11 Tempat menarik di Kelantan 2019. Wah Cantiknya!

"Pantai timur pasirnya putih & lautnya bersih! Tapi, apa tempat menarik di Kelantan untuk jalan jalan & makan? Bukak ke waktu malam?"
Tempat menarik di kelantan waktu malam
Imej: Flickr.com
Lumrah pergi bercuti, masa tak banyak. Rugi tau kalau duduk hotel saja. Nak juga bersiar siar makan angin di tepi pantai.

Bercuti di negeri besar seperti Kelantan, Terengganu, Johor tak sama dengan bercuti di negeri kecil seperti Melaka. (Bacaan menarik: Hotel menarik di Melaka)


Di bawah ini, Ibu sediakan tempat best untuk di dilawati di Kelantan pada waktu siang & malam



Tempat menarik di Kelantan Waktu Malam & Siang. Comel Lote!

Kita mulakan dengan tempat menarik di waktu malam.


Tempat Menarik Di Kelantan Waktu Malam!

Kebanyakan kawasan tarikan pelancong di Kelantan pada waktu malam, ialah kedai makan. Bolehlah makan sampai kenyang.
Pasar Wakaf Che Ya Tempat menarik di kelantan waktu malam

11. Pasar Wakaf Che Ya.

Kalau datang ke Kelantan, memang tak sah kalau tak pergi bei belah kan. Pasar wakaf ini wajib pergi di waktu malam.

Pasar yg menjadi pilihan para pengunjung & pelancong yang melawat kelantan. Ada macam macam barang di jual disini. Kalau pergi Melaka cari cencaluk. Di sini wajib cari budu.


Dari makanan berkhasiat seperti buah buahan tempatan & pakaian. Memang majoriti peniaga di sini menjual pakaian.Hampir keseluruhan kawasan dipenuhi peniaga pakaian.


Kemahiran menawar sangat penting untuk dapat harga murah di pasar waqaf ini. Pandai kecek kelate adalah bonus untuk menawar harga. Orang luar lumrah dapat harga mahal.



_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan



Waktu perniagaan pasar wakaf: Di buka setiap hari dari jam 6 petang hingga jam 3 pagi.


_________________
Review pengunjung lepas.

Pasar ini mendapat mata purata terkumpul 3.9 dari 5 bintang berdasarkan 152 ulasan di Google.


Walaupun banyak barang di jual disini, perlu pandai tinjau tinjau harga. Pandai menawar memang dapat murah.


Kalau terburu buru & tak sabar, harga barang di jual boleh jadi lebih mahal dari di pusat membeli belah di KL.


Tempat letak kereta agak susah dapat waktu cuti umum, dan ada banyak ulat tiket di tempat letak kereta.


Antara barang paling berbaloi borong disini ialah buah buahan tempatan banyak.



Boleh dapat harga murah. Tapi pastikan pilih buah tu sebab tak nak lah dapat buah rosak kan. Pilihan makanan kelantan juga banyak. 

_________________
Tips 1 - Penting untuk kita merancang sebaiknya perjalanan sebelum berjalan jalan ke kelantan. Pastikan kita bandingkan harga sebelum tempah tiket flight & booking hotel Kelantan. Tak kisahlah yang 5 star atau yang murah & tempat makan sedap berhampiran. Masa disana sangat terhad, usah dibazirkan.




Restoran Maggi Tiram Tempat menarik di kelantan waktu malam
Imej: Come2kelantan.my


10. Restoran Maggi Tiram

Sesiapa yang pergi Kelantan tapi tak makan di kedai ini memang rugi. Mana taknya. Dah lah jauh memandu, terutama kalau dari pantai barat.

Dan kedua, mana lagi tempat yang kita dapat makan tiram segar pada harga murah. Serius sedap dan berbaloi. Kalaulah di Shah Alam tempat macam ni.


Pengunjung di galakkan pergi menjamu selera di kedai ini pada waktu tengahari, tak kiralah untuk tunch atau saja nak mencuba.


Atau lebih terbaik datang makan waktu malam. Memang layan makan kupang segar yang di masak sempurna sambil di hembus bayu laut yang sejuk menyegarkan.


_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: 16020 Kota Bharu, Kelantan
Waktu perniagaan:  Restoran Maggi Tiram Bachok di buka dari jam 1 tengahari sehingga jam 12 malam.

Setiap hari buka kecuali hari isnin.

Telefon: 013-944 2711


_________________
Review pengunjung lepas.

Peminat tiram dan maggi ketam yang melawat kedai ini telah sepakat memberikan mata 4.3 dari 5 bintang.

Markah ini adalah purata daripada 89 ulasan di Google.

Kaki layan seafood silakan datang makanan laut yang segar, sedap, dan murah. Ibu mengandung elok pantang sikit makan tu. 

Sebab tiram ni boleh makan tapi jangan banyak banyak. Tak pasal pasal bersalin awal.

Antara menu wajib pcuba di kedai ini ialah menu tiram segar yang sangat sedap! Walaupun mungkin ini kali pertama kita makan tiram segar.

Selain itu cuba juga menu tiram lemon. Sambil sambil makan kita dapat menikmati permandangan kampung di persisiran pantai yang mendamaikan. 

Tak perlu pergi sampai pulau tioman, redang & langkawi untuk lepak di pantai yang cantik.

Paling bagus pada Ibu, pemilik dan pekerja di kedai ini tidak sombong dan sangat mesra melayan tetamu. Rasa macam nak datang lagi memang tinggi. 

Inilah tarikan ketinggian budi. Akhlak yang baik di kenang sampai mati.

Tapi, kalau nasib tak baik. Kebetulan hari kita datang semasa laut bergelora dan tak dapat tangkap tiram. Mungkin kita boleh pulang tangan kosong.

Kempunan nak merasa tiram segar.

Ibu rasa, kalau kita ada penyakit gout tak salah nak makan di sini. Asal jangan berlebihan. Nanti bawa mudarat.

Makanan laut kan tinggi asid urik.
_________________
Tips 2 - Baca review terkini di internet sebelum melawat ke tempat tersebut. Ini akan berikan kita gambaran jika tempat tersebut berbaloi dikunjungi. Jangan terburu buru beli tiket flight online & booking hotel di Kelantan sebelum meluangkan masa membuat kajian. Pasti trip anda akan mendapat rating 5 star dengan perancangan yang rapi.



Alemy Meggi Ketam Tempat menarik di kelantan waktu malam
Imej: Ayunisannusi.blogspot.my


9. Alemy Meggi Ketam.

Antara menu wajib cuba bila sampai di kelantan. Mesti layan maggi ketam di kedai Alemy.

Boleh dikatakan juadah paling terkenal di kawasan Semerak Kelantan.


Apa yang istimewa dengan semangkuk maggi ketam di sini? Bayangkan 2 ekor ketam terletak cantik di atas maggi. 


Insyaallah memang puas hati makan disini. Saiz Ketam memang besar besar. Dan paling penting segar dari laut. Isi dia putih, kenyal dan manis.


Seronok nak makan. Bila masak maggi dengan ketam, automatik jus dari ketam meresap dalam sup. Memberikan rasa manis & lemak yang istimewa. Kena hayati benda ni baru perasan.


Sebab tu makan tak elok gelojoh. Hilang berkat. Siapa ada resdung beringat sikit ya. Habis bersin dan naik jerawat batu.


_________________
Alamat Kedai Maggi ketam Alemy untuk rujukan anda.

Alamat: Jln Semerak, Pekan Cherang Ruku, 16700 Cherang Ruku, Kelantan
Waktu perniagaan: Ibu galakkan datang ke sini selepas solat maghrib atau isya untuk mereka yang bermusafir jauh.

Kedai di buka dari jam 5 petang hingga 2 pagi. Di buka setiap hari. (Hari ahad tutup awal sikit. Jam 12 dah tutup kedai)

Telefon: 012-952 4657
_________________
Review peminat mee maggi ketam.

Review terkumpul dari 118 peminat maggi ketam telah mengurniakan mata 4.0 dari 5 bintang di Google.

Kuantiti mee maggi ketam agak banyak dan boleh makan untuk 2 orang. Tapi kalau kita memang hantu ketam.

Atau perut sedang riuh berkeroncong kerana lapar. Makan seorang pun tak cukup.

Tauke kedai ini mesra dengan pelanggan. 2 Thumbs up untuk anda.

Di katakan resepi maggi ketam Malaysia berasal dari kedai ni. Wallahualamm. Kena tanya pakar pengkaji sejarah peradaban pemakanan.

Harga hidangan ini bagi ibu berbaloi dengan kualiti isi ketam segar & saiznya, Lagipun dapat 2 ekor kot. Kedai mana lagi bagi ketam macam ni.

Selain tu dalam mee ni ada juga telur dan udang.

Ambil masa menikmati hidangan panas sambil menikmati tiupan angin laut di malam hari. Terbaik!

_________________


Taman Kelip-Kelip Kampung Pulau Tempat menarik di kelantan waktu malam
Imej: Wahidayatulaswa.blogspot.com

8. Taman Kelip-Kelip Kampung Pulau

Bagi Ibu yang tinggal di Selangor, dah biasa dengan kewujudan kampung kuantan di Kuala Selangor untuk menikmati permandangan kelip kelip di waktu malam.

Pengunjung boleh melawat tempat menarik di kelantan waktu malam ini di Taman kelip kelip kampung pulau.


Lokasinya terletak agak jauh dari pusat bandar Kota Bharu. 


Perjalanan akan mengambil masa 40 minit.



_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu lawatan: Di buka setiap hari untuk pelawat dari jam 8 hingga 11.30 malam. Elakkan datang ke sini semasa musim hujan / tengkujuh. 

Telefon: 013-922 5440

_________________
Review pengunjung lepas.

Destinasi perlancongan ini kurang mendapat sambutan setakat ini. Mungkin boleh buat promosi berterusan. Harga caj lawatan tak mahal pun, satu kepala RM10.

Hanya 1 ulasan setakat ini di tinggalkan di Google oleh pengunjung taman kelip kelip kampung pulau.




Mata terkumpul setakat ini adalah 4.0 dari 5.0 bintang.

Pengunjung akan dibawa sepanjang Sungai Lubok Durian menaiki bot sambil melihat suasana malam yang diterangi cahaya kelip-kelip pada pokok berembang.


Ibu syorkan untuk datang ke sini pada pukul 8 hingga 11 malam.


Dan musim terbaik melihat kelip kelip di kampung pulau adalah pada musim kemarau iaitu dari Februari hingga Oktober. 


Atas faktor keselamatan, lawatan ini ditutup pada musim tengkujuh.

_________________

Tempat menarik di kelantan waktu siang

Tempat Menarik Di Kelantan Waktu Siang!

Selesai dengan tarikan di waktu malam, siang hari ada lagi banyak pilihan. Daripada pantai yang bersih, ke pasar.

Pilih saja mana nak pergi.



7. Kedai Makan Sedap di Kelantan untuk sarapan & Makan tengahari!

Yati Ayam Percik Tempat menarik di kelantan waktu malam
Imej: J2kfm.com

6. Yati Ayam Percik

Sedap sengoti! Itulah kata kata yang keluar dari penggemar ayam percik kelantan yang menjamu selera di sini.

Rasa rempah meresap masuk ke dalam daging yang di bakar sempurna.


Mesti rasa bila sampai di sini. Selain itu, boleh cuba juga daging bakar dan masak perut air asam. 


Dan Ibu rekemen makan ayam percik kelantan dengan nasi kerabu yang di jual disini. Rasa dia memang serasi.


_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu perniagaan: Kedai makan Yati Ayam Percik dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 7.30 malam.



Telefon: 09-747 9867

_________________
Review pengunjung lepas.

Ayam percik memang terbaik untuk di cuba, ramai yang datang makan sini untuk makan menu ni saja. Harga ayam agak mahal. RM9.50.

Walaupun sedap, ada beberapa perkara boleh di tambah baik.


Pelayan kurang mesra pada pelanggan. 


Kedai agak sempit. Kalau datang masa orang ramai susah juga nak menunggu. Terutama sekali kalau bawa anak anak kecil & mak ayah yang dah tua kan.


Dalam kes ini lebih baik bungkus saja. Makan di hotel atau homestay.




Ramai juga yang beri review di sini. Kedai ini dapat mata 3.7 dari 5.0 bintang. Seramai 411 pengunjung telah memberikan ulasan di Google.


_________________


Pasar Besar Siti Khadijah Tempat menarik di kelantan waktu malam



5. Pasar Besar Siti Khadijah

Satu lokasi popular untuk warga kelantan dan juga untuk pelancong luar. 

Pelbagai barangan di jual di sini dari barangan keperluan harianmenurut bahagian, seperti daging, hasil tani, tenusu seperti susu kambing & lembu, dan makanan bakar pada harga berpatutan.


Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Bangunan setinggi 4 tingkat ini telah di buka pada tahun 1985.


Tetapi telah ditukar namanya kepada nama ini oleh mendiang Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz.


Banyak penambahbaikan telah dilakukan di sini. Fasiliti semakin lengkap & paling bagus, kebersihan semakin baik. Air cond belum ada. 


Panas sikit. Kalau muka berminyak basuh bersih bersih dengan pencuci muka untuk elak jerawat naik.


_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan


Waktu perniagaan: Pasar Siti Khadijah ini di buka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 6 petang.



Telefon: 09-748 4477


_________________
Review pengunjung lepas.

Ulasan terkumpul di Google dari 2,522 orang pelawat telah memberikan mata purata 4.0 dari 5.0 bintang. 


Sebagai salah satu tempat tarikan pelancong utama di Kelantan, memang masalah tempat letak kereta jadi perkara biasa.


Tapi tak ada masalah, tips dari orang tempatan, parking senang dapat di tingkat atas bangunan parkson. 



Cara untuk ke tempat letak kereta ini ada di bahagian belakang bangunan parkson sebelah bangunan TNB. Parking percuma dan berbumbung. 
_________________



Pantai & Resort Menarik Di Kelantan!

Pantai Cahaya Bulan Tempat menarik di kelantan waktu malam
Main layang layang di pantai cahaya bulan. Memang best!


4. Pantai Cahaya Bulan Kelantan.

Pantai yang mempunyai makna mendalam dalam sejarah negara kita. 

Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941.

Sekarang ini, ia merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, dan menjadi tempat pelancong berehat.

Terutama sekali di hujung minggu.

Pantai ini luas, boleh bermain bola di pantai.Angin kuat tepi pantai ramai cukup sesuai untuk kanak kanak mainlayang layang. 

Banyak kedai tepi laut PCB yang menjual makanan gorengan celup tepung. Memang sedap makan panas panas sambil ditiup angin pantai.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.


Alamat: Pantai Cahaya Bulan, 15350, Kelantan

_________________
Review pengunjung lepas.

3.7 dari 5.0 bintang berdasarkan 45 ulasan di Google.

Harga makanan yang di jual di sini memang murah.

Satu yang Ibu rasa wajar di beri perhatian, kebersihan pantai ini tidak terjaga. Pengunjung buang sampah sesuka hati.

Patut ada kesedaran dan rasa tanggungjawab menjaga kebersihan. Ibu memang alahan dengan isu kebersihan ni.

Boleh contohi usaha negeri Melaka dalam menjaga kawasan perlancongan. 


Hujung minggu penuh sesak dengan manusia. Jalan sesak. Kurang rekemen datang hujung minggu. 

_________________



Pantai Bisikan Bayu Kelantan Tempat menarik di kelantan waktu siang


3. Pantai Bisikan Bayu Kelantan.

Sebuah pantai yang tenang & kurang di kunjungi jika di bandingkan dengan pantai cahay bulan.

Pantai ini memanjang hingga ke muara, dan mudah untuk sampai ke sinidari jalan besar ke Besut - Tok Bali.

Kemudahan awam tidak banyak disediakan untuk pengunjung.

_________________
Alamat pantai bisikan bayu untuk rujukan anda.

Alamat: Kampung Dalam Rhu, 16700 Cherang Ruku, Kelantan

Telefon: 013-294 8325

_________________
Review pengunjung lepas.

3.9 dari 5 bintang di Google dari 62 ulasan.

Terdapat kedai yang menjual makanan pada harga berpatutan di sini. Sesuai untuk berkelah bersama keluarga.

Masalah sampah dan sikap pengunjung masih lagi menjadi isu utama bila berkunjung ke tempat sebegini.

Tak kiralah di air terjun atau pantai yang percuma, sampai bersepah merata rata. Sayang sebab pantai ni cantik tapi tak di jaga sebaiknya.


_________________




Tempat bersejarah di Kelantan

Muzium Negeri Kelantan Tempat menarik di kelantan waktu siang
Imej: Muzium.kelantan.gov.my


2. Muzium Negeri Kelantan.

Setiap dari kita dapat belajar banyak dari sejarah generasi sebelum kita. Lawatan ke muzium akan membantu kita memahami banyak perkara tentang kawasan tersebut.

Ibu galakkan kita bawa keluarga singgah sebentar ke muzium ini yang mempamerkan bahan bersejarah dari Negeri Kelantan dan telah di buka pada tahun 1990.

Walaupun saiz muzium ini agak kecil, tetapi tetap berbaloi.

Antara aktivit menarik yang boleh di lakukan di sini ialah menjawab teka silangkata yang disediakan.

Bagus untuk lawatan sambil belajar kepada pelawat.
_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu lawatan muzium kelantan: Di buka setiap hari melainkan pada hari Jumaat. Lawatan dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.


Telefon: 09-748 2266

_________________
Review pengunjung lepas.

4.1 dari 5.0 bintang dari 55 ulasan pelawat muzium kelantan yang meninggalkan review di google.

Banyak artifak bersejarah yang boleh kita lihat di sini.

Seronok bawa keluarga untuk lawatan santai. Tiket pun tak mahal, hanya RM2 untuk dewasa ,RM1 untuk kanak kanak.


Usia bawah 6 tahun percuma tak perlu bayaran.
_________________




Muzium Diraja Istana Batu Kelantan Tempat menarik di kelantan waktu siang


1. Muzium Diraja Istana Batu Kelantan.

Satu lagi muzium yang menarik untuk di lawati semasa melawat Kota Bharu Kelantan. 

Terdapat banyak gambar dan artifak kepunyaan Sultan Kelantan di pamerkan di sini.

Muzium ini telah dibina pada tahun 1939 di bawah pemerintahan Sultan Ismail I Kelantan sebagai hadiah perkahwinan untuk anak saudaranya.

Muzium ini mempunyai struktur kuning pucat dan pernah menjadi kediaman kerabat di raja satu masa dulu. 

_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Jalan Tengku Puteri, 15300, Kota Bharu, Kelantan
Waktu lawatan : Dibuka setiap hari dari 8.30 pagi hingga jam 4.45 petang. Hari Jumaat tutup.

Telefon: 09-748 4477

_________________
Review pengunjung lepas.

Review terkumpul setakat ini dari 10 pelawat memberikan 4.1 / 5.0 bintang.

Mata di atas dari ulasan yang di tinggal di google.


_________________


Senarai ini akan ibu kemas kini dari masa ke semasa. Sila singgah selalu.