Ladang Strawberry Cameron Highland? Wah manisnya! 10 Tempat menarik di Brinchang & Tanah Rata!

Ladang strawberry cameron higland brinchang
"Teringin nak petik sendiri strawberry? Memang banyak  Ladang Strawberry Cameron Highland! Tapi di mana tempat paling best dilawati & harga pun tak mahal?"
Kalau dah pergi tanah tinggi Cameron Highland, tapi tak bawa balik strawberry. Rasa macam tak lengkap kan.


Apatah lagi kalau ini kunjungan pertama kita. Mesti nak rasa pengalaman shopping & petik sendiri buah merah tu di ladang. 

Bandar besar di Selangor, Kuala Lumpur & Melaka mana lah ada tanah tinggi kan.

Beli strawberi pun di pasaraya je. Itu pun masam.

Selain faktor musim & masa yang sesuai, ladang pun tak sama tau. Ada ladang besar, ada pula kecil.


Tapi yang lebih penting, kita nak yang harga dia berpatutan, & rasa dia manis. Sebab bila kita petik sendiri, bayaran dia lebih mahal dari beli yang siap tau.

Untung duduk Malaysia, Strawberi pun boleh tanam sendiri. Tak perlu pergi jauh sampai Korea & Perth Australia untuk petik buah ni. 

Jadi, Ibu senaraikan di bawah senarai ladang strawberry Brinchang & Tanah Rata berdasarkan pengalaman pengunjung lepas.

Sama sama kita lihat.






STRAWBERRY CAMERON HIGHLAND? Ladang mana harganya murah & buahnya manis!

Semua ladang yang Ibu senaraikan dibawah telah di susun cantik cantik di dalam kotak navigasi untuk memudahkan di baca. 

Contoh kotak navigasi adalah seperti di bawah. 



KLIK kotak di kiri (Nama Tempat, Alamat dan Review) untuk maklumat tambahan.

Nama Ladang Strawberry

_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Ini hanya contoh. 


_________________
Review pengunjung lepas.

Ini hanya contoh. 


_________________


Kita mulakan dengan ladang strawberry pertama.




10 ladang strawberry Cameron Highlands! Terbaik dari ladang.

Lokasi ladang ini berada di 2 lokasi utama. Sama ada di Brinchang, ataupun di Tanah rata.

Terpulang nak pilih yang mana.

Ibu suka pergi ladang orang islam di kampung taman sedia.

 


YZ Agro Farm & Cafe Ladang strawberry cameron higland brinchang
Ladang strawberi di Kampung taman sedia.


1. YZ Agro Farm & Cafe

Ladang Strawberry kepunyaan orang melayu islam  di Tanah Rata. Antara tempat wajib lawat untuk keluarga Ibu.

Biasa ibu akan tempah homestay di Desa Anthurium yang terletak 5 minit saja dari Kampung Taman Sedia. (Tempah online saja pun.)

Tempat di mana ladang ini terletak. Kalau malas nak masak makan saja di sini sebab tak perlu was was.

Orang islam yang masak kan.

Memang cantik & kemas tempat ni, saiz ladang tak lah besar tapi kemas dan ada banyak pilihan produk berasaskan strawberry.

Antara salah satu tempat terbaik untuk berehat dan menikmati suasana di tanah tinggi Cameron. Kalau isteri sedang mengandung & ada alahan, datang sini mesti sihat.

Strawberry bagus untuk ibu & anak tau. 

_________________
Alamat YZ Agro Farm untuk rujukan anda.


Alamat: Cameron Highlands No.22, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.

Waktu perniagaan: Ladang Strawberry YZ Agro di bukan setiap hari kecuali pada hari selasa.

Di buka dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

Telefon: 019-541 6377
_________________
Review pengunjung Ladang Strawberry YZ Agro.

4.1 dari 5.0 bintang berdasarkan 77 ulasan di Google.


4.8 dari 5 bintang dari 31 undi di Facebook.

Kalau nak dibandingkan dengan ladang kepunyaan orang bukan islam yang lain, tak kalah dari segi puas hati.

Besar tak semestinya bagus.

Kecil kecil cili api, comel tapi puas hari.

Cuba makan patin masak tempoyak dan Milk shake strawberry di sini. Torbaik rasanya. Jangan pula cari briyani gam johor kat sini. Memang tak ada le.

Buah strawberi ni bagus untuk kesihatan, kaya antioksidan. Orang ada kencing manis pun elok makan  buat ubat. Asalkan tak berlebihan.

_________________




 KHM Strawberries & Jam Ladang strawberry cameron higland brinchang
Nak makan & petik strawberi singgah sini.

2. KHM Strawberries & Jam.

Satu lagi ladang strawberry kepunyaan orang islam yang berkualiti. Tak jauh dari ladang pertama tadi.

Scone paling sedap di Cameron Highland sebab harganya jauh lagi berpatutan dari minum di ladang teh Bharat & Boh.

Rasa dia sama saja.

Selain itu terdapat juga pavlova, jem strawbery dan nasi lemak yang sedap di sini.

Ibu rekemen tempat ini untuk sarapan dan minum petang. Harga berpatutan & berbaloi dengan rasanya.

_________________
Alamat KHM Strawberries untuk rujukan anda.

Alamat: No 9, Kampung Taman Sedia,, Tanah Rata, 39000, Pahang

Waktu perniagaan KHM Strawberries & Jam:  Ladang Strawberry KHM sedia menerima kunjungan dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang.

Di buka 7 hari seminggu.

Telefon: 05-491 5809
_________________
Review pengunjung lepas.

4.2 dari 5 bintang berdasarkan 56 ulasan di Google.

Kalau nak petik Strawberry di sini perlu tanya dulu dengan tuan ladang. Kalau rezeki kita, dia benarkan petik tak payah bayar pun.

Ada masa, sesi petik strawberry tidak di buka kerana buah belum matang.

Masalah utama di kampung taman sedia ialah tempat letak kereta yang terhad & jalan raya yang kecil.

Ada masa tu, bas ekspress masuk dalam ni kerana rombongan Che Kiah petik strawberry habis jalan jadi sesak.

Ibu rekemen parking dekat depan tadika, kawasan tu kurang ramai orang lalu. Jalan sikit, lagipun cuaca nyaman & udara segar.

Apa nak risau.
_________________



Taman Agro Al-Mashoor Ladang strawberry cameron higland brinchang

3. Taman Agro Al-Mashoor.

Ladang Strawberry ketiga juga terletak di kampung yang sama, 1 lagi tempat yg sesuai untuk membeli buah strawberi.

Buah strawberi dia gred A+, saiz buah besar.

Antara keistimewaan makanan di kafe ini ialah waffle & ais krim strawberry nya. 

Memang terbaik. Anak saya suka betul ais krim ikat Malaysia yang di jual di sini. Memang rasa tekstur strawberi.

_________________
Alamat Taman Agro Al Mashoor untuk rujukan anda.

Alamat: 20, Cameron Highlands, Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu perniagaan Ladang Strawberry Al Mashoor: Tutup pada hari isnin. Di buka pada hari hari ladin dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Telefon: 019-576 0669

_________________
Review pengunjung Ladang Al Mashoor.

4.0 dari 5.0 bintang dari 43 ulasan di Google.

5 dari 5 bintang dari 1 undi yang tinggalkan di Facebook.

6.8 dari 10 mata dari 24 undi yang di berikan di Foursquare.

Satu lagi ladang yang di punyai oleh usahawan muslim. Makanan yang sedap. Tandas bersih.

Cuma tempat letak kereta susah sikit, terutama sekali waktu puncak. Elok parking jauh sikit untuk elakkan susah nak keluar.
_________________



Opah Strawberry Farm Ladang strawberry cameron higland brinchang
Masih lagi di Kampung Taman Sedia.

4. Opah Strawberry Farm.

Di Opah Strawberry Farm, kita boleh menikmati pengalaman memetik buah strawberi segar dari ladang. Harga pada disember 2017, untuk 1 kg strawberi segar yang di petik RM35.

Kira murah lah untuk pakej macam ni.

Ada tempat rehat dlm ladang. Lepas petik buah, boleh terus cuci di sinki yang disediakan. Dan apa lagi, selamat menjamu selera di meja yang di sediakan.

Lagi torbaik kalau makan buah segar ni dengan ais krim strawberry home made.

Aiskrim memang terbaik! Rasa memang sedaplah, rasa strawberi & lemak susu. Rugi kalau tak cuba.


_________________
Alamat Ladang Opah Strawberry untuk rujukan anda.

Alamat: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu perniagaan Opah Strawberry:  Di buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
_________________
Review pengunjung Opah Strawberry.

3.8 dari 5.0 bintang di berikan dari 30 ulasan di Google.
_________________



200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) Ladang strawberry cameron higland brinchang
Pernah dengar nasi lemak sambal strawberi?

5. 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry).

Kedai yang pernah viral angkara juadah sambal strawberry yang sebelumnya tak pernah di buat dek orang.

Tapi sampai hari ini pengunjung masih datang merasa kenikmatan sambal abang strawberi.


_________________
Alamat Kafe Abang Strawberry untuk rujukan anda.

Alamat: kampung taman sedia

Waktu perniagaan 200 Seeds Cafe: Di buka 7 hari seminggu dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Telefon: 019-478 1700

_________________
Review pengunjung 200 Seeds Cafe.

3.6 dari 5.0 bintang daripada 696 ulasan di Google.

Kalau di ikutkan, ladang ini paling ramai pengunjung review di Kampung taman sedia.

Boleh nikmati makanan berasaskan strawberry di cafe ini. Tempat yang sesuai besama keluarga dan teman teman. (Teringat pula cucur udang di Umai Cafe Putrajaya)

Ibu puji tempat ini memang bersih & layanan yang mesra dari staf.

Tak perlu tunggu lama untuk menerima pesanan makanan & minuman. Bonus tempat ni berdekatan dengan surau. Lepas makan senang solat jamak qasar.

Masalah yang sama, tempat letak kereta terhad.

Review dari pengunjung bercampur baur. Ada yang puji nasi lemak sambal strawberi tu sedap. Ada yang tak suka.

Tekak lain lain kan. Di Shah Alam ni belum jumpa lagi orang jual sambal strawberi.
_________________

Akhirnya selesai juga kita dengan ladang di Taman Sedia. Ladang seterusnya 


Ladang Strawberry di Brinchang Cameron Highland.

Big Red Strawberry Farm Ladang strawberry cameron higland brinchang

6. Big Red Strawberry Farm.

Antara ladang strawberi popular di Cameron. Kepunyaan bukan orang islam. Ladang ni besar.

Terletak nun jauh di atas puncak bukit yang curam. Ibu pernah naik ladang ni, kalau kereta semput tak payah lah parking atas ni.

Macam naik roller coaster. Sudut curam 60 darjah agaknya. Harga pakej petik buah mahal.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang.

Waktu perniagaan ladang strawberry Big Red: Di buka 7 hari seminggu dari 8.30 pagi hingga 6 petang.

Telefon: 05-491 3327

_________________
Review pengunjung ladang Big red strawberry.

4.0 dari 5.0 bintang berdasarkan 1,460 ulasan di Google.

4.2 dari 5 bintang berdasarkan 785 undi di Facebook.

Walaupun ladang ini berada atas bukit curam, orang tetap ramai datang waktu cuti. Hari Jumaat pelancong dari negeri pantai timur macam kelantan & terangganu dah memenuhi Cameron.

Lagipun, tempat ini sesuai untuk tangkap gambar.

Makanan yang di masak seperti waffle & ais krim tak pasti halal atau tidak, kena buat kajian dulu. Kalau produk macam teh, pati jus tu Ibu cek ada simbol halal JAKIM. Tapi elok cek sendiri sebelum beli.

Parking paling mencabar. Dan pastikan kereta anda di selenggara dengan baik. Terutama sekali sistem clutch & brek.

Yang pasti Ibu tak sanggup nak naik atas ni bawa kereta lagi. Takut dengan curam jalan kat atas tu.

Kawasan macam ni kalau bela kambing susu & lembu susu mesti cantik sebab mereka dapat exercise dengan cukup di tanah tinggi.
_________________


Healthy Strawberry Farm Ladang strawberry cameron higland brinchang

7. Healthy Strawberry Farm. 

Satu lagi ladang strawberi di Brinchang Cameron Highland. Strawberi cuma boleh dipetik pada musim tertentu. 

Layanan sangat bagus dari staff yang mesra pada pengunjung. 

Masalah parking agak terhad, nak buat macam mana kan? Cameron meamng ramai orang macam semut. 

Saiz & kualiti Strawberi bergantung pada musim. Nasib baik besar.

_________________
Alamat Healthy Strawberry Farm untuk rujukan anda.

Alamat: Jalan Rumah Persekutuan, Cameron Highland, 39000 Brinchang, Pahang

Waktu perniagaan ladang Healthy Strawberry: Di buka setiap hari tanpa cuti dari jam 7.30 pagi hingga 7.00 malam.

Telefon: 05-491 1724
_________________
Review pengunjung Healthy Strawberry.

3.9 dari 5.0 bintang berdasarkan 210 ulasan di Google.

7.5 dari 10 mata dari 54 undi pengunjung di Foursquare.

Satu lagi ladang yang terletak di atas bukit. Tapi tak lah tinggi & mencabar macam di Big Red. (Kecut perut)
_________________


EQ Strawberry Farm Ladang strawberry cameron higland brinchang

8. EQ Strawberry Farm.

Ladang strawberry  organik di Brinchang. Pakej petik strawberry pada tahun 2017, RM30 untuk 1/2kg, RM60 untuk 1 kg 

_________________
Alamat EQ Strawberry Farm untuk rujukan anda.

Alamat: 39100, Brinchang, Nº. 78, Jalan Kuari, Brinchang, Cameron Highland

Waktu perniagaan EQ Strawberry Farm: Di buka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.


_________________
Review pengunjung lepas.

3.4 dari 5.0 bintang dari 41 ulasan di Google.

3.4 dari 5.0 bintang dari 7 undi di Facebook.
_________________


Kok Lim Strawberry Farm Ladang strawberry cameron higland brinchang

9. Kok Lim Strawberry Farm.

Ladang strawberry kecil untuk aktiviti petik sendiri.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: UT/MR F-255, Cameron Highland, 39100 Brinchang, Pahang

Waktu lawatan: Setiap hari dari 9 pagi hingga 7 malam.

Telefon: 05-491 4481

_________________
Review pengunjung lepas.

3.4 dari 5.0 bintang berdasarkan 25 ulasan di Google.
_________________


Ladang Soon Cheong Ladang strawberry cameron higland brinchangLadang strawberry cameron higland brinchang

10. Ladang Strawberry Soon Cheong.

Ladang strawberry yang terletak di tepi jalan utama laluan antara Tanah Rata & Brinchang.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Waktu perniagaan:  Setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

_________________
Review pengunjung lepas.

3.7 dari 5.0 bintang dari 3 ulasan di Google.
_________________


Selain ladang strawberry, Cameron Highlands ada banyak lagi tempat menarik. Ada Ibu kongsikan sebelum ini untuk kunjungan.

Kongsikan pengalaman dan pendapat di ruangan komen di bawah ya. Terima kasih banyak kerana mengunjungi blog Ibu.

Ladang Strawberry Cameron Highland? Wah manisnya! 10 Tempat menarik di Brinchang & Tanah Rata! Reviewed by Ibu Syurga on Mei 06, 2018 Rating: 5

20 ulasan:

  1. Ini lah tempat paling wajib di kunjungi kalau sampai ke cameron highland.

    Ladang strawberry yang boleh kita petik sendiri buahnya.

    Cuma kalau datang tak kena musim rasa kempunan lah. Baik sebelum datang kita telefon dulu tanya buah dah masak ke belum.

    Tak lah balik melopong kan

    BalasPadam
  2. Mama singgah blog walking ke blog sis Ibu Zaid. Kampung sedia memang kegemaran keluarga ibu juga untuk menikmati strawberi segar.

    Halal di utamakan. Yang lain lain tu pergi melawat saja.

    BalasPadam
  3. Selamat menjamu selera saya ucapkan. Singgah blogwalking petang isnin ni. Banyak juga ladang strawberry kepunyaan orang islam kan

    BalasPadam
  4. Memang banyak ladang strawberry di Cameroon nie. Kadang xtahu mana satu nak masuk, xtahu mana satu yg terbaik. Dari segi harga pulak, adalah berbeza sikit ikut tempat. Yg pasti pengalaman petik strawberry sendiri tu yg best

    BalasPadam
  5. lama tak pergi cameron.. nampak syok nya.. terasa nak makan strawberry tu.. haha.... great vacation!

    BalasPadam
  6. 2 tahun lepas pernah pergi cameron ni tapi pergi balik hari sebab nak balik kampung pulak lepas tu. ada jugak nampak beberapa kedai strawberry yang menarik. Banyak sangat sepanjang jalan cumanya tak berhenti sebab rushing

    BalasPadam
  7. KHM Strawberry tu memang tempat wajib kami setiap kali ke CH ni..tp dah lama tak gi sana..serik hadap jem..haha

    BalasPadam
  8. wow so many strawberry, I like to eat Strawberry. Gonna check this list if I am going, few years no go to Cameron Highlands.

    BalasPadam
  9. bagusnya. lepas ni kalau rasa nak makan dan petik buah strawberry boleh la rujuk article ni. saya ni memang gemar makan buah strawberry

    BalasPadam
  10. bestnya dapat makan strawbery segar dari ladang. Tah bila la nak sampai cameron highland ni. Asal nak pi je mesti tak jadi sebab takut jem.. haha

    BalasPadam
  11. Lama dah tak pergi Cameron..dulu pergi masa rombongan sekolah, lepastu dah tak jejak dah..nanti la nak bercuti dekat sini..tengok strawberry tu sedap je..lagi sedp cich coklat..hehe

    BalasPadam
  12. Next time ke cameron highland, saya akan gunakan informasi ni untuk guide untuk teroka ladang strawbery

    BalasPadam
  13. Lokasi percutian yang tak perlu di tinggalkan jika melawat cameron highland kan. Ladang strawberry.

    BalasPadam
  14. Pernah naik Cameron dan petik buah strawberry ni..jadi jakun di buatnya...rasa nak petik semua..hahaha, tapi memang manis. Rasa nak ke sana lagi bila baca entry ni

    BalasPadam
  15. Rindu nak berjalan ke Cameron lagi. Sebelum ni tak puas berjalan tau banyak tempat tak dapat lergi sebab jalan jammed. Soon akan sampai sini gak

    BalasPadam
  16. Buah strawberry di cameron highland memang besar dan manis, tapi bila bawa turun ke bawah tak lah manis pulak. jadi masam

    BalasPadam
  17. Kampung taman sedia tu ladang strawberry nya walaupun kecil tapi masih lagi puas hati sebab yakin halal. baja pun tak pakai najis khinzir.

    BalasPadam
  18. Weyhh lama gila tak pergi cameron. Teringin pulak rasanya. Nak petik strawberry fresh2, terus ngappp. Hehe

    BalasPadam
  19. Bila tengok semua tempat kat CH ni terus rasa rindu nak gi berjalan sana lagi. Ada tempat yang dah singgah & ada belum lagi.

    BalasPadam
  20. Kalau pergi cameron, mcm2 ladang ade kan. Tinggal nak pilih nak masuk yang mana satu je! Strawberry ni lg sedap kalau makan dicicah chocolate dip, fuh terangkattt lagi2 dgn buah fresh yg bru kita petik

    BalasPadam

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.