4 Keburukan Susu Formula Untuk Bayi! Mak Ayah Wajib Baca.
Oleh
Ibu Syurga
URL Copied
Lecehnya nak pam susu ibu siang malam ni kan. Senang lagi bagi susu formula.
Mesti kita sebagai ibu bekerjaya pernah terdetik perasaan di atas kan. Nasib baiklah kita tahu kekurangan susu bayi berbanding susu ibu.
Ini kerana, penyusuan susu ibu adalah cara semula jadi mempunyai banyak kelebihan yang tak boleh disangkal lagi.
Badan seorang ibu sangat unik dan mampu menyesuaikan diri secara biologi untuk menghasilkan khasiat yang tepat untuk bayi mereka. Walaupun banyak kebaikan susu formula, kali ini kita akan kongsikan pula kekurangan susu tepung untuk bayi berbanding dengan susu ibu.
Baca artikel kekurangan susu bayi berformula sehingga habis & anda dijamin akan
Mengetahui kekurangan formula susu bayi berbanding susu ibu.
Faham kelebihan susu ibu untuk kesihatan anak kita sepanjang hayatnya.
Menjadi lebih bersemangat untuk memberikan susu ibu secara eksklusif sepanjang 2 tahun pertama anak kita.
Menyedari susu formula terbaik yang paling mahal & dengan jenama antarabangsa sekalipun tak boleh lawan susu ibu dari kampung. Serius! Tiada susu bayi yang di jual di pasaraya boleh lawan khasiat susu ibu. Pastikan kita usaha dulu beri susu badan. Kalau tak boleh baru beri susu tepung.
Banyaknya keburukan susu formula bayi berbanding susu ibu.
Bila kita dah tau kelebihan susu ibu, mesti lebih semangat berusaha sehabis baik untuk pam susu badan kan. Kalau dah usaha juga & keadaan tak mengizinkan barulah kita beri susu bayi.
Memang banyak jenama susu formula di pasaran. Nak cari yang terbaik boleh klik video di bawah ni!
1. Formula susu bayi tidak boleh bertindak balas terhadap keperluan bayi anda yang berubah.
Kebanyakan susu formula untuk bayi dihasilkan daripada susu lembu yang diubahsuai dengan bahan-bahan lain (Contohnya susu s26, susu friso gold dan susu fernleaf) Rumusannya tidak berubah & tidak bertindak balas terhadap keperluan bayi.
Sebaliknya, susu ibu sentiasa berubah-ubah. Susu badan di pagi hari tidak sama dengan yang dihasilkan pada petang harinya.
Ia boleh dipengaruhi oleh diet seorang ibu, tetapi lebih penting lagi, ia dipengaruhi oleh keperluan bayi itu sendiri.
Sejurus selepas melahirkan anak, badan ibu akan menghasilkan sejenis susu ibu yang dikenali sebagai kolostrum.
Susu baby ini rendah kandungan lemak dan karbohidrat, tinggi pula tahap protein, kaya dengan antibodi & imbangan nutrien yang bayi perlukan di peringkat awal kelahiran.
Kelebihan utama susu ibu jika dibandingkan dengan susu bayi formula ialah ia mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang masih belum matang.
Ini akan memudahkan bayi membuang najis buat kali pertama. Susu ibu mengandungi sel-sel hidup yang menawarkan perlindungan terhadap jangkitan dan alahan.
Selepas susu awal ibu / kolostrum telah habis dikeluarkan, kajian mendapati bahawa lipid atau lemak dan sel komposisi susu ibu berubah setiap kali bayi menghisap susu terus dari payudara ibunya.
Ini menunjukkan badan ibu bertindakbalas secara langsung pada keperluan bayi dengan mengeluarkan susu ibu yang sesuai untuk si manja.
Bagi ibu yang melahirkan anak pra matang, ataupun mempunyai berat kelahiran yang rendah, badan ibunya akan menghasilkan susu yang betul-betul sesuai dengan keperluan bayinya sendiri.
Kandungan susu ibu untuk anak pra matang sangat berbeza berbanding susu ibu kepada bayi yang lahir cukup bulan.
Kajian mendapati susu ibu untuk anak tak cukup bulan mengandungi paras nitrogen, nitrogen protein, natrium, klorida, magnesium dan besi yang lebih tinggi, serta komposisi asid lemak yang berlainan, untuk membantu perkembangan anak mereka.
2. Susu bayi berformula tidak mempunyai kemampuan meningkatkan daya tahan badan (imuniti) anak.
Dengan perkembangan taraf hidup di dunia moden ini, kualiti hidup juga meningkat sama. Kes kes kematian bayi yang baru dilahirkan juga telah menurun. Tapi, ibu ibu di zaman ini kebanyakannya bekerja.
Selepas habis tempoh berpantang, terpaksa menghantar anak yang masih bayi pergi ke rumah pengasuh mahupun nurseri.
Ibu pasti, ramai dari kita risaukan kesihatan anak kita kerana bercampur dengan ramai lagi kanak kanak lain yang mungkin kurang sihat.
Susu formula terbaik sekalipun tidak mempunyai kemampuan untuk bertindakbalas terhadap kuman yang berada di persekitaran bayi.
Ini canggihnya ciptaan Allah. Ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu dan terdedah kepada kuman yang sama mampu menghasilkan antibodi yang perlu kepada anak anak mereka & akan menguatkan imuniti.
Kajian berterusan saintis menunjukkan bukti tentang penyusuan susu ibu seperti penurunan kadar meningitis (jangkitan kuman pada otak), jangkitan saluran pernafasan dan saluran penghadaman, asma dan alahan di kalangan bayi.
Sekiranya anda tinggal di kawasan bandar dengan persekitaran yang agak tercemar, ini semestinya merisaukan.
Pemberian susu ibu dapat membantu melindungi anak kita dengan perlindungan yang tidak mampu diberikan susu formula. Apatah lagi untuk anak anak yang lahir tak cukup bulan.
3. Pemberian susu formula kepada bayi tidak menunjukkan kaitan kepada peningkatan kecerdasan.
Daripada kajian yang dilakukan, bayi yang diberikan susu formula mendapat markah yang lebih rendah dalam ujian kecerdasan berbanding dengan bayi yang menyusu badan.
Susu ibu mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan oleh otak bayi untuk mencapai potensi maksimumnya.
Susu bayi terbaik yang dibeli dipasaran hanya membekalkan khasiat asas yang diperlukan anak kita.
Masa yang diperuntukkan oleh ibu semasa menyusukan anak secara terus juga akan mengeratkan hubungan kasih sayang antara keduanya akan mempengaruhi perkembangan minda anak yang lebih pesat.
Walaupun ibu bapa dapat meluangkan masa & bermesra dengan anak-anak di luar waktu penyusuan, masih tidak sama dengan pengalaman sentuhan kulit ibu dengan bayi secara langsung.
Bayi yang menghisap susu badan secara terus akan mendapat masa eksklusif dan perhatian yang tidak berbelah bahagi bersama ibunya. Ini akan memberikan perasaan disayangi dan rasa selamat dalam diri bayi. Sekiranya ibu mahu membantu anak yang lahir lebih pintar, lebih bagus untuk kita amalkan sendiri pengambilan susu semasa mengandung. Antara jenama yang popular ialah susu anmum materna, susu similac mom ataupun susu frisomum gold.
4. Susu anak berformula tidak memberikan kesan positif jangka panjang kepada kesihatan anaknya berbanding susu ibu.
Statistik menunjukkan, anak anak yang bertuah memperolehi susu ibu di awal usianya akan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit seperti diabetes, obesiti dan kanser di usia kanak-kanak.
Pemberian susu ibu juga merendahkan risiko Sindrom Kematian Bayi mengejut (SIDS - Sudden Infant Death Syndrome).
Semua kesan jangka panjang ini tidak diperolehi dengan pemberian susu formula.
5. Masalah bayi sembelit.
Anak kita yang minum susu bayi mudah mengalami sembelit. Ini disebabkan mereka terlalu bergantung harap kepada susu formula. Sekiranya anak kita mengalami masalah sembelit, kita perlu cari susu untuk bayi sembelit dengan rumusan khusus untuk mengatasi masalah ini.
Anak anak yang sudah besar sedikit pun boleh mengalami sembelit kerana kurang makan makanan berserat dan juga kurang minum air masak.
Alamak, jadi sekarang ni tak bolehlah beri anak susu bayi kan?
Seboleh bolehnya, kita usaha berikan susu ibu kepada anak kita, sampailah usia mereka 2 tahun. Dalam al quran, ada sebut tentang pemberian susu badan. Surah Luqman. Orang bijaksana tu.
Dan memang bukan senang nak dapat beri susu ibu ni, Ibu sendiri dah rasa bangun di tengah malam pam susu.
Hari bekerja mahupun cuti. Di pejabat pun kena juga pam susu.
Itulah pengorbanan kita sebagai seorang ibu dalam membesarkan anak anak. Nak berikan yang terbaik kepada mereka. Ayah perlu sokong ibu berikan susu badan tau.
Kalau buat berdua, tolong cuci bekas dan panaskan susu dalam freezer. Mesti tambah semangat ibu.
Dan kalau susu tak cukup juga, atau laebih teruk lagi tak keluar terus. Nak buat macam mana kan. Kenalah bagi susu formula.
Pilihan terakhir selepas penat berusaha. Cuma, bagi mak mak yang berjaya beri anak susu ibu eksklusif, janganlah kondem mak mak lain yang kurang bernasib baik tau.
Ujian kita berbeza.
Kesimpulan tentang kelemahan susu formula.
Sebelum menamatkan bicara, Ibu nak buat rumusan sikit tentang isi penting artikel ini
Rumusan susu anak yang dibeli dikedai tidak mampu berubah menurut keperluan semasa bayi. Susu ibu pula berubah setiap masa bergantung kepada keperluan si manja. .
Susu bayi rumusan yang paling mahal sekalipun tak memberikan perlindungan antibodi kepada si manja. Susu ibu membekalkan anak kita antibodi yang dihasilkan badan ibu secara terus kepada anaknya. Ini akan membantu bayi lebih lasak & cepat sembuh jika tidak sihat. .
Kajian menunjukkan susu anak yang dihasilkan dari pemprosesan susu lembu / susu kambing tidak memberikan kelebihan kepada peningkatan kepintaran si manja berbanding susu ibu. Pengalaman menghisap susu badan antara ibu & anaknya membantu perkembangan pesat minda anaknya. Si manja berasa selamat & dikasihi lalu mempengaruhi pembentukan personalitinya. .
Susu formula tidak memberikan manfaat jangka panjang kepada kesihatan anak anak. Kajian yang dilakukan mendapati susu ibu merendahkan risiko anak mendapat penyakit kronik & kes kematian mengejut bayi. .
Susu yang digunakan anak kita berkemungkinan menyebabkan masalah sembelit. Kita sebagai ibubapa mesti peka sekiranya masalah ini berlaku. Kemungkinan besar, anda perlu mencari susu formula terbaik untuk bayi sembelit yang serasi dengan anak anda.
Tamat sudah perkongsian Ibu kali ini, sekiranya para pembaca mahu berkongsi pengalaman & pendapat. Mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka untuk anda.
Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan sahabat lain yang mencari info. Insyaallah, sama sama kita ke syurga bersama sama. Bukankah orang yang paling baik antara kita, mereka yang paling memberi manfaat kepada orang lain.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: sedekah yang berlaku terus menerus, pengetahuan yang di manfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (HR Muslim)
Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah.
Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com
Mesti kita sebagai ibu bekerjaya pernah terdetik perasaan di atas kan. Nasib baiklah kita tahu kekurangan susu bayi berbanding susu ibu.
Ini kerana, penyusuan susu ibu adalah cara semula jadi mempunyai banyak kelebihan yang tak boleh disangkal lagi.
Badan seorang ibu sangat unik dan mampu menyesuaikan diri secara biologi untuk menghasilkan khasiat yang tepat untuk bayi mereka. Walaupun banyak kebaikan susu formula, kali ini kita akan kongsikan pula kekurangan susu tepung untuk bayi berbanding dengan susu ibu.
Baca artikel kekurangan susu bayi berformula sehingga habis & anda dijamin akan
Banyaknya keburukan susu formula bayi berbanding susu ibu.
Memang banyak jenama susu formula di pasaran. Nak cari yang terbaik boleh klik video di bawah ni!
.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semasa ibu memberi bayinya susu ibu terus dari payudara, ia akan membantu perkembangan mindanya untuk sambungan saraf di dalam otak bayi dan otot di rahang dan muka bayi. Ia juga akan menguatkan sistem imuniti bayi dengan membenarkan kuman untuk bolak-balik dengan ibu.
1. Formula susu bayi tidak boleh bertindak balas terhadap keperluan bayi anda yang berubah.
Kebanyakan susu formula untuk bayi dihasilkan daripada susu lembu yang diubahsuai dengan bahan-bahan lain (Contohnya susu s26, susu friso gold dan susu fernleaf) Rumusannya tidak berubah & tidak bertindak balas terhadap keperluan bayi.Sebaliknya, susu ibu sentiasa berubah-ubah. Susu badan di pagi hari tidak sama dengan yang dihasilkan pada petang harinya.
Ia boleh dipengaruhi oleh diet seorang ibu, tetapi lebih penting lagi, ia dipengaruhi oleh keperluan bayi itu sendiri.
Sejurus selepas melahirkan anak, badan ibu akan menghasilkan sejenis susu ibu yang dikenali sebagai kolostrum.
Susu baby ini rendah kandungan lemak dan karbohidrat, tinggi pula tahap protein, kaya dengan antibodi & imbangan nutrien yang bayi perlukan di peringkat awal kelahiran.
Kelebihan utama susu ibu jika dibandingkan dengan susu bayi formula ialah ia mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang masih belum matang.
Ini akan memudahkan bayi membuang najis buat kali pertama. Susu ibu mengandungi sel-sel hidup yang menawarkan perlindungan terhadap jangkitan dan alahan.
Selepas susu awal ibu / kolostrum telah habis dikeluarkan, kajian mendapati bahawa lipid atau lemak dan sel komposisi susu ibu berubah setiap kali bayi menghisap susu terus dari payudara ibunya.
Ini menunjukkan badan ibu bertindakbalas secara langsung pada keperluan bayi dengan mengeluarkan susu ibu yang sesuai untuk si manja.
Bagi ibu yang melahirkan anak pra matang, ataupun mempunyai berat kelahiran yang rendah, badan ibunya akan menghasilkan susu yang betul-betul sesuai dengan keperluan bayinya sendiri.
Kandungan susu ibu untuk anak pra matang sangat berbeza berbanding susu ibu kepada bayi yang lahir cukup bulan.
Kajian mendapati susu ibu untuk anak tak cukup bulan mengandungi paras nitrogen, nitrogen protein, natrium, klorida, magnesium dan besi yang lebih tinggi, serta komposisi asid lemak yang berlainan, untuk membantu perkembangan anak mereka.
2. Susu bayi berformula tidak mempunyai kemampuan meningkatkan daya tahan badan (imuniti) anak.
Dengan perkembangan taraf hidup di dunia moden ini, kualiti hidup juga meningkat sama. Kes kes kematian bayi yang baru dilahirkan juga telah menurun. Tapi, ibu ibu di zaman ini kebanyakannya bekerja.Selepas habis tempoh berpantang, terpaksa menghantar anak yang masih bayi pergi ke rumah pengasuh mahupun nurseri.
Ibu pasti, ramai dari kita risaukan kesihatan anak kita kerana bercampur dengan ramai lagi kanak kanak lain yang mungkin kurang sihat.
Susu formula terbaik sekalipun tidak mempunyai kemampuan untuk bertindakbalas terhadap kuman yang berada di persekitaran bayi.
Ini canggihnya ciptaan Allah. Ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu dan terdedah kepada kuman yang sama mampu menghasilkan antibodi yang perlu kepada anak anak mereka & akan menguatkan imuniti.
Kajian berterusan saintis menunjukkan bukti tentang penyusuan susu ibu seperti penurunan kadar meningitis (jangkitan kuman pada otak), jangkitan saluran pernafasan dan saluran penghadaman, asma dan alahan di kalangan bayi.
Sekiranya anda tinggal di kawasan bandar dengan persekitaran yang agak tercemar, ini semestinya merisaukan.
Pemberian susu ibu dapat membantu melindungi anak kita dengan perlindungan yang tidak mampu diberikan susu formula. Apatah lagi untuk anak anak yang lahir tak cukup bulan.
3. Pemberian susu formula kepada bayi tidak menunjukkan kaitan kepada peningkatan kecerdasan.
Daripada kajian yang dilakukan, bayi yang diberikan susu formula mendapat markah yang lebih rendah dalam ujian kecerdasan berbanding dengan bayi yang menyusu badan.Susu ibu mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan oleh otak bayi untuk mencapai potensi maksimumnya.
Susu bayi terbaik yang dibeli dipasaran hanya membekalkan khasiat asas yang diperlukan anak kita.
Masa yang diperuntukkan oleh ibu semasa menyusukan anak secara terus juga akan mengeratkan hubungan kasih sayang antara keduanya akan mempengaruhi perkembangan minda anak yang lebih pesat.
Walaupun ibu bapa dapat meluangkan masa & bermesra dengan anak-anak di luar waktu penyusuan, masih tidak sama dengan pengalaman sentuhan kulit ibu dengan bayi secara langsung.
Bayi yang menghisap susu badan secara terus akan mendapat masa eksklusif dan perhatian yang tidak berbelah bahagi bersama ibunya. Ini akan memberikan perasaan disayangi dan rasa selamat dalam diri bayi. Sekiranya ibu mahu membantu anak yang lahir lebih pintar, lebih bagus untuk kita amalkan sendiri pengambilan susu semasa mengandung. Antara jenama yang popular ialah susu anmum materna, susu similac mom ataupun susu frisomum gold.
4. Susu anak berformula tidak memberikan kesan positif jangka panjang kepada kesihatan anaknya berbanding susu ibu.
Statistik menunjukkan, anak anak yang bertuah memperolehi susu ibu di awal usianya akan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit seperti diabetes, obesiti dan kanser di usia kanak-kanak.
Pemberian susu ibu juga merendahkan risiko Sindrom Kematian Bayi mengejut (SIDS - Sudden Infant Death Syndrome).
Semua kesan jangka panjang ini tidak diperolehi dengan pemberian susu formula.
5. Masalah bayi sembelit.
Anak kita yang minum susu bayi mudah mengalami sembelit. Ini disebabkan mereka terlalu bergantung harap kepada susu formula. Sekiranya anak kita mengalami masalah sembelit, kita perlu cari susu untuk bayi sembelit dengan rumusan khusus untuk mengatasi masalah ini.Anak anak yang sudah besar sedikit pun boleh mengalami sembelit kerana kurang makan makanan berserat dan juga kurang minum air masak.
Bacaan menarik: 2 Petua hilangkan sembelit bayi. Samaada tukar susu, atau cara kedua amalkan tips berkesan dari doktor.
Alamak, jadi sekarang ni tak bolehlah beri anak susu bayi kan?
Seboleh bolehnya, kita usaha berikan susu ibu kepada anak kita, sampailah usia mereka 2 tahun. Dalam al quran, ada sebut tentang pemberian susu badan. Surah Luqman. Orang bijaksana tu.Dan memang bukan senang nak dapat beri susu ibu ni, Ibu sendiri dah rasa bangun di tengah malam pam susu.
Hari bekerja mahupun cuti. Di pejabat pun kena juga pam susu.
Itulah pengorbanan kita sebagai seorang ibu dalam membesarkan anak anak. Nak berikan yang terbaik kepada mereka. Ayah perlu sokong ibu berikan susu badan tau.
Kalau buat berdua, tolong cuci bekas dan panaskan susu dalam freezer. Mesti tambah semangat ibu.
Dan kalau susu tak cukup juga, atau laebih teruk lagi tak keluar terus. Nak buat macam mana kan. Kenalah bagi susu formula.
Pilihan terakhir selepas penat berusaha. Cuma, bagi mak mak yang berjaya beri anak susu ibu eksklusif, janganlah kondem mak mak lain yang kurang bernasib baik tau.
Ujian kita berbeza.
Kesimpulan tentang kelemahan susu formula.
Sebelum menamatkan bicara, Ibu nak buat rumusan sikit tentang isi penting artikel ini.

Ulasan