Similac Mom Malaysia, Review susu untuk ibu mengandung & menyusu!

Tentu kita mahu yang terbaik untuk anak yang di kandung kan?
susu Similac Mom harga dan sample percuma

Pengalaman mengandung bagi seorang wanita, adalah pengalaman yang luar biasa. Lagipun, bukan selalu kita mengandung kan.

Ramai di luar sana yang teringin hamil, dah keluar banyak duit & usaha nak timang anak. Tapi, masih belum rezeki mendapat cahaya mata.
Bacaan menarik: Cara nak tahu hamil, Rahsia ibu dan nenek kita kesan "berita gembira" dari minggu pertama! Tak sempat nak bagitau.


Susu Similac Mom terkini dan telah dipertingkatkan rumusannya.

Sangat penting untuk kita mengamalkan pemakanan yang baik semasa mengandung.  Sebab itu Ibu tulis artikel ini.

Sebagai panduan bagi ibu hamil sebelum membeli susu ini. Barulah kita boleh bandingkan harga susu mengandung dari jenama berbeza seperti susu dutch lady - frisomum, susu karihome, susu enfamama & banyak lagi. Banyak betul susu untuk ibu mengandung tau. Nak beli yang mana satu untuk trimester 1,2 & 3. Kalau ada kencing manis, nak kena cari susu formula terbaik yang kurang gula pula kan.


Semoga lepas habis baca ni, kita taulah susu similac mom ni terbaik untuk kita ketika mengandung. Kita mulakan dengan soalan paling popular.

Apakah ia?



Adakah Similac Mom susu yang sesuai untuk diambil semasa hamil?

Apa yang kita makan dan minum semasa kehamilan boleh memberikan impak kepada perkembangan keseluruhan anak kita. 

Ini sebabnya, penting untuk kita memastikan nutrien penting terdapat dalam diet harian kita semasa mengandung.

Khasiat yang mencukupi akan memberikan asas yang kuat untuk pertumbuhan yang lebih baik dan pembangunan otak terutamanya semasa peringkat awal kehamilan. Pada masa yang sama, badan si ibu akan menyimpan khasiat yang diperlukan untuk penghasilan susu ibu selepas melahirkan anak. Percayalah, tiada susu terbaik untuk bayi anda selain susu ibu. Susu paling mahal sekali pun tidak boleh lawan khasiat susu semulajadi.

Oleh sebab itu, persiapkan diri kita semasa hamil dengan susu yang sesuai. Similac MOM dengan rumusan terkini telah di tambah baik adalah makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil.
Bacaan menarik: Susu untuk ibu mengandung di pasaran Malaysia! Patutlah ramai ibu pilih jenama ini.


Kebaikan susu Similac Mom untuk ibu mengandung?

Ia mempunyai kandungan lemak yang rendah dan sesuai diamalkan untuk ibu hamil dan menyusu. 

Susu Similac MOM dirumus dengan Sistem Nutrisi EyeQ ™, ia kini dilengkapi dengan Vitamin E dan Lutein Asli untuk mencegah pengoksidaan DHA, yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan otak anak kita sebelum dilahirkan.


susu similac mom terkini malaysia


Apa respon ibu ibu hamil yang pernah mencuba susu Similac Mom?

Pengeluar susu jenama Similac adalah syarikat Abbot. Syarikat yang sama mengeluarkan susu pediasure untuk anak yang cerewet nak makan.

Satu kajian telah dijalankan oleh Abbot Malaysia. Kajian ini dijalankan oleh Abbott Malaysia di kalangan 112 ibu di Malaysia pada 3 November 2017 hingga 27 November 2017 yang mengambil susu SIMILAC MOM

Hasil kajian Abbot ini menunjukkan 100% ibu bersetuju bahawa SIMILAC Mom membantu mereka memenuhi semua keperluan pemakanan mereka semasa hamil.

Berapa kuantiti susu yang perlu di ambil setiap hari?

Pengambilan 2 hidangan susu similac mom dalam sehari, akan membantu memenuhi keperluan kalsium dan asid folik yang di perlukan wanita hamil.

Ia juga membekalkan khasiat yang di perlukan oleh si manja untuk berkembang dengan sihat di dalam rahim kita.



Kandungan khasiat yang terkandung di dalam Similac Mom?


Similac Mom dengan rumusan terkini kini mengandungi DHA, Lutein, Vitamin E Semulajadi untuk menyokong perkembangan otak seperti Similac Gain Plus dan Similac Gain Kid.
  • Mengandungi DHA, Lutein dan Vitamin E Semulajadi untuk menyokong pembangunan otak.
  • Mengandungi 23 vitamin & mineral untuk membantu memenuhi keperluan nutrisi yang meningkat
  • Membantu mengawal gula yang lebih baik semasa hamil.
  • Mempunyai kandungan lemak terendah untuk membatu kita mengawal kenaikan berat badan yang lebih baik semasa mengandung.
  • Ia juga bagus dalam penurunan berat badan selepas bersalin untuk ibu menyusu.

Kesimpulan.

Walaupun ada banyak jenama susu untuk ibu mengandung di pasaran, tak semua sesuai untuk kita.

Jadi, langkah terbaik adalah dengan memohon dulu sample susu percuma. Macam mana nak dapat sample susu similac mom percuma?

Ibu ada kongsikan di dalam artikel lain, cara cara mendapat sample susu. Boleh baca di link yang di berikan di bawah. WALAUPUN artikel tersebut tentang susu bayi, tapi cara dapat sample susunya sama saja. Semoga bermanfaat.
Bacaan menarik: Sample susu percuma! Ini cara memohon sample supaya tidak membazir.

31 Ulasan

Ulasan

adianiez AIDA berkata…
Aida dulu ngelat num susu time pregnant. Minum tapi selalu lupa. Aida prefer anmun compare yg lain-lain. Sedap!
Fadzi Razak berkata…
Selain susu untuk anak, susu untuk ibu mengandung dan menyusu pun penting jugak. Sebab nak bagi nutrient yang penting untuk anak dalam kandungan atau untuk anak menyusu. Ibu pun kena ada nutrient yang lengkap juga
Saya tak pernah minum susu semasa mengandung sebabkan alahan yang teruk langsung tak boleh minum dan makan
Faries berkata…
Susu similic ni memang bagus sebab akak dari no 1 smp no 5 consume susu ni start pregnant. Tertanya-tnya juga apa kelebihan susu similac ni dgn brand lain. Baru tahu ad 23 vitamin dan bnyk lagi kebaikan yg lain
Sherry Go Sharing berkata…
now have many brands in market, glad you share of this brand. Glad to see now preg mom has choice of this brand to drink.
cindyrina berkata…
Apa ibu makan dan minum important for baby health and growth . Its important to have good brand.
Nadia Johari berkata…
Susu memang sangat penting untuk ibu yang mengandung dan menyusu..sebab apa yang kita minum, anak pun dapat manfaat..nad tak pernah minum susu similac ni..tapi tengok macam bagus..
Wawa Ashihara berkata…
Bagus info ni bg yg blom mengandung boleh baca mcm sy..heheh..skg dh byk susu ibu kan.. Cuma kena peka la utk pilih mne yg terbaik.. Sebab apa yg kita mnum ank akan dpt effectnya juga kan... Tp akk sy mnum susu ni juga..mmg bagus...
Zharif Azis berkata…
Bukan bayi je yg kena minum susu yer. Ibu mengandung pon dah start kne ambil susu utk pastikan kandungan sihat dn mndpt nutrien yg secukupunya
Huda Halid berkata…
Betul tu, sebelum beli tin besar, dapatkan sample susu percuma, tengok dulu, try test badan kita serasi tak. Macam2 jenis susu yang berada di pasaran , kena bijak memilih
Ibu Syurga berkata…
Ada banyak jenama susu ibu mengandung untuk kegunaan semasa hamil. Semua jenama ni tak sama dari segi kandungan nutrisi dan kalori. Jadi kita wajib pilih sebaiknya
AlongMurni berkata…
Banyaknya khasiat dan nutrisi dlm susu & sesuai untuk ibu mengandung!! Boleh AM sarankan pada adik AM..
Mawardi Yunus berkata…
first time dengat pasal jenama Similac Mom ni. maklumlah kita tak pernah mengandung nak minum susu mengandung kan. tapi x salah nak ambil tahu pasal ilmu ni kan.
Bonde Zaidalifah berkata…
Susu memang bagus untuk ibu yang sedang hamil, sebabnya ibu akan kekurangan kalsium kerana diserap oleh anak di dalam kandungan. Tapi sayangnye.. Sy tak boleh minum susu.. Kena ambil pil kasium.. Siapa yg boleh minum susu bolehlah cuba minum susu ini nampak menarik dan berkhasiat
Mouse Mommy Treats berkata…
Sy minum susu anmum sms mengandung. Susu similac mama ni nampak bagus jugak. Nnt sy cadangkan kat adik sy.
Mermaid berkata…
Semasa mengandung kena jaga permakanan supaya bayi dalam kandungan dpat khasiat yang sepatutnya. Disarankan minum susu dan banyak buah-buahan ye.
keliruuu berkata…
Maaf nk tnya, ramai yg ckp minum susu blh jd baby besar. Sejauh mne ye kbnaran tu?
Diana berkata…
Untuk ibu yg ada kencing manis,blh ke minum susu ni ye
Diana berkata…
Untuk ibu yg ada kencing manis,blh ke minum susu ni ye
Unknown berkata…
Sya dh bk masuk 3 bulan , alhmdulah minum susu ni , bila chek baby semuo ok mmg best.. walaupon mula2 ada rasa loya . Lama2 ok .
Ibu Syurga berkata…
Alhamdulillah, baguslah susu ibu hamil similac mom ni serasi dengan puan.

Jaga baby tu baik baik 🤩
Ibu Syurga berkata…
Kalau ada kencing manis semasa hamil (gestational diabetes melitus aka gdm) pastikan kita dapatkan pandangan doktor sebelum cuba susu untuk ibu mengandung.

Ikut nasihat doktor. 👍
Ibu Syurga berkata…
Bukan minum susu yg salah puan. Cara kita makan setiap hari tu pun menyumbang.

Susu ibu mengandung pun ada banyak jenis, ada yang kurang gula dan terlebih gula. Yang penting cara pengambilan betul.

Jangan lebih dari di sarankan. Lepas tu kalau ada kencing manis masa hamil, lagilah kena jaga gula
Ibu Syurga berkata…
Kencing manis dan terlebih gula yg berkemungkinan buatkan baby besar.
Unknown berkata…
Susu similac ni boleh untuk menyusu jugak ke
Unknown berkata…
sy nak tanya , susu similac ni dari susu soya / susu lembu ?
Unknown berkata…
Saya nk tanya saya dh start minum susu anmum ms kandungan 2 bln sekarang dh 4 bln..klu nk tukar kepada susu anmum kepada susu similac boleh tk nnti efek kepada kandungan tk
Ibu Syurga berkata…
Kalau minum ikut sukatan susu ibu mengandung yang ditetapkan di belakang label kotak susu patut tak ada masalah. Nak lebih yakin cuba dapatkan pandangan doktor ataupun pakar nutrisi di klinik kesihatan kerajaan.
Ibu Syurga berkata…
Base dia susu lembu seingat ibu.
Ibu Syurga berkata…
Betul, sesuai untuk susu ibu mengandung dan menyusukan anak yang sudah lahir. Maklumlah, susu ibu perlukan banyak khasiat kan
Ibu Syurga berkata…
Ini baik puan dapatkan nasihat doktor. Kencing manis semasa mengandung ni kena jaga betul