7 Petua Hilangkan Kencing Manis Ketika Mengandung. Berkesan Tau!

Semua wanita bergelar isteri inginkan anak sendiri. 

Sampai termimpi mimpi.

Dan

kencing manis ketika mengandung

Tak ada yang lebih gembira.

Bila kita nampak sendiri ada 2 garisan atas kit kehamilan tu

Rasa macam nak melompat jumping jack. Bersyukur sangat sebab Allah bagi rezeki Ibu pun sama. 

Cuma bila dah mengandung

Takut pula dengar kisah kawan kawan yang ada kencing manis semasa mengandung

Jadi, untuk kehamilan anak pertama & kedua. Ibu amalkan 9 tips ini & berjaya elakkan kencing manis

Alhamdulillah

Gula terkawal. Pernah juga, nyaris nyaris terlebih gula dalam darah. Nurse pun dah suruh minum air gula. Risau dah ni

Jantung dah macam gendang tarian singa di palu

Selamat. Mujur lepas. 

Jadi, macam mana ibu berjaya kawal ya? Ini petua hilangkan kencing manis semasa mengandung

Petua Hilangkan Kencing Manis Ketika Mengandung!

Ibu pasti, kita tahu apa keburukan kencing manis

Dan

Seperti kencing manis biasa, tidak ada ubat & rawatan yang benar benar berkesan untuk kencing manis semasa mengandung (diabetes gestasi)

Apa pilihan rawatan yang ada?

Ada banyak

Contohnya seperti diet Indeks Glisemik rendah, senaman, atau terapi insulin. 

Tapi kan

Disebabkan oleh kesan sampingan kepda bayi di dalam rahim, ramai yang menjauhkan diri daripada terapi insulin.

Sebab tu, ramai ibu pilih ubat-ubatan semulajadi 

Atau herba untuk merawat diabetes. 

Betul kan?

Itu yang orang cari set mengandung shaklee. Sebab ramai ibu dah cuba. Boleh baca apa kata ibu yang dah cuba

Sebab orang tak nak makan ubat doktor

Ubat-ubatan doktor ni

Boleh kita makan macam tu je

Atau kita boleh gabungkan dengan kaedah rawatan lain untuk kencing manis semasa hamil. 

Berikut adalah beberapa rawatan rumah yang senang macam makan kacang untuk di buat

Berkesan & popular macam bintang bintang di langit malam untuk GDM

Ibu galakkan puan tanya doktor dulu sebelum mencuba salah satu cara ini.

7 Tips kawal gula darah untuk elak atau kurangkan kencing manis semasa mengandung

kandungan gula dalam makanan
Cuba lihat berapa banyak gula ada dalam minuman kegemaran ini


1. Makan ikut jadual & teratur macam zaman kita sekolah

Orang Malaysia memang suka makan. Cuba perhati, balik pasar malam apa kita beli?

Mesti makanan kan. Salah satu penyebab utama kencing manis

Adalah jadual makan tidak teratur.

Takut kan?

Sebab kita makan bila bila masa di mana saja

Hehe. Dah macam roti pulak. Apa yang kita buat ni mengajar tubuh untuk peningkatan gula dan kalori secara besar-besaran.

Diikuti dengan tempoh yang lama tanpa nutrien. 

Pening badan kita

Sebab, memberi kesan negatif terhadap penghasilan insulin badan kita & jadilah diabetes

Ibu dapat tips mudah nak elakkan masalah ni. 

Cara terbaik ialah

Dengan meletakkan diri kita pada jadual pemakanan yang ketat. 

Ibu dapat tips ini dari pakar pemakanan, kita disyorkan makan hidangan kecil setiap 2 jam supaya badan kita biasa menghadam & menghasilkan insulin dengan tetap.

Kita dapat elakkan naik & turun gula darah mendadak

Macam roller coaster

Senang kan

Pastikan 2 hidangan kecil yang kita ambil tu, makanan berkhasiat untuk ibu mengandung

Kejap lagi Ibu bagi contoh gabungan yang bagus ya

Teruskan membaca (Tips no 5)

2. Buat Senaman Ringan untuk cergas macam atlet

Orang mengandung mana boleh bersenam?

Bolehhhhh

Tak ada masalah pun

Senaman ringan, macam berjalan, menyapu sampah & mengemas rumah

Persekitaran bersih & badan pun sihat kan. 

Tapi

Kalau rumah kita ada kucing

Pastikan kita minta tolong orang lain ya untuk bersihkan najis kucing

Najis kucing bahaya untuk wanita mengandung. Ada parasit toxoplasmosis. Ibu ada kongsi sebelum ni

Klik saja & baca

Selain itu tak ada masalah

Senaman yang kerap dapat bakar lebih banyak gula

Dan mencegah gaya hidup yang tidak aktif 

Berat badan pun terkawal. 

Penting tau

Kawal berat  semasa kehamilan.

Bukan tak boleh naik berat. Masa mengandung kan perut makin besar

Berat pun mesti naik, tapi mesti diurus dengan cara yang sihat. Supaya badan kita sihat

Tetapkan masa 30 minit senaman sekurang-kurangnya dua kali sehari

Ini akan menaikan kadar degupan jantung kita

Merangsang metabolisme

Dan mencegah kencing manis ketika mengandung

3. Diet yang tinggi serat & bantu kawal berat

Salah satu cara terbaik untuk mengawal diabetes 

Ialah dengan meningkatkan pengambilan makanan berserat. 

Makanan berserat akan merangsang pengeluaran insulin secara seragam 

Dan menghalang pelepasan insulin yang berlebihan ke dalam darah, membantu menyeimbangkan tahap insulin dan mencegah timbulnya diabetes. 

Kita juga akan kenyang lama

Bagus kan?

Makanan manis mesti dielakkan. 

Salah satu pantang larang semasa mengandung yang kita wajib tahu ialah, kurangkan makanan bergula

Nanti paras gula naik macam roket

Lebihkan serat

Serat harus menjadi sebahagian daripada diet kita

Apa contoh makanan berserat yang baik untuk diambil setiap hari?

Boleh cuba
  1. Flaxseed 
  2. Oat
  3. Roti whole meal
Makanan berserat sangat bagus di amalkan ibu mengandung, terutama yang kurang selera makan. Contohnya kerana alahan awal mengandung

Rasa kenyang lebih lama & bertenaga

Biar makan sikit

Asal kenyang

4. Vitamin D


Dulu masa sekolah, semua orang gembira bukan kepalang kalau dapat A.



Senyum sampai telinga. Kalau boleh nak frame kerta jawapan

Itu dulu lah

Tapi kan

Tak semua yang A ni je bagus

Contohnya, vitamin. Kita perlukan vitamin A, B, C dan D untuk kesihatan

Kita ambil vitamin D sebagai contoh, walaupun ini bukan vitamin yang banyak mendapat perhatian orang.

Vitamin ini penting untuk beberapa proses dalam tubuh kita.

Termasuk penyerapan vitamin dan nutrien penting

Seperti kalsium, besi, magnesium, dan fosfat. 

Dengan memaksimumkan penyerapan nutrien makanan yang kaya dengan vitamin D

Seperti
Susu
Salmon
Daging
Cendawan

Badan kita akan dapat menyerap nutrien dari makan yang diambil secara berkesan & berterusan sepanjang hari. 

Vitamin D juga membantu merangsang pertumbuhan bakteria bermanfaat di usus, yang penting untuk kehamilan yang sihat.

5. Protein

Percaya atau tidak, ada makanan tu serasi di makan bersama sama

Nanti kesannya meletup letup lah macam bom nuklear tu

Contohnya zat besi & vitamin c

Protein & karbohidrat

Macam P Ramlee kata

Umpama lagu & irama. Kalau kita makan makanan karbohidrat

Bersama sama dengan protein. Contohnya makan nasi dengan ikan. Nasi dengan daging. Makan Roti berserat / whole meal dengan kepingan ayam

Perasan kan?

Kehadiran protein bersama makanan berkarbohidrat

Akan membantu kita memecahkan karbohidrat ke dalam molekul yang lebih mudah diurus dan bermanfaat untuk badan

Ingat lagi tak tips no 1, makan ikut jadual. Dan makan hidangan kecil setiap 2 jam

Cuba gabungkan karbohidrat dengan protein. 

Ini akan mengurangkan proses pencernaan 

Dan 

Membantu pembebasan hormon insulin secara tetap & sihat

Protein juga penting untuk pertumbuhan dan perkembangan badan kita & bayi dalam kandungan

6. Makanan karbohidrat kompleks

Bukan semua karbohidrat diciptakan sama. 

Ada darjat kemuliaan masing masing.

Ada yang sihat

Dan ada pula yang tak sihat

Karbohidrat kompleks membekalkan badan bentuk gula yang lebih berharga & lebih sukar untuk dihadam 

Dan kurang memberi kesan kepada turun naik insulin dalam badan. 

Jika kita mengandung & ada kencing manis, elakkan karbohidrat ringkas untuk membantu memburukkan keadaan. 

Kalau kita selalu makan di luar, terutama kalau kita bekerja

Susah nak tahu apa yang tuan kedai letak dalam lauk

Banyak gula atau garam

Seeloknya, masak makanan kita sendiri.

Selain lebih bersih, kita juga boleh jimat banyak duit.

Elakkan makan roti, terutama roti putih, dan karbohidrat ringkas lain yang terdapat dalam makanan segera.

7. Vitamin C Bukan untuk cantik saja tau

Asal sebut vitamin C je

Orang kaitkan dengan kulti cantik & putih kan?

Tapi punya bagus vitamin c ni. Kekurangan vitamin C telah dikaitkan secara langsung dengan kencing manis semasa mengandung.

Kajian menunjukkan bahawa pada wanita yang mengidap penyakit kencing manis semasa hamil, dan meningkatkan pengambilan vitamin C selepas itu secara tetap

Kemungkinan untuk menghidap diabetes jenis 2 di kemudian hari lebih rendah

Vitamin C juga menguatkan badan kita

Kuat?

Ya, kuat melawan jangkitan kuman, kalau badan kita lemah. Itu yang senang kena keputihan semasa mengandung

Selesai sudah perkongsian ibu untuk kali ini

Selamat mencuba.

Ibu nak ingatkan sekali lagi, kalau nak cuba cara diatas.

Cuba minta pendapat doktor dulu ya.

Selamat mencuba

Comments

  1. Bagus petua yang ibu berikan ni

    Mak mak mengandung elok lah amalkan semua ni

    Kalau dapat amalkan 1 pun dah ok

    Lagi bagus dapat amalkan semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu. Ilmu bermanfaat adalah ibu yang di amalkan

      kalau kita baca banyak tapi tak buat pun tak bermanfaat kan

      Biar baca sikit tapi apa yang di baca terus buat

      Delete
  2. 7 petua ni semua bagus untuk kita amalkan

    Paras gula kalau tidak di kawal akan menyebabkan kencing manis masa mengandung

    Bahaya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu mama. Makanan manis memang elok di kurangkan semasa mengandung

      supaya tak kena kencing manis

      Asalkan makanan kita sihat, bacaan paras gula dalam badan pun normal

      Delete
  3. petua yang sangat baik untuk ibu-ibu mengandung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan duan wan

      Semoga bermanfaat untuk tuan dan isteri

      Delete
  4. bagus petua i utk ibu mengandung yg ada kencing manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah sini nik

      Orang tak mengandung pun boleh amalkan tips ni

      Delete
  5. Tulah tu...mengandung mmg suka tp yg tak suka nak kena gi check up sebulan sekali. Kalau tak de masalah tak per....
    Harapnya tips ni dpt membantu ibu ibu mengandung yg memerlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah blog ibu sis Hainom

      Memang elok pergi checkup doktor dan amalkan nasihat yang di berikan

      Delete
  6. Ibu-ibu mengandung kena cubalah tips ni tapi sebelum itu mintalah pendapat doktor masing-masing. Mujurlah zaman saya mengandung dulu takda masalah berat. Kalau tidak, siksa juga dibuatnya walaupun gembira bukan kepalang bila tahu mengandungkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mummy dearie

      Mengandung dah gembira sebab dapat anak

      tapi pada masa yang sama kena juga jaga kesihatan. Supaya bahagia berterusan

      Insyaallah

      Delete
  7. Masa mengandung kena jaga sungguh bab kencing manis ni. Yang penting kena jaga makan. Kalau makan tak jaga, makan ubat apa pun tak guna juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maznee stuju tu Ana.

      Makan apa ubat pun tak guna kalau tak kawal makan

      Delete
  8. Assalamualaikum Ibu..
    Membalas kunjungan di mlm hari.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 Bahaya Kucing Kepada Ibu Mengandung. Apa Salah si Miow?

8 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Trimester 1 hingga 3 & Pantang larang hamil!