10+ Tempat menarik di Johor! Wah cantiknya! Ini lokasi terbaik

"Johor ni besar, tapi tempat mana yang menarik untuk habiskan cuti?"
Tempat menarik di johor


Kalau kita merancang untuk bercuti di Johor, mesti akan alami dilema di atas.

Berbeza dengan Melaka yang kecil comel tapi padat dengan tempat menarik untuk melancong. 


Jadi kena rancang betul betul lokasi percutian yang di pilih di Johor (JDT).



Tempat menarik di Johor Waktu Malam & Siang? Wah, Cantiknya!

Di bawah ini, Ibu sediakan tempat best untuk di dilawati di Johor pada waktu siang & malam

Supaya mudah untuk rancang cuti makan angin kita. Kita mulakan dengan tempat menarik di waktu malam.



Tempat Menarik Di Johor Waktu Malam!

Sebelum ini Ibu ada sediakan senarai yang sama untuk negeri Melaka & Selangor.  Boleh rujuk untuk kemudahan di kemudian hari.

Waktu malam, kebanyakan pusat tarikan pelancong di Johor tidak di buka.


Jadi manfaatkan sebaiknya waktu siang kita di sana.



zoo johor tempat menarik di johor
Imej: Gaigai.com.my

Zoo Johor

Kalau di Selangor & KL mesti pergi Zoo negara kan, orang johor ada zoo sendiri.

Zoo yang telah di buka pada tahun 1928 menempatkan banyak haiwan liar dalam habitat terkawal.

Saiz zoo ini memang kecil, tapi sangat berbaloi.

Harga tiket memang murah & berpatutan. Boleh bawa anak anak melihat sendiri haiwan sebenar.

_________________
Alamat Zoo Johor untuk rujukan anda.


Alamat: Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor

Waktu perniagaan: Di buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang.



Telefon: 07-223 0404

_________________
Review pengunjung lepas.


4.0 dari 5.0 bintang dari 1,381 ulasan di Google. 

Bila datang sini teringat pula pada taman haiwan di Shah Alam. Taman botani negara yang harga tiketnya murah dan mesra keluarga.

_________________

Tips 1 - Penting untuk kita merancang sebaiknya perjalanan sebelum berjalan jalan ke Johor. Pastikan kita bandingkan harga sebelum tempah tiket flight & booking hotel Johor Bahru. Tak kisahlah yang 5 star atau yang murah & tempat makan sedap berhampiran. Masa disana sangat terhad, usah dibazirkan.




Dataran Mahkota Tempat menarik di johor
Dataran kota dari udara. Imej: Flickr.com

Dataran Mahkota

Bangunan kerajaan Johor yang di jaga dengan baik. Menjadi pusat tumpuan pelancong & rekreasi warga johor.

Terutama sekali di waktu malam.

Tempat ini akan meriah dengan pengunjung. Memang cantik untuk ambil gambar.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.


Tempat tarikan pelancong di Iskandar Puteri, Malaysia


Alamat: Lebuhraya Sultan Iskandar, Puteri Harbour, 79100 Nusajaya, Johor

_________________
Review pengunjung lepas.

4.1 dari 5 bintang berdasarkan 149 ulasan di Google.


Kawasan dataran mahkota ini di penuhi dengan tumbuhan hijau yang cantik. Tempat yang bagus untuk joging dan keluarkan peluh.


Boleh dikatakan tempat ini selalu menjadi pilihan untuk acara di lakukan. Contohnya acara larian untuk keamaanan dan ekspo anjuran badan kerajaan.


_________________

Tips 2 - Baca review terkini di internet sebelum melawat ke tempat best di negeri Johor. Ini akan berikan kita gambaran jika tempat tersebut berbaloi dikunjungi. Jangan terburu buru beli tiket flight online & booking hotel di Johor sebelum meluangkan masa membuat kajian. Pasti trip anda akan mendapat rating 5 star dengan perancangan yang rapi.



Taman Negara Pulau Kukup Tempat menarik di johor

Taman Negara Pulau Kukup

Bagi mereka yang sukakan kehijauan dan suasana yang tenang seperti Ibu, tempat ini sangat sesuai dengan anda.

Elok datang pagi sebab suasana lebih sejuk & redup. Tak lah berminyak sangat muka tu walau dah pakai pencuci.

Taman Negara Pulau Kukup ialah sebuah taman negara hutan paya bakau yang terletak di Pulau Kukup, Pontian, Malaysia. 

Ia telah diwartakan pada 27 Mac 1999 dan dibuka kepada para pengunjung pada Julai 2003. 

Saiz pulau ini tidak besar, dan untuk datang ke sini perlu menaiki bot yang boleh di sewa pada harga berpatutan. Di Langkawi juga ada tempat melawat paya bakau macam ni.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.


Alamat: 82300, Johor

Waktu lawatan pulau kukup ialah dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.



Telefon: 07-696 9355

_________________
Review pengunjung lepas.


Pulau Kukup telah mendapat mata purata 4.0 dari 5.0 bintang berdasarkan 224 ulasan pelawat yang di tinggalkan di google.

Taman negara ini kebanyakannya adalah hutan paya bakau yang menjadi tempat perlindungan dan habitat semulajadi untuk burung burung.

Kalau kita nak menikmati permandangan keseluruhan pulau, boleh gunakan menara peninjau yang mempunyai ketinggian 30 meter. 


Permandangan yang memang berbaloi untuk di tatap.
_________________




Hutan Lipur Gunung Pulai Tempat menarik di johor
Imej:Mpkulai.gov.my

Hutan Lipur Gunung Pulai

Satu lagi kawasan riadah di alam semulajadi yang masih terpelihara di Johor. Ada air terjun yang cantik di sini untuk mandi manda.

Airnya bersih & jernih. Memang puas hati dapat mandi manda dalam air terjun yang sejuk.

Tasik berwarna biru yang terdapat di sini memang lawa. Nak jungle treking di sini dan berkelah dengan keluarga memang terbaik.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.


Alamat: Kulai, Johor

Waktu lawatan: Hutan rekreasi gunung pulai di buka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Tutup pada hari isnin.



Telefon: 011-1756 6284

_________________
Review pengunjung lepas.


4.1 dari 5.0 bintang daripada 554 pengunjung hutan rekreasi ini yang bermurah hati meninggalkan review di Google.

Agak memenatkan untuk berjalan kaki di trek jungle treking yang di sediakan di kawasan gunung pulai. Jadi kenalah makan makanan yang sihat & selalu minum susu.

Tapi ganjarannya kita dapat mandi di air terjun yang cantik.



_________________





Legoland Malaysia Tempat menarik di johor
Imej: Legoland.com.my

Legoland Malaysia

Salah satu taman tema tersohor di Malaysia. Masakan tidak, kempren promosi banyak di jalan terutama semasa cuti sekolah.

Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan.

Banyak mainan di dalam legoland untuk kanak kanak berusia 5 tahun ke atas, jadi buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil mungkin agak ralat sebab tak dapat cuba permainan ini.


_________________
Alamat untuk rujukan anda.


Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor



Telefon: 07-597 8888


_________________
Review pengunjung lepas.


4.3 dari 5.0 bintang oleh 5,690 pengunjung yang memberikan ulasan di google.

Oleh kerana taman tema ini sangatlah besar, elok datang awal pagi supaya dapat cuba semua permainan.



Sebab, dari respon pengunjung, tak sempat nak main semua. Ramai yang kata water park dia kurang berbaloi. Lebih menarik pergi theme park.
_________________





Austin Heights Water & Adventure Park Tempat menarik di johor
Imej: Tourism.johor.my

Austin Heights Water & Adventure Park

Cuaca panas memang sesuai mandi manda. Kita boleh pilih nak mandi manda sambil menikmati alam semulajadi dengan pergi ke pantai atau air terjun.

Ataupun kalau nak ke taman tema air. Kalau di Shah Alam ada wet world, di JB pula ada taman tema air austin heights.

Datang awal pagi sebab cuaca tak panas terik. Nak mandi lama pun lebih rileks. Ramai pengunjung sebab taman air ni bersih.

Tempat ni tak ramai sangat pengunjung, jadi nak main permainan yang ada tak perlu tunggu beratur lama lama.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.


Alamat: 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu lawatan taman tema air Austin Heights: Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.



Telefon: 019-716 3183

_________________
Review pengunjung lepas.


386 pengunjung taman teman ini telah meninggalkan ulasan di Google dan memberikan mata purata 3.9 dari 5.0 bintang.



Kemudahan dan permainan yang di sediakan dalam keadaan baik, cuma harga tiket masuk agak mahal.

_________________






Zoom Park Johor Tempat menarik di johor

Zoom Park Johor.

Anda sukakan aktiviti lasak? Tak boleh duduk diam? Ibu galakkan untuk datang ke sini. Mesti akan banyak banyak lemak dan keluar peluh.

Kita boleh melompat dengan riang gembira dan jatuh di atas lantai lembut. Pengalaman berbeza untuk habiskan cuti hujung minggu bersama keluarga di Zoom Park Johor.


_________________
Alamat untuk rujukan anda.


Alamat: 9 & 11, Jalan Kencana Emas 2/3, Kawasan Perindustrian Tebrau 3, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu perniagaan Zoom Park Johor: Taman ini di buka setiap hari. Hari bekerja di buka dari jam 1 petang hingga 10 malam.

Hujung minggu buka dari 10 pagi sampai 10 malam.



Telefon: 07-351 7219

_________________
Review pengunjung lepas.


Tempat yang seronok untuk habiskan masa melompat. Trampolin gergasi untuk kita melompat sesuka hati dan melakukan aksi akrobatik.



Pengunjung zoom park telah memberikan mata terkumpul 4.7 dari 5 bintang berdasarkan 6 ulasan di Google. (Belum ramai yang beri review setakat ni)

_________________





Kilang Bateri Tempat menarik di johor

Kilang Bateri

Nak beli belah boleh singgah ke sini. Kedai makan banyak & boleh pilih ikut selera sendiri. Nak makan burger, kambing & apa apa, insyaallah ada.

Pusat membeli belah hipster ini di bina dari bekas kilang bateri.

Nak solat senang sebab surau di sediakan. Parking pun banyak. Harga barang kena pandai survey sebab kedai banyak.

Kalau datang siang memang panas. Ibu galakkan datang bila cuaca dah redup sikit. Malam lebih baik.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.


Alamat: No, 83, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, 81200 Johor Bahru.

Waktu perniagaan: Pusat membeli belah ini di buka dari jam 3 petang hingga 12 malam setiap hari.



Telefon: 07-232 5121

_________________
Review pengunjung lepas.

3.8 dari 4.0 bintang di berikan dari 434 pelawat kilang bateri. Mata terkumpul ini dari ulasan di dapati di google.


Tempat orang muda hipster lepak dan makan makan.


_________________






Terima kasih kerana singgah ke mari. Senarai tempat menarik di johor ini akan Ibu kemaskini jika ada lokasi yang best.
30 Ulasan

Ulasan

Mama Hakim berkata…
Mama datang singgah blog walking blog sis Ibu zaid. Wah bagusnya pergi permata selatan ni. Banyak tempat menarik di johor yang cantik untuk bercuti kan.

Mama pun nak pergi lah
Mazni Azmi berkata…
Maznee datang blog walking petang selasa ni sis ibu syurga. Maznee pun dah lama teringin meneroka johor ni.

Memang banayk tempat menarik di johor. Ibu paling teringin nak pergi pulau yang ada air jernih warna biru tu
Unknown berkata…
Membalas kunjungan blog walking dari puan. Johor memang ada banyak tempat menarik. Saya suka pergi belah JB sebab banyak tempat best.
Mama Hakim berkata…
Ada buat rancangan nak pergi legoland dalam masa terdekat ni. Tak tahulah jadi atau tak
Wani Sukarno berkata…
wow banyak jugak tempat menarik di johor ni ..banyak lagi tempat tak tersinggah
Mazni Azmi berkata…
Maznee singgah bertamu di blog sis Ibu Zaid. Johor pun Maznee tak habis pusing lagi.

Pernah berapa kali je sampai itu pun sebab urusan kerja.

Banyak tempat best untuk bercuti kan
Dwi Wahyudi berkata…
Bile mase nak datang berkunjung ke Johor, Insya Allah ade jodoh, waktu, dan kesempatan. Btw, ma kasih buat infonya ya Bang. Salam kenal dari Blogger Pontianak.
CikguAyudotMy berkata…
Okey sekarang teringin nak ke Taman Negara dan Hutan Lipur tu. Nak nikmati udara segar. 😀
Mama Hakim berkata…
Mama singgah blog walking ke blog sis Ibu hari isnin. Cuti panjang lepas mesti ramai bercut di tempat menarik johor kan. Maklumlah cuti saja dah hampir seminggu.

Duduk rumah saja mesti boring
Ana Suhana berkata…
Ana dah pernah ke zoo johor dan kilang bateri. Zoo tu memang puas hati. Bayaran sangat murah.
Lagi satu kena pergi ialah tanjung piai. Hujung benua Asia katanya.
Unknown berkata…
Selamat menjamu selera saya ucapkan. Singgah blogwalking petang isnin ni. Menarik pergi jalan jalan di johor. Ada banyak tempat untuk berehat bersama keluarga
Unknown berkata…
Selamat menjamu selera saya ucapkan. Singgah blogwalking petang isnin ni. Johor memang banyak tempat menarik.
Membalas kunjungan di blog ibusyurga di waktu mlm.
ajumohit berkata…
pernah ke legoland masa tahun 2013 kot memang best. Tempat makan yg menarik kat johor pun banyak juga.
Nadhie Wueen berkata…
singgah melawat. tak dinafikan. memang seronok semua tempat2 ni
Ezna Khalili berkata…
Cantiknya Dataran Kota dari bird eye view. Lawanya. Boleh la kalau nak gi tempat2 yang dinyatakan sebab kita pun bukan orang Johor. Banyak tempat tak explore lagi.
Qeela berkata…
Thanks atas info-info ni, memang berguna untuk those yang looking forward nak ke Johor nanti kan! Qeela pernah tengok cantik-cantik belaka jugak pulau-pulau di Johor kan. Tapi lately ni anak yg first tu dah mula mengajak ke Legoland pulak haha. Kalau ke Legoland, nampak gaya adiknya tak berapa dapat nak join main sebab bawah 5 tahun. Tempat2 lain di sekitar tu insyaAllah okay kan 😊
adianiez AIDA berkata…
johor adalah kampung side asben aida.
seluruh johor tu memang ramai la pak-pak sedara.
we love going back to johor sebab byk makanan best!
kilang bateri tu menarik. byk pilihan makanan johor ada situ tau.
tak payah dah nak gi lain-lain tempat.
JMR berkata…
Setuju..Johor ni banyak tempat2 best utk jadikan port bersantai bersama keluarga..Bln 3 dan 4 hari tu pun 2,3 kali kami berulang ke johor..sambil ada kerja, sambil bawa famili jalan2 cari makan..
Suria Amanda berkata…
Johor banyak area best boleh explore kan..SA cuma pernah sampai Muar dan JB..lain2 tempat belum explore lagi..maybe one day bila ada banyak masa...
Mahamahu berkata…
Kita pernah sampai kat Legoland jer hehehe yang kita teringin nak pergi adalah Kilang Bateri banyak ada tempat makanan yang banyak pilihan bestnya banyak juga yang ada kat Johor ini hehehe ok thanks share..
Hanny Abdullh berkata…
Lama dah tak ke Johor, dulu rajin jugak ke sana dan jalan2 cari makan, makanan sana sedap2. Sekarang ni tengok dah macam-macam tempat menarik naik..lps ni kalau ke sana sure le seronok kan..:D
Alia Farhan berkata…
Teringin nak bawak anak2 jalan2 ke jb esp ke legoland tu..sambil2 singgah ke kilang bateri tu...tgh survey2 lagi...
AyuArjuna BiGoshh berkata…
Johor ni mmg banyak tempat menarik. Pernah membesar di sana, kalau dulu suka pg area stulang laut time malam, bukit serene dan zoo johor hehhe
Mama Hakim berkata…
Mama singgah blog walking, Johor ni besar sangat lah Ibu. Nak pergi sekali semua macam tak sempat kalau cuti 2 ke 3 hari kan. Banyak sangat tempat menarik terutama pulau di belah laut china selatan
Saya pun dah lama benar tak pergi jalan jalan di Johor. Teringin nak pergi bercuti di pulau Tioman, cantik sangat katanya. Orang luar negara pun datang sini
Saya pun dah lama benar tak pergi jalan jalan di Johor. Teringin nak pergi bercuti di pulau Tioman, cantik sangat katanya. Orang luar negara pun datang sini
Mek Onie berkata…
The best place ever yang onie pernah pegi di Johor adalah Legoland,hehe... dulu ingat Legoland ni membosankan sebab banyak game untuk kanak-kanak, tapi bila diri sendiri pergi sendiri dan merasai keseronokan di Legoland, haaaaaa rasa nak repeat lagi wak :D
Wawa Ashihara berkata…
Kita yg duduk johor pon xsemua tmpat pernah pegi .hahaa.. Lagi2 legoland... Tah smpi skrg xde rse nk pergi sana..huhu..austin park pon xpenah lg sbb bru bukak..yg lain dah pernah dah..
Mazni Azmi berkata…
Assalamualaikum wrmbth dan selamat pagi dari Maznee, apa khabar sis Ibu zaid. Memang menarik betul ya apa yang ada di Johor ni. Maznee teringin nak pergi Pulau Tioman