Assalamualaikum, Cuti sekolah baru bermula. Nak bawa anak anak pergi mana? Baru semalam ibu balik daripada Melaka.
Saja pusing pusing bawa anak anak & emak bersama. Adik ibu pun ikut sekali. Kami pergi Taman rama rama Melaka.
Kami pergi ber enam. 4 Dewasa dan 2 kanak kanak.
Bertolak dari rumah mak di pantai klebang. Kalau nak cari homestay dan hotel tepi pantai dengan view yang menarik & banyak aktiviti. Tempat ni memang bagus. (Macam mana nak pilih homestay terbaik? Buat pilihan bijak & baca senarai Homestay paling bagus di Melaka!)
Sebab dekat pantai, nak tengok matahari terbit dan terbenam pun senang. Nak pergi muzium kapal selam & tempat lain pun dekat.Ok.
Balik kepada trip ke taman rama rama.
Taman Rama Rama & Reptilia Melaka
Tak hairanlah kan.
Sebab banyak tinggalan sejarah di Melaka. Disamping ada perakuan UNESCO sebagai salah satu tapak warisan dunia.
Hotel dan homestay sana sini mesti penuh.
Jadi kalau nak booking hotel boleh lah buat awal awal. Ada banyak laman kan. Pilih ikut bajet & selera.
Hotel dan homestay sana sini mesti penuh.
Jadi kalau nak booking hotel boleh lah buat awal awal. Ada banyak laman kan. Pilih ikut bajet & selera.
Yang penting
Kalau pergi dengan keluarga besar
Selesa dan boleh rehat rehat, Ibu prefer sewa home stay saja
Sama macam pergi cameron highland tempohari
Kami pergi 1 keluarga dan sewa homestay di tanah rata
Mak ayah pun selesa
Balik pada trip di melaka
Kalau nak tinggal 2 3 hari dan pergi bersama keluarga elok duduk homestay di pantai puteri. (Kenapa pantai ini digemari ramai pelancong untuk bersantai di Melaka? Baca Kelebihan Pantai Puteri Melaka!)
Depan ada laut
Nak pergi taman rama rama & lokasi lain pun dekat
Jadi apa kelebihan pergi taman rama rama ni
Kalau pergi dengan keluarga besar
Selesa dan boleh rehat rehat, Ibu prefer sewa home stay saja
Sama macam pergi cameron highland tempohari
Kami pergi 1 keluarga dan sewa homestay di tanah rata
Mak ayah pun selesa
Balik pada trip di melaka
Kalau nak tinggal 2 3 hari dan pergi bersama keluarga elok duduk homestay di pantai puteri. (Kenapa pantai ini digemari ramai pelancong untuk bersantai di Melaka? Baca Kelebihan Pantai Puteri Melaka!)
Depan ada laut
Nak pergi taman rama rama & lokasi lain pun dekat
Jadi apa kelebihan pergi taman rama rama ni
Kelebihan Taman Rama Rama 7 Reptilia Melaka
Jadi secara perbandingannya, ada beberapa kelebihan pergi taman ini
- Hampir sangat dengan tol ayer keroh. Keluar saja dari simpang tol ayer keroh dalam masa 5 minit saja dah sampai
- Tempat letak kereta banyak. Sebab pengunjung tak ramai
- Boleh bawa makanan sendiri (Setakat ini). Tak ada staf cek beg
- Tempatnya memang terjaga. Ibu paling suka taman ikan koi tu
Dan satu lagi
Kalau nak anak anak membesar dengan sihat & pandai
Kena selalu bawa mereka meneroka & melihat alam sekitar
Sel sel otak anak anak kita akan terangsang
Dan mereka pun mesti akan tanya banyak soalan
Cubalah tanya pakar kanak kanak, dalam agama islam pun ada sebut untuk didik anak sebaiknya
Bonding time
Ataupun cara lain boleh baca panduan dibawah untuk lahirkan anak anak yang bijak
Bagus untuk di jadikan pedoman
Lagipun pergi melihat alam semulajadi boleh legakan tekanan
Nanti lebih tenang dan awet muda dan jelita
Hehe.
Ok.
Seterusnya,
Kalau nak anak anak membesar dengan sihat & pandai
Kena selalu bawa mereka meneroka & melihat alam sekitar
Sel sel otak anak anak kita akan terangsang
Dan mereka pun mesti akan tanya banyak soalan
Cubalah tanya pakar kanak kanak, dalam agama islam pun ada sebut untuk didik anak sebaiknya
“Sesungguhnya, hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian (bagimu) dan di sisi Allah pahala yang besar.” (Surah at-Taghabun ayat 14)Anggap sajalah ini masa untuk dekatkan diri dengan anak anak
Bonding time
Ataupun cara lain boleh baca panduan dibawah untuk lahirkan anak anak yang bijak
Bagus untuk di jadikan pedoman
"Klik gambar dibawah untuk baca preview rahsia anak pintar cerdas"
Lagipun pergi melihat alam semulajadi boleh legakan tekanan
Nanti lebih tenang dan awet muda dan jelita
Hehe.
Memang banyak tempat menarik di Melaka seperti dalam video dibawah. Tekan butang play untuk tonton.
.
.
Ok.
Seterusnya,
Berapa harga tiket terkini untuk Taman Rama Rama Melaka?
Masa ibu pergi kali ni, harga tike dah naik dah
Harga tiket
- Dewasa RM22/ kepala
- Kanak kanak Rm16 / kepala. Usia atas 3 tahun dah kena caj
Jika ada ahli keluarga kita yang OKU, boleh tunjukkan kad OKU untuk dapat 50% diskaun
Melaka mana ada tempat murah
Semua naik harga, tapi yang bagusnya lokasi tempat untuk di lawati dekat dekat
Dan masa cuti sekolah ni jalan sesak mengalahkan KL
Hmm.
Tarikan menarik dalam Taman Rama Rama & Reptilia Melaka
Kami datang ke taman ini pada awal pagi
Jam 10
Masa ni tak ramai lagi pengunjung lain
Kami datang ke taman ini pada awal pagi
Jam 10
Masa ni tak ramai lagi pengunjung lain
Latar Belakang Taman Rama Rama & Reptilia Melaka
Ibu ceritakan serba sedikit tentang taman ini
Di bina dalam kawasan hutan seluas 11 ekar, sebagai perlindungan kepada banyak spesis rama-rama & reptilia
Taman ini telah dibuka kepada orang awam pada 1 Februari 1991 & dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka pada waktu tersebut.
Waktu mula mula dibuka, nama yang digunapakai ialah "The Butterfly Park Melaka" sebagai tempat perlindungan untuk rama-rama.
Kemudian perlahan lahan berkembang shinggalah hari ini, menempatkan juga spesis reptilia.
Di bina dalam kawasan hutan seluas 11 ekar, sebagai perlindungan kepada banyak spesis rama-rama & reptilia
Waktu mula mula dibuka, nama yang digunapakai ialah "The Butterfly Park Melaka" sebagai tempat perlindungan untuk rama-rama.
Kemudian perlahan lahan berkembang shinggalah hari ini, menempatkan juga spesis reptilia.
Tarikan di dalam Taman Rama Rama & Reptilia Melaka
Selepas bayar tiket, kita akan masuk ke lobi
Lobi selepas masuk pintu utama |
Ada 2 ekor burung kakak tua di ruang khas
Ibu terkejut bila dapat tahu usia burung kakak tua berwarna putih tu
Agak agaknya berapa?
35 tahun (Pada dis 2017)
Dah dilatih bercakap (Apa khabar, Hai)
Dan burung kakak tua kedua pula dah berusia 5 tahun
Muda lagi, tak pandai cakap
Dan agak garang.
Gambar tak dibenarkan diambil sendiri. Kalau nak bergambar dengan burung perlu bayar
Jadi
Terpulang nak tangkap gambar atau tidak
Ada juga burung merak di lobi ni
Ada juga burung merak di lobi ni
Ada burung merak dari india |
Maklumat tentang burung merak |
Awal pagi lagi, belum ada mood nak kembangkan ekor |
Selepas itu kita akan masuk ke 2 lokasi paling menarik di dalam taman ini
1. Aviari rama rama
Suasana di aviari rama rama semasa awal pagi |
Antara spesis rama rama dalam aviari |
Redup lagi awal pagi ni. Sejuk & lembap |
Rama rama hisap jus nanas. Manis agaknya nektar nanas tu |
Ada beberapa keluarga lain sedang bersiar siar |
Ikutkan ada 20 jenis rama rama dalam sangkar ni |
Kita ke lokasi seterusnya |
Ibu suka datang sini sebab nak bawa anak anak bersama sama
Dapat kenal rama rama & banyak spesis haiwan lain
Selalu pergi zoo saja kan
Zoo Melaka pun pernah pergi, tapi pengalaman tak sama
Zoo Melaka tiada taman rama rama.
Bayangkan, di taman ini kita akan dikelilingi oleh beratus-ratus rama-rama berwarna dalam persekitaran yang dipenuhi bunga yang cantik
Anak anak ibu suka
Melihat tarian rama-rama ini di matahari pagi dengan udara yang sejuk memang terbaik
Dapat lari sekejap dari kesibukan dan hiruk pikuk kota raya di lembah Klang
Tamana ini menempatkan lebih dari 20 spesis kupu-kupu
Antara spesis rama rama yang ada ialah
- Black and White Helen (Papilio nephelus)
- Malayan Birdwing (Troides)
- Rama rama kebangsaan Malaysia, Rajah Brooke Birdwing (Ingat lagi tak subjek sejarah di sekolah dulu).
Selepas itu ada beberapa spesis burung yang di pamerkan
Cantik lanskap disini |
Anak anak memang suka tengok burung |
Burung dari Australia rupanya |
2. Taman ikan koi
Anak anak ibu paling enjoy masuk bahagian ni
Sebab sebelum ni bila menonton siri upin ipin di kaca tv
Ada episod ikan laga tu kan
Bila sampai sini, jangan lupa untuk beli makanan ikan di kedai cenderamata
Nanti bila dah masuk dalam
Pengalaman yang paling mengujakan & mengasyikkan anak anak
Tak percaya cuba lihat gambar gambar ini
Seronok anak anak dapat bagi ikan makan |
Lama duduk sini. Bagi makan sampai dedak habis |
Jenuh menjawab soalan anak anak |
Dah selesai, pergi tempat lain |
Ada aviari rama rama lagi lepas ni |
Selalunya
Pengunjung yang pertama kali datang tak beli makanan ikan semasa baru sampai
Jadi bila sampai sini, melepaslah pengalaman bagi ikan koi makan
Rugi kan
Ibu kongsi dah ni, mak ayah boleh lah beli 2 3 bungkus
Rama rama kebangsaan Malaysia, Rajah Brooke |
Ada warna hijau dan kuning sebenarnya. Cuma kami jumpa warna kuning saja |
Masuk aviari burung lagi
Birds of the same feather flock together |
Spesis burung |
3. Taman Buaya & Reptilia
Bahagian ni bagi ibu tak berapa best
Maklumlah buaya semua malas malas
Tak ada aksi akrobatik
Taman buaya |
Buaya sedang bersantai |
Telur buaya |
Siapa pernah tengok peter pan, inilah buaya dari amerika. Besar. Buaya ni lah yang makan tangan Captain Hook musuh ketat peter pan and the lost boys |
Yang kecik ni ingatkan tengah tengak raksasa otromen |
ikan keli raksasa |
Kura kura dinosour. Fosil hidup ni. Besar |
Sedara mara ikan piranha. Ikan pacu, Bezanya satu gigi jongang, satu lagi tajam macam pisau |
Ikan pacu. Ikan air tawar yang lasak |
Close up. Macam ikan bawal hitam kan? Sedap masak sambal agaknya |
Part paling tak digemari. Taman ular. Yang wanita semua lari laju laju sambil pejam mata |
Sampai ke penghujung sudah |
Alhamdulillah
Awal awal tu semangat nak tengok satu satu
Sampai saja ke taman ular memang tak minat. Seram
Teringat nanti dalam kubur ada ular besar khas untuk seksa orang yang tak solat
Kalau dunia pun dah menakutkan
Bayangkan ular besar dalam kubur tu
Kesimpulannya
Dari awal sampai hujung tu kalau jalan perlahan lahan boleh habis dalam 1 ke 2 jamBerbaloi ke dengan harga tiket tu?
Setakat ni rasa berbaloi
Sebab anak anak pun suka.
Kawasan pun nampak terjaga
Terutama bahagian ikan koi tu. Jangan lupa beli makanan ikan tau
Sampai berjumpa lagi
Lepas ni ibu akan cerita lagi lokasi lokasi menarik di sekitar melaka
Tempat tempat menarik di melaka yang ramai pelancong dalam dan luar negara datang
Insyaallah
PS: Masa balik taman ni, maklumlah cuti sekolah. Jalan jam macam ada jualan tutup kedai. Air cond kereta kami rosak.
Pusat servis perodua cadangkan servis & tukar mencecah RM3274. Alhamdulillah, lepas usaha & cari kedai lain.
.
Kami keluar RM220 saja aircond dah elok. Dapat jimat RM3050. Nanti kami kongsi tips nya.
Assalamualaikum