Ladang Teh Sungai Palas? Wah, cantiknya view! Tapi berbaloi ke?

ladang teh sungai palas cameron highland
Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke tempat rare ini.
Kalau berkunjung ke Cameron Highland, selain ke ladang strawberry jangan lepaskan peluang ke ladang teh sungai palas.

Inilah tempatnya teh jenama BOH yang kita selalu minum di kilangkan.

Antara Tempat tarikan pelancong parking menarik di Brinchang. Jadi ramailah yang datang ke sini lihat ladang teh atau makan strawberry segar. Tak perlu terbang jauh ke Australia



Ladang teh boh cameron highland! Tempat cantik yang tak ramai sanggup pergi sebab..

Ladang teh BOH Sungai Palas yang dimiliki oleh BOH Plantations Sdn Bhd.

Jenama teh yang cukup terkenal di Malaysia.


Tempat ini  di wujudkan supaya pengunjung dapat menikmati sendiri kelazatan minum teh segar sambil menikmati keindahan ladang teh.


Memang lain rasanya.





Aktiviti menarik untuk di lakukan di Ladang Teh Sungai Palas.

Ada banyak aktiviti best yang dapat kita lakukan di sini. Bolehlah isi masa lapang dengan sepenuhnya.


1. Menikmati permandangan ladang teh Cameron yang menakjubkan.

Kita boleh jalan jalan di ladang teh, jangan lupa tangkap gambar di sini. Boleh fram dan letakkan di rumah.


2. Menikmati minuman teh yang sedap di Tea'ria.

Di ladang teh BOH ini terdapat kafe Tea’ria untuk pelancong menjamu selera sambil melihat permandangan ladang teh yang lawa. 

Servis di kafe ini berkonsepkan layan diri.


Andai kata kita dah makan di tempat lain sebelum ke mari, boleh melihat permandangan ini tanpa makan makan. 


Pelanggan perlu beratur untuk membeli di makanan di kaunter yang di sediakan. 

Bergantung kepada waktu kita ke mari, mungkin kita terpaksa beratur panjang jika pengunjung ramai.


3. Melawat pusat pameran khas untuk untuk pengunjung.

Selain itu, di sini juga terdapat pusat pameran yang memaparkan sejarah ladang teh BOH di Cameron Highlands.


4. Shopping cenderahati.

Terdapat kedai souvenir yang menjual banyak barangan menarik untuk di jadikan ole ole.

Daripada baju, rantai kunci, "fridge magnet" atau teh untuk pengunjung dibawa pulang sebagai kenangan.



5. Melawat Galeri & Kilang teh BOH.

Boleh lihat dengan amta sendiri bagaimana teh susu yang kita minum saban hari di hasilkan di kilang.

Daripada daun teh yang di petik sehinggalah hasil akhir yang telah siap.


_________________
Review pengunjung ladang teh ini. Apa kata mereka?

4.3 dari 5.0 bintang berdasarkan 1,791 ulasan di Google.


Ramai pelancong dari seluruh Malaysia tak kiralah dari Johor, Kelantan & Selangor datang ke sini untuk bercuti.

_________________
Tips sebelum ke sini. Bagus Untuk tahu!
  1. Datang awal pagi sebab cuaca memang cukup sejuk. Dapat menikmati permandangan ladang yang cantik dijaga rapi.

    Datang awal tak ramai pengunjung, boleh berjalan dan bergambar di dalam ladang ini dengan senang hati. Orang bandar di KL kan suka selfie.
  2. Datang lebih awal juga akan memberikan kita peluang melihat daun teh diproses dari daun hinggalah ke bentuk akhir yang sedia digunakan.

    Semua proses di kilang ini biasanya tamat pada jam 11 pagi.
  3. Datang awal akan memudahkan kita melalui jalan sempit ke ladang ini.

    Jalan ini memang mencabar & hanya cukup untuk laluan 1 kereta sahaja.

    Datang lambat akan menyebabkan kesesakan di jalan yang curam ini, kecut perut tau. Tiba lewat di sini kita akan menunggu lebih lama di cafe di dalam barisan.
  4. Tandas di sini memang dijaga kebersihannya. Terutama sekali jika kita tiba awal.
  5. Papan tandanya yang menunjukkan laluan ke ladang ini kurang menyerlah, lebih baik kita gunakan aps seperti google maps & waze untuk sampai ke sini.

    Lebih baik bawa kereta tidak terlalu laju selepas pekan Brinchang & perhatikan sebelah kiri jalan untuk laluan masuk.
  6. Semasa melalui jalan kecil lagi sempit ini, bunyikan hon di selekoh tajam untuk memaklumkan arah trafik dari lauan bertentangan.
  7. Lebih baik kita datang ke sini selepas sarapan, makanan yang di jual di sini memang mahal.
_________________





Alamat ke Ladang Teh Cameron Highland!

Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang.

Waktu lawatan Ladang teh sungai palas: Di buka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang.


Telefon: 05-496 2096

_________________
Peta ke Ladang Teh Sungai Palas untuk rujukan anda.


Nak mudah lihat peta di di bawah



_________________
Bagaimana mahu sampai ke Ladang Teh ini.

Bergantung dari mana kita memandu ke Cameron, sama ada dari Simpang Pulai ataupun Tapah.

Yang penting kita tahu kedudukan pasar pagi Kea Farm.


Ladang teh di Sungai Palas agak sukar di cari terutama sekali sekiranya baru pertama kali bercuti di Cameron Higland.


Papan tanda yang ada agak tersorok, jadi lebih mudah menggunakan aplikasi google Maps dan Wave. 


Sekiranya kita memandu dari dari Tanah Rata (Bermakna kita masuk dari tol Tapah) teruskan memandu sehingga kita sampai Hotel Equatorial Cameron Highlands. 

Dari sini, jarak pintu masuk ke ladang teh ini hanya 450 m saja. 


Beri perhatian kepada sebelah kiri kita untuk laluan masuk, sebaik saja kita sampai di pintu tersebut jangan gembira dulu.


Cabaran baru saja bermula.


Kita mesti memandu di laluan kecil lagi sempit.


Pendakian ini sejauh 3.5 km dan ramai yang tak sanggup ke sini kerana mengenangkan laluan yang mencabar.


Ada 3 tips untuk laluan yang kurang sibuk.

  1. Kalau boleh bercuti di luar waktu puncak. Iaitu musim cuti sekolah. Dan juga hujung minggu.

    Tempat ini tak ramai sangat orang di luar waktu ini.
  2. Kalau tak boleh datang luar waktu puncak, datang seawal yang boleh ke sini. 7 pagi dah keluar homestay / hotel dah kira bagus.

    Laluan belum sibuk lagi, dan ladang teh pun masih sejuk dan nyaman.
  3. Cari penginapan homestay & hotel yang dekat dengan ladang ni. Jadi tak perlu memandu jauh.

Apa sebabnya ibu tak galakkan datang semasa musim puncak? Memandu semasa cuti sekolah, trafik di sepanjang Cameron Highland akan sangat sibuk.

Apatah lagi di laluan curam lagi kecil sejauh 3 .5 km ini.


Sampai awal di sini juga akan memudahkan kita meletakkan kereta.
_________________





Makanan & minuman yang patut di cuba di sini?

Makan dan minum air panas sambil menatap keindahan ladang teh ni sukar di gambarkan perasaanya. Selain itu, teh ada banyak kebaikan untuk kesihatan seperti yang di kongsi Webmd

Ibu teringat lagi, rasa seronoknya lain. Anak anak ibu pun melompat keriangan. Lagilah dapat makan sone dengan jam strawberry segar yang dihidangkan hangat.


Sedapnya!


Tapi, harga makanan & minuman yang di jual memang mahal berbanding tempat lain di Cameron.


Sebab itu Ibu suka pergi makan saja di Ladang Strawberry yang terletak di Kampung Taman Sedia. Halal dah pasti. Tak was was nak makan.


Harga pun lebih jimat. Boleh makan sampai muak dengan harga yang sama.


Selain menu kek & pastry, Ibu sangat rekemen untuk cuba karipap sardin dan kari yang di jual di sini. 


_________________
Sejarah Ladang Teh BOH di Sungai Palas.

Jika kita sampai ke mari, ambil masa lawati galeri tetami. Boleh lah baca sedikit sebanyak sejarah ladang ini.


Ladang teh BOH Sungai Palas ini telah di buka oleh J.A Russell pada tahun 1929 & adalah ladang teh pertama di negara Malaysia tercinta.


Ladang teh ini memang sejuk kerana terletak pada ketinggian 5000 kaki di atas paras laut ini.


Selain itu, terdapat juga pameran peralatan memetik daun teh yang di gunakan di sini.

_________________
Cenderamata terbaik untuk di beli di sini.

Walaupun kita boleh dapatkan banyak cenderamata yang lebih murah di luar sana, ada beberapa barangan khas yang boleh di dapati di sini saja.


Antaranya baju dengan rekaan ekslusif & lain lain. 


Barangan lain yang wajib di bawa pulang ialah teh pelbagai perisa. Rasanya di hypermarket pun ada jual.

_________________

Ladang teh BOH sungai palas cameron highland


Harga tiket masuk ke ladang teh BOH.

Nak masuk ke ladang dan melawat galeri tak perlu bayar. Percuma. Bayar semasa nak makan di cafe saja.

Semoga semua info yang Ibu berikan ini membantu anda semua manfaatkan cuti di Cameron sebaiknya.


Kongsikan pengalaman dan pendapat di ruangan komen di bawah ya. Terima kasih banyak kerana mengunjungi blog Ibu.

Ladang Teh Sungai Palas? Wah, cantiknya view! Tapi berbaloi ke? Reviewed by Ibu Syurga on May 11, 2018 Rating: 5

11 comments:

  1. Mama singgah blog walking ke blog sis Ibu zaid. Memang seronok dapat singgah lasang teh sungai palas kan Ibu.

    Siap ada anak sungai di tengah tengah ladang. Terbaik tu

    ReplyDelete
  2. Cantiknya ladang teh sungai palas ni. Maznee pernah sampai di bharat dan yang lagi satu yang tepi jalan tu.

    Insyaallah nak pergi lagi hujung tahun ni boleh singgah

    ReplyDelete
  3. Salam zohor dari saya, mari menuju kejayaan. Menarik cadangan untuk ke ladang teh yang tak ramai orang naik ni.

    Saya ingatkan semua ladang teh dah di jejaki di cameron. Rupanya ada juga yang terlepas

    ReplyDelete
  4. eh ada sungai ke tu? cantik pulak, biasa singgah ladang teh tapi tak pernah nampak view cantik ni

    ReplyDelete
  5. Tenang bila berada di sini ibu. Hijau pemandangan kiri kanan. Kalau boleh bak hari2 macam ni.

    ReplyDelete
  6. Tiba tiba teringin nak makan scone di cameron highland

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maznee nak kirim satu. Hehe. Apa la mama ni. Tak payah tunggu sampai ke cameron. Boleh buat sendiri je pun.

      Cuma rasanya tak sedap macam kat sana lah kan.

      Delete
  7. Tiap kali Mama minum teh mesti teringat suasana di ladang teh sungai palas yang mengasyikkan ni.

    ReplyDelete
  8. Cantik tempat ni. patutlah orang sanggup naik walaupun curam

    ReplyDelete
  9. alahai ambil gambar kat sini cantiknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik, sebab tu tak jemu jemu pergi sana berulang kali. Saya pun tak sampai lagi ke ladang teh boh di sungai palas cameron ni.

      Delete

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.