Susu Kambing Wildan Untuk ibu Mengandung. Adakah selamat di minum?

Sebelum ini kita dah cerita tentang susu terbaik untuk ibu mengandung & susu kambing jenama higoat.

Kali ini ibu nak kongsi pengalaman menggunakan susu kambing wildan.

Inilah susu kambing paling lama ibu gunakan setakat ini.

Sebab seisi keluarga minum sebagai makanan tambahan.


Daripada Ibu sendiri sebagai bekalan kalsium harian, untuk anak anak ibu yang sedang membesar.

Dan juga untuk suami.

Di bawah ini, ibu kongsikan sedikit tentang jenama susu kambing wildan


susu kambing untuk ibu mengandung wildan mama premium


Susu Kambing Wildan Untuk Ibu Mengandung!

Ibu ada kongsi tentang susu higoat sebelum ni yang diambil semasa hamil anak pertama.

Dan sebelum tu pernah juga minum susu Anmum.

Kemudian kami tukar kepada jenama susu kambing yang terbaik, Wildan.

Susu wildan ni ada beberapa khasiat & kelebihan yang buat kami teruskan guna sehingga hari ini.

Antara kelebihan susu ini untuk keluarga ibu:




  1. Setakat minum susu ini tak ada rasa loya dan mual mual lagi.

    Insyaallah sesuai untuk ibu mengandung, tambahan lagi tak ada bau kambing yang kuat.

  2. Susu ini boleh diberi kepada anak berusia 1 tahun keatas. Susu in yang ibu berikan kepada anak kedua selepas cerai susu.

    Susah tahu nak cari susu yang sesuai untuk anak yang cerai susu.

    Masih ibu ingat lagi, kami beli susu formula mahal daripada pediasure, fisco gold, S26 semua tak sesuai untuk anak ibu si zaid ni.

    Tak sesuai macam mana tu?

    Bila selesema dan demam senang berkahak & anak ibu sampai semput nak kena asma. Maklumlah anak premature.

    Senang sangat jangkit kuman kalau bawa pergi taman permainan tertutup.

    Tambahan lagi, ada masalah sembelit dan adakalanya sampai 2 3 hari tak lawas.

    Mesti kita jadi emak tak sampai hati kan tengok anak menangis tak selesa.

    Jadi bila dapat petua & dah jumpa susu yang serasi terus pakai saja.
  3. Susu wildan ada program penebusan, masa ibu beli awal dulu kena kumpul sudu khasnya & juga kupon di kotak susu kambing wildan.

    Kumpul sampai 22 kotak untuk ditebus dengan 1 kotak susu percuma. Ok lah tu, ada program kesetiaan macam ini.

    Berbaloi lah nak beli banyak banyak.
  4. Terus terang tak pernah ibu rasa loya minum susu ni sebab tak ada rasa hamis.

    Dan tak pula meragam perut macam minum susu lembu kerana masalah toleransi laktosa.
  5. Masa awal awal ibu guna susu ini, bahan susu kambing wildan semata mata susu kambing organik.

    Tapi sekarang ni dah campur dengan bahan lain macam minyak kanola & lain lain.

    Bahagian ini yang ibu tak berapa suka lah. Sebab Bahan tambahan tu ibu tak mahu pun.

    Bila nak basuh botol pun rasa minyak tu melekat pada dinding botol susu.

    Agak leceh nak bersihkan.
  6. Badan dah kurang sakit sakit, sebab bekalan kalsium cukup.

    Susu kambing tinggi kalsium berbanding susu lembu. Dan susu yang paling menghampiri susu manusia.

    Jadi badan kita lebih mudah dan serasi.


Siapa yang mengeluarkan susu jenama Wildan ini?

Susu ini dikeluarkan oleh Wildan Niaga & sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM.

Ini nombor lesen perniagaan 002271217-M mereka dan telah berdaftar sejak dari tahun 2013.

Kelebihan susu wildan ialah produk susu dikeluarkan terus dari kilang sendiri yang bertempat di seri kembangan Selangor.

Produk susu kambing Wildan untuk ibu mengandung & seisi keluarga

Susu Kambing Wildan adalah produk susu kambing tepung dengan bahan mentah 100% susu kambing tanpa campuran susu lembu.

Produk susu Kambing wildan terdapat dalam 2 perisa iaitu 
  1. Susu kambing wildan asli (tanpa mengandungi gula tambahan) 
  2. Susu kambing wildan coklat yang tidak mengandungi perasa tiruan. 

Ibu lebih suka ambil perisa asli sebab kita boleh tambah sendiri gula & perasa coklat tu di rumah kalau mahu.

Dan susu coklat ni kalau kena pakaian seperti jubah yang berwarna terang susah nak hilang. Sebab itu ibu kurang suka.

Dan Ibu sendiri beri anak anak minum susu perisa asli, sebab kalau dah sedap minum perisa coklat mesti dah tak minum yang asli lagi.

Itulah kesusahan bila nak tukar susu wildan ni.

2 orang anak lelaki ibu, luqman & zaid dah biasa minum susu kanak kanak yang manis.

Masa mula mula ajar minum susu wildan, memang susah nak habis.

Maklumlah tak manis.

Kena banyak bersabar, akhirnya sekarang ni sehari 4 ~ 5 botol habis.

Lagipun pengeluar susu ini berani claim susu ini sesuai diminum kanak kanak dari umur 1 tahun dan ke atas.

Sebab itu kami berani beri kepada anak sendiri.

Sekarang ni Wildan  dah keluar susu kambing untuk ibu mengandung khas. Mama Premium.

Dalam ini ada banyak khasiat tambahan yang diperlukan ibu hamil seperti habbatus sauda, kurma dan gam arabic.

Makanan sunnah semua ni, selain madu yang banyak kebaikan.


susu kambing wildan untuk ibu mengandung

Kelebihan produk susu kambing wildan untuk ibu mengandung & menyusukan anak!

  1. Membekalkan tenaga dan menyegarkan badan.
  2. Sumber kalsium & mineral penting yang diperlukan untuk tubuh ibu dan bayi dalam kandungan.
  3. Membantu mudah bersalin.
  4. Sekiranya ibu yang telah bersalin mengalami kekurangan susu badan, amalan minum susu kambing dapat membantu memperbanyakkan penghasilan susu badan.

    Anak lebih cepat kenyang dan kurang meragam.
  5. Susu tepung mudah di bawah ke mana mana berbanding susu segar. Nak bawa jalan melancong pun boleh.
  6. Membantu sistem ketahanan badan anak-anak. Anak anak kan suka main pasir dan tanah.

    Contohnya bawa pergi pantai bina istana pasir. Baru lasak mereka ni.

    Perlukan khasiat yang cukup untuk badan anak melawan kuman dari persekitaran.

    Kurang sikit pantang larang kalau nak bagi anak kuat ni.
  7. Menguatkan tulang dan gigi anak-anak kerana susu kambing mengandungi kalsium yang tinggi.
  8. Membantu perkembangan otak & memperkuat daya ingatan.
  9. Membantu kesihatan sistem pencernaan.
  10. Sesuai untuk anak anak yang alahan pada susu lembu/soya
Dibawah ini adalah maklumat untuk susu coklat wildan.

Susu kambing wildan coklat

Susu kambing perisa coklat wildan di hasilkan dari bahan perasa semulajadi tanpa campuran susu lembu.

Susu coklat wildan diadun dengan gula perang dan juga serbuk koko yang dihasilkan dari biji-biji koko asli sahaja.

Dengan cara ini, kualiti susu kambing Wildan benar benar asli dan mengekalkan khasiat susu kambing yang sebenar dengan rasa coklat yang digemari kanak kanak.


Kesimpulan susu kambing wildan

Pada ibu, harga susu kambing wildan memang lebih mahal daripada susu biasa.

Tetapi, bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang sensitif terhadap susu lembu.

Dan sering mengalami masalah kahak.

Ada pula kemampuan dari segi kewangan, boleh cuba minum susu ini.

Tambahan lagi sekiranya kita sedang hamil & perlukan khasiat tambahan.

Boleh cuba minum salah mana mana jenama susu kambing yang serasa. Ibu pernah cuba higoat & wildan saja untuk susu kambing tepung asli.

Semoga perkongsian pengalaman ibu ini bermanfaat.