18 Susu bayi baru lahir, Ini formula terbaik untuk usia 0-6 bulan

Tak ada susu terbaik untuk bayi kita selain susu ibu. Tapi, langit tak selalu cerah!
susu bayi baru lahir


Ibu pasti, ramai ibu yang hadapi masalah menyusukan anak selepas bersalin. Jadi, terpaksa juga cari susu formula untuk bayi.



21 Pilihan susu formula untuk bayi baru lahir untuk pelbagai jenis keperluan anak yang berbeza!

Badan anak kita akan mempunyai tindak balas berbeza kepada jenis susu anak yang digunakan.

Lebih memeningkan kepala, reaksi ini tidak sama untuk bayi berbeza. Sebaliknya, ada susu tepung yang tidak sesuai hingga menyebabkan anak kita muntah, kembung, alahan, sembelit & sebagainya.

Sebab itu, hari ini Ibu akan bantu asingkan susu formula terbaik untuk bayi baru lahir menurut kegunaannya. Pastinya sangat membantu. 

Artikel ini kami sediakan khas untuk membantu anda memilih susu bayi terbaik untuk anak baru lahir / newborn.
Bacaan menarik: Susu formula terbaik untuk bayi, Ini jenama terbaik yang di popular di Malaysia.
Kita mulakan dengan rumusan khas untuk bayi prem.

Susu bayi pramatang, tak cukup bulan!

Sesiapa yang ada anak lahir tak cukup bulan, mesti faham betapa susahnya nak besarkan mereka.


Susu formula bayi untuk bayi pramatang


Senang sangat nak jatuh sakit. Anak kedua Ibu, Zaid lahir semasa usia kandungan 8 bulan. Kami usaha juga beri susu ibu. Bila tak cukup susu, terpaksa topup susu formula.

Di bawah ini adalah antara susu khas untuk bayi tak cukup bulan. Walaupun kita beli susu formula terbaik yang paling mahal sekalipun, tak boleh lawan dengan susu ibu. Ok, sekarang kita mulakan dengan yang paling popular. Apakah ia?





Kalau  anda malas nak baca artikel yang panjang ni, klik video youtube di bawah ni. Lagi senang!

Tekan butang ini untuk subscribe Youtube Channel IBUSYURGA.  Hadiah untuk dimenangi subscriber bertuah.
.

1. Similac NeoSure Infant Formula with Iron, For Babies Born Prematurely

Susu Similac Neosure untuk bayi pramatang dari Abbott.
Similac NeoSure untuk bayi pramatang
Menurut jurnal yang diterbitkan oleh American Academy of Pediatrics, kajian tersebut menyebut
Formula-fed infants should receive iron-fortified formula. Furthermore, VLBW or ELBW breastfed and formula-fed infants should be supplemented with iron sulfate drops to provide a total dose of approximately 4 mg/kg per day of elemental iron. Most infants require 120 kcal/kg per day for adequate growth.
Rumusan susu similac neosure mengandungi khasiat yang diperlukan bayi tak cukup bulan & tidak mengandungi hormon pembesaran tidak semulajadi.

Contoh khasiat yang terdapat di dalam susu ini ialah seperti DHA untuk perkembangan otak, lutein untuk kesihatan mata & vitamin E untuk pembesaran.

Bacaan menarik: Susu untuk bayi pramatang


2. Pre Nan

Susu Pre Nan untuk bayi pramatang dari Nestle.


Alternatif kepada susu Similac Neosure, Susu Pre NAN adalah antara pilihan susu formula terbaik untuk bayi pramatang. Susu terbaik tetap susu ibu ya. Susu ini pun tak boleh lawan.

Atas tin susu pre nan pun ada sebut susu badan ibu paling bagus untuk anak pramatang.  

Tetapi, atas banyak faktor lain kerana tak ada susu ibu yang cukup, susu pre Nan yang dapat membekalkan keperluan khasiat untuk perkembangan bayi pramatang hingga berat mereka 4kg. 

Susu ini juga diperkaya dengan DHA & ARA yang penting untuk pembesaran bayi pramatang.

Susu bayi baru lahir untuk newborn hingga 6 bulan.

Jika kita memberi jenama susu untuk bayi tertentu buat pertama kali, dan anak kita minum sampai habis & makin sihat ketembaman, Alhamdulillah. Maknanya serasi susu tu. Susu untuk anak kecil ni tak sama kandungan nutrisinya dengan susu untuk orang dewasa tau. Contohnya susu fernleaf family & susu calciyum tu, baby tak boleh minum tau.

Di bawah ini pula Ibu senaraikan pilihan jenama susu yang di reka khas untuk anak yang berusia bawah 6 bulan.


3. Dutch Baby 0-6 months

Susu dutch baby untuk bayi baru lahir, harga murah!
Dutch Baby 0-6 months 1kg

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai, dan dekat dekat tahunnya, agak berat belanja untuk susu. Antara pilihan susu bayi yang murah harganya ialah dari Dutch Lady.

Rumusan susu dutch baby untuk usia 0-6 bulan dilengkapi dengan nutrien penting yang didambakan anak kita seperti DHA, AA, protein & banyak lagi.

Jika anda berkemampuan untuk memberikan susu formula dari dutch lady yang lebih mahal kepada anak anda yang berusia di bawah setahun, susu seterusnya adalah jawapannya



4. Frisolac 1

Susu frisolac langkah 1 untuk usia bayi 0-12 bulan.
Susu premium dari dutch lady untuk anak anak berusia 1 tahun ke bawah. Di import terus dari Holland dengan rumusan lengkap yang diperlukan si manja.

Susu ini mengandungi Vitamin B6 & C, besi, zink, DHA  & banyak lagi nutrien. Harga susu frisolac step 1 untuk 600g ialah sekitar RM71.20.




5. Frisolac gold

Susu untuk bayi yang mudah muntahkan susu.


Susu frisolac comfort untuk bayi sembelit


6. LACTOGEN 1 Infant Milk Formula

Susu Lactogen langkah 1 untuk usia 0-12 bulan.

Satu lagi jenama susu dengan harga mampu milik selain dutch baby. Susu lactogen 1 dilengkapi lactobacillus untuk membantu usus bayi yang lebih sihat.

Harga susu lactogen untuk bayi bagi berat 650g ialah RM24.40.


7. S26 SMA

Susu S26 SMA step 1 untuk bayi 0-12 bulan
Dari pengalaman Ibu membesarkan 2 orang anak, memang berpuas hati dengan susu s-26. Susu ini bukan susu premium dari Wyeth, tapi itu pun dah cukup bagus. 

Bayi yang minum susu ini mendapat khasiat warisan inovasi wyeth seperti, AA, DHA, S Nukleotida, Lutein & banyak lagi. Harga susu s 26 untuk pek 600g, ialah RM54.60.



8. S-26 GOLD SMA

Susu S26 Gold SMA step 1, susu bayi premium dari Wyeth. Antara susu bayi paling mahal di Malaysia.

Apa bezanya susu anak s26 gold ni berbanding susu sebelum ni? Susu ini mengandungi lebih banyak khasiat yang bermanfaat kepada anak kita yang masih bayi, paling utama ialah alpha lipid.

Bahan ini bermanfaat untuk perkembangan sistem saraf & menyumbang kepada sambungan sel sel otak yang lebih pantas.

Harga susu s26 gold langkah 1 pun boleh tahan, bagi pek 600g harga sekitar RM78.


9. Similac 1 Infant Milk Formula

Susu Similac 1 Langkah 1 (Untuk usia 0-12 Bulan)


Susu Similac step 1 adalah susu anak untuk bayi baru lahir hingga berusia 12 bulan. Susu ini mengandungi AA, Omega 3 & 6, Taurine, Choline, serta dirumus dengan gabungan DHA & Lutein.

Ia juga disokong oleh campuran minyak sayuran untuk membantu penyerapan nutrien & pertumbuhan dan perkembangan si manja.

Harga bagi saiz 900g ialah RM 110.90.



10. NAN HA 1 BL

Susu anak baru lahir yang mempunyai alahan.
Adakah anda mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap alahan. Contohnya anak anda yang lahir sebelum ini mempunyai alahan. Jika ya, susu ini disyorkan untuk bayi yang berisiko untuk mempunyai alergi. 

Susu ini mungkin mempunyai rasa yang sedikit berbanding susu lain berbeza kerana telah melalui proses hidrolisis. Tetapi dari pemerhatian, rasa ini mudah diterima oleh bayi. 

Rumusan susu Nan HA ditambah dengan Nukleotida, Bifidobacterium lactis yang membantu meningkatkan mikroflora usus, Bifidobacterium lactis untuk membantu mengurangkan kejadian cirit-birit, asid lemak tak tepu berlemak panjang - Asid Docosahexaenoic (DHA) dan Arachidonic Acid (ARA).

Susu formula ini juga mengandungi probiotik yang membantu meningkatkan mikroflora usus dan dapat mengurangkan cirit-birit. 


Harga susu ini sekitar RM107.90 bagi saiz 800g.

Sekiranya bayi anda tidak mempunyai masalah di atas, maka susu seterusnya lebih sesuai.


11. NAN 1 Pro

Susu anak dari Nestle untuk bayi berusia 0-12 bulan.
Jika anda tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap alahan, susu ini mungkin terbaik untuk anda. 

Susu ini hampir sama dengan no 9, bezanya kegunaan susu ini untuk anak yang tak ada masalah alergi.

Harga bagi pek 900g ialah RM90.50.


12. Enfalac A+ Step 1

Susu Enfalac step 1 - susu bayi premium dari Mead Johnson untuk anak baru lahir hingga ke usia setahun.

Enfalac A+ adalah antara susu formula paling mahal di Malaysia. 

Ibu ada menulis review yang lengkap & sangat membantu mak ayah yang teringin nak mencuba susu ini.

Boleh baca di link yang diberikan ini. Artikel ini juga mengulas susu lanjutan kepada enfalac a+ iaitu enfagrow a+.

Bacaan menarik: Susu enfagrow untuk 1 tahun & ke atas.




13. Enfalac A+ Gentlease S1

Susu Enfalac A + Gentlease untuk 0 - 12 Bulan
Enfalac A+ Gentlease S1

Susu ini telah melalui proses hidrolisis protein. Kandungannya tak banyak beza dengan enfalac a+ biasa. 

Bezanya, susu enfalac gentle ease khusus untuk bayi yang mengalami masalah penghadaman.

Harga susu ini bagi berat 1.2kg ialah RM148.00. 


14. Dupro 1 Infant Formula.

Susu dupro step 1 untuk bayi baru lahir.
Antara pilihan susu pada harga berpatutan yang dikeluarkan oleh dumex. Harga lebih kurang dengan susu dutch baby langkah 1.

Kalau anda selalu tengok tv, mesti terjumpa iklan dugro kan. Dugro & dupro ni keluaran yang sama. 

Dupro untuk bawah 2 tahun, dugro pula untuk selepas tu. Kalau anda nak tahu jenis jenis susu dari dumex, baca link di bawah.

Bacaan menarik: 9 jenis susu formula dugro untuk pilihan anak kita yang sedang membesar!



15. Dupro Soy

Susu bayi untuk anak yang alah dengan susu lembu.

Dupro Soy
Variasi susu dupro untuk anak anak yang mengalami lactose intolerance. 


16. Mamex Cherish Step 1

Susu mamex langkah 1 untuk bayi 12 bulan ke bawah.
Mamex Cherish Step 1
Susu mamex pun tergolong dalam kategori susu mampu milik. Harga berpatutan. Macam dutch baby & dugro juga.

Jika anda nak dapat maklumat lengkap tentang susu dari dumex ini, termasuk step 1, 2 & 3 ke atas boleh baca link yang ibu kongsikan di bawah ni.

Bacaan menarik: Susu Mamex.



17. Bebelac Step 1

Susu bebelac langkah 1 (0-12 bulan)
Bebelac Step 1
Juga dikeluarkan oleh Dumex. Harganya untuk 800g ialah RM45.00.


18. Similac Lactose Free Infant Milk Formula

Susu similac bebas laktosa untuk bayi yang alergi kepada susu lembu.


Similac Lactose Free Infant Milk Formula



19. Snow Brand Step 1

Antara susu untuk bayi sembelit yang boleh kita cuba.
Snow Brand Step 1
Sebenarnya ada banyak lagi susu formula untuk sembelit. Baca senarai lengkap di bawah ni.


20. Susu Karihome Infant Formula Step 1



Susu karihome step 1

Susu terakhir dalam senarai ini adalah satu satunya susu kambing. 
31 Ulasan

Ulasan

ajumohit berkata…
perlu pilih susu yang bersesuaian mengikut umur anak
Zharif Azis berkata…
Mudahlah lepas nie utk beli susu formula buat pasangan yg baru berumahtangga dn ingin bercahaya mata. Boleh rujuk blog nie. Terima kasih ya atas infonya
Rodiah Amir berkata…
Betul setuju sangat. kadang-kadang kita begitu teruja nak susukan anak walhal perkara boleh jadi sebaliknya. kita tak tahu keadaan selepas kita melahirkan. macam Diah dulu terpaksa beri anak Enfalac sebab susu lambat keluar. Asalkan anak kenyang dan sihat dah bersyukur.
adianiez AIDA berkata…
ini adalah alternatif bagi yg bermasalah nak menyusukan baby, kan.
lain org lain dugaan nyer.tak semua boleh dgn mudah susukan baby lepas bersalin.
Rawlins GLAM berkata…
Banyak pilihan kan sebenarnya. Syukur ada perkongsian begini bagi ilmu dan pengetahuan bersama. Mudah untuk rujukan semua.
Dikbee berkata…
Banyaknya jenis-jenis susu.. walaupun belum ada anak lagi tapi nak kena tau jugak ni. Ye la, baby yang lahir pra matang ni perlukan penjagaan rapi. Tq atas info.
Bagi ibu2 yang tak banyak susu badan, susu formula ni memang sngat bagus supaya bayi membesar dengan nutrisi yang cukup
Qaseh Dalia berkata…
Betul , tak semua boleh fully bf .. yang tak de de rezeki utk fully bf terpaksa juga guna susu susu formula ..
Lia Hasty berkata…
Banyak juga pilihan susu bayi utk newborn ni . Parent just pilih produk yang mana sesuai untuk bayi masing2. Boleh juga boleh tips untuk lia bila ada bayi nanti.
Fadzi Razak berkata…
Betul tu. Ada yang rezeki alhamdullilah melimpah ruah, dapatlah menyusu sampai 2 tahun. Tapi kalau yang tak mampu nak menyusu badan sampai 2 tahun pun, jangan rasa rendah diri atau gelabah. Banyak lagi pilihan susu formula yang boleh dicuba ikut kesesuaian anak anak
Ibu Syurga berkata…
Terima kasih banyak banyak Ibu ucapkan pada kawan kawan dan juga pembaca sekalian yang singgah dan komen. Semoga mendatangkan manfaat. Insyaallah
Huda Halid berkata…
Macam2 pilihan susu formula baby. Alhamdulillah,anak2 huda semua dimurahkan rezeki dapat minum sepenuhnya. Jadi mmg tak tahu pasal susu baby ni
Wawa Ashihara berkata…
Banyak rupanya formula susu yg ada skrg kan.. Cuma selesa xselesa je bila guna... Info ini sgt berguna buat para ibu & yg akan jadi ibu nanti...
Nadia Johari berkata…
Banyak susu pilihan, ibu pilih je mana yang sesuai dengan baby tu. Memang tak semua ibu boleh breasfeeding..kita sebagai ibu cuba sebaik mungkin..
Emi berkata…
Ingat lagi masa kakak emi lahirkan anak pertama dulu. Macam2 jenama susu dia bg utk anak dia, tapi tak serasi. Baby jd kembung perut. Last2 bagi minum susu kambinv jenama apa ntah. Perut baby sensitif sangat.
Mama Hakim berkata…
Anak anak yang lahir pramatang memang tak di galakkan di beri susu bayi formula. Melainkan kalau keadaan mendesak. contoh ibu tak sihat, dan lain lain. Sekurang kurangnya ada alternatif kan.

Tapi ini bukan pilihan utama tau. pilihan terbaik masih susu ibu
Mazni Azmi berkata…
Susu bayi untuk anak pramatang memerlukan lebih banyak khasiat. harga susu formula ni pun sangat mahal berbanding susu formula biasa
nikkhazami berkata…
betul tu, takde susu terbaik untuk anak melainkan susu badan.. tapi kalau nak beli juga takde masalah. kena bijak memilih dan buat research
AlongMurni berkata…
AM dulu masa bersalin anak pertama mmg susu kurang.. jadi anak AM minum susu formula dutch lady.. Alhamdulillah dia nak.. susu brand lain banyak yg dia muntah n luak blk.. sampai diaorg dah 7 & 8 tahun susu dutch lady tetap jadi pilihan anak2..
Zayani Zulkiffli berkata…
Oo, rupanya ada jenis susu special untuk bayi pramatang ya. Ingatkan selalunya sama je. Pengetahuan baru info ni.
Zayani Zulkiffli berkata…
Ohh, rupanya banyak jenis susu formula siap ada yang untuk bayi pramatang. Ingatkan sama je atau kena minum susu ibu je.
mun_9072 berkata…
Terima kasih.. Sgt bermanfaat..
Unknown berkata…
Hai.. Anak sy ada masalah muntah.. Doctor recommend susu enfalac a+ gentlease 0 12 . 5bulan dh gula skrg susu tu x ada stock di Malaysia . Blh recommend sy susu yg sesuai utk bayi yg ada masalah muntah ..
Unknown berkata…
Anak sy pramatang sebelum ni sy bagi susu enfalac so ok la berat badan naik perut pun ok..tapi berak hijau..jdi sy cume tukar susu similac.akak2 boleh bgi tau sy x susu apa yg sesuai
Ibu Syurga berkata…
Anak Ibu yang kedua pun baby premature juga. Ibu beri susu formula s26, alhamdulillah ok. Lepas usianya dah lebih 2 tahun ibu tujar susu kambing pula.
Ibu Syurga berkata…
Itulah masalah pakai susu anak mahal ni, sebab tak ramai orang guna, stok senang habis. Dulu Ibu pernah alami masa guna susu pediasure coklat. Bekalan xde.

Rasanya brand s26 dan similac ada untuk elak colic / muntah tu. Tak ingat pula namanya. Try cari kat hypermarket InshaAllah ada sis. Nak lebih tepat tanya pediatrics
Unknown berkata…
Cube susu s26.ank sy pun pramatang skrng umur dia 3 bulan 25ari.ank sy minum susu ni ok xmuntah berak pun alhamdulillah ok
Unknown berkata…
Maaf tnya s26 ni byk jenis yg mne 1 ye awk kasi
Ibu Syurga berkata…
Dulu ibu beri susu anak s26 sma step 1 2 dan 3.

Kemudian ibu tukar susu lain srbab anak dah xnak susu tu.
Ibu Syurga berkata…
Sama dengan anak Ibu, premature bagi susu bayi s26 yang biasa je, bukan yang gold pun dah ok.
Ilmaranairam berkata…
Terima kasih atas info.sy sedang mencari susu formula utk anak yg alergik.terjumpa blog ni..sgt membantu.so da tau susu mane yg sesuai dgn anak..