Tempat menarik di Cameron Highland Pahang 2023! Lokasi cantik makanan sedap

"Banyaknya tempat best di Cameron Highland. Tapi kan, tempat mana yang paling seronok? Masa cuti tak panjang kan. Rugi kalau tak pilih betul betul."
Tempat menarik di Cameron Highland
Imej: 1dasia.com

Mesti ramai yang ada masalah di atas kan? Masakan tidak, setiap kali musim cuti sekolah, mesti Cameron Highland sesak dengan pengunjung. 

Usah bazirkan masa anda. Lawati tempat menarik terbaik di cameron dalam senarai ini.



20 Tempat menarik di Cameron Highland Waktu Malam & Siang. No 1 wajib pergi! [Update 2023]

Setiap tempat yang disenaraikan dibawah mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Tempat Menarik Di Cameron Highland Waktu Malam!

Tidak banyak tempat yang buka di waktu malam, jadi manfaatkan sebaiknya waktu siang kita di sana. Lain ceritanya kalau bercuti di Melaka, siang malam memang banyak tempat best. (Mesti baca: Bercuti di Melaka berbaloi tinggal disini!)


cameron square Tempat menarik di Cameron Highland

20. Cameron Square

Satu satunya kompleks membeli belah di Cameron Highland untuk kita membeli belah.

Di dalam kompleks membeli belah ini terdapat banyak butik & kedai. Antanya 3D Art Muzium.

Bayaran masuk untuk dewasa RM18, dan untuk kanak kanak pula RM10.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad. Di buka dari 10am hingga 10pm

Map Jarak Facebook


Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, Brinchang, 39100 Cameron Highland.



Review pengunjung lepas.

Daripada 149 orang pelawat pusat membeli belah ini yang meninggalkan ulasan di google, telah memberikan 3.5 dari 5.0 bintang. 



Bagi mereka yang tidak ingin tidur awal dan bersiar siar, boleh lah singgah ke sini. Tempat letak kereta insyaallah tak ada masalah.




Tips 1 - Penting untuk kita merancang sebaiknya percutian ke cameron. Cari homestay & hotel cameron highland terbaik yang dekat dengan tempat yang ingin dikunjungi. Booking online lebih awal untuk dapatkan harga lebih murah. Pastikan kita bandingkan harga hotel & homestay di cameron highland. Kita mesti takkan menyesal.



19. Pasar Malam Pekan Brinchang

Di Cameron, ada 2 tempat terbaik untuk beli hasil tanaman seperti buah & sayur yang di tanam segar. Pasar pagi di Kee Farm & pada malam hari pula di Pasar Brinchang.

Pantang datang cameron, mesti beli jagung, strawberi & cili capsicum. Segar & manis. Makan sayur sayuran & buah buahan segar boleh jadi ubat untuk badan kita.


Susu segar old school pun ada di jual disini. Teringat zaman sekolah dulu.


Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)

Bacaan menarik: Ini sebab kenapa 205 orang pelancong memberikan markah 4 / 5 bintang untuk pengalaman melawat pasar malam di Cameron!
Map Jarak


Alamat untuk rujukan anda.

Alamat baru pasar malam: Jalan Sungai Ruil, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Lokasi pasar malam ini telah bertukar pada tahun 2017.


Review pengunjung lepas.

Dari 82 pelawat yang pernah mengunjungi pasar malam ini, sebanyak 3.9 dari 5.0 bintang telah berjaya di kumpulkan berdasarkan ulasan yang ditinggalkan di google.


Pengalaman berbeza yang boleh kita dapati dengan melawat pasar malam di Golden Hill Cameron Highland ini ialah suasana waktu malam yang sejuk.


Dan kadang kala berkabus. 


Selain itu kita juga dapat membeli hasil ladang yang segar dari Cameron Highland pada harga berpatutan. 


Kalau kita lapar, sesuailah untuk bertandang ke mari di hujung minggu. Tak payah diet det lah masa pergi cameron. Sekali sekala saja sampai sini.


Harga makanan 
di sini jauh lebih murah berbanding makan di kedai kedai berhampiran.


Atau nak murah lagi sewa saja homestay. Boleh masak sendiri pada waktu malam. Homestay pun ada banyak pilihan.



Tips 2 - Baca review terkini di internet semasa menyenarai pendek lokasi menarik yang ingin dilawati di cameron. Ini akan berikan kita sedikit gambaran sama ada tempat tersebut berbaloi dikunjungi. Jika anda dari jauh, contohnya sabah & sarawak, jangan terburu buru membuat tempahan tiket flight online & booking hotel di cameron highland sebelum membuat kajian. Pasti trip kita akan jadi 5 star dengan perancangan yang rapi.




Tempat Menarik Di Cameron Highland Pahang Waktu Siang!

Di siang hari, ada banyak aktiviti yang boleh kita lakukan. Kalau pergi ke Cameron, memang tak sah kalau tak singgah ladang teh.

Permandangannya menarik & cuacanya sejuk.

Terbaik!




Ladang Teh di Cameron Highlands!

Terdapat beberapa pilihan ladang teh di cameron untuk di lawati. Setiap dari ladang ini memberikan pengalaman berbeza.

Kami sekeluarga suka pergi ladang teh Bharat.


Anda pula bagaimana?



ladang teh boh sungai palas

18. Ladang Teh Boh, tempat menarik di Pahang yang wajib dikunjungi!

Ladang teh boh ada 2 lokasi tau, yang cantik di sungai palas. Ibu ada tulis artikel khas tentang ladang sungai palas. Ada banyak tips ibu beri supaya senang ke sana. Contohnya cari hotel yang dekat.

Sebab tempat ini agak tersembunyi, dan jalan cerun setinggi 3.5 km ke atas bukit.

Gerun tau, nak naik pula jalan dia sempit & terpaksa berhadapan dengan trafik. Tapi ada tips nak mudah naik.

Waktu lawatan: Di buka setiap hari (Kecuali isnin) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.
Lihat gambar menarik ladang teh sungai palas di sini.
Map Jarak


Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Boh Road Habu, 39200 Ringlet, Pahang
No telefon: 05-493 1324

Review pengunjung lepas.

4.3 dari 5.0 bintang berdasarkan 501 ulasan di google.

Sedap minum kopi & teh susu panas sambil menikmati permandangan ladang teh. 


Kena ambil masa untuk nikmati suasana ni, sebab tak tahu bila lagi kita akan sampai ke sini. Maklumlah, di Selangor mana ada ladang teh.






17. Ladang Teh Bharat

Jika kita memandu ke Cameron dari arah Tapah, pasti kita akan melalui ladang teh ini sebelum sampai ke Tanah Rata.

Terdapat kedai teh dan kafe yang menyediakan kek, scone & pelbagai air panas yang menyelerakan.


Kedai teh / kafe ini di buka dari jam 8.30 pagi hingga jam 6.00 petang pada hari isnin hingga khamis.


Dan pada hari jumaat hingga ahad pula tutup lewat sedikit hingga jam 7.00 petang.


4.1 dari 5.0 bintang dari 131 ulasan pelawat di google.


Map Jarak


Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: 15-16, Jalan Besar, Cameron Highlands, Pahang, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
No telefon: 05-491 1133


Review pengunjung lepas.

Pengalaman paling berharga yang boleh di nikmati bersama insan tersayang, minum teh / hot choclate panas dan makan scone sambil menikmati permandangan ladang teh yang indah.

Lagi terbaik kalau hujan. Sejuk! Dan angin dia sepoi sepoi bahasa. Macam duduk tepi pantai pula.

Soal keselamatan, pastikan kita perhatikan anak anak kerana walaupun ada dinding kaca penghalang untuk mengelakkan terjatuh. Khuatir anak anak panjat saja.

Seramai 131 pelawat telah memberikan ulasan di google tentang ladang teh Bharat. Dan review terkumpul telah memberikan 4.1 dari 5.0 bintang.

Tempat letak kereta pun banyak. Siap ada khas untuk bas lagi.

Satu kekurangan yang ketara, kebersihan tandas kurang terjaga. Bukan saya seorang saja yang komplen.

Boleh baca sendiri di internet. Ini bukan masalah di sini saja. Masalah negara Malaysia.

Setakat ini, kebersihan tandas di tempat melancong Melaka kita memuaskan. Belum terbaik, tapi banyak perbezaan. 




Ladang Strawberi di Cameron Highlands!


Yz agro farm ladang strawberry cameron


16. YZ Agro Farm & Cafe

Salah satu ladang strawberi dari pengusaha muslim di Cameron Highland. Terletak di lokasi yang strategik di Kampung Taman Sedia.

Kami sekeluarga suka ke mari & boleh makan tanpa was was. Sebab orang islam yang usahakan.


Makan scone, air krim strawberi di sini sampai puas. Anak anak Ibu pantang sampai sini mesti nak makan ais krim ikat strawberi. Sedap dia lain.


Dibuka setiap hari dari jam 8:30 am hingga 6:00 pm.


Map Jarak


Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Cameron Highlands No.22, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang


No telefon: 019-541 6377


Review pengunjung lepas.

4.1 dari 5.0 bintang berdasarkan 73 ulasan yang diberikan di google.




15. KHM Strawberries & Jam

Kalau sampai ke mari jangan lupa makan scone dengan jam strawberi segar yang di buat sendiri. Satu lagi tempat yang di usahakan pengusaha muslim.

Kalau nak makan scone, aiskrim strawberi elok makan saja di sini kerana di yakini halal. 


Mengimbau kembali pengalaman ke sini, memang manis seperti madu.


Lagipun harga scone dan lauk pauk di sini jauh lebih murah daripada di kedai & ladang teh lain. Rasanya pun sedap.


Wajib sokong. Lagi banyak untung, boleh bayar zakat perniagaan kan?

Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: No 9, Kampung Taman Sedia,, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
05-491 5809

Waktu lawatan: Di buka setiap hari (Kecual Rabu) dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Review pengunjung lepas.

4.2 dari 5.0 bintang terkumpul yang diberikan dari 51 ulasan pelawat yang di tinggalkan di google



14. Big Red Strawberry Farm

Antara ladang strawberi paling besar di Cameron. Masuk pun percuma saja.

Cuma, Ibu tak gemar laluan naik & turunnya yang sangatlah cerun. Menggerunkan!

Pastikan kenderaan kita diselenggara dengan baik , terutama sekali sistem clutch & brek. 

Waktu lawatan: Dibuka setiap hari dari jam 8:30 am hingga 6:00 pm
Bacaan menarik: Ini sebab 2,905 pelancong memberikan 4.1 / 5 bintang selepas mengunjungi ladang strawberry big red!
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
No telefon: 05-491 3327


Review pengunjung lepas.

4.0 dari 5.0 bintang dari 1,332 ulasan di google



13. Kampung Taman Sedia

Ini adalah penempatan orang melayu paling awal di Cameron Highland. Ada banyak homestay & ladang strawberi yang di diusahakan warga tempatan.

Tak ada masalah tentang nak masak apa sebab lauk pauk ada di jual disini pada harga berpatutan.


Kalau nak merasai suasana kampung di tanah tinggi, inilah tempatnya.


Map Jarak


Alamat untuk rujukan anda.

12, 59, Cameron Higlands, 59, Cameron Higlands, 39000 Tanah Rata, Pahang


Review pengunjung lepas.

4.0 dari 5.0 bintang terkumputl dari 39 ulasan di google.

Dari segi saiz ladang strawberi, memang ladang di Taman Sedia berskala kecil. Tapi Ibu sangat berpuas hati dengan makanan yang di sediakan.

Tandas di sini pun bersih. Tak hilang selera makan.

Lagipun, banyak homestay kepunyaan orang islam di sini. Tempohari Ibu tinggal di Homestay Desa Anthurium, tidak jauh dari taman sedia.

Boleh nampak Kampung ini betul betul di bawah bukit. Ada air sungai yang jernih & air terjun.

Yang penting kebersihan sungai dan air terjun ini mesti di jaga. 


12. Taman Agroteknologi Mardi Cameron

Buat mereka yang suka bercucuk tanam, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Taman agroteknologi Mardi ini.

Ada bermacam macam tanaman seperti Strawberi, Markisa, Epal & bunga tanah tinggi di tanam di sini.


Tinggal disini mengingatkan Ibu tentang Taman Botani Shah Alam.


Waktu lawatan:  Di buka dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang


Map Jarak


Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
No Telefon: 010-844 9624


Review pengunjung lepas.

4.1 dari 5.0 bintang dari 84 ulasan pelawat di google.

Ais krim strawberi di sini antara yang terbaik di Cameron Highland. Jangan lupa untuk cuba ya!

Selain itu, permandangannya sangat cantik & di hiasi bunga bungaan yang hanya tumbuh di kawasan beriklim sejuk seperti di tanah tinggi.

Abadikan kenangan indah kita dengan mengambil gambar di sini.


Taman Bunga & Tumbuhan Hiasan Di Cameron Highland!


Iklim yang sejuk cukup sesuai untuk bunga bunga eksotik dari barat seperti lavender untuk tumbuh subur di bumi Cameron ini.

Di bawah ini Ibu sertakan beberapa lokasi menarik untuk pencinta bunga.


Lavender garden cameron highland

11. Cameron Lavender Garden

Ini pun salah satu lokasi wajib untuk di kunjungi di Cameron Highland. Walaupun sekali, mesti singgah.

Tempat ini kena bayar tiket. Harga tiket pun dah naik tahun lepas.

Bacaan menarik: Ini sebabnya ramai orang suka melawat lavender garden! Memang lawa tak ingat!
Map Jarak


Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Taman Tringkap, 39100 Brinchang, Pahang
No telefon: 05-496 1208
Waktu lawatan:  Di buka setiap hari dari jam 9:00 am hingga 6:00 pm.


Review pengunjung lepas.

4.0 dari 5.0 bintang terkumpul dari 1,873 ulasan pengunjung taman lavender yang di tulis di google.



No 10 hingga 1 - Senarai ladang strawberry di cameron.

Klik link ini untuk tempat petik strawberry sendiri yang best.


ladang strawberry cameron highland




Kesimpulannya.


Memang banyak tempat menarik yang boleh kita lawati di Cameron Highland. Insyaallah, dari masa ke semasa akan Ibu tambah lagi senarai tempat ini.

Sebarang pendapat & perkongsian pengalaman boleh tinggalkan di ruangan komen.

Jumpa lagi.
28 Ulasan

Ulasan

Mimie berkata…
Sebelum nih ada jugak gi CH tapi tak semua tempat pergi. Nanti nak repeat semula pergi CH
Ana Suhana berkata…
Assalamualaikum ibu. Panas-panas ni dapat nikmat cuaca sejuk di Cameron syok juga. Ana paling suka lavender farm. Wajib rasa lavender icecream di sana juga.
Salam selasa, Saya singgah blogwalking. Ini antara tempat kegemaran isteri saya. Memang dia suka pergi cameron dan makan jagung segar.

Manis dan rangup.

Tiba tiba teringin nak singgah.
Mama Hakim berkata…
Mama tumpang lalu petang petang ni. Teringin nak pergi tempat sejuk sebab sekarang kan musim panas. Dah dekat bulan puasa memang cuaca macam ni.
Saya tak pernah pegi lg CH. Tp Allah bagi "CH yg lain" di negara org. Hihi..
Mazni Azmi berkata…
Cameron highland di pahang memang tempat pilihan kami sekeluarga untuk percutian seterusnya. TInggal saja dalam homestay.

Nak masak sendiri pun senang
Mama Hakim berkata…
Selamat pagi, Selamat hari khamis sis Ibu zaid. Wah syok juga pergi cameron highland cuti sekolah nanti kan.

Boleh menabung dari sekarang
Putri berkata…
Next time kami ke camron insyaAlaah akan ke KHM dan YZ farm.memang tercari2 tempat yg ownernyer muslim sebab saya suka makan scones.selalu terliur tengok...tp takut nk makan
Mama Hakim berkata…
nyaman dan mendamaikan untuk warga kota macam kita kan mar.
Mazni Azmi berkata…
Miss mirror memang lah duduk kat aussie sana. Mana main cameron higland kan
Unknown berkata…
Tempat menarik di cameron bagi saya ladang teh tu. Makan sambil duduk santai. Pergi sana pun saya suka duduk dalam hotel je.

Nak berehat.
Ezna Khalili berkata…
Pernah pergi Ladang Teh Boh Sg Palas. Jalannya berliku bila selisih kereta seriau sebab tepi bukit. Tapiiiii tempatnya cantik. Harus beli teh boh.
Qeela berkata…
waa dah siap list, bagusnya thank you yea for this sharing, senang nak jadi as rujukan for those yang nak ke Cameron nanti kan. Ada few tempat yang belum pergi lagi, nanti kalau ke Cameron lagi boleh try pergi pulak 😊
Suria Amanda berkata…
Dah lama SA x pi CH..nak pergi lagi ni..tgh tunggu mak SA betul2 sihat nak bawak dia berjalan..CH memang sesuai untuk berehat..
Syiera Firdaus berkata…
Syira xpenah lagi pegi cameron. Tak sempat lagi. Info yg baik utk yg nak bercuti di sana nanti
Rawlins GLAM berkata…
Rawlins tak pernah lagi stay bermalam di Cameron so nampak gayanya kena pergi la ni lepas baca lokasi wajib nie. Hehe. TQ share.
Hanny Abdullh berkata…
Hari tu dah pergi cameron dah..memang banyk tempat menarik..dn yg best sejuk..hehehe. Terasa nk gi lagi pulak bila baca entry ni
Zayani Zulkiffli berkata…
Kalau dah ke sana, paling wajib adalah kena dapatkan Strawberry. Teringat masa bercuti dengan family, mama akan bawa whipped cream sekali dengan gula untuk makan tu. Haha
AyuArjuna BiGoshh berkata…
Pasar malam brinchang antara post yang best singgah kalau data g sini. Then buah strawberi wajib beli bila kat sinu. Manis giler
Abby Onety berkata…
Saya sudah pernah ke Cameron Highland dan menjelaja semuabtempatbtempat di atas. Rasanya ingin lagi berkunjung kesana sebab tempat itu sangat indah
Mahamahu berkata…
Kita pun bari berangan-rangan nak pergi naik kat puncak sejuk ni dah lama tak pergi hehehe nak sangat petik buah strawberry kat sana mesti bestkan...
umifuzy berkata…
Cameron Highlands ni memamg tempat favorite saya sekeluarga, dah banyak kali pergi dan hantar klien jugak😁..kali terakhir pergi 2 minggu lepas raya😂
Mama Hakim berkata…
Kami memang ada plan nak pergi cameron hujung tahun ni. Insyaallah kalau ada rezeki mesti sampai lagi. Suka makan hasil tani dia yang segar dan suasana yang sejuk
Tengkubutang berkata…
Rindunya TB nak pi Cameron lagi.. dulu2 biasalah pi.. dengan kawan2 tapi tak pi tempat2 kat atas ni.. sebab naik kereta macam susah je nak masuk dalam2 tu kan.. tapi lepas kahwen dah naik cameron 2 kali.. haha.. naik motor.. boleh la masuk ke dalam-dalam tu.. best sangatt
Mazni Azmi berkata…
Cuti ni nak singgah ke cameron higland lah. nak makan jagung rebus muda. wah sedapnya manis dan rangup berjus
Unknown berkata…
xprnh jemu ke CH..bajet cm kt overseas..kn
sthun 1-2X mesti nk p
Unknown berkata…
subuhni nak pergi sana..1st time peegi..dtg ikut tapah..mcm mn la nk g mn dl rs..tlg tlg