50 Homestay Di Melaka [Rumah tepi pantai + Swimming pool]

Homestay di melaka tempat menarik
Bosannya duduk rumah lama-lama. Rasa nak pergi bercuti je haa. Cuti-cuti dalam Malaysia pun best apa. Contohnya Melaka. Walau kecik je negeri dia tapi banyak tempat menarik warisan dunia ada dekat sana. Tak perlu pusing jauh-jauh!!

Bila kata Tempat paling menarik di Melaka dah dekat antara satu sama lain, memang boleh jimat masa dan duit. Tak perlu nak drive, boleh jalan kaki je. Kalau rasa penat atau lapar, banyak tempat makan best ada di sekitar korang. Pilih je yang mana kena dengan selera korang. Rasa nak bermalam dekat dengan kawasan tempat-tempat menarik di sekitar Melaka, nah 15 buah homestay yang korang boleh cuba.

Homestay Melaka Terbaik dan Dekat Dengan Tempat Menarik!

Homestay Melaka Ala Perkampungan Melayu Lama

Pertama - Limastiga Homestay

Sekali pandang rumah kayu Melayu tradisional ni terasa macam berada di zaman dulu kala je.  Tapi bila masuk dan tengok seni bina moden yang ada dalam tu, rasa macam duduk dekat hotel 5 bintang lah pulak.

limastiga homestay

Itu belum cerita bab landscape yang menghijau yang ada di sekeliling homestay. Memang rasa tenang setenangnya. Sesuai untuk korang yang ingin untuk bercuti dengan tenang dan aman serta jauh dari kesibukan bandar bersama keluarga tercinta. Memang lain pengalamannya berbanding tinggal hotel di Melaka.

suasana limastiga homestay

Terdapat 6 buah unit bilik keluarga mewah ditawarkan. Setiap bilik ada 2 buah katil jenis queen dan lengkap dengan kemudahan dapur dan balkoni. So kalau korang merancang nak buat family gathering ke, family reunion ke, homestay Limastiga ni memang sangat sempurna. Takde gangguan dari tetamu asing.

suasana limastiga homestay 2

Dengan kolam renang dewasa dan kanak-kanak di tengah-tengah antara bilik dan kemudahan BBQ serta bilik karaoke yang disediakan, percutian keluarga korang pasti akan jadi lebih menarik. Macam-macam aktiviti boleh buat. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Kemudahannya juga mesra keluarga. Jika anda ada anak yang masih bayi, senang untuk basuh botol susu atau sediakan susu baby

Limastiga ni terletak hanya 15 minit pemanduan dari Bandar Hilir, Kota A Famosa, Jonker Street, Melaka River Cruise dan tempat-tempat menarik yang lain. Tapi bila sebut je Umbai, confirm korang akan relate dengan ikan bakar kan.

Siapa tak kenal restoran seperti Muara Ikan Bakar Umbai, Restoran Ikan Bakar Terapung dan Restoran Ikan Bakar Parameswara. Dan kalau korang nak tau, kesemua restoran ikan bakar ni hanya terletak 2-3 minit pemanduan dari homestay. Best sangat kan.


Alamat : 2046 Jalan Bukit Tembakau, 77300 Melaka.

Kedua - Inap Desa Warisan Duyong

Bila bercuti ni kita nak juga rasa satu kelainan kan. Kalau korang dah bosan dengan kehidupan bandar dan nak rasa suasana kampung, Inap Desa Warisan Duyong ni lokasi yang sangat tepat untuk korang. Katanya Hang Tuah dilahirkan di sini.

homestay inap desa warisan duyong

Dengan suasana kampung  yang tenang dan mendamaikan serta reka bentuk rumah Melayu tradisional, memang syok kalau dapat berkumpul bersama ahli keluarga besar. Mak mak mesti suka stay dekat sini. Menggamit memori zaman dulu kala bersama adik-beradik yang lain. Boleh lah plan buat hari keluarga kan. Muat ke? Jangan risau sebab homestay ni menawarkan 7 buah rumah 2 bilik. Cukup besar untuk tampung sehingg 50 orang pada satu-satu masa. Jauh lebih besar dari bilik hotel melaka di bandar hilir.

suasana homestay inap desa warisan duyong suasana homestay inap desa warisan duyong 1

Homestay ni juga mempunyai kemudahan kolam renang untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Mesti sakan dorang berendam dalam kolam tu kan.

suasana homestay inap desa warisan duyong 2

Kemudahan BBQ turut disediakan secara percuma. So malam tu boleh lah korang berBBQ ramai-ranai sampai larut malam. Ni lah masa nak spend time bersama-sama. Selain tu, terdapat sebuah Galeri Warisan di kawasan homestay. Rasa-rasa nak tengok artifak zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu boleh lah singgah ke sini juga.

Alamat: KM 5.6 Tuah, Kg Jembatan,Jalan Hang Mahmud, Kampung Duyong, 75460 Melaka.


Homestay Melaka Tepi Pantai

Ketiga - Puteri Qashrina Homestay

Bila bercuti ni, tak sah kalau tak cari pantai kan. Cuti dan pantai tu saling melengkapi orang kata. Lagi syok bila buka mata boleh nampak pantai terus. Kalau korang nak rasa macam tu, korang kena stay di Homestay Puteri Qashrina ni sebab lokasinya terletak betul betul tepi pantai. Jalan kaki 3 minit je dah boleh berkelah dan mandi laut. Memang sangat mendamaikan.

Puteri qashrina pantai puteri

Ada beberapa jenis bilik moden dan kayu yang ditawar di sini seperti bilik chalet kayu, homestay dan bilik jenis kabin dengan saiz yang berbeza untuk accomodate pelbagai jenis keluarga sama ada keluarga bersaiz kecil ataupun besar. Dengar kata cadar setiap bilik telah diganti dengan cadar baru warna yang lebih ceria. Syok tu.

Puteri qashrina pantai puteri kapal

Tapi nak lagi syok, korang juga boleh bermalam di dalam kapal. Ye dalam kapal iaitu di Qashrina Cruise. Baru je dibuka kepada orang awal awal Feb 2020 yang lalu. Bila lagi nak berpeluang tidur dalam kapal kan.

Puteri qashrina pantai puteri chalet

Walau terletak di tepi pantai, namun pemandangan di kawasan homestay terasa seperti di dalam taman je tau sebab dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang menghijau. Sesuai untuk terapi mata.

Siapa yang dah pernah ke sini tau lah betapa best dan puas hati stay di sini. Rasa macam tak nak balik. Sebab banyak aktiviti yang boleh buat dalam ni. Tak perlu nak keluar dah.

Puteri qashrina pantai puteri kolam patung dinasour

Untuk kanak-kanak, ada kolam renang yang terjaga kebersihannya. Siap ada arca dinosaur Brontosaurus dan Pterodactyl yang sangat besar lagi. Macam dekat taman tema pulak rasanya. Bosan mandi kolam, boleh lah mandi air laut pulak.

Mak-mak boleh lah lepak tepi pantai menikmati pemandangan yang indah tu sambil-sambil perhati gelagat anak-anak. Manakala untuk si ayah boleh memancing di tepi pantai tu je. Tak perlu nak drive jauh-jauh. Waktu malam pula boleh sambung berBBQ dan berkaraoke. Ni kalau bawa keluarga besar memang confirm seronok dan meriah. Kalau kata malas nak beasap berBBQ tu. banyak je tempat makan menarik di sekitar homestay. Antaranya ada Malaqat Berkat Roti John, Yong Tau Foo Pantai Puteri dan Satay Nazer.

Syarikat yang nak buat seminat atau kursus pun boleh sebab ada dewan disediakan. Belah pagi berkursus, belah petang pula boleh buat aktiviti sukan tepi pantai. Baru lah sihat para pekerja syarikat. Baca lebih lanjut tentang Review Puteri Qashrina Homestay terbaik di Pantai Puteri! di sini.

Alamat: Pantai Puteri Tg. Keling, 76400 Melaka.


Homestay Dalam Dusun Durian

Keempat - Pondok Pondok Melaka

Pernah tak terfikir yang korang boleh merasai pengalamam bermalam di tengah-tengah dusun durian. Rare kan. Untuk kaki durian, kaki nature, korang kena lah cuba stay sini.Pondok Pondok Melaka terletak di Ayer Molek ni menawarkan 3 jenis dengan rekaan dan susun atur ciri minimalis yang selesa dan cantik iaitu bilik iaitu standard room, pool view room dan family room.

homestay pondok pondok melaka

Setiap unit boleh memuatkan 4 orang dewasa dengan selesa kerana dilengkapi dengan sebuah katil jenis queen dan sebuah sofa bed jenis queen juga serta lengkap dengan kemudahan seperti penghawa dingin, pemanas air dan pantri.

homestay pondok pondok melaka dusun

Tarikan utama penginapan di sini ialah lokasinya yang dikelilingi dengan pokok buah-buahan dan dalam suasana hutan yang sebenar. Jauh dari bunyi bising. Yang ada hanya bunyi unggas, serangga dan siulan burung sebagai hiburan korang. Lagi syok kalau datang musim buah. Boleh lah merasa makan buah segar dari pokok kan.

Ni lah masa nak bawa anak-anak dekat dengan alam semulajadi. Kalau dekat bandar tu mana ada kawasan hijau macam dekat sini. Paling kuat ada taman awam je. Tu pun padat dengan orang ramai. Tapi dekat sini, korang boleh menikmati pemandangan menghijau sepuasnya dan hirup udara segar. Automatik badan pun akan jadi sihat dan segar. Jangan risau kalau takut anak-anak bosan sebab ada kolam renang disediakan di sini. Boleh lah mereka berendam selama mana mereka nak.

homestay pondok pondok melaka swimming pool

Belah malam pula boleh berBBQ bersama di tapak perkhemahan yang disediakan. Syoknya. Rasa macam bekhemah dalam hutan masa sekolah dulu pulak. Peralatan memasak turut disediakan di central kitchen kot korang nak masak yang ringkas-ringkas kan. Esoknya sebelum pulang ke rumah, jangan lupa singgah pekena Coconut Shake Batu Berendam dan Kuih Keria Gula Melaka yang popular di Melaka ni. Tak jauh dari lokasi homestay pun. Rugi tak cuba.

Alamat: Lot 282, Jalan Jenuang, Kampung Ayer Molek, 75460 Ayer Molek, Melaka.

Homestay Murah di Bandar Hilir Melaka

Kelima - Homestay Teratak Kasih Bandar Hilir Melaka

Bila dah ke Melaka ni, wajib lah melawat ke tapak warisan yang banyak terletak di tengah Bandar Hilir. Kalau tak, tak lengkap percutian korang ke Melaka. Tapi biasalah, kalau dah terletak di tengah bandar ni, pantang cuti confirm sesak kan. Kalau boleh nak jalan kaki je dari homestay ke bandar tu. Eh ada ke homestay sedekat itu?

Homestay Teratak Kasih Bandar Hilir Melaka

Harus lah ada u olls. Dekat Melaka ni apa jenis homestay di mana-mana lokasi semua ada. Contohnya Homestay Teratak Kasih yang terletak betul-betul di Bandar Hilir. Nak ke tempat tarikan pelancong seperti kota A Famosa, Menara Taming Sari dekat je. Tak yah pening kepala nak berebut tempat letak kereta dah.

Comel je kan homestay ni. Ala ala little cottage dekat luar negara je. Sekeliling rumah dihiasi dengan pokok-pokok yang menghijau dan pokok bunga yang bewarna-warni. Rasa seperti balik rumah mak ayah dekat kampung je.

Dalaman Homestay Teratak Kasih Bandar Hilir Melaka

Rumah batu setingkat ni menawarkan 3 buah bilik berhawa dingin dan lengkap dengan peralatan memasak. Nak masak boleh, nak panaskan lauk pauk dan makanan yang dibeli pun boleh. Yang penting peralatan yang disediakan adalah suci dan bersih. So terjamin lah masakan yang di masak. Tak lah ada kes sakit lepas bercuti nannti. Hehe.

Alamat: Lot 194, Lorong Imam Haji Nordin, Kampung Bandar Hilir, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

Baca juga 12 Tempat menarik di Bandar Hilir Melaka siang dan malam!

Keenam - The Neem @ Bandar Hilir

The Neem antara chalet yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Nak bergerak dari satu tempat menarik ke tempat yang lain sangat dekat. Walaupun terletak di kawasan bandar, namun persekitaran chalet mempunyai sentuhan kampung untuk beri perasaan tenang dan damai kepada yang menginap di sini.

The Neem homestay

Tengok lah hiasan luar chalet The Neem ni. Cantik kan. Tenang je rasa bila dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau. Dapat minum petang dekat depan tu pun best juga kan. Fefeeling macam dekat perkampungan orang putih pun ada. Tak rasa macam duduk dalam bandar je.

The Neem homestay dalaman

Terdapat 4 jenis bilik yang ditawarkan dan terpisah antara satu sama lain iaitu Ketapang, Cocos, Kemboja dan Ixora. Unik kan nama-nama tu. Bilik-bilik di sini walau nampak simple, tapi luas untuk seisi keluarga serta dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan termasuk wifi percuma.

swimming pool The Neem homestay dalaman

Antara kemudahan yang disediakan ialah kemudahan kolam renang, BBQ, trampoline, taman permainan kanak-kanak dan beberapa kemudahan lain.

Alamat: 117A, Jalan Parameswara, 75000 Bandar Hilir, Melaka.

Homestay di Ayer Keroh

Ketujuh - Homestay Ayer Keroh Ainizie Melaka

Selain dari Bandar Hilir, Ayer Keroh juga tak kurang menarik. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati seisi keluarga seperti Zoo Melaka, Taman Rama rama, Taman Buaya, Melaka Wonderland Theme Park dan banyak lagi.

Homestay  Ainizie Melaka

Dan kalau korang tercari homestay jenis keluarga di Ayer Keroh, Homestay Air Keroh Ainizie ni patut jadi pilihan utama korang. Bukan ada satu unit, malah homestay ni menawarkan 3 unit homestay di dalam taman yang sama iaitu Homestay Idaman 40, Homestay Nuri 24 dan Homestay Nuri 23. Boleh pilih ikut kesesuaian korang.

Homestay Idaman 40 mempunyai 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air manakala Homestay Nuri 24 dan Homestay Nuri 23 pula mempunyai 4 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air. Tengok lah hiasa dalaman Nuri 24 ni, cantik kan. Berkenan pulak kita tengok. 

Dalaman Homestay  Ainizie Melaka

Yang pasti setiap unit homestay ini dilengkapi dengan peralatan dapur untuk memasak. So kalau korang yang suka memasak semasa bercuti, homestay Ainizie ni patut masuk dalam list korang bila ke Melaka. Nak basuh baju pun boleh. Tak lah bawa banyak sangat baju kotor bila pulang ke rumah nanti kan. Nak berBBQ pun boleh juga. Tapi kena request masa booking ye.

Alamat: Taman Desa Idaman, 76100 Durian Tunggal, Melaka.

Baca juga : 12 homestay terbaik di Ayer Keroh untuk makan angin bersama keluarga!

Kelapan - AS Melaka Homestay

AS Melaka Homestay merupakan salah satu homestay yang mendapat sambutan di Ayer Keroh dan berdekatan dengan tempat-tempat tumpuan pelancong.

Homestay as Melaka

Seperti yang korang tahu, Melaka tersangatlah panas. So kalau nak cari homestay korang kena make sure ada kemudahan penghawa dingin seperti di AS Melaka Homestay ni. Lagi-lagi kalau ada anak kecik atau ibu yang mengandung. Cuti-cuti pun nak lah juga selesa kan. 

Homestay as Melaka dalaman

Selain tu homestay ini juga mempunyai dapur yang lengkap dengan microwave, peti sejuk dan cerek untuk kegunaan para tetamu. Ruang makan sekeluarga juga disediakan. Senang kata lengkap lah bila stay di sini. Yang penting harga yang dikenakan sangat berpatutan.

Alamat: 68 Jalan TU 18, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Baca juga : 8 Resort terbaik di Melaka!

Kesembilan - D Alia Homestay

D Alia Homestay ini juga tak kurang hebatnya. Menjadi pilihan para pelancong bila bercuti di Melaka, terutama di kawasan Ayer Keroh. Lokasinya juga mudah di akses dan dekat dengan tempat tumpuan ramai.

D Alia Homestay

Homestay ini menawarkan 3 buah bilik tidur dengan 2 buah bilik air. Lengkap dengan kemudahan memasak, peti ais, mesin basuh dan ruang makan untuk seisi keluarga.

dalaman D Alia Homestay

Sesuai sangat untuk korang yang datang bercuti dengan keluarga besar dan tercari homestay bajet namun masih menawarkan penginapan yang sangat selesa. 

Alamat: No.16, Jalan TU25, Taman Tasek Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Homestay Melaka di Jonker Walk

Kesepuluh - Little Family Homestay

Jonker Street antara salah satu lokasi wajib singgah bila ke Melaka. Siapa yang pernah ke sini tahu lah macam mana sesaknya jalan nak sampai ke sini. Tapi kalau dapat jalan kaki je dari homestay ke Jonker Street memang terbaik.

Korang boleh buat macam tu kalau korang stay di Little Family Homestay. Jaraknya hanya 800 meter je dari Jonker Street. Dekat sangat dah tu. Kalau jalan sambil berborak tau tau dah sampai. Hehe. 

Little Family Homestay

Selain tu,homestay ni juga terletak di lokasi yang sangat strategik.Dekat dengan tempat menarik seperti rumah terbalik dan Bandar Hilir.

dalaman Little Family Homestay

Kemudahan homestay sangat lengkap. Ada ruang tamu dengan sofa, penghawa dingin, dapur yang lengkap dengan kelengkapan untuk memasak, peti sejuk untuk simpan lauk pauk dan makanan mudah rosak seperti susu segar dan susu bayi yang di perah serta kemudahan seterika untuk gosok jubah pakaian. Siap ada wifi percuma lagi. Tempat letak kereta turut disediakan untuk kemudahan para tetamu. Nak dobi baju pun ada. Tapi tu kena bayar lah ye.

Alamat: 18A, Jalan Kota Laksamana 2/1, Taman Kota Laksamana, Seksyen 2,75200 Melaka.

Homestay di Cheng Melaka

Kesebelas - Desa Cheng Homestay

Cheng merupakan daerah yang terletak di tengah-tengah di antara tempat-tempat menarik yang ada di Melaka. Nak ke pusat bandar pun dah tak jauh. Nak ke Ayer Keroh, Klebang dan Pantai Puteri pun mudah sebab dah ada jalan baru yang mudah diakses.

Desa Cheng Homestay

Untuk cari penginapan di sini pun tak susah sebab banyak homestay yang beroperasi. Salah satunya ialah Desa Cheng Homestay - penginapan yang lengkap dengan hiasan minimalis yang sedap mata memandang. Yang penting lokasinya yang strategik dan mudah diakses.

dalaman Desa Cheng Homestay

Homestay ni mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang selesa untuk seisi keluarga berehat, 4 bilik tidur dan 2 bilik air yang bersih, kelengkapan memasak dan mesin basuh.

Nak ke kedai, pasaraya, restoran makanan segera pun dekat. Dalam 5 minit je. Manakala untuk ke tempat-tempat menarii hanya 10-30 minit sahaja.

Alamat: 32, Jalan Cheng Perdana 1/27, Taman Cheng Perdana, Melaka.

Homestay Melaka Paya Rumput

Kedua belas - Homestay Masbro Village

Sebut je Homestay masbroni confirm korang semua tahu kan. Mana taknya, keunikan reka bentuk homestay berbentuk segitiga berwarna-warni yang menghadap kolam renang yang luas pernah viral beberapa tahun lepas.

homestay masbro

Sekali pandang macam di luar negara lah pulak. Ala macam rumah kotak di tepi Pantai Brighton di Australia tu. Memang instagrammbale sangat.

homestay masbro 1

Homestay Masbro yang dinspirasi dari rumah Inggeris ni mampu menempatkan 6 orang dengan selesa serta dilengkapi dengan meja makan, ketuhar dan peti ais.

dalaman homestay masbro 1

Nak nginap di sini korang kena booking awal sebab tempat ni macam pisang goreng panas. Lambat sikit melepas. Tempat viral katanya. 

Alamat: Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka.

Homestay Melaka di Bukit Katil

Ketiga belas - Homestay Damai Bukit Katil (Muslim Homestay)

Tak susah nak cari homestay dengan kolam renang dekat Melaka ni. Sekarang ni dah banyak homestay Muslim yang menawarkan kemudahan kolam renang. Sebabnya tu salah satu faktor pelaris. Betul tak? Korang bila nak bercuti perkara pertama mesti nak cari penginapan yang ada kolam kan. Hehe.

Kalau korang plan bercuti ramai-ramai, dengan kawan-kawan atau family, korang patut stay di Homestay Damai ni.  Sebuah rumah taman 'corner lot' yang mempunyai kolam renang yang sangat luas. Macam kolam renang dekat hotel tau korang.

dalaman Homestay Damai Bukit Katil

Lagi best kolam renang tu dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau dan landskap yang menarik. Tenang je tengok. Macam rumah dalam taman pun ada.

beranda dalaman Homestay Damai Bukit Katil

Nak buat BBQ pun boleh. Rumah ni mempunyai ruang luar berbumbung yang sangat luas dan juga gazebo untuk hirup angin luar. 

dalaman homestay

Oh ya homestay ni mempunyai 3 buah bilik yang selesa dan berhawa dingin serta 2 buah bilik air. Peralatan memasak dan BBQ disediakan secara percuma. Bestnya!!

Lokasi homestay pula hanya 2 minit dari Bayou Lagoon Resort, 5 minit ke Zoo Melaka, 20 minit ke Bandar Hilir dan Medan Ikan Bakar Umbai.

Alamat: 17, Jalan Bkd 2, Taman Bukit Katil Damai 2, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Baca juga 8 Resort paling best di Melaka untuk rehatkan diri!

Keempat belas - Homestay Pak Aman Bukit Katil

Ni lagi satu homestay Muslim yang ada kolam renang untuk korang. Kalau homestay dekat atas ada kolam macam kolam hotel, mungkin kolam di homestay Pak Aman sesuai untuk korang yang bercuti dengan anak kecik. Ye lah, bab bab air ni keselamatan paling penting kan. Kang terleka sikit, bahaya menanti.

Homestay Pak Aman Bukit Katil

Di homestay ni ada 2 buah kolam disediakan. Bersebelahan je 2 kolam ni. Satu kolam bersaiz 10x10 dengan kedalaman 1 kaki sesuai untuk baby. Manakala satu lagi kolam bersaiz 20x10 dengan kedalaman 3 kaki sesuai untuk kanak-kanak biasa. Mak ayah pun boleh join berendam sekali ok. Nak berendam sampai malam pun boleh.

Homestay Pak Aman Bukit Katil 1 dalaman Homestay Pak Aman Bukit Katil

Homestay Pak Aman ni ada 5 buah rumah tau. Setiap rumah mempunyai 2 buah bilik tidur jenis studio. Muat untuk 5 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak. Kelengkapan rumah semua ada. Dont worry. 

Lokasi pula berdekatan dengan Bandaraya Melaka dan beberapa tempat yang menarik seperti Melaka wonderland, Taman Buaya Melaka, Zoo Melaka, Bayouu Lagoon, Gold Coast International dan lain - lain lagi.

Alamat: Kampung Bukit Sama Tahu, 75450 Bukit Katil, Melaka.

Homestay Melaka di Durian Tunggal

Kelima belas - Hanz Homestay Durian Tunggal

Nak hantar anak sambung belajar di UiTM Lendu dan tercari-cari homestay yang dekat dengan kampus tersebut dan juga tempat menarik yang lain, korang patut stay di Hanz Homestay. 

Hanz Homestay Durian Tunggal

Hanz Homestay merupakan rumah teres setingkat yang mempunyai 3 bilik 2 bilik air yang lengkap dengan kemudahan dan peralatan untuk keselesaan para tetamu. Rasa macam dekat rumah sendiri. Semua ada. Ruang tamu yang luas mampu memuatkan sehingga 10 orang tetamu dalam satu-satu masa.

Hanz Homestay Durian Tunggal dalaman

Nak ke tempat-tempat menarik dan pusat pengajian tinggi pula hanya sekitar 10-25 minit perjalanan saja. Tak jauh mana pun sebenarnya. Yang penting jauh dari kesesakan jalan raya.

Alamat: BB212 Lorong Vista 11, Taman Vista, 76100 Durian Tunggal, Melaka.

Amacam? Ada homestay yang menarik perhatian korang? Kalau ada kena lah cepat-cepat booking. Lambat-lambat nanti melepas. Maklumlah sekarang ni kan semua orang dok giler nak bercuti dalam Malaysia kan. So selamat bercuti semua.

FAQ - Pilihan homestay di Melaka berdasarkan objektif percutian anda!


Homestay paling best di Ayer Keroh Melaka?

Klik sini untuk pilihan homestay di ayer keroh terbaik untuk percutian indah bersama keluarga.

Homestay apa paling menarik di Pantai Puteri Melaka?

Anda boleh menginap di  Homestay Puteri Qashrina, ada penginapan bentuk kapal cruise dan banyak lagi. Milik muslim dengan review hangat dari pengunjung.

Nak sewa banglo mewah untuk family day di Melaka?

34 Ulasan

Ulasan

Sha Mohamed berkata…
Bagus perkongsiannya.. Mudah untuk survey dan pilih..
Nadhie Wueen berkata…
Memang cantik-cantik dan menarik homestay nya. lama dah tak pergi ke bandar Melaka. Rindu n nostalgia je rasa. Semacam ada ketenangan di situ
Mazni Azmi berkata…
Sebagai anak jati melaka, maznee sendiri tak habis pusing lagi semua tempat ni.

Apatah lagi dah berkeluarga dan ada anak serta suami.

Rasa lagi selesa duduk homestay berbanding duduk hotel

Sekali sekala boleh lah duduk hotel

Nak ajar anak anak bawa diri kan 😁
Mama Hakim berkata…
Masa mama pergi cameron highland 2 kali tahun lepas, Mama booking homestay saja

Senang nak masak dan nak buat apa apa

Keluarga mama kalau keluar memang suja ramai ramai

Lepas ni teringin nak tempah homestay melaka yang ada swimming pool untuk family day

Seronok buat hari keluarga bila semua pakat buat aktiviti
Mama Hakim berkata…
Mama pun suka, sebab dah susun ikut lokasi
Mama Hakim berkata…
Sama lah kita, banyak nostalgia zaman membesar
Mama Hakim berkata…
Betul tu maznee, bukan naj ajar anak bermewah mewah

Cuma nak tunjukkan mereka cara baea diri dalam hidup

Taklah rasa kekok kan
Mimie berkata…
Banyak juga homestay yg cantik dan menarik di Melaka.
Mazni Azmi berkata…
Pergi ramai ramai ada baik buruknya

Kalau ada yang suka lengah lengah, banyak masa terbazir
Mazni Azmi berkata…
Homestay di takuti hotel sebab harga mereka jauh lebih baik dan luas

Pernah keluar di tv, pengusaha hotel johor mengadu pada kerajaan kerana homestay ganggu periuk nasi mereka
mamapp berkata…
Tq for sharing. Boleh refer sini kalau nk ke pantai puteri
Ibu Syurga berkata…
Bagus tu mamapp boleh booking homestay di pantai puteri melaka

Dekat dengan pantai
Ibu Syurga berkata…
Terima kasih singgah ke sini sha. Semoga bermanfaat.

Boleh lah jalan melaka cuti sekolah bulan 3 ni
Mazni Azmi berkata…
Tempat jatuh lagi di kenang
Mazni Azmi berkata…
Kalau ada rezeki lebih boleh lah bawa :)

Pengalaman baru untuk mereka
Mazni Azmi berkata…
Pantai puteri best, duduk puteri qashrina homestay kalau nak betul betul depan pantai dan dapat lihat laut
Kebetulan saya nak permi melaka bulan 3 ni semasa cuti sekolah

Kali ini nak menginap di hotel

Bagus juga duduk homestay kan, mungkin lain kali boleh ambil saja homestay di ayer keroh dekat dengan banyak tempat best tu
Betul tu, saya pun pernah alami. Penting untuk pilih travel companion yang bagus.

Kalau tidak rosak trip
Mazni Azmi berkata…
Ayer keroh memang strategik, nak balik pun senang dah dekat dengan tol
Mama Hakim berkata…
Tempat bercuti lagi best kan
Mama Hakim berkata…
Pantai puteri memang best untuk pelancong. Pastikan kita jaga keselamatan semasa di sana
Mama Hakim berkata…
Hotel dan homestay menjanjikan pengalaman berbeza semasa bercuti.

Hotel memang gaya bermalas malasan habis sebab sarapan semua di sediakan

Tapi kalau duduk homestay ada kelapangan dan keselesaan seperti duduk di rumah sendiri

Memang terbaik
Mama Hakim berkata…
Nak homestay yang ada swimming pool pun ada mimi. Asalkan kita sediakan duit semua ada
Galaksi Viral berkata…
Wow, info detail jalan2x ke melaka. Terbaik info kak. :)
Ana Suhana berkata…
Melaka ni asal buat homestay InsyaAllah laku kak. Tiap minggu ramai je org ke sana samada bercuti atau ke kenduri.
Ana kalau pergi Melaka dgn family besar memang akan duduk homestay. Tgl nk pilih mana yg berkenan dan ikut bajet kita.
Ibu Syurga berkata…
Terima kasih singgah ke mari tuan
Ibu Syurga berkata…
Setuju tu ana, tiap minggu sesak saja jalan di melaka.

Apatah lagi masa cuti sekolah.

Alamat sesak kawasan ayer keroh tu dengan kenderaan.

Kawasan rumah mak, memang banyak homestay memang penuh.

Buat duit betul ya pemilik homestay di melaka. Terutama kawasan pantai
Ibu Syurga berkata…
Keluarga besar mestu duduk homestay. Lagi berbaloi dari duduk hotel.

Belanja pun jimat
Bila tah nak berpeluang jln2 Melaka lagi. Apa kan daya, jauh sudah daku merantau.
Mazni Azmi berkata…
Australia lagi best kan sis. Banyak tempat alam semulajadi menarik dan bersih. Maznee pun teringin nak pergi.

Tapi macam mahal je nak pergi sana.
Sha Mohamed berkata…
Kena puasa jalan-jalanlah ibu.. Hehehe..
Zafirah Kama berkata…
banyaknya homestay kat Melaka kan.. yelah ! bandar pelancongan
Mama Hakim berkata…
Itu baru travel companion kan, belum life companion.

Salah pilih rosak masa depan dunia akhirat
Unknown berkata…
saya mencari homestay yang murah dan boleh menampung pelajar seramai 40 orang termasuk pensyarah.jika ada apa ii info boleh lah share sikit dengan saya.saya masih tercari ii.
contact:0182464759 ku hatyrah