleh kata setiap 2 minggu mesti mencari menu nasi kukus yang sedap. Dan ada beberapa tempat yang menjual nasi kukus sedap.

Satu di Klang Selangor, kalau di Shah Alam boleh singgah kedai nasi kukus RZ.


Nasi kukus ni kategori "street food" macam burger ramli yang tak jemu di makan. Harga berbaloi dengan kesedapan nasi kukus.


Ayam goreng berempah dia memang kena. Teringat ingat rasa ayam yang di perap sempurna.


Waktu terbaik untuk mencuba nasi kukus RZ: Ibu rekemen datang pagi. Waktu tengahari dari jam 12 sampai 3 ramai orang.



Alamat kedai untuk rujukan.

Alamat: 2, Jalan Plumbum Aa 7/Aa, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor



Waktu perniagaan: Kedai nasi kukus RZ di buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang.



Review kaki makan yang lapar.

4.2 dari 5.0 bintang terkumpaul berdasarkan 63 ulasan di Google.


Nasi kukus yang sedap untuk kita cuba di Shah Alam. Harga ok. Cuma Ibu rasa pekerja patut murahkan senyuman.



Pelanggan gembira akan datang bawa duit tak terkira. 



Restoran Lontong Shah Alam Tempat makan best di shah alam
Imej: Froggbitsoflife.blogspot.com

Restoran Lontong Shah Alam.

Kedai makan best ini adalah antara destinasi sarapan pilihan di Shah Alam. Menu tradisi orang jawa lontong yang kaya dengan rasa lemak santan + pedas memang mengenyangkan perut. (Kalau kulit jenis berminyak mesti senang naik jerawat makan benda bersantan ni)

Servis layan diri dan anggaran purata masa menunggu dari awal sampai, ambil lauk dan duduk makan adalah 15 minit.


Menu wajib cuba bila singgah kedai ni ialah nasi lemak & lontong. Sedapnya!


Harga makanan berbaloi dengan apa yang di hidangkan.


Waktu terbaik untuk makan lontong: Ibu rekemen datang awal pagi sebab orang tak ramai. Malam tak buka.



Alamat kedai lontong Shah Alam untuk rujukan.

Alamat: 20, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor



Waktu perniagaan:  Di buka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 3 petang. Hari jumaat tutup awal hingga 12.30 hari.


Maklumlah nak solat jumaat.



Apa kata kaki makan yang lapar selepas makan lontong kedai ini?

Hasil daripada 173 ulasan yang di berikan oleh penggemar lontong yang menjamu selera di kedai makan ini telah berjaya memberikan 4.1 dari 5.0 bintang.


Mata purata ini diperolehi dari Google.


Saiz hidangan lontong yang di berikan cukup untuk mengenyangkan perut yang lapar. 




Tempat makan menarik di Shah Alam waktu malam! Masa dinner berkualiti bersama keluarga

Hot Pindang Kitchen Tempat makan best di shah alam
Imej: Mamatisya.blogspot.co


Hot Pindang Kitchen.

Kedai yang selesa dan menyediakan hidangan ringan & berat yang menyelerakan. Tempat letak kereta pun banyak.

Singgah sini wajib torai asam pedas ikan pari Melaka & masak pindang dia. Sedap tu. Selain tu boleh minum teh tarik sambil nguyil ngunyil keropok lekor yang sedap.


Waktu terbaik untuk singgah makan: Ibu rekemen singgah ke kedai makan hot pindang semasa 2 waktu.


Waktu lunch dan selepas masa pejabat untuk makan malam. Tapi masa ni agak ramai pengunjung.



Alamat kedai untuk rujukan.

Alamat: No. 13, Jalan Cheong Sam 10/11, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor (Tak jauh dari taman tasik shah alam)


Waktu perniagaan:  Kedai makan ini di buka setiap hari dari jam 11 pagi dan buka sampai 11 malam.



Telefon: 012-204 3773




Review kaki makan yang lapar.

Harga makanan di sini berpatutan dan servisnya cepat.


Kebersihan kedai sangat bagus setakat review ini di tulis, memang tempat makan best untuk hidangan melayu.


4.0 dari 5.0 bintang terkumpul dari 41 ulasan kaki makan di Google .




Foodsbury Tempat makan best di shah alam
Imej: Monstersmachine.blogspot.com

Foodsbury

Destinasi makan makan yang best untuk makan tengahari dan dinner di Shah Alam.

Kedai ini menyediakan menu hidangan barat yang sedap. 1 hidangan yang menarik pada pandangan ibu, hidangan dalam talam yang cukup untuk 3 ke 4 orang. (Tapi kalau tak selesa boleh saja minta pinggan)


Selain tu, kek di kedai ini pun sedap. Akak akak yang teringin makan manis boleh lah singgah sini. Sejuk sikit hati yang panas tu. (Sesekali tak pe. Kalau selalu mau kencing manis)


Sesuai makan sini untuk sembang dengan kawan sebab suasananya selesa.


Dan tak riuh. Staff di Restoran foodbury mesra pelanggan & kaya senyuman.



Alamat kedai untuk rujukan.

Alamat: 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor


Waktu perniagaan: Di buka setiap hari dari jam 12 tengahari sampai 11 malam. Isnin tutup.



Telefon: 03-5523 5213



Review kaki makan yang lapar.

Hasil dari 383 ulasan di Google tentang kedai makan ini telah memberikan mata purata 4.0 dari 5.0 bintang.


Memang ramai puas hati.



Selain tu tak ada masalah parking, itu satu bonus untuk pelanggan yang nak cepat.







Nasi Arab Restoran Aroma Hijrah Tempat makan best di shah alam
Imej: Al-fikrah.net


Nasi Arab Restoran Aroma Hijrah

Bagi peminat makanan arab dengan sentuhan Malaysia, mari lah makan di kedai ini. Servis pantas, makanan sedap.

Yang penting kedai ni bersih dengan suasan yang cantik. Boleh lepak dengan tenang dan santai.


Saiz hidangan pun besar & mengenyangkan. Maklumlah orang arab memang makan banyak. Rata rata pelanggan yang lapar berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan.


Harga pun berpatutan & setara dengan nilai yang diberi.



Alamat kedai untuk rujukan.

Alamat: Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu perniagaan: Kedai makan Nasi arab aroma hijrah di buka setiap hari melainkan pada hari isnin.

Waktu operasi ada 2 sesi. Sesi pertama dari jam 11:00 pagi hingga jam 3.30 petang.


Sesi seterusnya dari jam 5:00 petang hingga 10:30 malam.



Telefon: 012-654 4838



Review peminat makanan arab yang lapar.


4.4 dari 5 bintang di berikan kepada restoran nasi arab aroma hijrah hasil daripada 306 ulasan di Google.

Pastikan kita singgah ke mari dalam perut kosong.


Sebab tak nak lah membazir dengan saiz kuantiti 1 pesanan yang besar. Tak habis kan sayang.







Restoran Ceria tempat makan best di shah alam
Imej: Scopicplay.com


Restoran Ceria.

Antara tempat kegemaran keluarga Ibu untuk sarapan pagi di Shah Alam. Kedai ini mempunyai nasi lemak yang sedap dengan sambal pedas dan manis.

Sesuai dengan citarasa Ibu sekeluarga. Makan pula dengan ayam goreng tepung yang di masak sempurna. Tepungnya rangup dan sedap.


Nak datang sini makan ayam saja pun ok.


Selain tu, cakoi dan roti canai di sini pun sedap. Kari roti canai tu cukup rasa. Pekerja pun ramah. Rajin melayan anak ibu. 


Waktu terbaik untuk makan nasi lemak: Boleh datang dari pagi sampai malam. Tapi kalau datang lewat, ayam goreng crispy tu dah habis.



Alamat Restoran Ceria untuk rujukan.

Alamat: 12, Jalan RU 3/9a, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor



Waktu perniagaan: Di buka setiap hari dari jam 6 pagi hingga jam 11 malam.



Review kaki makan yang lapar.

Kedai ceria ni terletak berdekatan wisma Mais di sebelah roundabout yang ada Mcd. Betul betul bawah hostel pelajar unisel menginap.




Ramai sependapat dengan Ibu tentang kesedapan makanan di sini, sebab itu ia mendapat 4.1 dari 5 bintang dari 108 ulasan di google.

Harga makanan murah. Mungkin sebab ramai student Unisel makan di sini.







Al Rawsha Restaurant tempat makan sedap shah alam
Imej: The-anecdotes.blogspot.com

Al Rawsha Restaurant.

Satu lagi kedai untuk menjamu selera hidangan timur tengah. Keistimewaan kedai ni bukan saja makanannya sedap.

Tapi suasana pun macam di negara arab sebab hiasan dalaman berkonsepkan padang pasir.


Layanan memang terbaik, harga makanan agak mahal tapi kita dapat banyak. Standard lah makan kedai arab.


Waktu terbaik layan makanan arab di sini: Elok makan masa lunch atau pun dinner.



Alamat kedai untuk rujukan.

Alamat: 2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu perniagaan: Di buka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 12 malam.


Telefon: 03-5524 3584



Review kaki makan yang lapar.

4.2 dari 5.0 bintang dari 435 ulasan di Google.


Makanan arab yang best, parking banyak dan ruang makan yang luas. Meja pun banyak untuk di pilih.





Senarai ini akan Ibu kemas kini dari masa ke semasa.